"KAK Ari!!" teriak Julia yang telah membuka pintu. Laju dia berlari pergi kearah Zarina yang sedang duduk diatas kerusi. Membulat mata Zarina memandang satu susuk tubuh yang amat dikenali. Hayna Julia!
"Ya Allah, Lia!" Zarina memeluk tubuh itu erat. Sudah bertahun-tahun mereka tidak berjumpa. Julia semakin cantik dan manis. Sungguh dia berasa seperti dia sedang memeluk adiknya sendiri. Memang dia sudah menganggap Hayna Julia sebagai adiknya sendiri. Ada adik tiri tetapi hampeh!
"Akak makin cantik ah?" puji Julia setelah pelukan dileraikan. Dia mengecilkan matanya nakal memandang Zarina dalam nada mengusik. Zarina mencebik mendengar pujian yang baginya lebih kepada usikan semata-mata. Cantik? Muka dah tua ni nampak cantik ke?
Memang Zarina kelihatan semakin cantik dan ayu dengan memakai tudung yang menutupi auratnya sebagai wanita Muslim. Sudah Islam menyuruh umatnya menutup aurat, memang bagi Julia itu adalah satu perubahan besar melihat Zarina bertudung. Lambang keperibadian wanita solehah. Syukur kehadrat Ilahi dengan hidayahMu, Ya Allah.
"Lia pun apa kurangnya? Makin lawa! Ni dah ada berpunya ke?" soal Zarina seraya menjongketkan keningnya nakal. Berubah air muka Julia. Merona merah wajahnya apabila diusik sebegitu. Dia muda lagi lah!
"Ehem ehem...." Syafiera berdehem kuat agar Zarina dan Julia perasan tentang kewujudan dia. Sakit hati dia apabila mereka tidak endahkan dia malah teruskan babak jejak kasih. Julia dan Zarina serentak menoleh memandang Syafiera yang sedang berdiri berhampiran dengan mereka. Mereka hanya tayang gigi.
Cepat-cepat Julia menyalami tangan Syafiera. Takut pula si mak buyung itu meletup. Tak pasal-pasal baby dalam perut pula terkena jangkitan M.M. Meletup Marah. Nanti ada Syafiera junior pula. Haru!
"Hrmmmm......" Syafiera menarik nafas dalam-dalam sebelum dihembus keluar. Dia berjeda seketika sebelum bersuara.
"Lia sihat?" soal Syafiera sambil memandang wajah Julia. Nadanya bertukar lembut. Bukannya dia marah pun tapi sengaja je mahu ceriakan suasana! Tetapi raut wajah Julia sedikit sebanyak telah berubah semenjak Julia tinggalkan rumah ini. Haruslah berubah, nama pun 4 telah berlalu.
Julia senyum simpul mendengar soalan Syafiera. Bahasa isyarat anggukan digunakan. "Sihat alhamdulillah.. Akak?" Syafiera gelak kecil mendengar pertanyaan Julia. "Lia rasa sihat tak?" Zarina pula mencelah. "Tengok lah badan dia, Lia." usik Zarina.
Membulat mata Syafiera. Eh eh kawan yang sekor ni! Tengok badan apa? Nak kata aku gemuk ke? Hello, there's baby inside my tummy, Zarina Medina!
"Hidup berbadan dua memang macam tu. Macam lah dia tak pernah rasa." jawab Syafiera lalu sempat menghadiahkan jelingan tajam kepada Zarina yang sedang tersengih. Zarina sudah sedia maklum kata-kata itu ditujukan khas kepada dirinya! "Pernah je rasa cuma tak sekuat meragam macam orang tu..." perli Zarina. Dia bukanlah perli sangat, cuma mahu sedarkan mak buyung ini aje!
Menjegil mata Syafiera memandang Zarina yang masih beriak selamba. Eh eh, nacam lah kau tak pernah kuat meragam dulu! Kau tak ingat ke kau orang paling gedik dalam dunia ni saat kau mengandung, wahai Ari?
Baru sahaja dia mahu membidas, Julia terlebih dahulu memotong. "Berapa bulan dah?" soal Julia sambil pandangannya kepada Syafiera. Mujur otaknya laju berfikir idea untuk mengelakkan peperangan ini berlaku.
"5 bulan dah..." jawab Syafiera dalam nada yang teruja. Dia suka kalau ada orang bertanya perihal baby yang sedang berada didalam perutnya. Membulat mata Julia. Tak lama dah!
"Dah dah.... Lia masuk dalam bilik dulu. Rest and buat lah apa yang patut. Then baru bincang ye." kata Zarina. Julia hanya mengangguk. "Jap! Siapa yang hantar Lia?" soal Syafiera pelik. Julia naik Grab ke? Kalau ya, memang teruk telinganya terpaksa tadah bebelan Zarina.
"Bodyguard Rayyan yang hantar Lia. Tu pun diorang dah balik lepas pastikan Lia betul-betul masuk rumah." jawab Julia. Dollah dan Mat, bodyguard upahan Rayyan memang overprotective. Sampaikan Julia mahu turun pergi ke tandas pun tidak boleh! Geram betul dengan mereka dua orang itu. Lagi-lagi si bodyguard yang namanya Dollah. Terlebih protective dan suka sinis! Benci!
Zarina menghela nafas nafas lega. Fuuh! Nasib Rayyan upah bodyguard untuk jaga Julia. Kalau tidak, memang risau dia tahap Gunung Averest!
Syafiera tersenyum. "Lia pergi rest dulu ye dalam bilik dekat tingkat 2 hujung sekali." Julia menganggukkan kepalanya. Langkah diayun bersama luggage yang ditarik.
Zarina pandang Syafiera. Syafiera pandang Zarina. Sama-sama mengukir senyuman tersirat yang hanya mereka sahaja memahami
*
Julia menuruni anak tangga yang diperbuat daripada kaca. Julia terlopong kecil. Kagum! Dia benar-benar kagum dengan rekaan rumah ini. Terasa seperti Cinderella sesat di istana yang mewah sahaja dia rasa. Ya, dia rasakan bagai dia lah puteri!
Bilik beradunya itu seperti bilik puteri. Bilik yang bertemakan vintage. Memang terasa seperti di oversea. Hiasan rumah ini cukup mengagumkan Julia. Malah, lebih mewah dan cantik daripada rumah arwah daddy nya.
"Hayna Julia! Mari makan!" teriak Syafiera memanggil Julia turun. Semakin laju langkah yang Julia atur ketika menuruni tangga setelah mendengar laungan Syafiera. "I'm coming!!"
Haruman yang enak cukup membuatkan Julia terliur ketika bau nya singgah kedalam rongga hidung Julia. Sedap! Masakan apa lah agaknya yang mereka masak untuk nya?
"Nasi goreng ikan masin!" jerit Julia teruja apabila matanya sudah terancap pada hidangan lauk diatas meja. Laju kakinya berlari ke dapur. "Sabar lah cik adik oi!" Menjegil mata Zarina memandang Julia yang kalut mengambil pinggan. Kiloa hanya tersengih.
"Kak Ari eh yang masak?" soal Julia yang sudah selamat duduk diatas kerusi. Tangannya menepuk-nepuk meja berulang kali persis kanak-kanak.
"Iyelah. Chef kita hari ni!" jawab Syafiera yang sedang menolong menuang jus kedalam setiap cawan. Julia tersenyum. Kak Ari memang hebat!
"Okay! Menu dah siap!" ujar Zarina lalu meletakkan hidangan itu diatas meja. Terlopong mulut Julia. Kalut dia mengambil pinggan.
"Sabar lah mak cik!" tegur Syafiera melihat kegelojohan Julia dalam makan nasi itu. Seperti biasa, Julia hanya mampu tayang sengih. Sudah berbulan-bulan dia tidak makan masakan Melayu, apa lagi makan lah puas-puas!
Usai makan, Julia duduk di atas sofa di ruang tamu. Dia bersendawa perlahan. "Urkkk..... Alhamdulillah!"
Kemudian matanya melilau memandang segenap ruang. "Cam sunyi je rumah ni...." komen Julia. Hanya dia, Zarina dan Syafiera sahaja dirumah ini. Mana yang lain?
"Aish still dekat company. Ryan dan Fiq pergi main dekat playground dekat dengan sini. Ada orang teman diorang." jawab Syafiera. Terangkat kening Julia. Siapa yang teman? Mata Syafiera memandang Zarina yang beriak selamba. Jujur Zarina pelik. Mengapa Ray susah-payah datang ke sini semata-mata untuk bermain dengan mereka? Apa motif dia? Sudah puas dipujuk merayu agar dia dapat bermain dengan Aryan dan Syafiq, akhirnya Zarina terpaksa tanpa rela membiarkan mereka dibawah pengawasan Ray. Mujur ada Pak Guard sedang memerhati mereka. Bukannya dia tidak percaya dengan Ray cuma lebih baik dia berwaspada. After all, prevent is better than cure.
"Lia macam mana? Okay?" soal Zarina membuka mukadimah. Dia melabuhkan punggung duduk bersebelahan dengan Julia. Sebernanya, Zarina sudah tahu tentang perisitiwa Julia hampir dirogol oleh kawan Jeffri, Zack. Geram dan benci kepada lelaki yang bernama Haikal Jeffri semakin bertingkat-tingkat. Sanggup memperlakukan adik kandung sebegitu! Dasar syaitan!
"Okay je kak. Why?" Zarina menggeleng perlahan. Serta merta Julia teringat sesuatu perkara. Dia bergegas mengambil handbag nya. Dia membuka handbag itu.
"Nah, akak. Bukti." ujar Julia lalu membaling pendrive itu kepada Zarina. Dengan tangkas, dia menangkapnya. Syafiera yang sedari tadi mendengar, terus berjalan laju mengambil laptop.
"Sumbat pendrive itu cepat!" Zarina kalut memasukkan pendrive itu. Tangannya bergerak mencari file yang dirasakan amat mencurigakan. "File 01" ujar Julia. Mata Zarina terancap pada file yang ditulis 'File 01'. Dah jumpa! Diklik pada file itu.
Satu video terpapar pada skrin laptop. Sebuah kereta Mercedes kelihatan sedang melanggar Dato Kamarul yang sedang berjalan di atas jalan raya.
"Tak nampak pun driver tu." keluh Syafiera. "Slow motion, kak" arah Julia kepada Zarina. Zarina mengangguk.
Jelas kelihatan pemandu kereta Mercedes itu ialah Haikal Jeffri! Melopong mulut Zarina dan Syafiera serentak.
"Kenapa Lia tak bagi je kat polis awal-awal?" soal Syafiera bengang. Eh, kalau dah bagi, confirm Jeffri sedang meringkuk dalam penjara! Julia menundukkan kepalanya. "Lia takut....." Zarina mengeluh. "Tak pe. Janji Lia dah bawa bukti, akak tak kisah." Zarina cuba menenangkan Julia.
"Ina, macam mana pasal wasiat tu?" soal Syafiera kepada Zarina. Zarina menjongketkan bahunya. "Aish cakap dia akan minta tolong dekat someone. Aku pun tak tau apa yang ada dalam kepala otak laki kau!"
"Tapi, bukti ni cukup kan nak hantar abang Jeff masuk penjara?" celah Julia. Nadanya seperti takut-takut sahaja.
Zarina tersenyum senget mendengar pertanyaan itu. Pendrive dipegangan digenggam erat.
"More than enough."
________________________________________
"APA tujuan kak Lima panggil kami semua?" soal Hilman yang sedang duduk diatas sofa. Dia memandang semua orang yang berada diruang tamu. Helmi, Halina, Hilna dan dia sendiri diarahkan oleh kakak sulung, Halima untuk berhimpun dirumah Halina. Sudah lah dia tengah dating dengan Aida. Spoil je lah!
"Aku tengah kerja lah kak." ujar Helmi tidak berpuas hati. Eh, apa sebernanya objektif mereka adik-beradik disuruh berkumpul bersama?
"Na tengah dengan kawan. Awat kak panggil Na?" Hilna juga kedengaran tidak berpuas hati. Dia berada di Mid Valley bersama dengan Naila dan Atikah. Niatnya untuk shopping terhenti di separuh jalan apabila dia mendapat panggilan daripada Halina. Mujur Atikah dan Naila memahami kondisinya.
Halima menghela nafas berat sebelum memulakan bicara. Tajam matanya memandang Helmi. "Am, hang pernah jumpa Ari kan?" soal Halima sambil merenung tajam wajah Helmi. Helmi terkedu mendengar pertanyaan maut Halima.
Semua mata memandang Helmi meminta jawapan. Lagi-lagi adik beradiknya sendiri. Tajam pandangan mereka persis helang di langit. Bergerak-gerak rahang Helmi. Dia mengurut lehernya. Tidak tahu jawapan apa yang perlu diberikan.
"Per.... Pernah..." Tergagap-gagap Helmi menjawab. Mencerlung mata semua orang. Atif tak terkecuali. Am pernah jumpa Ari, orang yang pernah dicintainya?
"Awat tak habaq kat kami?" Nada Hilna sangat tidak berpuas hati. Eh, adik beradik ke namanya kalau tidak berkongsi maklumat tentang musuh ketat keluarga! Helmi mengeluh perlahan.
"Am rasa tak perlu lah kot nak sebut nama perempuan tu." jawab Helmi mendatar. Hilman dan Hilna merengus. Alasan! Hanya Halina yang mendiamkan diri kerana dia sudah tahu.
"Akak rasa Ari tak salah." ujar Halima. "Hah?!!!" Halina, Hilman dan Hilna terus berdiri. Terkejut dia apabila Halima menyuarakan pendapat.
"Apa maksud kak Lima?" soal Halina mendatar. Tangannya erat merangkul lengan suaminya, Atif. Atif menepuk-nepuk perlahan tangan isterinya mahu isterinya bertenang.
"Hampa tak rasa ke kita macam bodoh sangat? Awat kita tak siasat ja pasal fitnah tu dulu sebelum halau Ari? Awat la kita bodoh pi percaya fitnah tu bulat-bulat?" Halima bersuara tegas sambil memandang setiap wajah adik-adiknya. Mereka terdiam mendengar soalan Halina. Masing-masing sedang membuat spekulasi sendiri didalam kepala mereka.
"It's because we're stupid! Idiot! Moron! Dumb! Ari is innocent but kita boleh pula fitnah dan marah dia!" jerit Halima lantang. Mereka terdiam lagi.
"The pictures proof everything.'' ujar Helmi dalam nada yang mendatar. Halima tersengih sinis. "It can be edit right? Zaman dah canggih! Atau mungkin betul Ari hampir kena rogol."
Hilman meraup rambutnya kasar. "Jadi kita salah la?" Halima menggelengkan kepalanya. "Bukan je salah, tapi berdosa besar sebab fitnah orang yang tak bersalah."
"Tapi mungkin gambar itu betul." celah Halina. Halima ketap gigi. Kenapa susah sangat Halina nak percaya? "Bukan Lina bestfriend dia ke? Awat tak percaya dia? Bukan Lina kenal dia lebih daripada kami ke?" sinis Halima. Halina terdiam. Hatinya bagai ditusuk dengan panah. Pedih....
"Macam mana kak Lima yakin sangat Ari tak bersalah?" soal Hilna. Dia masih lagi ragu-ragu. Benarkah gambar itu bohong semata-mata? Benarkah Ari tidak bersalah?
Halima menjeling Firman disisinya. Firman menyerahkan beberapa keping gambar kepada isterinya.
" After I saw this!" Beberapa keping gambar diletakkan diatas meja. Semua orang mula duduk rapat untuk mengetahui apakah gambar itu. Berebut mereka memegang gambar itu. Masing-masing tergamam melihat gambar itu.
Helmi terkedu. Budak itu! Dia pernah melihat budak itu di Sunway Mall!
"Siapa budak tu?" Terketar-ketar Halina bertanya. Tangannya sudah terketar-ketar memegang gambar itu. Halima menghela nafas panjang.
"Arjuna Aryan Bin Helmi Ikram. That is his name." ujar Halima sambil merenung tepat wajah Helmi.
Hilna menekup mulutnya tidak percaya. Mata Hilman membulat. Sumpah! Wajah budak itu mirip Helmi! Menunjukkan kebesaran Allah. Allah mahu membuktikan dan membela orang yang difitnah. Dengan membuat wajah Arjuna Aryan yang persis Helmi, sudah mereka tahu Aryan itu anak Helmi dan Zarina tidak bersalah!
Rasa bersalah menjentik sanubari mereka kerana telah menfitnah Zarina tanpa menyelidik tahu. Tak semena-mena air mata Halina menitis. Ya Allah.. Betapa besarnya dosa aku menfitnah kawan baik aku sendiri sedangkan dia tidak bersalah...
Atif memandang isterinya. Dia tersenyum kecil. Alhamdulillah... Akhirnya kebenaran terbongkar jua. Bukannya dia tidak pernah cuba berbincang dengan Halina tentang Zarina, tetapi Halina selalu memberi pelbagai alasan dan cuba mengelak daripada menjawab.
Hilna memeluk Halina. Mereka berdua menangis mengenang dosa 4 tahun yang lepas. Melihat wajah Aryan yang tidak tumpah macam Helmi membuatkan mereka percaya Zarina tidak bersalah!
Hilman merebahkan badannya diatas sofa. Dia mengeluh kuat. Dia meraup kasar rambutnya beberapa kali. Rasa serba salah menebal di hati.
"Na nak minta maaaaaaf..." kata Hilna teresak-esak. Halina menganggukkan kepalanya laju bersama linangan air mata. Dia mahu berjumpa dengan Ari! Dia mahu melutut meminta maaf kerana telah memfitnah Ari!
"Kesian Tok sebab tak sempat nak minta maaf...." ujar Hilman mendatar. Mereka semua menganggukkan kepala setuju. Sayangnya, Tok Mah sudah menghadap Ilahi. Tidak sempat mahu meminta maaf kepada Ari.
"Buat apa nak minta maaf?"
Mereka semua tersentak. Terus mereka memandang Helmi yang masih beriak selamba. Terpana mereka. Mengapa Helmi hanya beriak bersahaja setelah terbukti bekas isterinya, Ari tidak bersalah?
"Apa maksud hang?" soal Hilna lalu mengesat air matanya. Dia berjalan kearah Helmi. Helmi gelak sinis.
"What if kalau itu bukan anak Am?"
Mereka semua tergamam. "Apa maksud bukan anak hang?" soal Atif geram. Wah! Tidak percaya dia Helmi tidak langsung mempercayakan Zarina walau sekelumit! Bukankah dahulu Helmi cintakan Zarina separuh mati?
"Eh, come on la! Tak kan lah budak ni sorang je muka sama macam aku? Berlambak kat dunia lah!" ujar Helmi lantang. Dia mahu menyedarkan mereka semua, muka tidak membuktikan apa-apa!
"Oh, habis tu hang nak bukti macam mana lagi? Nak test DNA budak ni ke? Eh, boleh! Tapi it's troublesome! What kind of proof you want, Helmi Ikram?!" jerit Halina bengang. Air matanya mengalir laju menodai pipi. Cukuplah sekali mereka mengecewakan Ari yang banyak terseksa.
Helmi memandang semua orang. Dia menggelengkan kepalanya.
"By hook or by crook, budak tu bukan anak aku! Never! Dan aku tak akan minta maaf dekat perempuan tu!" jerit Helmi lalu terus meluru keluar dari rumah.
Halina merebahkan dirinya diatas sofa. Bercucuran air matanya tumpah. Hilna yang sedang memeluk Halima dipandang. Kelibat Helmi yang sudah lesap dipandang sayu.
Am.... Macam mana aku nak kembalikan kepercayaan dan cinta kau pada Ari?
Share this novel