"NA! Sudah lah!!" Halina cuba menghentikan kegiatan Hilna. Kasihan dia! Sampai hati Hilna memperlakukan sebegitu rupa!
"Ah, jangan halang aku, Lina!!" Ibarat didalam filem, Hilna menepis kasar pautan daripada Halina yang cuba menghentikan dia.
Halina terduduk. Dia menekup mulutnya tidak percaya. Air mata.... Turun lah.... Hatinya merintih.
Zarina yang sedang menyapu sampah dihalaman rumah, memandang mereka pelik. Dah kenapa pula tu?
Dia menghampiri mereka mahu tahu apa yang mereka sedang lakukan.
"Ari!!!!! Tolong hentikan Na!!!" Kaki Zarina dirangkul.
Zarina masih blur. Apa sebernanya yang tengah berlaku ini? Hentikan apa?
Tak semena-mena tawa Zarina meletus.
"Aku suruh hang hentikan Na! Bukannya gelak!"
Zarina ketawa terbahak-bahak. Macam mana tak gelak? Lihat sahaja muka Kembang!
Comel dan kelakar apabila di make over oleh Hilna.
"Aaah!!! Na!! Hentikan!! Kesian Kembang!!" Halina mula membuat babak air mata.
Oh! Baru Zarina mengerti. Mereka sedang acah membuat filem! Padahal tak dek pun kamera!
"Kembang tu jantan! Bukan betina!" sambung Halina lagi lalu berdiri. Okay, filem dah tamat.
Hilna meletakkan eye shadow pada wajah Kembang. Dia toleh kearah Halina.
"Eiiii... Mana ada! Kembang tu betina!!" bantah Hilna.
Kembang itu betina! Sebab itu dia make up Kembang. Nak bagi nampak ayu!
"Tak lah!! Jantan!! Hang merapu mana betina?!"
"Hang yang dok merapu. Celah mana yang hang nampak jantan, Lina oii?!!"
"Eh, aku dah lama hidup dari hang lah! Aku tau lah jantina Kembang!"
"Hang hidup lagi lama dari aku, tapi hang nganga! Nga-Alif... Nga-Alif! Nganga!!"
"Errr.... Dah lah..." Zarina cuba menghentikan pergaduhan mereka. Tetapi mereka tidak mengendahkan dia.
Kepalanya yang tidak gatal digaru. Seriously? Pasal jantina Kembang, si kerbau pun diorang boleh bertekak? Macam budak-budak!
"Apa kata korang tengok je belakang Kembang?!!" cadang Zarina dalam nada yang meninggi. Mahu suaranya mengatasi volume Halina dan Hilna.
Serentak Hilna dan Halina terdiam. Mereka memandang Zarina yang berdiri dihadapan mereka. Kepala mereka ditepuk.
"Ha'ah la!! Baeq tengok ja Kembang punya tu!!" Mereka tergelak diatas kebodohan diri sendiri.
"Lina!! Kalau Kembang tu betina, aku nak hang mengaku hang suka abang Atif!" Hilna tersengih jahat.
Mencerlung mata Halina dan Zarina mendengarnya. Eikkk..... Atif pun ada kena mengena dalam hal ini?
Halina mengangguk pantas tanda setuju. Okay, fine! Mana boleh dibiarkan? Maruahnya diatas garisan!
" Na!! Kalau aku yang betul, aku nak pi cakap kat cikgu Kamarul kata hang suka dia!" Giliran Halina pula untuk tersenyum jahat. Hek eleh... Ingat aku tak tahu ke kelemahan kau?
Membesar mata Hilna. Cikgu Kamarul? Merah padam wajah Hilna jadinya. Ahh! Ini semua salah Hilman si bengong ah!
" Aku no prob. Laa ni juga kita pi tengok! " sahut Hilna berani. Mereka terus bergerak kebelakang Kembang untuk melihat jantina sebenar Kembang. Zarina juga ingin tahu apa jantina sebenar Kembang s kerbau kepunyaan Tok Mah.
"Hah???!!"
*
"Rul... Aku dah lama tau kata Tia masih lagi dengan Am.." ujar Atif bersahaja lalu menghirup air teh o ais limau.
Membulat mata Fakhrul. Mulutnya ternganga mendengarnya. Laaaa..... Atif dah lama tahu la? So what's the point dia bagitau abang Atia kalau abang Atia sendiri dah tahu?
" Hang tak nak buat apa-apa ka, Tif?" soal Fakhrul tak berpuas hati. Masakan Atif tidak membuat apa-apa rancangan lagi untuk memisahkan Atia dan Helmi.
Hari ini, Warung Pak Wahab lenggang. Tidak ramai orang. Jadi, hal ini membolehkan perbincangan mereka dijalankan tanpa ada orang yang menganggu.
"Aku dah nasihat Tia. Tapi tu laah... Dia tu ketegaq punya pasai. Aku ngan mak pak aku pon tak boleh buat apa dah, Rul" balas Atif seakan pasrah.
Keluhan kuat dilepaskan. Rambutnya yang serabai dikusutkan. Apa Atia tidak tahu hukum haram ke?
"Aku bukan apa... Aku kesian kat si Zarina tu...." Itu hanyalah sebahagian daripada alasan. Sebahagian lagi kerana dia cintakan Atia. Sebahagian lagi kerana Helmi pengkhianat.
Atif juga ikut sama mengeluh. Air teh o ais limau dihirup lagi untuk hilangkan rasa dahaga.
Cakap pasal Zarina... Teringat pada gadis itu.. Apa gadis itu sihatkah? Apa gadis itu masih sengsarakah dia?
"Rul, aku tahu hang suka Tia.. Tapi....."
"Ya, aku tahu" Fakhrul menghentikan kata-kata Atif.
"Rul, hang dengaq sini. Am.... Ari.... Tia... Penyelesaiannya simple. Tia tinggalkan Am. Atau......"
Air teh o ais limau dihirup lagi. Kening Fakhrul terangkat. Ya Allah! Sempat lagi mamat ni minum air?! Atau??
"Atau?" soal Fakhrul terburu-buru.
Nafas kasar dihela keluar.
"Ari yang tinggalkan Am. Salah seorang kena korbankan diri, undurkan diri"
Fakhrul meneguk air liur.
"Tif!" panggil Halina sambil melambai-lambai kearah Atif yang sedang berbual-bual dengan Fakhrul.
Atif turut melambai-lambai kearah Halina sambil tersenyum kelat. Fakhrul mendengus. Ya Allah! Time-time macam ni, ada pula makhluk yang kacau!
Halina mendekati meja mereka. Dia terus duduk bersebelahan Fakhrul. Terkejut Fakhrul.
"Sapa suruh hang dok sini?" soal Fakhrul geram. Makin panas hatinya apabila Halina tayang wajah selamba sambil jelir lidah. Ya Allah! Adik Am ke ni?
Atif tergelak. Terhibur melihat telatah Halina. Fakhrul ketap gigi apabila terdengar gelak halus daripada lelaki itu.
" Ada apa Lina datang ni?" soal Atif lembut. Cee wah ayat! Baku sangat!
Fakhrul menjeling Halina sepuas hati. Orang tengah di saat-saat genting, boleh pula dia datang tanpa diundang! Kecoh je lah!
Halina yang perasan jelingan Fakhrul hanya buat endah tak endah.
" Amboi! Hang buat macam ni kedai hang pula, Tif! Sampai aku kena datang pun kena ada sebab ke?" soal Halina sambil mencebik. Ada nada merajuk situ.
Fakhrul tayang muka meluat. Gedik!
Atif menggeleng sambil garu kepalanya yang tidak gatal. Tiba-tiba merajuk pula dia ni.
" Sorang ja ka? " soal Atif cuba mengubah topik.
Halina menggeleng." Tak lah. Berlima. Tak nampak ka kat sebelah aku ada empat orang"
Tak semena-mena Fakhrul menepuk tangannya kuat.
"Lawaknya!! Beri tepukan gemuruh untuk peserta no. 1, Halina!!!" Sarkastik sahaja bunyinya.
Halina menjeling.
"Laaa.... Lawak ka encik Fakhrul?" soalnya sinis.
"Lawak la juga sampai aku gelak guling-guling kat atas tanah." jawab Fakhrul selamba.
"Tak nampak pun hang gelak? Awat tak gelak sampai kat sawah ja?" Sarkastik Halina menyoal.
"Aduh.... Sebab hang tu rabun! Aku tak sebodoh itu untuk gelak masuk sawah"
Halina ketap gigi. Terasa dirinya dipermainkan.
"Eh, aku tak rabun lah! Ada nampak aku pakai spek ka?"
"Laaaa.... Soalan standard kindergarten pula hang tanya. Padan lah. Badan 25 tahun, otak 5 tahun." Fakhrul membidas selamba.
Halina terus bangun. Jari telunjuknya ditunding kearah Fakhrul disebelahnya. Berombak-rombak dadanya menahan amarah.
"Hang awat ah?! Aku tak kacau hang pun!!" teriak Halina meninggi. Tidak suka apabila ayatnya dipatahkan oleh manusia poyo disebelahnya.
Fakhrul gelak sinis.
"Awat? Pi kawad!"
"Hang!!"
"Guys! Stop it!!" Atif menghentikan pertengkaran mereka. Malu orang lain pandang!
Terus senyap mereka berdua apabila boss besar sudah marah.
Hilna dan Zarina yang bersembunyi disebalik pokok pinang menepuk dahi. Ish, Halina ni! Orang suruh confess dekat Atif, bukannya cari gaduh!!
Halina mendengus. Dia terus duduk semula diatas kerusi kasar.
"Tif, hang ada dengaq bunyi dak?" soal Fakhrul tiba-tiba.
Berkerut dahi Halina dan Atif. Bunyi apa pula ni?
"Bunyi gajah jatuh pokok kelapa. Owh.... Minah sebelah aku ni rupanya..." Fakhrul menjeling Halina yang berada disebelahnya
Halina ketap gigi geram. Tangannya dikepal erat. Ada juga yang nak merasa tangan aku ni
"Nak sangat ka rasa kena hempuk dengan gajah ni?" Halina menyoal geram.
"Uuuu.... Takutnya aku...." Fakhrul membuat memek muka mengejek yang mendatangkan amarah Halina.
"Hang ni kan!!"
"Lina ada benda yang nak dibincangkan ka?" soal Atif mencelah.
Halina terus membesarkan matanya. Yalah! Dia hampir terlupa tujuan asal dia menyapa mereka.
Dia memandang Zarina dan Hilna yang berada tidak jauh darinya. Wajah yang masam... Tanda suruh cepat...
Halina angguk laju kepada Atif
" Eh, aku pun ada hal yang kena bincang dengan Tif!!" Fakhrul tidak berpuas hati.
"Hang diam boleh dak?" marah Halina. Fakhrul tersenyap.
"Apa yang hang nak bincangkan, Lina?" soal Atif.
Halina tarik nafas lalu dihembuskan dalam-dalam. Wajah kacak Atif dipandang.
"Aku suka hang"
Tersedak air laici yang diminum oleh Fakhrul. Dia terbatuk-batuk. Halina menjeling menyampah.
"Aku cakap suka Atif bukan hang. Yang hang pula tersedak pahal?" soal Halina sedikit jengkel. Fakhrul mengelap air laici dimulutnya. Telinganya memasang telinga.
Atif ketawa kecil. Fakhrul memandang Atif pelik. Dah kenapa mamat ni gelak bila Halina confess? Kepalanya digaru. Gila lah semua orang hari ni!
" Let me guess... Ni mesti kalah bet kan?" teka Atif sambil meletakkan tangannya pada dagu acah berfikir.
Halina mengangguk laju. Ya! Dia kalah bet! Rupa-rupanya Kembang itu betina! Like seriously?!
"Hilman?" teka Atif lagi.
"Hilna....." jawab Halina mendatar.
Atif ketawa lagi. Wah! Halina ni memang layak masuk Guinness Record la! Asyik kalah bet ja!
Hilman dan Hilna pasti akan libatkan Atif sekali kalau kalau Halina kalah. Aiiii... Teringat pada bet Hilman hari itu. Lucu!
Giliran Fakhrul terasa terpinggir. Keningnya bertaut. Dahinya berlapis.
"Kalah bet apa ni?" soalnya ingin tahu.
Halina mencebik sambil menjeling. Dia berpeluk tubuh.
"Sibok ah hang ni!!" sinis Halina.
Fakhrul senyap. Air laici dihirup. Nak tanya pun salah.......
AFS! Attention from Scarlett! Yes! Your guess is correct! Novel ni ada banyak konflik dan lama lagi nak habis! I estimate ada puluh-puluh chap lagi.
This week Scarlett cuba untuk update banyak chap sbb nxt week Scarlett sambung balik buzzzzy
Citer ni x lah best mana pun. Banyak je konflik.
1. Sambungan PHI
2. Kisah ari dan am
3. Konflik keluarga
4. Kisah masyarakat
5. Setiap watak yang memainkan peranan
So, harap sangat korang boleh beri sokongan kepada Scarlett dalam proses membuat SUD!
Actually, Scarlett nak give up dah. Tapi dah mula kena lah tamatkan. Ye tak?
Jangan risau... Saya cuba untuk tidak mengecewakan anda! Yang paling penting sokongan anda amat digalakkan dan dihargai!
Share this novel