RYAN & RYIN

Romance Series 186474

Aryin yang sedang tidur lena, dikejutkan dengan bunyi sesuatu. Dia menggosok matanya tanda ngantuk masih bersisa. Dia memeluk patung teddy bear.

"Abang... Abang buat pape tu? *ape" soal Aryin terpisat-pisat separa mamai sambil memandang abangnya, Aryan.

"Abang Iyan tengah pakai baju ni." balas Aryan.

Aryin membuka matanya. "Eh, naper abang Iyan pakai baju daddy?" Peliknya si abang pakai baju daddy!

Kelihatan Aryan sedang memakai baju kemeja milik Helmi. Besar betul baju tu dengan Aryan! Terlalu longgar!

"Iyin tak tahu ke sekejap lagi ada apa?" tanya Aryan, tidak memandang adiknya kerana sibuk memasang butang kemeja.

Aryin menggeleng walaupun Aryan tidak dapat melihat Aryan dibelakangnya.

"Sekejap lagi kan kita kena promote novel terbaru Scarlett!" ujar Aryan lalu memandang Aryin yang berada diatas katil.

"Pomote? Pape bende tu?*Promote"

Aryin mengerdip-ngerdipkan matanya banyak kali sambil garu kepalanya yang tidak gatal.

Kanak-kanak umur 2 tahun ini mana lah mahu memahami apa benda tu?

Aryan jungkit bahu. Sebernanya, dia pun tidak tahu maksud sebenar perkataan 'promote'. Alaaa.... Dia hanya lah kanak-kanak berumur 6 tahun!

"Yang abang Iyan tahu, kita kena cakap-cakap pasal novel terbaru Scarlett! Sebab tu kena pakai cantik-cantik!" kata Aryan riang sambil mengambil tali leher warna merah yang juga milik Helmi.

"Dapat hadiah tak?" soal Aryin sambil mengembungkan pipinya. Tak nak lah kalau tak ada hadiah!

"Dapat! Kita dapat ais krim oreo!" jawab Aryan teruja. Matanya bersinar-sinar memikirkan tentang hadiah yang dicadangkan oleh penulis novel 'Suami Untuk Disewa!' Iaitu Scarlett.

"Uwaaaaa!!! Ais kim oyio?!"

Aryan menekup mulut adiknya cepat-cepat.

"Shuuhh... Nanti mummy terjaga.." pesan Aryan sambil meletakkan jari telunjuk dibibirnya. Habis kalau terjaga!

Aryin mengangguk kecil tanda mengerti. Apabila Aryan menarik tangannya, Aryin meletakkan jari telunjuk pada bibirnya.

"Tapi kan... Mummy bukan arang kita ke? *larang" soal Aryin. Mummy sebernanya tidak membenarkan mereka memakan ais krim lagi. Kerana katanya, tidak baik untuk kesihatan.

"Siapa kisah?" Aryan menjungkit bahu selamba. Aiii.... Teladan yang tidak baik untuk adiknya.

"Tak baik lah...." Aryin menggelengkan kepalanya tidak mahu.

"Tapi Scarlett bagi!" jawab Aryan laju.

"Okay, jom! Iyin pun nak ais kim jugak!" balas Aryin riang lalu lompat dari katil. Kalau Scarlett bagi, tak apa! Ye lah! Scarlett kan penulis novel ni!

Aryan tarik senyuman panjang. Ha... Setuju pun!

"Jom!"

______

"Hi kawan-kawan!" Aryan melambai-lambai dihadapan kamera. Aryan sedang memakai baju kemeja dan kot. Tali leher dipasang pada kepalanya. Comel! Dia sedang duduk diatas kerusi.

"Sape kawan kite?" soal Aryin yang duduk disebelah Aryan. Dia sedang memeluk teddy bear.

"Tu!!" Aryan menunjukkan kearah kamera.

"Sape tu?"

"Readers yang sentiasa bagi semangat dekat Scarlett yang hopeless!" Teriak Aryan. Mummy selalu panggil daddy 'hopeless'. Jadi dia pun sebut lah!

"Ah? Hopeless tu ape? Makanan eh?" tanya Aryin sambil kerut dahi.

"Orang yang tak ada harapan!" Jawab Aryan serius.

"Oi, budak-budak! Cepat habiskan! Kamera tengah live ni!" Terdengar laungan Scarlett yang sedang duduk di bahagian crew paling depan sekali. Bersebelahan dengan kamera. .

"Korang nak tahu tak, Scarlett akan kembali dengan novel terbaru!" teriak Aryan sambil memandang kamera.

"Ya! Novel 'Anonimus'!" sambung Aryin bersemangat. Dia tersenyum.

"Eh, bukan 'Anonimus' lah tapi 'Anonymous'. Anonymous." Aryan membetulkan tajuk. Aryin mengembungkan pipinya. Mana lah nak tahu? Dia dapat skrip last minute!

"Citer tu pasal apa, bang Iyan?" soal Aryin sambil pandang Aryan. Salah satu skrip yang diberi oleh Scarlett, kena tanya tentang apa novel terbarunya itu.

"Ha, citer tu pasal seorang perempuan yang ada sixth-sense. Si lelaki pula ada penyakit DID!" jerit Aryan kuat.

"Oit! Kau pendekkan skrip!" Marah Scarlett. Dia pegang skrip. Gila! Suka hati je pendekkan skrip!

"Okay! Tamat!" Aryin dan Aryan terus turun daripada kerusi. Mereka meluru kearah Scarlett.

Kamera pun terpusing kearah Scarlett yang sedang membuat draft 'Panggil Aku Cinta'

"Scarlett... Nak ais krim...."

"Nak ais kim...."

Mereka menarik-narik kain Scarlett.

"Errr...bye-bye!" Scarlett terus berlari laju menaiki motorbike yang tiba-tiba muncul.

"Scarlett!!"

Sementara itu di rumah pula.....

"Abang cari apa tu?" tegur Zarina melihat Helmi yang seakan tercari-cari sesuatu.

"Mana baju yang Anje iron semalam? Malam ni ada dinner dekat Hotel Grand Avenue kan..." tanya Helmi kepada isterinya.

"Bukan Anje letak dekat atas iron board ke?" Mana pula perginya baju kemeja, tali leher dan kot?

"Tu lah. Tapi tak ada pun."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience