Bab 53

Romance Series 186474

HUJAN yang pada awalnya hanya lah rintik-rintik terus bertukar lebat. Hujan yang lebat berserta angin yang bertiup kencang mampu membuatkan pokok di kawasan perkuburan itu bergoncang.

Disebalik hujan itu, ada tangisan yang mendayu-dayu sedang merintih kesedihan penuh kepiluan.

Malam sudah lama menyapa. Ditemankan dengan hujan yang turun dengan lebat serta angin yang bertiup kencang.

Hujan yang bersuara kesedihan tidak mampu menangani suara tangisan seseorang.

"Papaaaaaaa...... Banguuuun laaaah....." rintih Zarina sambil memegang erat batu nisan itu.

Hujan yang turun dengan lebat yang mengenai tubuhnya tidak mampu untuk menjentik rasa untuk pulang ke rumah.

Malah, esakan itu semakin kuat. Seiring dengan bunyi hujan yang menjadi mencurah-curah ke atas tanah.

Air matanya yang menitik seiringan dengan titisan air hujan mengalirkan air matanya yang mengalir.

Batu nisan itu digoncang kuat. Sesekali bahunya terhinjut-hinjut menahan sebak dihati. Tangisan itu semakin kuat apabila batu nisan itu digoncang kuat.

"Maafkaaaan Ariiiiii, papaaaa.... Ariiii anak derhakaaaaaaa.... Ariiii taaak layaaak di... di... dimaafkaaaaan....." Tersendu-sendan dia jadinya dek menangis.

Guruh berdentam-dentum dia tidak pedulikan. Tidak mampu untuk menghentikan dirinya dari bangkit dari situ.

"Ariiiiii saayaaaang papaaaaa.... Maafkaaan Ariiii.... Jadiiii, banguuuun laaaaah, papaaaa!" Semakin kuat dia merintih.

Air matanya berjurai-jurai turun bersama titisan hujan. Habis basah kuyup bajunya dek terkena air hujan. Ibarat dia mandi hujan. Tetapi Zarina masih tidak kisah.

Bagi dia, selagi papanya tidak meminta maaf, dia tidak akan bangkit dari sini!

Dia anak derhaka! Tidak layak dimaafkan!

Andai masa dapat diputarkan, dia mahu putarkan balik masa. Dia mahu patuh kepada arahan papanya. Dia mahu berbaik-baik dengan papanya. Dia mahu meluangkan segala masa untuk papanya. Dia mahu mendapat sayang papanya. Dia mahu memberi sayang kepada papanya. Dia mahu bercakap dengan sopan dengan papanya.

Tetapi semua telah terlambat.

Nasi sudah pun menjadi bubur. Masakan bubur bisa menjadi nasi kembali walau berjuta kali dia lakukan dengan kudrat yang terkandung di badan.

Dia memeluk tubuhnya sendiri. Bulu romanya meremang. Menggigil-gigil dia kesejukan dek cuaca yang begitu sejuk.

Dia kacip gigi rapat menahan kesejukan. Kepalanya seperti bergerak-gerak menggigil.

"Ari!!" Kedengaran suara seseorang sedang datang kepadanya. Deruman kereta kedengaran. Zarina tidak sedikit pun berpaling untuk melihat empu badan yang menyeru namanya.

"Ari! Jom lah balik! Apa kau buat dekat sini?!" Suara marah Rayyan kedengaran. Zarina toleh lemah.

Kelihatan Rayyan sedang memegang payung untuknya. Jaket kulit yang dipakai Rayyan disarungkan kepada Zarina yang sedang duduk bersimpuh diatas tanah.

"Aku tak nak." Bergetar sahaja suara Zarina menahan sebak. Tetapi suara yang keluar jelas kali berbaur tegas menandakan dia mahu duduk di situ lagi.

"Balik je lah! Kau tahu tak Ryan risau gila dengan kau tau tak?!" Rayyan terpaksa menjerit kuat untuk menandingi suara hujan lebat.

Zarina terdiam. Hatinya dijentik sedikit dengan perasaan ibu. Benarkah anaknya risau kepadanya?

Rayyan berdecit sedikit apabila Zarina tidak memberi apa-apa respon kepadanya. Susah betul cakap dengan orang yang ego tinggi melangit. Contoh? Bahan uji kaji ada dekat depan dia sekarang ini. Zarina Medina!

Tingkah Zarina hanya mampu mendatangkan beban. Membuatkan semua orang risau kepadanya! Macam orang yang kurang kewarasan!

Nak bercakap dengan orang yang tak reti faham bahasa Hindustan macam Zarina memang payah. Kena ada caranya baru boleh tundukkan si Miss Hati Batu ni! New nickname for Ari.

Habis semua orang risau dengan kehilangan Zarina. Bayangkan pagi sudah lesap. Jadi mereka ingat normal lah jika Zarina mahu bersiar-siar mencari ketenangan.

Tetapi sangkaan mereka meleset sama sekali. Sampai ke malam batang hidung Zarina tiada. Kecoh semua orang berpakat nak mencari Zarina.

Siap berpecah-pecah lagi. Aish, Syafiera dan Rayyan berpecah untuk mencari Zarina. Nampak? Betapa risaunya mereka sampai sanggup mencari Zarina ditengah malam.

"Ryan asyik tanya mana mummy dia, mana mummy dia. Menangis budak itu bila tengok kau tak dek! Rupanya mummy dia ada dekat sini! Tengah 'seronok' nangis time hujan lebat ni! Kau tak kesian dekat Ryan ke?!" Teriak Rayyan kuat. Ada sinisan pada ayatnya. Sewaktu hujan perlu lah tinggikan suara.

Zarina terkedu. Yalah, Ryan. Arjuna Aryan. Satu-satunya keluarga yang tinggal untuk dirinya. Anak lelaki yang paling berharga dalam hidupnya. Anugerah yang terindah sepanjang hayatnya. Takdir yang tidak pernah akan dia sia-siakan.

Rayyan mengetap giginya geram. Bengang betul apabila Zarina tidak menoleh memberi respon. Paling tidak pun, humming je lah! Itu pun susah ke?

Eh, sebernanya dia tengah cakap dengan orang dekat depan dia ke atau orang yang tidak bernyawa yang telah dikubur di sini? Agaknya mereka pun dengar apa yang dia cakap.

Kalau batu nisan boleh bersuara, mereka pun setidak-tidaknya mampu menyahut. Bukan macam manusia tak ada mulut dekat depan dia ni!

Zarina memang gila! Time-time hujan dia mampu untuk berada di sini. Siap dengan guruh dan angin... Huisshh... Rayyan yang berpayung pun rasa nak demam!

Rasa-rasanya, badan Zarina ni jenis yang platinum la. Tak pun besi urat dawai. Made In China. Limited edition yang berada di pasaran. Yelah! Sebab boleh tahan sejuk!

Kalau bukan made of besi, mesti badan dia ni kalis air. Macam kain sintentik sebab kental je dengan cuaca yang dialami sekarang ni. Besi? Eh, robot pun boleh rosak tau kalau dengan hujan yang macam ni!

"Balik lah, Ari. Aish dan Fiera pun risau dekat kau..." Tegas sahaja Rayyan bersuara. Jangan berlembut sangat kalau nak bercakap dengan miss batu macam Zarina. Nanti dia akan naik kepala!

"Kau diam!! Cakap dengan cermin ke?!!" Sinis Zarina bersuara dalam nada yang tinggi. Badannya memang tengah sejuk tetapi bibirnya mampu lagi untuk membalas.

Baginya, Rayyan tidak layak untuk bercakap sebegitu dengannya. Tidak ingatkah dia kejadian 4 tahun yang lepas? Dia juga sama seperti dirinya. Tidak mampu menerima takdir bahawa orang yang mereka sayang pergi tak akan kembali. Cermin diri kau dulu lah bro sebelum nak nasihat orang!

Rayyan terkedu. Lebih kepada sentap sebernanya. Dia menundukkan wajahnya. Ya, dia sedar. Dulu dia khilaf. Tidak mampu menerima takdir sehingga mengabaikan Ifti dan Iriz, bayi kecil yang masih perlukan bapa.

Tetapi semuanya dulu. Sekarang dia sudah berubah! Bukan sekarang tetapi 4 tahun yang lepas! Dia mampu redha ketika 4 tahun yang lepas!

"Kau dan aku lain." Nada bicara Rayyan sudah bertukar keras. Uratnya timbul di lehernya menahan gelojak amarah.

Zarina mencebik meskipun dia tidak memandang Rayyan. Bibir itu ketawa kecil walaupun dahinya seakan berdenyut.

Rayyan sangat kelakar! Lawak antarabangsa yang belum pernah dia dengar. Mampu merebut pingat emas! Pelawak tokoh juga kalah kepada Ezzul Rayyan.

Lain? Apa yang lain? I tell you what, Ezzul Rayyan!

Zarina bangun lemah. Dia memandang Rayyan dengan renungan tajam yang penuh dengan makna tersirat yang sangat mendalam.

"Apa beza kau dengan aku?! Nothing!! Nothing is different, Rayyan!! Kau nasihat aku tapi kau pun sama!! Tak ingat ke dulu?! Iris pergi then kau jadi macam orang gila!! Itu tak risaukan semua orang ke ah?! Jadi kenapa kita lain?! Tak ada yang beza!! Kita jadi gila sebab pemergian orang tersayang!! " jerit Zarina sekuat hatinya. Dia memejamkan matanya sedikit kerana dimasuki air hujan.

" No, Ari! We're totally different! Yes, I admit it. Aku jadi gila sebab Iris pergi! Aku kehilangan orang tercinta! Kau kehilangan orang tersayang, papa kau sendiri! Tapi kau tak sepenuhnya gila, Ari. Kau tak 100% gila macam aku!! Kau jadi gila sebab kau dihurungi rasa bersalah!! Rasa bersalah yang semakin menebal sebab kau rasa kau anak derhaka!! Aku lain, aku jadi gila hanya sebab aku cintakan Iris bagai nak mati!! Itu perbezaan kita. And aku berubah sebab Sha dan Kal! Because they need me! And so are you, Ari. Ryan needs you as a mother!! " Kata-kata Rayyan ibarat tamparan di muka Zarina.

Ya, apa yang membezakan mereka ialah Rayyan cintakan Iris. Dan dia sayangkan papanya dicampur dengan rasa bersalah kerana menderhaka terhadap arwah.

Dia memejamkan matanya. Linangan air mata turun Ya Allah.. Benar sekali apa yang dikatakan oleh Rayyan.

Dia rasa bersalah! Dia telah menyalah erti papanya! Sedangkan papanya sedaya upaya cuba untuk jaga hati dia!

Tapi dia?

Nothing! Dia tak pernah sedaya upaya cuba untuk jaga hati papanya. Dia anggap dia Cinderella yang sentiasa betul dan dahagakan kasih sayang papa, tapi papanya terlebih dahulu dahagakan kasih sayangnya sebagai anak.

Dia menganggap dia sahaja yang betul tapi sebernanya dia salah selama ini. Kerana ego, semuanya binasa! Silap, kerana dirinya, papanya pergi!

Kepalanya berdenyut laju. Berpinar-pinar dia pening. Mata dipejam rapat. Tubuhnya rebah diatas muka bumi Allah itu.

"Ari!!!"

________________________________________
"MAMA, PAPA... Ari sayang mama dan papa ketat-ketat! " ujar Zarina lalu memeluk Datin Nurin. Datin Nurin memandang Dato Azman. Mereka sama-sama tersenyum.

Kepala Zarina diusap perlahan oleh Dato Azman.

"Sayang ye? Kalau sayang, boleh tak tunaikan permintaan papa?" Zarina yang berumur 11 tahun mengangguk laju.

Dato Azman tersengih. Pipi Zarina dicubit lembut.

"Walau apa pun yang terjadi, walau ribut datang dengan kuat, janji dengan papa. Yang Ari akan sayangi mama dan papa. Boleh?" pinta Dato Azman sambil memandang anak perempuannya dengan renungan yang lembut.

Zarina mencebik manja. Mukanya sengaja dibuat-buat menyampah tetapi kelihatan comel dimata mama dan papanya.

" Tu je? "

Dato Azman menganggukkan kepalanya dan Datin Nurin hanya mampu tersenyum manis memandang gadis itu.

"Hmph! Fine! Ari pasti akan sayang mama dan papa!" balas Zarina teruja. Dato Azman mengukir senyuman lega. Datin Nurin tersenyum nakal.

"Ari... Ari sayang siapa lebih sikit? Mama ke papa?" soal Datin Nurin sambil melirik nakal.

Bulat mata Dato Azman. Dia memandang isteri disebelahnya yang tersenyum nakal. Amboi! Sengaja nak sakitkan hati dia ke apa?

Dia tahu. Dia jarang berada di rumah kerana bekerja. Tetapi itu tak bermakna dia abaikan isteri dan anaknya. Tidak sama sekali.

Tetapi dalam kes ini, isterinya mempunyai kelebihan kerana isterinya lebih meluangkan masa dengan Zarina. Jadi, tak hairan lah jika Zarina memilih Datin Nurin.

Tetapi memang tak adil! Berat sebelah! Kemenangan semestinya akan berpihak kepada isterinya!

Dato Azman memandang anak perempuannya penuh sabar. Debaran terkandung di dada apabila gadis berusia 11 tahun itu sedang memikirkan sesuatu.

"Hmmmm......."

Datin Nurin memandang Zarina tidak sabar. Mahu tahu jawapan daripada Zarina. Tetapi dia yakin Zarina akan memilih dia.

Dia bukan mahu mengukur sayang anaknya kepada mereka. Cuma dia mahu menjentik rasa sedar sikit dalam diri suaminya supaya keluarga didahulukan. Baru lah kerja.

"Ari sayaaaanggggg........." Zarina tersenyum nakal. Serentak bola matanya bergerak memandang Datin Nurin dan Dato Azman.

Datin Nurin dan Dato Azman terkedu. Eh eh budak ni. Sengaja nak main tarik tali ke apa ni? Nak main hot & cold pula tiba-tiba.

Nasib baik comel dengan pipi yang gebu itu. Kalau tidak pasti pipi Zarina menjadi habuan cubitan mereka. Kalau cubit sekarang, spoil pula lah kan?

"Of course lah Ari sayang mama dan papa!" Zarina tersenyum lebar menampakkan sebaris giginya yang putih berseri. Dihiasi dengan lesung pipit di lubang pipi kiri dan kanan kelihatan sangat comel.

Masing-masing terkedu dengan jawapan anak tunggal mereka. Jawapan selamat?

Melihat sahaja reaksi mama dan papanya dia cepat-cepat bersuara.

"Ari sayang mama dan papa sama rata! Sebab Ari selalu dapat kasih sayang yang cukup oleh mama papa. Mama selalu manjakan Ari, papa selalu layan Ari macam princess. Ari sayangkan mama dan papa ketat-ketat!" ujar Zarina ikhlas berserta senyuman dibibir.

Dato Azman dan Datin Nurin saling berpandangan. Mereka masing-masing terkedu dengan kata-kata Zarina. Tidak menjangka jawapan itu yang akan keluar.

" Jadi sayang mama dan papa sampai Akhirat tau? " soal Dato Azman. Zarina tersenyum.

"Tak nak!" Zarina menjelir lidah. Bulat mata Dato Azman.

Tubuh kecil Zarina digeletek oleh Dato Azmab. Zarina ketawa geli apabila Dato Azman mula menembak.

"Hahaaa... Papa stop it!"

Gelak tawa itu menghiasi segenap rumah itu. Gelak tawa kegembiraan tanpa kedukaan.

Tetapi perlahan-lahan semuanya berubah. Kegembiraan digantikan dengan kedukaan.

"Mama!!!" teriak Zarina sambil memeluk tubuh Datin Nurin yang tidak bernyawa. Air matanya mengalir hangat. Cuba ditahan tapi air mata nya tetap gugur.

Masakan bisa tahan jika mama yang tersayang pergi menghadap Ilahi? Dia tidak kuat! Dia tidak tabah!

"Saudari, sudah sampai masa untuk angkat jenazah ni." ujar Tok Imam kepada Zarina. Laju Zarina menggelengkan kepalanya.

"Ini bukan jenazah! Ini mama! Ini mama Ari lah! Dia cuma tidur je! Kan mama?!!" Wajah pucat lesu sang ibu membuatkan titisan air mata menitis pilu.

"Mama... Ari dapat straight A's.. Macam yang mama harap.. Jadi bangun lah!" rintihnya sambil air mata yang berjurai-jurai menodai pipinya itu. Result di tangan dipegang.

Rata-rata yang hadir hanya mampu memandang dengan sayu. Seorang anak yang kehilang ibu diusia muda.. Bagaimana dia harus kuat?

" Ari! Enough is enough! Mama dah tak dek! Cuba terima hakikat?!" Dato Azman menjerkah Zarina didepan khalayak ramai. Tidak betah apabila Zarina meratapi kematian Datin Nurin.

Pipi Zarina yang basah dengan air mata dibiarkan. Dia bangun menghadap Dato Azman.

"Ni mama lah, papa! Papa pun sama je kan macam orang lain?!" bentak Zarina. Kenapa semua orang cakap mama dah tak dek? Padahal mama nya cuma tidur, nanti bangun lah.

"Ari! Mama dah pergi.. Boleh faham tak?!" Dato Azman menggoncang kuat bahu Zarina.

Laju Zarina menggeleng. Air matanya menitis. Tidak! Itu semua tak benar! Dia jatuh terduduk. Jenazah mamanya dipandang sepi.

"Mama tipu... Mama cakap nak sayangkan Ari sampai Akhirat tapi mama tipu!!!" teriak Zarina macam orang gila.

"Ari, calm down!" Dato Azman sedikit menjerit.

"How can I papa?! Mama dah tak dek...." Zarina menangis teresak-esak persis kanak-kanak kecil merengek kehilangan ais krim. Dato Azman hanya mampu menunduk.

Tanpa disangka, kedukaan itu bertukar lagi menjadi kedukaan yang lebih perit.

"Ari! Let me introduce you. This is your mother" perkenal Dato Azman dengan senyuman di bibir. Datin Noraini disebelahnya hanya mampu tersenyum plastik.

Zarina terkilan. Mother? Aunty aka kakak mamanya ialah mother dia?

"What do you mean, pa?" Bergetar sahaja nada Zarina.

"Huh? This is your stepmother and stepsister. Macam yang Ari tahu mak Long Ari ni akan jadi mama Ari dan cousin Ari akan jadi adik Ari. Ye tak, Que?" Dato Azman mengerling Querina yang tersenyum sinis disebelah Datin Noraini.

"Ya! Selamat berkenalan, kak.." Querina menunduk hormat.

Zarina masih tercengang. Terasa dirinya dialam mimpi. Dia rasa mahu tampar sahaja pipinya sampai bangun. Katakanlah ini semua hanya dusta.

"Why pa? Why this fast?" soal Zarina lirih. Begitu cepat papanya mencari mengganti mama? Padahal baru 2 bulan berlalu sejak kematian mamanya.

"I'm doing this for you, Ari." ujar Dato Azman tegas. Zarina menggeleng laju.

"No!! Not for me but for yourself!!!" teriak Zarina lalu terus beredar dari rumah itu.

"Ari!!" panggil Dato Azman tetapi Datin Noraini meletakkan tangannya diatas bahu suaminya.

"Abang, biarlah dekat dia tu. Nanti Ari balik lah. Biasa lah kan remaja." Querina mengangguk sokong.

Dato Azman menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya, mereka mampu untuk menjaga Zarina Medina ketika dia tiada. Ya, isteri dan anaknya ada!

Layanan mereka kepada Zarina seteruk hamba. Tidak, hamba juga tidak dilayan seteruk ini.

"Ari!!!!" teriak Datin Noraini kuat. Teriakan itu jika digabungkan dengan megaphone atau speaker, mampu memecahkan tingkap!

Terkocoh-kocoh Zarina turun, omenuruni tangga apabila terdengar ngauman syaitan. Tak kan ngauman bidadari kot? Tak layak!

Tiba sahaja di depan Datin Noraini, kelihatan senyuman sinis sedang mekar pada wajahnya. Querina disebelahnya hanya mampu tersenyum mengejek.

"Ya?" soal Zarina takut-takut. Kepalanya ditundukkan tidak mahu bertentang mata dengan mama tirinya itu.

Datin Noraini tersengih penuh sinis. Takut juga ye budak ni.

"Bila mama aku tengah cakap, pandang dia! Muka mama aku bukan ada dekat lantai!!" herdik Querina lantang.

Zarina tersentak mendengar herdikan adik tirinya yang berusia 13 tahun itu. Dia perlahan-lahan mengangkat kepalanya.

"So? Satisfied?"

Zarina memandang sinis malaun-malaun dihadapannya. Eh eh.. Ingat dia akan biar je ke dia dibuli? Eh, ni Zarina Medina lah! Tak akan pernah tunduk kepada pembuli!

Tercengang mereka. Tetapi riak wajah cuba dikawal. Makin melebar senyuman sinis di muka mereka.

"No. Sekarang ni aku nak kau kemas satu rumah ni! Sekarang!" jerit Datin Noraini garang.

"Hah?? Kenapa Ari pula?" soal Zarina tidak berpuas hati. Maid ada aje dalam rumah ni, masakan dia mahu kemas satu rumah. Apa tujuan maid itu jika tidak bekerja?

Ish. Besar kecil besar kecil je dia memandang ibu tirinya. Eh eh cuba lah cakap baik-baik tak boleh ke? Ini tak memekak je lebih.

"Mak Na!! Bawa baldi dan mop!!" Teriakan lantang Datin Noraini membuatkan Mak Na, orang gaji dirumah itu bergegas pergi keruang tamu dengan baldi dan mop ditangan.

"Ini dia, puan."

"Ari, aku nak kau mop semua tempat!" ujar Querina memberi arahan. Bulat mata Zarina. Ewah, siapa adik siapa kakak ni? Suka suki je bagi arahan dengan orang yang lebih tua!

"Kalau aku tak nak?" soal Zarina sekadar mencuba.

"Then I'll tell papa. And you'll die." Querina membuat aksi mati lalu gelak sinis.

Zarina merengus. Kecoh betul lah diorang ni! Sikit-sikit nak report dekat papa. Blah la! Anak manja betul!

"Mop, mop je lah!" herdik Datin Noraini bengang. Tak faham bahasa Melayu betul lah anak Nurin ni!

"Puan, biar saya je yang buat.." celah Mak Na. Memang kerja dia untuk mengemas rumah. Apa gunanya dia dibayar gaji jika kerja juga tidak dilakukan?

"Kau diam!! Aku tak suruh kau lah, perempuan!!" jerkah Querina kuat kepada Mak Na. Terhinjut bahu Mak Na dek dijerkah sebegitu. Dia menunduk ketakuran.

Bulat mata Zarina tidak percaya. Eh, ini dah lebih ni! Tak padan baru form 1 dah pandai tinggikan suara dekat orang yang berusia! Sedar lah sikit kau tu baru umur 13, bukan 31! Wake up, girl!

"Kau Que kalau nak jerit aku kau jerit lah sampai hilang suara kau. Tapi kau jangan sesekali tinggikan suara dekat Mak Na. That is very rude, young woman! At least show some respect to her!" Tegas Zarina bersuara tidak menyenangi dengan perbuatan Querina terhadap Mak Na. Biadap betul namanya! Nak lagi power kurang ajar!

Belum sempat Querina mahu membalas, Zarina terlebih dahulu memotong dengan kata-kata pedas.

" Apologize with my misbehavior, Que. I'm totally sorry. I forgot that you're 13 years old. Not matured enough to know about the attitude and morals. I believe your mom teach you that attitude towards elderly." Renungan sinis Zarina beralih kepada Datin Noraini.

Mencerlung mata Datin Noraini. Berasap hatinya mendengsrnya.

"Kau ni memang sebijik macam mak kau kan? Betina sundal! Tak layak hidup dekat dunia ni! Aku menyesal ada adik macam Nurin! Ingatkan bila Nurin dah mampus, aku aman tapi anak dia pula datang bawa bala! Aku benci Nurin! Aku benci kau!!!" jerit Datin Noraini bagai orang gila. Ya, dia benci adiknya, Nurin!

Zarina gelak sinis. Walhal hatinya sudah membara-bara panas apabila perempuan ini menggelar arwah namanya, betina sundal.

" Kenapa kau benci sangat dengan mama aku? Oh, perhaps dia selalu dapat perhatian arwah atok dengan opah?"

"Kau diam!! Aku tak kira aku nak kau kemas juga!!" Bengang pula Datin Noraini apabila melihat senyuman sinis pada wajah Zarina. Ah, kelihatan seperti Nurin sedang tersenyum sinis kepadanya!

"Well, why should I?" Zarina berpeluk tubuh tidak mahu mengalah. Masakan dia biarkan sahaja dirinya dibuli? Ni Zarina Medina okay!

"Why should you? This is the reason!" Baldi yang berisi air kotor dituang oleh Querina kepada Zarina.

Tercengang Zarina apabila rambutnya basah. Mak Na terus berlari mahu mengambil tuala untuk Zarina.

Querina gelak sinis yang amat menyakitkan hati Zarina.

" Kau bagitau papa, kami akan buat lagi teruk dari ni! This is just the beginning, Zarina Medina!" jerit Querina bangga lalu terus berlalu bersama mamanya dengan senyuman sinis diwajah.

Zarina mengetap gigi menahan gelora amarah. Berombak kencang dadanya tanda marah. Rambutnya yang basah diraup kasar.

Dalam hati, dia merintih sayu. Mengapa papanya berbuat begini? Lupa kah papanya kepada arwah mama?

Papa tak pernah lupa.

"Saiful, boleh tolong bagi dekat Ari?" pinta Dato Azman lalu menghulurkan sebungkus hadiah yang berbalut.

"Huh? Untuk?" Sempat pula boss nya mahu pesan sesuatu sebelum berangkat ke luar negara atas urusan kerja.

"Today is Zarina's birthday." Dato Azman tersenyum girang. Ya, hari ini ulang tahun Zarina. Tetapi malangnya, dia tidak mampu untuk berada dengan Zarina.

Saiful mengangguk.

"Make sure hadiah ni mesti ada dekat Ari tepat jam 8 malam." pesan Dato Azman. Zarina lahir pada waktu malam, pukul 8 malam. Dia ingat itu.

"Oh! Beruntung betul Zarina dapat papa macam boss! Mesti Zarina suka" puji Saiful sambil tersenyum lebar. Zarina memang beruntung memiliki papa yang mengambil berat walaupun tidak meluangkan sepenuh masa.

Dato Azman tersengih. Begnya dipegang.

"Hope so.."

Papa tak pernah lupa. Dia salah sangka.

"Papa!" Zarina menjerit. Dia terus bangun daripada tidur.

Dia memandang sekeliling. Bilik tidurnya. Rupanya semua itu hanya mimpi. Lebih tepat ialah memori.

Dahinya yang basah dengan peluh dilap. Baru dia perasan ada tuala kecil pada dahinya. Dia demam ke?

Ah, tak kisah lah! Yang penting papa!

Papa sayangkan dia. Papa tak pernah lupa birthday dia. Malaun yang sorok... Pasti Zarina akan kerjakan habis-habisan!

Mana tanggungjawabnya sebagai seorang anak?

Zero!

Apa jasa dia kepada papanya?

Zero!

Apa kebaikan yang pernah dia lakukan kepada papanya ketika mamanya telah pergi?

Zero!

Semua zero ibarat tin kosong di tengah-tengah padang pasir.

Terasa segala jiwanya dibebani dengan dosanya sebagai anak derhaka. Pasti papanya tidak akan memaafkannya.

Perasaannya bercampur baur sekarang ini. Dia sedih, dia bersalah, dia terharu. Ah, semuanya bercampur aduk sekarang!

Rambutnya diraup. Dia toleh. Kelihatan ada semangkuk bubur dan sekeping nota.

'Bila kau nampak benda ni, tandanya kau tak mati lagi. Terus makan bubur ni. Jangan tak makan kalau tak aku pancung kau hidup-hidup.'

Zarina ketawa kecil. Geli hatinya membaca nota itu. Ah, ini mesti Aish yang tulis! Dia memang jenis yang caring!

Zarina sambung lagi baca.

' Ryan risau gila dengan kau sampai menangis bila tengok kau pengsan'

Zarina terkedu. Aryan menangis? Dia menoleh sebelah. Ya, benar! Aryan sedang tidur disebelahnya!

Dia mendekatkan dirinya dengan Aryan. Wajah comel Aryan yang sedang lena ditatap tanpa jemu sepenuh hati.

Kasihan anak itu. Mesti dia sedih melihat Zarina pengsan. Air mata Zarina bergenang mengenangkan nasib mereka.

Nasib Aryan yang kehilangan ayah.

Dahi Aryan dikucup. Tubuh kecil Aryan didakap lembut.

"Selamat malam, Ryan. Maafkan mummy..."

AFS! Yo! Sorry sesangat sbb lama x update. Haha lama lah sangat. But hari ni Scarlett penat2 buat chap ni.

Scarlett lama x update sbb nak tengok korang ni setia ke tidak. Haha jk jk. Scarlett lately busy dengan projek. So x menang tangan nak handle.

Nxt chp tomorrow ya!

Buat sesiapa yang masih setia menunggu, Scarlett tabik salute gila2 dngn korang sbb setia menunggu citer mengarut ni. Tq tq so much! Love u gais!

Haha sudah banyak Scarlett melalut sudah tiba masa untuk Scarlett undur diri.

This is a spoiler ! Scarlett spoil sikit je tau.

Am akan jumpa Ari. Chp berapa x sure but lagi sikit je lagi.

That's it! I shut my mouth!

Diberi pilihan permata dan kaca,
Hanya perlu menilai,
Buat para pembaca,
Terima kasih yang tak ternilai!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience