Bab 34

Romance Series 186474

SEPI. Itu yang mampu digambarkan pada suasana diruang dapur itu.

Atif mendengus kecil. Tak sangka sejak dia nasihatkan Atia, keadaan mereka begini. Atia seolah-olah melancarkan perang dingin.

Mak Bedah yang sedang menjamah nasi itu memandang kedua-dua anak mereka.

"Hampa gaduh ka?"

Naluri hati ibu mestilah sentiasa betul. Kedengaran suara Atia mengeluh halus. Terhenti seketika suapannya. Dia menggelengkan kepalanya.

"Mana ada." balas Atif pantas lalu menghirup air sirap. Ibu dia ni memang ada instinct yang sangat kuat. Naluri ibu lah katakan.

Mak Bedah mengeluh. Tidak gembira dengan jawapan yang diberikan. Tetapi dah si anak kata tak ada apa-apa, diamkan aje lah ye.

Mak Bedah menyambung semula makan. Atif menarik nafas lega. Huh.... Nasib baik ibunya tak tanya banyak-banyak. Kalau tidak, susah dia nak 'goreng'.

Pak Hussein yang sedari tadi senyap terus sahaja bersuara.

"Tia... Pak nak hang tinggalkan Am" ujar Pak Hussein tegas sambil memandang satu-satunya anak dara kesayangannya.

Atia tersentak. Dia toleh memandang ayahnya tidak percaya.

"Pak... Pak merapu apa ni?" No way lah dia nak tinggalkan Am! Dia sayangkan Am!

Mak Bedah mengeluh kesal mendengar jawapan anak perempuannya.

"Tia, awat Am yang hang kejaq?" soal Mak Bedah pilu.

Atia merengus. Siapa kata dia yang kejar Am? Mereka dah bersama sejak zaman sekolah lagi! Mana ada istilah 'kejar'.

"Dah pupus ka semua laki bujang kat kampung ni?" Atif pula bersuara.

"Tak" Atia menjawab bersahaja.

"Dah tu awat yang hang terkejaq-kejaq sangat dekat Am tu? Fakhrul tu elok ja suka kat hang." bidas Atif. Alah. Bukannya dia tak tahu. Fakhrul kawannya juga. Fakhrul pun memendam perasaan terhadap Atia.

Minda Atia melayang. Teringat pula waktu Fakhrul meluahkan perasaan terhadapnya. Apa khabar lah lelaki itu sekarang?

" Mind your own business, abang Tif!" Atia bersuara perlahan. Tidak mahu meninggikan suara.

Atif ketawa sinis.

"How could I mind my own business when my sister have a scandal relationship with a guy who already married??!" soal Atif sedikit meninggi.

Atia tersenyap. Pak Hussein dan Mak Bedah hanya diam memberi peluang untuk Atif berbicara.

Atif mengeluh.

"Am tu milik Ari, Tia. Tak baik rampas suami orang. Kesian, Ari." nasihat Atif lembut. Teringat pula Zarina Medina.

Dia cantik. Dia sempurna. Sayang dia berkahwin dengan orang yang tidak tahu menghargai seperti Helmi. Helmi tidak layak untuk perempuan sebaik Zarina!

" Betol cakap Tif, Tia. Apa perasaan Ari kalau Tia masih dengan Am?" celah Mak Bedah. Dia juga perempuan. Dia juga tahu perasaan Zarina.

Atia mendengus kasar. Ari, Ari, Ari! Asyik-asyik Ari! Apa hebatnya Zarina Medina sehingga satu keluarga menentang cinta dia?!

" Ari yang rampas Am dari Tia!! Dia jahat! " ujar Atia meninggi. Dia sudah bangun daripada tempat duduk.

Bencinya terhadap Ari sudah menggunung. Panas pula hatinya mendengar keluarnya asyik menyokong Ari, budak bandar!

Atif tersentak.

"Tapi Ari yang kahwin dengan Am! Bukan Tia! Lagipun, satu kampung kecoh cakap Tia cuba rampas Am dari Ari!" Pak Hussein bersuara lantang.

Atia mendengus. Dia terus keluar dari rumah itu. Keluarganya tak faham! Mereka tak akan faham!

Mood nya untuk makan sudah hancur. Ah, ini semua salah Zarina Medina!

________________________________________

"MAN!!! Ambik yang besaq tu!!!" teriak Halina kuat yang sedang bercekak pinggang. Dia mendongak memandang Hilman yang sedang memanjat pokok kelapa.

Hilman ketap gigi. Kurang asam! Ingat ni warung ke boleh main order-order? Aku guna tenaga bukan guna air liur kau!

Hilna memandang pokok kelapa yang tidak berapa nak tinggi itu. Dia berpeluk tubuh. Ceh! Dia pun boleh panjat ambil kelapa tau!

Dia ketap bibir. Hilman yang sedang bertungkus lumus memanjat pokok kelapa. Choi! Hilman bajet superman! Ingat hero ke?

Dia perempuan tetapi pokok pendek ni pun dia boleh panjat lah! Bibirnya diketap tanda tidak puas hati.

"Go, Man! Go, Man!" laung Halina lalu membuat gaya 'fighting'. Suaranya yang selamba dan bersahaja mampu membuatkan Hilman menyumpah.

"Diam lah bongok!" jerit Hilman yang sedang bergayut. Bising betul minah ni!

Muncung sahaja mulut Halina. Kena marah malu sikit! Dia duduk mencangkung. Penat tau berdiri!

Hilna mendongak memandang Hilman. Dia menggunakan tangan untuk menghalang cahaya matahari daripada terkena wajahnya.

Dari sudut pandangannya, Hilman kelihatan seperti seekor beruk yang cuba mencuri kelapa kepunyaan Tok Mah.

Didalam minda Hilna, dia sudah bayangkan dimana ekor Hilman. Kulit Hilman yang berbulu gaya beruk.

Dia tersengih jahat.

Halina yang sedang duduk mencangkung di sebelahnya didekati.

"Macam beruk mat ye." bisik Hilna.

Halina tersentak. Dia mendongak memandang Hilman. Ketawanya pecah. Betul lah! Sebiji! Tak tahu beza mana beruk mana Hilman!

Hilman ketap gigi. Aku punya penat panjat pokok kelapa, hangpa boleh pula gelak sakan!

Dia memegang dahan pokok itu. Satu tangannya menggapai satu buah kelapa yang kecil. Dia cabut lalu melemparkan kebawah.

Hilna menyambut buah kelapa itu. Buah kelapa itu dibelek-belek.

"Kecik sangat!! Ambik yang besar!!" jerit Halina lantang.

Hilman yang baru sahaja mahu turun terus tersentak. Dia menoleh memandang bawah.

Besar matanya. Amboi! Buat sendiri lah!

Nak tak nak Hilman terpaksa memetik 2 buah kelapa lalu dicampak kebawah. Dia perlahan-lahan turun ketanah.

"Okay?" soal Hilman.

"Cun!" balas Halina dan Hilna sambil tersenyum.

Hilman turut mengukir senyuman. Lega!

"Weyh, aku nak pi pondok. Nak rehat!" ujar Hilna.

Hilman tercengang. Aku yang penat - penat buat kerja, kauorang yang rehat?

"Same" ujar Halina lalu mula mengorak langkah sambil memegang kelapa.

Perlahan-lahan mereka beredar.

*

"Ewwwwwww......." Zarina merengek kegelian.

Eii, gila tak geli apabila melihat makhluk itu sedang berlegar-legar di jari Helmi. Makluk itu dinamakan cacing! Yakss!

Helmi mencebik. Budak bandar betul! Cacing yang sedang merayap dijarinya di pandang. Comel betul cacing ni!

"Cuba pegang" ujar Helmi.

"Hahh???" Tercengang Zarina dibuatnya. What? Are you crazy? Aku pegang cacing? Simpang malaikat 444 lah, weyh!

Helmi menghalakan cacing yang kecil itu kepada Zarina.

Zarina mengundur setapak demi setapak. Yakss! Jauhkan cacing itu daripada aku! Cemberut sahaja wajahnya.

Helmi ketawa besar melihat reaksi Zarina. Takut rupanya.

"Kau patut tengok muka kau tadi." usik Helmi dengan sisa tawanya.

Muncung sahaja bibir Zarina sedepa apabila diketawakan sebegitu rupa. Jahat!

"Tapi comel" Perlahan sahaja ayat yang keluar daripada mulut Helmi.

Zarina memandang Helmi. Aku rasa Helmi ada cakap something? Perasaan aku je kot?

"Nah, pegang lah" Cubaan kedua.

Zarina menggelengkan kepalanya laju.

Helmi ketap gigi.

"Tak bahaya pun. Bukannya dia boleh gigit kau pun" ujar Helmi selamba.

"Memanglah! Tapi dia boleh masuk dalam lubang-lubang anggota badan yang terbuka!" balas Zarina geram. Helmi memang suka sangat paksa! Macam mana nak jalankan misi pikat hati suami kalau suami sendiri suka memaksa. Hitler ke apa?

Helmi angkat kening kirinya. Senyuman sinis penuh jerk dihadiahkan kepada Zarina.

" Contoh? "

Zarina senyap. Okay, menyesal aku cakap fakta itu.

"Contoh?" soal Helmi lagi.

Zarina merengus geram.

"Contoh dia macam lubang hidung kau!" balas Zarina geram. Kenapa Helmi suka sangat memaksa?!

Helmi ketawa senang hati. Geli hati dia melihat wajah Zarina yang sudah merah padam. Comel!

Zarina ketap bibir. Seronok ya gelak dekat aku?

"Errr... Cengkerik tu untuk apa?" soal Zarina blur. Cengkerik yang berada didalam balang cacing.

Helmi ketawa halus. Kenapa lah dia tak boleh nampak sisi Zarina yang ini? Yang polos dan yang comel. Memang mencuit hati!

"Untuk sarapan kita nanti" balas Helmi selamba sambil bibir cuba ditahan daripada ketawa.

Besar mata Zarina. Sarapan? Serius la kau makan cacing, bro? Maksud aku.... Kita akan makan cacing? Terkejut beruk Zarina. Seriously?

"Betul ke?" soal Zarina meminta kepastian. Matanya yang bundar dibulatkan.

Helmi ketap bibir. Cuba menahan ketawa dari meletus. Seronok juga kenakan Zarina.

Zarina kerut dahi. Kau makan sorang lah aku tak nak.

Meletus ketawa Helmi.
"Itu umpan lah bodoh!!!" Helmi ketawa terbahak-bahak.

Zarina ketap bibir. Kurang ajar kau, Am!!

"Cepatlah pancing!" ujar Zarina geram. Rasanya dia tidak boleh lancarkan misi pikat hati Am kalau Am berterusan usik dia.

Helmi kulum senyum. Seronok melihat wajah comel Zarina.

"Kena pasang umpan dulu lah, anje" ujar Helmi lembut.

Zarina pandang Helmi. Dia panggil aku anje? Ataupun itu hanya sarkastik semata-mata?

"Macam mana nak pasang?" soal Zarina polos.

"Pegang cacing ni dulu" Zarina menggeleng laju. Tak nak!!

"Pegang je. Cacing ni tak geli mana pun." ujar Helmi lebih lembut membuatkan Zarina tercengang. Helmi jadi lembut? So weird!

Nak tak nak, Zarina hulurkan tangannya. Mata dipejam erat. Takut jika cacing itu gigit dia.

Helmi tahan senyum. Gelagat Zarina sungguh mencuit hati. Dia meletakkan seekor cacing pada tapak tangan Zarina.

Mata Zarina perlahan-lahan terbuka apabila merasakan ada sesuatu yang sedang bergerak-gerak diatas tangannya.

Wah! Comelnya!

Lebar sahaja senyumannya sambil memandang cacing yang sudah selamat diatas tangannya. Betul lah! Tak geli pun!

Helmi senyum senang hati. Joran diambil. Dia menghulurkan tangan kepada Zarina. Meminta semula cacing itu.

Muncung sahaja mulut Zarina. Digelengkan kepalanya ulang kali. Tak nak!!

Terangkat kening Helmi. Eh, tak kan dah terjatuh sayang dekat cacing pula?

"Jangan lah... Kesian cacing ni kena jadi umpan" rengek Zarina manja. Sumpah, dia kesian dengan cacing yang sedang bergerak-gerak pada tangannya.

Helmi ketawa halus.
"Ada banyak lagi cacing dalam balang tu, anje...."

Zarina tercengang dengan perkataan 'anje' itu tetapi kepalanya digelengkan banyak kali. Rasa sayang sudah berlimpah terhadap cacing.

Baru sahaja tangan Helmi mahu mengambil balang yang berisi cacing, Zarina terlebih dahulu merampas balang itu.

Helmi menggaru kepalanya yang tidak gatal. Susah ni.

"Okay, nanti malam nak makan apa?"

"Ayam" jawab Zarina pantas.

"Pak Man Tin Tong dah selamat masuk dalam perut"

"Tapi ayam lain ada" bidas Zarina.

"Tok Mah suruh buat apa? Ayam or ikan?"

Zarina mendengus perlahan. Perlahan-lahan cacing diserahkan kepada Helmi. Balang diletakkan diatas tanah.

Helmi senyum segaris. Rambut Zarina diusap lembut.

"Good girl"

Zarina terkedu. Hatinya berbunga-bunga apabila Helmi menyatakan sebegitu.

Helmi memasang cacing itu pada joran.

"Tengok pro buat!" Helmi melemparkan tali joran kedalam sungai. Bersinar-sinar mata Zarina. Wah!

____

Zarina menguap perlahan.

"Tak ada pun ikan...." rungutnya.

Helmi pandang Zarina yang sudah bosan.

"Memancing ni perlu ada kesabaran" terang Helmi. Zarina mengangguk.

Helmi memandang sungai. Umpannya langsung tak dimakan. Kepalanya digaru. Betul lah. Tak ada ikan pun...

Dia terasa seperti ada sesuatu yang menarik-narik jorannya.

Besar mata mereka.

"Ikan!! Ikan!!"

Dengan tangkas, Helmi menarik jorannya. Mereka sangka ikan. Tapi hanya botol plastik.

Zarina mengeluh hampa. Daripada berdiri, terus dia duduk mencangkung. Jemu menunggu.

Helmi juge mengeluh. Serius lah weyh tak kan tak ada ikan langsung? Botol plastik dibuang. Seekor cengkerik menjadi mangsa umpannya. Joran dilemparkan semula.

_____

"Ikan!! Ikan!!" teriak Zarina teruja apabila Helmi sedang memegang seekor ikan yang agak besar..

Helmi tersenyum bangga. Ikan dekat sungai ni memang cerewet. Cacing tak nak, cengkerik nak pula.

Ikan yang agak besar itu diletakkan kedalam baldi yang berisi air.

"Jom tangkap lebih banyak ikan!" sorak Zarina ceria.

"Ya." Helmi tersenyum.

_____

"Jom balik lah, Ari" ujar Helmi.

Zarina mengangguk. Dia mengerling baldi. Banyak juga ikan yang Helmi tangkap.

"Kau bawa baldi ni ye."

Zarina mengangguk lagi persis burung belatuk. Helmi sedang mengemas peralatan-peralatan itu.

"Jom" Helmi pantas berjalan laju.

"Ke... Kejap.." Zarina berusaha mengangkat baldi yang berisi beberapa ekor ikan. Berat betul!

Baldi diletakkan semula keatas tanah. Huh! Berat!

Helmi toleh. Dia tahan senyum. Memang dia sengaja berbuat begitu. Seronok kenakan Zarina.

"Lembap. Baldi yang ringan macam kapas pun tak boleh nak angkat ke? Pegang joran ni"

Zarina mencebik. Kalau dah tahu ringan macam kapas, kenapa tak kau je yang angkat?

Joran disambut. Dia terus berjalan laju tanpa menunggu Helmi

"Ari, jalan balik sana lah" ujar Helmi lalu menunjukkan kearah kanan.

Zarina menjeling Helmi. Buat pandai!

"Ah, aku tahu lah!" Zarina terus pergi kearah kanan.

"Tahu apanya? Kiri lah." ujar Helmi lagi.

Zarina ketap bibir.

"Kau ingat aku tak tahu ke?" Zarina pantas toleh lalu berjalan kearah kiri.

"Memang pun. Straight lah jalan balik" ujar Helmi selamba. Senyuman cuba ditahan.

Zarina menghentak kakinya.

"Elok-elok lah!" jerit Zarina geram. Suka sangat usik dia!

Kening Helmi terangkat double jerk.

"Eikk... Bukan tau ke?" usik Helmi sambil tersenyum sinis.

Zarina mendengus.

"Iye, aku tak tahu! Cepat lah bagitahu!" desak Zarina

Tawa Helmi pecah. Itu lah... Buat pandai lagi.

"Haha.... Kanan lah"

Zarina merenung tajam Helmi.

"Iye ke?"

Helmi tersenyum lebar sambil mengangguk laju.

"Kalau macam tu, kau jalan dulu" arah Zarina bercekak pinggang.

Helmi gelak kecil. Dia terus berjalan meninggalkan Zarina.

"Ehhhh..... Tunggu aku...!" panggil Zarina. Terkedek-kedek Zarina cuba menyaingi Helmi.

Helmi ketawa lagi. Sumpah, Zarina sangat comel! Polos dan comel! Zarina yang polos dan tak garang.

Helmi tersenyum nipis. Didalam hati, dia berdoa agar suasana dan keadaan ini akan berkekalan.

'Izinkan aku menyewa rasa ini'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience