"RYAN! Jangan lari laju sangat! Nanti jatuh!"
Tersenyum gembira sahaja Zarina apabila gelak ketawa Aryan dan Syafiq menghiasi segenap rumah itu.
Dari dalam rumah, Aryan dan Syafiq berkejaran sampai ke taman. Agaknya ini lah yang berlaku jika kanak-kanak lelaki bertemu ye?
Senyuman yang mekar di wajah Zarina menggambarkan betapa bahagianya dia apabila Aryan tersenyum. Tak pernah dia mendengar gelak ketawa Aryan.
Prinsipnya hanya satu yang amat mudah. Aryan bahagia dia juga automatik akan turut bahagia.
Ibu mana yang tak akan gembira jika anaknya turut gembira? Dia berasa dialah ibu yang paling bahagia di dunia saat Aryan ketawa.
Perasaan sang ibu apabila harus besarkan seorang anak amat susah. Tetapi dia cuba sedaya upaya untuk besarkan Aryan dengan sempurna tanpa cacat cela.
Aryan tidak mempunyai ayah. Dan itu adalah kekurangan Zarina dalam membesarkan Aryan. Pelbagai cara dia lakukan untuk menutup lubang kekurangan itu.
Seorang wanita yang tidak mempunyai anak tidak dapat nengetahui perasaan sang ibu apabila anaknya ketawa gembira. Terasa seperti dunia miliknya! Terasa seperti bahagia miliknya!
Tiada seorang wanita pun yang akan mengetahui perasaan sang ibu apabila anaknya gembira melainkan dia sudah punyai anak.
"Ina, jemput lah minum air jus." Syafiera datang lalu duduk bersebelahan Zarina sambil membawa air.
Zarina tersentak. Dia menoleh memandang Syafiera yang sedang mengukir senyuman manis kepadanya.
"Eh, Fiera. Buat susah-susah je.." Kepala Zarina yang berlapit tudung shawl digaru walaupun tidak gatal.
Syafiera ni memang baik lah! Sudah lah dia menumpang di rumah milik Syafiera dan Aish ini, mereka layan dia baik-baik pula tu. Terasa segan pula dia jadinya.
Ibarat dilayan seperti permaisuri didalam rumah bak istana. Cewah! Sampai ke situ kau berangan ye, Ari?
Syafiera mencebik spontan apabila kata-kata cliché oleh Zarina dikeluarkan. Nak dia jawab dengan jawapan cliché tahap lapuk juga ke?
"Pehal kau formal sangat? Cer cakap macam biasa je!"
Zarina tersengih. Pipinya digaru apabila mendengar kata-kata Syafiera. Cawan yang dituang air jus diambil. Dah orang pelawa, ambil je lah ye?
Cawan berisi air jus oren diteguk rakus. Rahangnya bergerak-gerak menelan air jus yang sejuk dek ais ketul didalamnya yang semakin mencair.
Beberapa ketulan ais dikunyah didalam mulut sehingga menjadi cebisan ais yang lebih kecil. Dia menelan ais-ais itu. Segar!
"First time aku nampak Ryan gelak macam tu.." ujar Zarina perlahan sambil matanya memerhati Aryan yang sedang bermain-main dengan Syafiq.
Tersenyum sahaja Syafiera mendengarnya. Cawan berisi air jus dihirup mahu menghilangkan rasa dahaga di tekak. Dia berjeda seketika.
" Kalau cam tu kau stay je lah sini!" cadang Syafiera. Zarina tersenyum kelat. Dia menggelengkan kepalanya lemah.
"Aku tak boleh, Fiera. Aku ada banyak lagi benda yang nak kena settle.." keluh Zarina berat.
Syafiera menepuk-nepuk bahu Zarina bagai mahu mengalirkan semangatnya kedalam badan Zarina.
Dia kenal Zarina sudah lama. Itu pun Zarina ada pertalian dengan arwah Iris dan Aish. Aish, arwah Iris bersahabat baik dengan Zarina. Sekali gus, dia juga kenal dengan Zarina.
Dia sudah semakin rapat dengan Zarina. Segala rahsia Zarina dia tahu sehingga semua rahsia Zarina masuk dalam poket Syafiera.
"Kau kena kuat, Ina. Kau kena kuat untuk Ryan. For Ryan sake." Syafiera memberi semangat.
Zarina tersenyum hambar. Ya, dia harus kuat! Dia mesti kuat demi anaknya! Dia kena kuat untuk Arjuna Aryan!
"Kau nak buka butik kan dekat sini?" Zarina mengangguk.
"Aku akan support kau! Kalau kau nak duit kau cakap je dengan aku!" Syafiera tersenyum.
"Eh... Apa pula.." Zarina menjeling. Syafiera ketawa.
"Ada apa-apa ke yang berlaku sepanjang aku tak dek dekat Malaysia?" soal Zarina serius nadanya.
Air muka Syafiera berubah. Dia melepaskan keluhan berat apabila mendengar pertanyaan Zarina.
"Ina, that's the problem. There's so many things happen sampai aku dan Aish tak memang tangan nak handle." balas Syafiera dengan wajah gusarnya.
"What is the problem, Fiera? Tell me." desak Zarina. Melalui wajah risau Syafiera sudah dia tahu pasti ada banyak yang berlaku sepanjang 4 tahun!
"Pasal Wisma... your family... And Jeffri. Nak dengar good news or bad news dulu?"
Zarina menelan air liur yang terasa pahit.
"Hidup aku sentiasa dipenuhi duri jadi aku pilih good news."
Syafiera mengeluh berat. Tekaknya terasa berat untuk meluahkan segalanya kepada Zarina yang baru sahaja bangkit daripada mimpi ngeri!
"Good news is Jeffri masuk penjara" Bulat mata Zarina. Benarkah? Jeffri masuk penjara? Baru sahaja senyuman mahu terukir, Syafiera terlebih dahulu memotong.
"Bad news is Jeffri dah keluar." Senyumannya terus mati. Jeffri is Jeffri right? Dia akan gunakan duit dan kuasa untuk membuatkan semua orang tunduk kepadanya.
"Dia disabitkan dengan jenayah apa?" soal Zarina malas. Cawan itu disisip lagi.
"Membunuh Dato Kamarul" Tersedak Zarina. Air jus oren itu tersembur keluar daripada mulutnya.
"Jeff bunuh Dato? Dato dah meninggal?" soal Zarina terkejut. Kasihan Hayna Julia. Macam mana lah dia sekarang agaknya ya?
Syafiera mengangguk.
"Yup, but dia guna duit untuk tutup mulut pihak polis. Dato meninggal pun tak tahu puncanya lagi.. Itu pun 4 tahun yang lepas so pihak polis tutup kes.." ujar Syafiera. Zarina memuncungkan mulutnya. Dia termangu sebentar. Bagaimana dengan Julia?
"Lagi? Pasal Wisma?" soal Zarina lagi. Apa lah yang terjadi dengan Dato Azman ya?
Syafiera mengeluh berat.
"Que dah ambil alih Wisma. Itu pun baru je berapa bulan. Katanya, papa kau dah wasiatkan segala harta dan aset kepada dia dan Noraini." Zarina tercengang. Berita ini benar-benar membuat dia terkedu.
Wisma Holdings sudah menjadi milik Querina? Papanya menulis wasiat untuk Querina dan Datin Noraini?
" Eh, jap jap.. Kalau Que dah dapat harta maknanya papa aku..? " soal Zarina seperti dapat mengagak apa yang berlaku terhadap Dato Azman.
Keluhan berat dilepaskan. Syafiera mengangguk.
"Kau kena tabah. Papa kau..."
________________________________________
BATU nisan yang tertera nama 'Azman Bin Ahmad Rashid' disentuh dan diusap perlahan-lahan.
Buku Yasin kecil ditutup.
"Sadakallahulazim..."
Zarina memandang sayu pusara milik papanya. Dia duduk bersimpuh lama diatas tanah itu.
"Dah habis dah?" soal Rayyan yang bersebelahan dengan Zarina. Zarina mendongak memandang Rayyan. Dia mengangguk lemah. Dia terus bangkit.
"Jom balik" ajak Rayyan mahu pulang ke rumah Aish. Mereka melangkah keluar dari perkarangan kubur itu. Mereka masuk kedalam perut kereta milik Rayyan.
Rayyan memandu kereta itu. Sesekali dia mengerling kearah Zarina yang banyak diamkan diri.
"Kau okay?" soal Rayyan sambil mata memandang jalan raya. Zarina menggelengkan kepalanya sambil mengeluh.
"Aku tak faham...." ujar Zarina perlahan. Terangkat kening Rayyan. Tak faham apa?
"Kalau kau tak faham, aku lagi tak faham. Haha..." gurau Rayyan sambil tersengih. Sengihan dia mati apabila Zarina hanya menayang wajah ketat.
Errkk... Tak menjadi lah! Dia ingatkan mampu ceriakan suasana tetapi lain pula jadinya!
"Apa yang kau tak faham?" soal Rayyan serius cuba mengembalikan mood serius.
"Aku tak tahu kenapa air mata aku tak turun. Selalunya, kalau orang tersayang pergi, mesti air mata akan turun. Macam mama aku bila pergi. Aku menangis macam nak gila. Macam orang lain bila kehilangan orang paling tersayang. Tetapi kenapa air mata aku tak turun?" soal Zarina perlahan. Benar, dia terasa kosong. Jiwanya seakan kosong. Mukanya juga menggambarkan seperti tiada perasaan.
Rayyan hanya diam membisu mahu Zarina meluahkan perasaannya.
" Aku sedih bila dapat tahu papa aku dah tak dek. Aku sedih tak dapat minta maaf dekat papa aku. Aku sedih sebab jadi anak derhaka. Tetapi kenapa Rayyan? Kenapa air mata tak jatuh?" lirih Zarina sambil memandang Rayyan yang sedang memandu kereta.
"Ya, memang air mata aku tak mampu turun tetapi aku tak mampu nak gelak sakan. Gelak atas pemergian dia sebab ada something weird ada dalam diri aku...." Zarina menarik nafas dalam-dalam.
Zarina tersenyum kelat.
"Betul lah. Aku memang tak pernah sayangkan dia walau sikit pun sebab dia abaikan aku. Sebab itu lah air mata aku tak turun..." ujar Zarina mendatar.
Mungkin memang betul aku tak sayangkan papa. Sebab dia selalu marah aku. Tak pernah ambil tahu pasal aku. Tak pernah hargai aku atau tunjuk kasih sayang dia kepada aku.
Sampai kan hari jadi aku pun dia lupa. Aku bagi dia hadiah tetapi dia buang masuk dalam tong sampah depan mata aku. Dia tak pernah anggap aku sebagai anak dia.
Bagi dia aku anak derhaka yang suka memberontak. 10 tahun aku merana didalam rumah besar itu mendamba kasih sayang dia tetapi kosong yang aku dapat.
Lantas, patutkah rasa 'sayang' itu ada setelah apa yang dia lakukan?
Keadaan menjadi sepi. Rayyan hanya diam membisu untuk memberi ruang supaya Zarina dapat bertenang
"Aku tak faham sangat tentang 'sayang' sebab situasi aku dengan kau lain...." Rayyan berjeda seketika apabila membelok di suatu simpang.
Zarina hanya memasang telinga walau mulut terasa mahu
" Tetapi apa yang aku faham tentang 'sayang' ialah 'sayang' bukan boleh diukur dengan air mata. Berapa banyak air mata kau turun sekali pun, tetap tak mampu nak ukur 'sayang' itu. Sebab 'sayang' tu dari hati. Love is from the heart. Not from the tears." terang Rayyan panjang lebar tanpa memandang Zarina. Sebaliknya, dia fokus kepada pemanduan.
"If from the tears, macam aku lah. Ratapi pemergian Iris.." Rayyan gelak kecil apabila mengingati kekhilafan diri sendiri dulu.
Zarina melontarkan pandangan ke luar tingkap.
" Aku still tak faham. Waktu mama aku meninggal, senang je air mata aku turun.. " ujar Zarina mendatar sambil memandang luar.
Rayyan menghela nafas panjang.
"Aku tak tahu falsafah mana kau ambil berdebat dengan aku ni.. But! Definisi sayang bukan macam itu. You still confuse about your feelings toward your father after what he did...." Rayyan mengambil nafas sebelum kembali menyambung.
"But aku tau. Jauh di sudut hati kau, 'sayang' itu masih wujud tak pernah terpadam lagi. 'Sayang' yang ada dalam hati kau tu hanya dikambus oleh pasir sampai sekarang. Jadi, kau kena tunggu angin untuk tolak semua pasir-pasir tu supaya kau nampak betapa kau sayangkan papa kau." sambung Rayyan panjang lebar sambil meneruskan pemanduan.
" Oh, macam itu.. " Kata-kata Zarina sangat dingin ibarat orang yang tidak berperasaan. Kebarangkalian kata-kata Rayyan masih belum mampu menusuk kalbunya.
Dia melentokkan kepalanya ke cermin kereta. Dia memandang luar.
________________________________________
" INA, sebernanya aku ada satu lagi benda nak bagi dekat kau." ujar Syafiera apabila Zarina memasuki rumah banglo itu.
Zarina menghampiri Syafiera dengan langkah yang longlai. Senyuman masih belum mampu terukir pada wajahnya.
Rayyan duduk diatas sofa bersebelahan dengan Aish. Mereka memandang Syafiera dan Zarina.
"Mana Sha, Kal, Fiq dengan Ryan?" soal Rayyan sambil mata melilau mencari kanak-kanak itu. Ketika dia datang ke sini, dia bersama dengan Ifti dan Iriz.
"Game console." jawab Aish pendek sambil mata memandang Zarina.
"Apa dia, Fiera?" soal Zarina. Suaranya kedengaran lemah sekali. Dia tidak larat lah.
"Tapi kau kena ikut aku" Tangan Zarina ditarik supaya Zarina mengikut rentaknya. Mereka berjalan masuk kedalam satu bilik.
Bilik itu kosong. Tiada banyak perabot dan bilik itu kelam dan gelap. Mata kuyu Zarina terancap hadiah-hadiah diatas meja.
Belum sempat Zarina bertanya, Syafiera terlebih dahulu memotong.
"Itu semua hadiah untuk kau. Dari Dato Azman." Kata-kata Syafiera membuatkan Zarina terkedu. Hadiah?
"Semua tu ada 14 hadiah. Hadiah sejak kau berumur 15 tahun sampai sekarang. Itu semua papa kau yang bagi." Terkedu Zarina. Sejak dia berumur 15 tahun lagi papa dia sudah memberi dia hadiah? Tetapi mengapa dia tak pernah dapat pun?
"Aku tak tahu malaun mana yang bawak sorok semua hadiah sejak kau 15 sampai 25 tahun tu but semua tu hadiah birthday. Untuk kau." sambung Syafiera.
Zarina tercengang. Dia jatuh terduduk. Maksudnya... Papa tak pernah lupa birthday dia!
"Ina, papa kau memang sayangkan kau. Dari dulu dia suruh orang bagi hadiah dekat kau waktu papa kau dekat outstation tetapi malaun mana entah bawa sorok semua hadiah tu!" ujar Syafiera dengan geram di hujung ayat. Ya, malaun itu ialah Querina dan Datin Noraini!
" Siapa yang hantar semua ni? " soal Zarina mendatar.
" Mak Na rumah kau tu. Dia dah berhenti kerja dah sebab dah tua. Dia hari tu ternampak semua hadiah tu dekat stor rumah kau" Zarina kaku. Masih setia diatas lantai.
"Dekat atas meja tu, surat untuk kau. Kau baca lah ye. Aku keluar dulu." Syafiera berlalu keluar untuk memberi ruang kepada Zarina.
Dengan pantas, Zarina membuka sampul surat itu. Lipatan surat dibuka.
Kepada puteriku Zarina Medina,
Apa khabar? Papa harap anak papa sentiasa sihat. Maafkan papa andai Ari berkecil hati dengan sikap papa kepada Ari selama ini. Mungkin apabila mama pergi, papa jadi lain tetapi papa tak fikir pasal Ari. Maafkan, papa. Papa ingat jika papa berkahwin dengan orang lain, senyuman Ari akan mekar tetapi papa tak tahu rupanya Ari sengsara. Maafkan papa kerana lambat tahu. Papa tak tahu Que dan Noraini berkomplot cuba bolot harta. Sebab papa buta. Papa buta nilai kaca dan permata. Ari lah permata papa yang paling berharga dalam hidup papa. Ari dan mama ialah permata yang terindah yang tidak mampu diganti dengan apa-apa jenis benda didalam dunia ini. Papa sayangkan Ari dan mama Ari. Setiap hari papa tunggu Ari datang semula ke rumah kita tetapi hampa. Ari tak pernah datang. Kecewa? Ya, papa sedikit kecewa dengan Ari tetapi apabila bayangkan sikap papa kepada Ari, papa terfikir memang patut lah Ari tak balik sini. Papa tahu Ari masih marah kepada papa. Papa tahu Ari benci kepada papa. Papa bukan lah ayah yang terbaik dalam mendidik anak. Papa lemah kerana gagal mendidik Ari tetapi Ari membesar menjadi orang yang kuat. Itu yang papa nampak. Ari memang macam arwah mama. Yang tabah dan kuat dalam menempuhi ujian Allah. Jangan berasa bersalah, Ari . Papa dah maafkan Ari meskipun Ari tak pernah buat salah sebaliknya papa yang asyik buat salah. Papa harap kita dapat berjumpa lagi walaupun sekali. Dan papa harap senyuman Ari akan mekar pada wajah Ari macam yang papa lihat dahulu ketika arwah mama masih ada. Apa yang papa nak Ari tahu ialah papa sentiasa sayangkan Ari. Papa sayang Ari sampai bila-bila.
Papa
Setitik demi setitik air mata turun membasahi surat yang dipegang. Zarina menggigit bibir bawah menahan sebak.
"Papa....."
Laju air matanya mengalir hangat membasahi pipi. Surat itu digenggam erat.
Dia merintih mahukan papa. Dia berasa berdosa kerana anggap bukan-bukan kepada papanya. Dia yang bersalah! Dia yang berdosa!
"Papa.... Ariii sayangkaaan papaaa... Sayaaang sangaaaat... Maafkaaaan Ariiiiii, papaaaa....." Semakin deras air mata itu turun apabila dia mengucapkan kata-kata sebegitu.
Dia terbayangkan papanya sedang tersenyum manis ketika mengucapkan sayang itu. Dia menekup mukanya. Air mata bercurah-curah turun seperti tidak mahu berhenti.
Syafiera yang memerhati Zarina dicelah pintu dengan pandangan sayu terus melangkah pergi.
Zarina merintih. Dia meraung sekuat hati didalam bilik itu.
Terasa berdosa kepada papanya. Terasa seperti dia anak derhaka yang tidak layak untuk dimaafkan.
Layakkah dia bergelar ibu andai dia sendiri anak derhaka?
Laju air mata itu turun mengenang kembali kenangan dia dengan papanya dan mamanya.
Mahu meminta maaf dengan papanya sudah tidak berguna lagi kerana papanya sudah pergi.
Dia anak yang teruk! Anak derhaka! Anak yang tak guna! Anak yang berdosa!
Dadanya diketuk-ketuk banyak kali mengenang kesilapan dia. Air mata mengalir deras.
Andai masa dapat diputarkan, dia mahu melutut merayu meminta maaf kepada papanya!
Hidup ini memang tidak indah kan? Kenapa sering kali air mata menemani dirinya? Apa dia tidak layak untuk bahagia kah?
"Ariii sayaaaangkaaan papaaaa..... Maafkaaaan Ariiiiiiii........" rintih Zarina pilu sambil air mata menodai pipinya lagi. Bergenang air matanya mengenang dosanya kepada papanya.
Ari sayang papa sangat-sangat! Sayang lebih dari segalanya di dunia! Ari minta maaf, papa!
Share this novel