Bab 3

Romance Series 186474

ZARINA berdiri di balkoni. Dia menghirup udara segar. Malam sangat indah.. Dia teringat akan perbualannya dengan PA Dato Azman pada pagi tadi.

'Kalau I ada calon suami, papa tak akan marah kan?'

'Tidak. Kalau cik kahwin dengan calon suami pilihan cik selama 3 bulan lalu menetap di tempat tinggal suami cik selama 3 bulan, baru Dato akan maafkan cik'

'Hell! No way! Papa I kata calon aje!'

'Maafkan saya. Saya cuma mengikut arahan'

Zarina mengeluh.

Helmi Ikram duduk gelisah . Hatinya tidak tenang memikirkan segala prasangka yang mungkin akan berlaku. Kaki digoyangkan berulang kali cuba mengusir segala permainan minda.

Helmi memandang Zarina yang berada di balkoni menghirup udara segar. Helmi terus bangun dari tempat duduk. Dia pergi ke dapur untuk berjumpa dengan Halina.

"Dik, lama lagi ke perempuan tu nak tinggal dekat sini?" soal Helmi serius.

Halina yang sedang memasak terus memandang abangnya sinis.

"Of course" balas Halina lalu menyambung masakan. Mata yang tadi beralih kepada abangnya terus kembali kepada makanan. Nasi goreng. Kang layan Helmi tak pasal pasal hangit nasi goreng ni.

Helmi mengeluh. Bukan itu jawapannya yang dia mahu. Sesekali Helmi menjeling sekilas kearah Zarina yang masih berdiri di balkoni.

"Tak dek tempat lain ke dia nak tumpang?" soal Helmi. Sibuk betul Zarina. Dah tahu ada lelaki dalam rumah, sibuk terhegeh hegeh nak tinggal sekali dalam rumah ni. Apa rumahnya tiada ka?

" By the way, ni rumah siapa? Abang Am ke Lina?" soal Halina selamba. Memang benar. Rumah yang mereka diami ialah rumah sewa Halina. Helmi hanya menginap di rumah sewa Halina setelah mendapat pekerjaan tetap.

Helmi mendengus.
"Kalau abang tahu ada perempuan lain Tinggal dalam rumah ni memang abang akan stay aje dekat kampung" balas Helmi sambil berpeluk tubuh.

"Okay. Fine. Abang ni nak apa?" soal Halina malas. Walhal dia sudah tahu apa yang merunsingkan kepala Helmi... Cuma sengaja mahu dengar dari mulut abangnya sendiri.

"Macam mana kalau kami kena tangkap khalwat?" soal Helmi. Memang itu sebernanya yang dia tengah risau. Tidak mahu dia berkahwin dengan Zarina. Jatuh reputasi dia sebagai jejaka hot dekat kampung!

Halina tersenyum senget. Cuba dikawal senyuman itu. I got you, brother!

" Sebab tu abang kena halalkan hubungan yang haram. Lebih cepat lebih bagus" balas Halina selamba lalu menutup api gas. Makanan sudah siap!

Helmi mengangguk setuju dengan Halina. Anggukannya berhenti apabila dia terfikir sesuatu. Dahi Helmi berlapis dek kerutan. Helmi memandang Halina yang sedang menyanyi kecil sambil meletakkan nasi goreng kedalam pinggan.

"Apa yang Lina cakap tadi?" soal Helmi. Dia hanya dapat menangkap 'haram' sahaja. Apa yang haram dia pun tak tahu? Agak agaknya sikap bengap ini ikut gen agaknya. Halina pun bengap, Helmi juga bengap.

Halina mencebik sambil membuat rolling eyes. Tangan kanan diletakkan di pinggang kanan. Jelik dengan sikap abangnya yang blur. Issh.. Itu pun tak dengar ke? Kita cakap sikit punya kuat. Dasar pekak!

"Lina kata halalkan hubungan yang haram. Tak baik lewat lewatkan perkara yang baik." ujar Halina bersahaja.

Helmi tercengang.

"Apa yang Lina mengarut ni?" soal Helmi pelik. Tak kan lah sebab ini aje nak satu kan mereka? Memang Pelik Bin Ajaib!

"Lina tak mengarut. Kahwin ajelah dengan Ari kalau tak nak timbul fitnah!" balas Halina sambil mencebik. Ikut aje lah perintah tuan permaisuri ni wahai, hamba!

Helmi menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Sah! Sah adiknya sudah gila. Mental.

"Tak pa. Abang balik aje lah kampung. Nak buat macam mana rezeki tak ada." ujar Helmi perlahan lalu ingin berlangkah pergi. Memang niatnya pergi ke KL berjumpa dengan adiknya ada satu. Mencari pekerjaan tetap. Memang susah betul nak cari kerja dekat kampung. Itu yang dia datang ke KL. Mana tahu boleh bekerja di mana mana syarikat.

"Tunggu."

Langkah Helmi terhenti. Dia kalih melihat sang empu suara.

"Aku nak kahwin dengan kau." ujar Zarina. Malu? Ya dia memang malu! Tapi malu harus ditolak ketepi. Ego harus diturunkan! Demi papa!

Terkebil kebil Helmi memandang Zarina. Pandangan Helmi beralih kepada Halina yang pura pura sibuk mengemas dapur walhal telinga nya dipasang untuk mendengar setiap patah perkataan yang mereka ungkap.

"Kau ni gila ke? Apa motif kau?" soal Helmi. Tidak kenal terus aje dilamar. Gila betul!

Zarina menarik nafas dalam dalam sebelum membuka mukadimah.

"Aku nak sewa kau jadi suami. Boleh?" soal Zarina selamba.

Berlapis dahi Helmi dek kerutan.

"Sewa? Kau ingat aku ni rumah ke nak disewa bagai?" soal Helmi sambil merenung tajam muka Zarina.

"Well of course you are not a house. You are a human. That's why I choose you." jawab Zarina selamba.

"Apa motif kau sebernanya ni?" soal Helmi malas. Just straight to the point la. Tak payah nak speaking bagai.

"Let me guess. Kau tengah cari kerja kan? So aku ada kerja dekat kau." balas Zarina.

Dahi Helmi berkerut. Jangan ada kedut sudah. Tadi dilamar and now dapat kerja?

"Kerja apa?"

"Jadi suami aku. Suami Untuk disewa" jawab Zarina serius.

Bulat mata Helmi. What's wrong with this woman?!!

"Tak habis habis! Malas nak layan!" Kaki Helmi diatur untuk keluar dari dapur.

"Jadi suami aku. Then aku bagi kau kerja sebagai seorang guru dekat kampung. Amacam?" cadang Zarina. Ini Zarina lah. Use your brain lah!

Kaki Helmi berhenti. Tidak jadi untuk melangkah keluar.

"Serius?" soal Helmi tidak percaya. Dia memang perlukan kerja!

Zarina mengangguk.

"Kita kahwin selama 3 bulan. Then kau boleh ceraikan aku. Aku dapat manfaat kau pun dapat manfaat." ujar Zarina.

Helmi masih teragak agak untuk bersetuju.

"Jangan risau! Kalau kau ada kekasih, aku sendiri akan talk talk to her. Kalau dia betul betul cinta kan kau, 3 bulan dia pasti akan tunggu kau" sambung Zarina.

"Deal?" Zarina menghulurkan tangan.

Helmi tersenyum sinis. Dia menyambut huluran tersebut.

"Deal"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience