AIR mata nya mengalir hangat. Cuba ditahan tapi air mata nya tetap gugur. Sudah tidak dapat ditahan. Sungguh dia berasa amat kecewa. Apakah kesetiaannya selama ini tidak dihargai oleh si dia?
Bercucuran air matanya tumpah. Dia hanya membiarkan sahaja air matanya mengalir laju . Dia langsung tidak mengesat mahu pun mengelap air mata yang menodai pipi itu.
Dia tidak dapat bertahan lagi melihat pasangan sejoli bagaikan pinang dibelah dua itu. Empangan matanya terus pecah. Rasa sakit hati menggunung.
"Tia! Tia!" panggilan daripada buah hati langsung tidak dia peduli. Kakinya Pantas diatur untuk pulang ke rumah. Hatinya sakit.
"Tia!!" panggil Helmi lagi. Tetapi Atia masih tidak mengendahkan sahutan Helmi. Dipercepatkan langkah. Langsung tidak menoleh kebelakang melihat Helmi yang memanggilnya.
"Biar aku cakap dengan Atia" ujar Zarina sambil memegang bahu Helmi. Riak wajahnya menampakkan yang dia sangat serius. Lelaki bercakap dengan perempuan memang la tak menjadi. Tambahan pula, Zarina lah pencetus kesedihan Atia Melur!
Hati kekasih mana tak sedih saat mengetahui sang kekasih pujaan hati telah berkahwin? Niat Atia ingin menyambut kepulangan Helmi Ikram tapi kejutan pula yang dia dapat. Majlis yang amat meriah! Akad nikah! Siapa tak terkejut?
Helmi mengeluh sebelum mengangguk setuju. Serahkan ajelah kepada isterinya. Moga moga han hati Atia Melur sejuk semula.
Zarina lari mengejar Atia.
'Isshh.. Perempuan ni pakai kain pun boleh lari laju lagi' omel Zarina didalam hati.
"Atia! Tunggu!" laung Zarina. Ah, semput! Sudah lama dia tidak jogging. Lagi lagi kawasan perkampungan ini ada banyak batu di sepanjang jalan. Sudah lah dia pakai kasut tumit tinggi. Nak tercabut tapak itu dibuatnya. Terkedek kedek dia lari seperti itik mengejar Atia yang laju.
Sudah lah jalan ini sempit. Berbatu batu kecil di sepanjang jalan! Kalau silap langkah, silap silap boleh jatuh termasuk dalam padi! Basah lencun boleh berlaku! Habis baju branded Levi's yang dibeli di Australia! Pelbagai perkara yang tidak diingini bermain main di fikiran Zarina. Huh! Tak mahu!
"Awak nak apa lagi? Tia doakan semoga awak dan abang Am bahagia" laung Atia sambil memejamkan mata rapat . Apa lagi yang perempuan ini mahu? Mahu sakitkan hati dia? Mahu berlagak kata yang dia sudah memiliki Helmi? Mahu berguling guling mengetawakan dia? Daripada mendengar semua itu baik dia berambus. Lebih baik daripada hati terus diseksa.
Zarina menepuk dahinya sendiri. Aisay man.. Perempuan ni memang suka buat spekulasi sendiri lah. Bahagia? Bahagia dengan mamat mulut sambal belacan? Memang tak lah..
Tak mungkin ianya akan berlaku. Sudah namanya perkahwinan kontrak. Helmi Ikram hanya suami untuk disewa. Cukup 3 bulan, dia akan angkat kaki beredar dari negeri Utara, Kedah itu.
"Tapi kami tak saling mencintai!!" teriak Zarina lalu berhenti. Ah! Semput! Semput! Tercungap cungap dia mengambil oksigen. Panas terik betul. Habis merah muka putih Zarina. Zarina mengibas ngibas tangannya untuk menyejukkan muka. Habis berpeluh peluh mukanya.
Larian Atia berhenti. Dia berdiri kaku. Telinga nya Dibuka luas luas. Aku tak salah dengar ke? Diorang saling tak mencintai? Dah tu kenapa kahwin? Atia memberanikan diri untuk toleh kebelakang menghadap Zarina Medina. Tetapi pandangan Atia beralih keatas lantai jalan. Apa yang ditenungnya pun tidak tahu?
Seolah olah mengetahui apa yang bermain main difikiran Atia Melur, Zarina terlebih
dahulu menerangkan.
"Yea, kitorang saling tak mencintai. Am masih cintakan Tia. Kitorang kahwin untuk 3 bulan aje. Lepas cukup 3 bulan, Am akan ceraikan Ari. Berkahwin pun bersebab. Jangan risau. Ari tak akan jatuh cinta pada Am pun!" terang Zarina Penuh yakin.
Memang itu yang Zarina dan Helmi rancang. Alaaa.. Setakat 3 bulan aje. Apalah sangat. Pejam celik pejam celik dah cukup 3 bulan. Eh, apa yang kau merapu ni, Ari? 3 bulan tu lama la! Bukannya 3 minit!
Atia yang menunduk terus mendongak memandang Zarina. Ada sinar harapan di mata itu.
" Betul ke...? " Hatinya yang tadi berasa sempit terus lega mendengar penjelasan Zarina.
" Mesti lah! Tia. Tia jangan risau. Ari nak sewa Am sekejap aje. Boleh? " soal Zarina sambil memandang dalam anak mata milik Atia .
Atia terdiam. Dia berfikir dahulu untuk mencerna semua yang dibicarakan oleh isteri Helmi. Atia memandang Zarina lama lalu mengangguk.
Senyuman mekar Terukir pada wajah Zarina Medina. Yeay! Atia dah bagi green light!
"Demi abang Am, Tia sanggup tunggu." ucap Atia sambil tersenyum. Zarina berbalas senyuman. Satu masalah telah habis! Tick! Eh.. Ye ke dah habis?
--------------------------------------------------------------------
"WAH, hebat lah hang Yam. Dapat menantu anak dato!" ujar Mak Bedah yang duduk bersimpuh diatas pondok kecil.
Puan Maryam yang sedang menghidangkan kuih muih kepada para tetamunya hanya tersenyum tipis.
"Bedah, aku ni sebernanya tak kisah pun ada menantu anak orang kaya ka janji hati dia ikhlas terima Am sebagai suami.." tutur Puan Maryam. Baginya jawapan itu sahaja yang dianggap 'selamat'.
"Tapi betui la kata Bedah.. Sudah lah menantu hang kaya, cantik pula tu!" tambah Mak Surya. Woa.. Memang kelab gosip betul! Kalau ada apa apa berita perkembangan, mereka lah orang pertama yang mencanang cerita satu kampung!
Puan Maryam hanya mampu tersenyum. Mahu cakap apa lagi. Sudah ketentuan Allah menakdirkan menantu seperti Zarina. Cukup paras rupa dan budi akhlak..
"Bertuah betui la anak hang, Am. Tapi macam mana pula Ari tu sangkut dengan Am? Dia kan biasa biasa ja.. Bukannya ada kerja tetap pun." sindir Mak Jah. Mak Jah ni memang ketua mengumpat. Sudah menjadi lumrah untuk geng mengumpat mesti ada ketua nya yang mulut memang minta kena makan padi! Mak Jah lah jawabnya!
Puan Maryam hanya mampu menahan rasa. Amboi, kutuk anak orang ya?
" Am kata dia dapat kerja dah kat sekolah. Jah, anak hang si Kasim tu pula lagu mana? Hidup pun kerja dribar jaaa..... Apa cerita? Sudah naik pangkat ka? " soal Puan Maryam sambil mengangkat kening. Orang berbudi kita berbahasa.
Mak Jah mula tak senang duduk. Dia tak suka anaknya dikait dengan pekerjaan. Memang Kasim tidak lah boleh dibanggakan sangat pun.
Kerna pulut santan binasa..
Kerna mulut badan binasa...
Padan muka kau oi Mak Jah.
Mak Bedah dan Mak Surya mula ketawa mengilai. Walaupun usia sudah separuh abad, tenaga tetap tidak berkurangan dalam mengutuk orang.
"Kalau la aku dapat menantu macam Ari, dah lama dah aku sujud Syukur... Hang ni buat tak sujud Syukur?" soal Mak Surya kepada Puan Maryam. Aii.. Macam dengki aje. Macam semua pakat pakat boikot Puan Maryam sebab menantukan Zarina Medina Binti Dato Azman?! Macam ini ke perangai mak cik kampung? Seronok sangat membawang. Macam lah diri itu perfect sangat.
"Mestilah. Eh, anak hang tu Surya macam mana? Si Mawaddah tu. Tak kahwin lagi kan? Tak takut ka kalau budak budak panggil anak dara tua? " soal Puan Maryam. Membidas semula.
Mak Surya menggigit bibir. Alahai.. Aku yang nak kenakan dia tapi aku yang terkena! Hampeh!
Mak Surya memaniskan wajahnya yang sedia masam.
"Biaq pi lah budak budak nak panggil dia andartu pun, Yam. Kita tak kacau orang, orang tak kacau kita. Kita ni bukannya boleh pun tutup mulut orang. Jodoh belum tiba lagi. Eh.. Anak hang Bedah? Lagu mana?" balas Mak Surya sekali gus menanyakan soalan kepada Mak Bedah. Mahu menyelamatkan diri.
Mak Bedah mengeluh. Tapi diukir senyuman.
" Tia tu aku tak tau laa.... Mesti sedih Am dah kahwin. Tak dapat laa kita nak berbesan kan, Yam? "
Puan Maryam sekadar tersenyum nipis sambil mengangguk.
"Alaaa.. Nak buat lagu mana? Jodoh bukan milik depa. Aku harap anak hang jumpa laki yang lagi baik dari Am." ucap Puan Maryam.
Mereka seraya mengangguk. Tiba tiba seorang wanita tua datang menghampiri mereka.
"Apa sembang dekat luar ni? Masuk dalam lah!" jemput Tok Mah. Siap dengan gayanya sekali. Almaklumlah tuan rumah kan.. Walaupun sudah menginjak usia, Nek Mah tetap bertenaga.
"Tak pa lah, Mah. Kami pun nak balik dah kan?" pinta Mak Surya.
"Minta diri lah noo.. Nanti ada masa kita sembang lagi ya?" soal Mak Jah.
Puan Maryam mengangguk.
"Iyalah iyalah"
Usai bersalaman dan berlaga pipi, mereka terus pulang.
"Huh, balik pun tiga ekor tu..!" kutuk Tok Mah lalu menyuapkan kuih muih kedalam mulut nya.
Puan Maryam tersenyum.
"Mana cucu menantu mak tu? Mak nak tengok"
Puan Maryam menggaru kepala yang tidak gatal. Sebernanya dia pun tak tahu dimaba mereka. Lepas aje rehat terus lesap macam asap.
"Yam tak tahu lah mak..."
"Aku nak bagi ceramah sikit dekat anak menantu kau tu!" tegas Tok Mah. Renungan mata yang tajam amatlah tajam mengalahkan pedang.
Puan Maryam menelan air liur.
'Apa yang mak nak buat dekat Am dan Ari?????' omel Puan Maryam dalam hati
Share this novel