Bab 33

Romance Series 186474

"UWAAAAHH!!" Melopong mulutnya hingga mampu memuatkan satu bola tenis. Mulutnya yang terlopong menunjukkan dia benar-benar kagum.

Mata Zarina membesar melilau memandang dusun itu. Pokok yang banyak serta tinggi-tinggi begitu indah hingga membuatkan dia kagum.

Pertama kali dia datang ke dusun bersama Helmi, Halina, Hilman, Hilna dan Tok Mah. Baginya, pemandangan ini sangat menakjubkan. Patut lah Tok Mah acap kali pergi ke dusun.

Zarina duduk diatas pondok. Wah! Ada pondok siap dengan buaian sekali!

" Jom main bola kat sini!!" teriak Hilman yang sedang memegang bola. Memang dekat sini, sangat sesuai kalau bermain bola. Lagi-lagi dengan cuacanya yang amat baik hari ini.

Tok Mah yang sedang memasang sarung tangan terus bersuara lantang.

"Amboi amboi....... Tok bawak hampa bukan nak main, nak keja!"

Hilna mencebik.

"Tok, rilek lah. Kami nak main tok.. Keja apanya?" Hilna bersuara selamba.

Mencerlung mata Tok Mah mendengar omongan cucunya, Hilna.

"Na! Tok nak hang pi cari air nyok!!" Tok Mah memberi arahan.

Ternganga Hilna dibuatnya

"Hah????!!" Terkejut Hilna. Tak kan dia seorang je? Jarinya dihalakan pada dirinya sebagai pertanyaan. Aku?

Tok Mah mengangguk laju.

"Hang lah sapa lagi? Tak kan Lima pulak?" soal Tok Mah sinis. Halima mana ikut mereka pergi dusun.

Meletus ketawa Hilman. Haha! Padan muka! Merah padam wajah Hilna apabila Hilman mengejeknya. Kurang asam punya abang!

"Man, hang pon sama!" ujar Tok Mah garang.

Terhenti terus gelak ketawa Hilman. Wajahnya bertukar mendadak. Terus wajah Tok Mah dipandang. Serius aku pun kena?

"Hahaha!!" Hilna ketawa besar. Bahu abang kembarnya yang berada disebelahnya ditepuk kuat.

Itu lah. Seronok sangat gelak dekat orang. Dia pun kena! Padan muka!

Hilman menjeling tajam Hilna. Geram pula apabila ditertawakan sedemikian.

Tok Mah memandang Halina yang sedang menyorok dibelakang Zarina. Oh, mahu lari ye!

"Lina.... Hang pon pi ikut depa ambik buah nyok..." arah Tok Mah.

Halina tersentak. Oi! Aku tak buat apa-apa pun tetapi aku pun kena sekali?!

Wajah Hilman dan Hilna yang ketawa terbahak-bahak dijeling banyak kali. Wah! Geram betul dia hari ini!

Helmi mengangkat tangan. Keningnya terangkat.

"Dah tu Am buat pa, Tok?" soal Helmi.

Hilman menjeling Helmi sambil mencebik menyampah. Hilna juga begitu. Ah! Acah baik lah! Bajet cucu mithali lah dia ni! Dalam hati, mereka mengutuk-ngutuk Helmi.

Tok Mah senyum segaris. Wajahnya yang tua dan berkedut-kedut nampak lebih menawan dengan senyuman manis. Hah! Ini baru betul cucu sebenar! Sejuk hati dia bila dengan Helmi!

Selain Halima, Helmi lah cucu yang rajin. Tidak perlu menyuruh Helmi pasti dia akan melakukan dengan hati yang ikhlas.

Berlainan pula dengan Halina, Hilman dan Hilna. Suka memberontak dan buat sesuatu kerja dengan tidak ikhlas.

Tetapi, kasih sayang sebagai seorang nenek tidak pernah berbelah bahagi. Kasih sayang pada setiap cucunya sama rata.

"Am pi pancing ikan naaa... Buat lauk malam ni..." ujar Tok Mah.

Helmi mengangguk lalu mengambil pancing joran yang telah diletakkan pada pondok.

Giliran Zarina untuk hairan. Eikkk... Aku tak dek ke?

"Tok.... Ari?" soal Zarina.

Tok Mah melemparkan senyuman pada cucu menantu dia. Orang bandar.... Nasib baik pakaian tidak terdedah. Nasib baik tak sombong. Kalau tidak, pasti dia tidak akan mengiktiraf sebagai cucu menantu.

Sudah lah tu. Baik hati pula. Ringan tulang berbanding cucu-cucu kandung dia. Sejuk hati ibu kandung dia mengandungkan dia 9 bulan. Fikir hati Tok Mah.

"Ari pi tolong Am ya...." Suaranya lembut sahaja kedengaran.

Ternganga mulut Zarina. Errkk.... Kenapa dia yang kena tolong Helmi?

Bukannya tak suka. Dia suka sangat. Kalau mahu gambarkan perasaannya, dia lah orang paling bahagia kalau dapat luangkan masa bersama Helmi.

Cuma.... Dia takut.... Dia takut dia gagal sembunyikan perasaan itu. Dia takut dia tidak dapat menyorokkan isi hati itu.

Ya, itu yang dia takut.

Senyuman hambar terukir. Dia mengangguk.

"Baik, tok" Dipandang wajah selamba Helmi yang sedang memegang joran.

"Cepat ah, Zame." Bagi orang lain, mungkin kedengaran ala ala badboy. Tetapi tidak pada telinga Zarina.

Kedengaran suara kasar dan dingin. Ah, alangkah bahagianya dia jika Helmi bercakap dengan dia dengan intonasi yang lembut.

Helmi ketap gigi. Dia tak suka Ari. Dia tak suka semua yang berkaitan dengan Ari. Ari perempuan murahan sanggup menyewa dia dibuat suami.

Dia berpaling mengatur langkah berjalan kearah sungai. Sungai agak jauh dari pondok.

Zarina terus berdiri. Bibir digigit geram. Cis! Berani dia pergi tak tunggu aku?

Halina mendekati dia.

"Ari, pikat hati Am!" bisik Halina memberi kata-kata semangat berserta senyuman lebar.

Ini lah masa untuk Zarina pikat hati Helmi. Luahkan segala isi hatimu wahai Ari!

Zarina tersenyum. Ya, aku boleh! Kakinya berlari anak mengejar Helmi.

Halina hanya mampu mengukir senyuman nipis.

'Ari, moga kau dapat pikat hati kering Am!' desis hatinya.

*

"Am, tunggu!" Terkedek-kedek Zarina berlari mengejar Helmi yang laju berjalan.

Dia terus berhenti. Tercungap-cungap dia mengambil oksigen untuk disedut. Pernafasannya tidak stabil.

Ah, penat!

Langkah Helmi terhenti. Dia toleh kebelakang. Dia sekadar menjeling sekilas Zarina yang seperti kepenatan.

Bibirnya dicebik menyampah. Dasar lemah!

"Budak bandar betul lah kau!" kutuk Helmi. Joran diletakkan pada bahu. Balang yang berisi umpan dipegang. Aku yang bawa barang, kau pula yang penat!

Zarina memang agak lemah kalau aktiviti keluarkan peluh. Belum apa apa dah penat. Peluh pun dah banyak keluar. Stamina yang lemah!

Helmi ketap gigi. Menyusahkan betul!

Air botol dihulurkan pada Zarina. Macam tak ikhlas aje huluran itu pada tanggapan Zarina. Nak tak nak, dia ambil juga air mineral itu.

Air mineral yang berada pada tangan Zarina diteguk rakus. Besar mata Helmi. Amboi, minum bagai nak rak sampai tinggal suku?!

"Nah." Botol mineral yang hanya tinggal suku dihulurkan kembali kepada empu badan.

Dia meregangkan ototnya kekiri dan kekanan. Buat senamrobik pula dia ni.

Wah, lega!

Setelah minum air, dia sudah kembali bertenaga!

Zarina melemparkan senyuman manis paling ikhlas kepada Helmi.

"Terima kasih, Am!"

Helmi tersentak. Zarina yang sudah berjalan dahulu dipandang dengan rasa tidak percaya.

Ari ucap terima kasih?

Entah mengapa hatinya dijentik rasa aneh. Rasa yang belum pernah dialami oleh dia. Dengan Atia juga dia tidak pernah merasakan perasaan ini.

Hanya dengan Zarina.

Senyuman Zarina.... Suara Zarina.... Buatnya menjadi angau. Ibarat ketagih. Dia mahu melihat senyuman menawan itu lagi. Dia mahu mendengar suara lunak itu lagi.

Hatinya berdetak aneh. Jantungnya berdegup kencang. Dipegang dadanya.

Perasaan apakah yang sedang hadir pada hatinya?

"Am! Cepat!" Kelibat Zarina yang sedang memanggil dan melambai lambai dipandang lama.

Ah, wajah itu... Mampu membuatkan dia gila. Kenapa baru sekarang dia sedar perasaan itu baru bertandang?

Siapa kau, Ari?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience