MATA kirinya dipejam rapat manakala mata kanannya dicelikkan mengintai sebuah lubang kecil.
Ini kalau ada penduduk kampung lalu lalang ni mesti dah kena tangkap pergi dekat rumah penghulu! Daripada kelakuan yang aneh lagi mencurigakan memang mengundang prasangka orang kampung!
Sumpah kelakuannya sebiji macam perompak skema yang cuba merompak!
Lihat sahaja pakaiannya dia. Satu badan hitam! T-shirt hitam, seluar hitam dalam erti kata lain semua hitam lah! Tambah pula dengan matahari yang sedang terbenam, memang confirm macam perompak lah!
"Buat apa tu?" sergah Atia dari belakang.
"Opocot hang gila sawan sakai!" latah Fakhrul. Dia tersentak lalu berpaling menghadap Atia.
"Errr... Rul buat apa ya..?" soal Atia lagi apabila melihat Fakhrul seperti tergamam melihat dia.
Terkejut Fakhrul melihat Atia didepannya. Terkejut kerana dia sudah kantoi tertangkap mengintai rumah Atia!
Fakhrul tersengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Jangan salah sangka pulak!
Fakhrul memang berhasrat mahu melawat rumah Atia Melur, kekasih 'gelap' dia. Tetapi bukannya dia mahu mencuri barang, dia cuma mahu mencuri sekeping hati milik Atia Melur.
Tahu-tahu aje rumah kosong tiada orang. Dia bagi salam okay? Sebanyak 3 kali kot. Dah Islam suruh UmatNya bagi salam maksimum 3 kali je kalau tuan rumah tak sahut.
Dia ikut ajaran Islam apa! Wak lu! Yang pergi intai rumah anak dara orang kenapa? Macam penghendap gatal sangat nak tengok benda dalam rumah!
"Tia pergi mana?" Soalan berganti soalan. Sudah lah gagap, berani pula tanya soalan. Cuba nak ubah topik lah kononnya... Respect, bro!
"Dari kebun belakang rumah..." jawab Atia sambil mengesat peluh yang mula tumpah pada dahi.
Kening kanan Fakhrul terangkat. Oh! Patutlah tak ada orang! Memang Atia berpakaian baju kebun dan sedang membawa sayur sayuran.
"Rul, nak apa ya datang ke rumah Tia..?" tanya Atia sambil merenung wajah Fakhrul.
'Ouch! Jangan pandang aku macam tu, Tia!!! ' sanubari Fakhrul separuh menjerit. Berdegap degup aje jantungnya itu melihat panahan renungan Atia yang lembut.
Bagi Atia, walaupun Fakhrul sebaya dengan Helmi, pujaan hati dia, dia tetap tidak boleh meletakkan gelaran 'abang' pada hujung namanya. Hanya Helmi sahaja yang layak. Oh, abang Am!
"Rul nak cakap something laa dengan Tia.. Boleh?" Fakhrul memberanikan diri membalas renungan Atia. Dia berani menatap wajah polos itu! Tahniah, Fakhrul!
Atia memandang dirinya atas bawah. Errr.. Pakaian kebun.. Agak agaknya sesuai ke nak say something dalam keadaan begini? Sudah lah badan dia habis peluh satu badan! Geli geleman dia rasakan sekarang ini!
Dengan panas teriknya yang mengalahkan padang pasir.. Hmmm... Masha Allah! Panas sangat hari ini dengan matahari terpacak atas kepala! Kalau Atia seorang sahaja yang berkebun, alamatnya sampai kesudah tak habis! Mujur Mak Bedah turut membantu.
Tetapi rasa penat masih tak dapat hilang lagi. Malah macam makin bertambah aje bila terpaksa berdiri dekat bawah matahari sekarang ini.
Kalau jumpa Helmi Ikram ke, tak pa lah juga kan...? Dia ingatkan Helmi yang berada didepan rumahnya. Rupa-rupanya tidak. Sangkaan dia meleset habis. Fakhrul yang berada didepan rumahnya!
Setahunya Fakhrul jarang melawat rumahnya. Kalau dah melawat macam ini, dengan gaya muka aje mesti ada masalah berat berkaitan dengan Atia.
Atia gigit bibir bawah. Aduhh.. Apa lah yang si Rul ni nak cakap? Dalam hati, pelbagai andaian yang Atia sudah buat.
Gadis bernama Atia Melur ini memang kuat berangan. Suka membuat konklusi sendiri. Biasa lah kan wanita. Bak kata orang ramai, 'naluri wanita'. Betul ke idok??
Masalahnya, si spekulasi yang gadis ini buat pula selalunya salah dan tidak mungkin berlaku.
Perlahan-lahan kepala bulatnya itu mengangguk tanda setuju.
Padahal sudah mula rasa macam nak baling mangkuk berisi sayur sayuran yang berada ditangan ini pada Fakhrul. Suka suki aje pilih spot nak 'say something'.
"Tapi.. Cepat sikit ya?" pinta Atia sambil tangan kanannya mengibas ngibas tudung bawal corak batik yang dipakainya. Tangan kirinya yang memegang mangkuk plastik beralih pula ke dahi. Cuba menghalang sinaran matahari daripada terkena mukanya.
Panas gila! Agak-agaknya mencecah 50° suhu pada hari ini? Kalau ada angin sepoi sepoi tak pe lah juga ini tak ada langsung!
Bagi Atia, lebih cepat Fakhrul cakap sesuatu, lebih cepat dia akhiri semua ini. Bukannya dia tidak suka Fakhrul cuma panas gila kat luar ni! Dia nak masuk dalam!!
Fakhrul terdiam. Rasa rasanya boleh cepat cepat ke kalau nak sampaikan isi hati? Tak kot.. Ah, janji kau luahkan dekat dia!
"Rul suka Tia." ucap Fakhrul. Kali ini tiada kejanggalan. Tiada kekokan. Tiada keterpaksaan.
Ayat itu lahir sendiri daripada hati kecilnya. Tulus dan ikhlas dia cuba zahirkan perasaan itu.
Atia terdiam sebentar sebelum ketawa kecil.
"Iye. Tia pun suka Rul sebagai kawan..." balas Atia sambil mengukir senyuman manis.
Fakhrul tersentak.
"Tak.. Rul sukakan Tia lebih daripada seorang kawan" ucap Fakhrul lagi.
"Sahabat? Mestilah Tia anggap Rul sebagai sahabat! Jangan risau.." balas Atia sambil tersenyum manis.
Fakhrul mengeluh perlahan sambil menundukkan kepala. Memang didalam hati Atia, tidak tertulis namanya? Namanya tidak terpahatkah didalam hati Atia?
"Bukan macam tu.. Rul sukakan Tia lebih daripada seorang sahabat. Rul sudah melepasi garisan sahabat itu.."
Giliran Atia untuk terdiam seketika. Okay. Dia dah faham apa makna Fakhrul. Ada isi tersirat disebalik yang tersurat itu.
Sedaya upaya Atia cuba melemparkan senyuman manis tetapi nampak kekok.
" Maksud? " soal Atia walhal dia sudah tahu apa yang Fakhrul cuba sampaikan.
Fakhrul menarik nafas dalam dalam sebelum menghembus balik. Kedua dua belah tangan digenggam erat. Bersedia untuk sesi luahan.
"Rul cintakan Tia. Sebelum kita jadi kawan lagi. Sebelum Tia kenal Rul lagi. Dari zaman sekolah lagi. Dah lama Rul perati Tia tetapi Rul pendamkan aja perasaan ini. Sebabnya Tia dan Am bercinta. Rul tak nak menjadi pengacau dalam Kehidupan hampa. Jadi, Rul buat tak tau dengan perasaan ini. Tetapi.. Am dah berkahwin dengan Ari. Jadi, Rul nak luahkan perasaan ini pada Tia.." ucap Fakhrul panjang lebar.
Dia meluahkan segala isi hati dengan penuh ketulusan dan ikhlasan. Akhirnya, sudah bertahun tahun dia memuja gadis itu, hari ini dia dapat meluahkan perasaan itu. Bukan senang mahu menzahirkan perasaan itu dalam bentuk pertuturan.
Atia tersentak. Ya. Memang dalam hati dia sudah membuat andaian Fakhrul menyukai dia tetapi dia tidak menyangka Fakhrul sudah memendam perasaan terhadapnya lebih lama.
Atia mengenggam tangan kanannya erat. Dia menundukkan wajahnya sehingga sinaran matahari tidak mampu terkena pada mukanya.
Kelopak matanya bertakung. Dia menggigit bibir bawah cuba menahan air mata daripada keluar.
Kenapa? Kenapa? Kenapa bukan Rul yang datang dulu dalam hidup Tia? Rintih hatinya.
Jika Fakhrul meluahkan perasaan terlebih dahulu ketika di sekolah menengah, sudah tentu dia menerima Fakhrul dengan hati yang terbuka.
Tetapi, Helmi yang hadir menghulurkan perasaan cinta. Janji cinta pernah ditermeterai. Kerana itu dia sanggup menunggu Helmi kembali kepadanya.
Hatinya sudah tertutup buat insan lain selain Helmi. Hanya Helmi sahaja yang terpahat pada hati nya. Tiada siapa yang mampu membuka hati Atia selain Helmi. Hanya Helmi.
Air mata ini mahu mengalir bukan kerana dia cintakan Fakhrul. Tidak sama sekali. Cuma dia berasa sayu mengenangkan Fakhrul yang terlalu mendambakan cintanya selama ini sedangkan hanya Helmi yang bertakhta pada hati Atia.
Dia Helmi Ikram.
"Maaf. Tia tidak mampu nak balas perasaan Rul.." balas Atia yang sedang menunduk.
Bagai ada peluru sedang menusuk hati kalbunya. Ouch! Pedih yang amat. Hancur... Hancur... Hancur hati dia saat mendapat respon dari Atia.
"Selamat tinggal, Rul!" Atia segera berlalu masuk ke dalam rumah tanpa sedikit pun memandang wajah Fakhrul.
Fakhrul tergamam. Air mata jantannya menitis. Tidak pernah lagi air matanya mengalir hanya kerana seorang gadis selain ibunya.
Ini adalah kali pertama dia menangis untuk seorang perempuan yang bukan muhrimnya.
Apa dia hina sangat kah pada pandangan Atia?
Apa dia jijik sangat kah pada pandangan Atia?
Apa dia tidak layak untuk mencintai gadis yang bernama Atia Melur?
Apa dia tidak sempurna sebagai imam pada hati Atia?
Apa dia langsung tidak berpeluang memenangi hati Atia itu?
--------------------------------------------------------------------
DENGAN langkah yang longlai, dia menaiki anak tangga kayu itu perlahan lahan.
Hari ini hari Jumaat. Tetapi penatnya masih terasa. Nasib baik dia sempat makan ABC, warung Haji Wahab. Perghh.. Menjilat jari!
Agak agaknya kalau dia terus pulang ke rumah tanpa sempat makan ABC di warung Haji Wahab, alamatnya gigit jari ajelah dia nanti!
Sudah lah sudah Isya'. Mujur dia sudah solat di surau berdekatan sebelum pulang ke rumah.
"Assalamualaikum.." laung Helmi seraya membuka pintu kayu rumah.
"Waalaikumussalam..." sahut banyak suara.
Kelihatan Halima dan Firman sedang bermain main dengan Una dan Uda. Manakala Hilna bermain dengan Ufa. Uzair dan Umar bermain dengan Hilman. Halina pula sedang menonton televisyen.
Kening kiri Helmi terjongket. Mana Ari?
" Ari dalam bilik" ujar Halima terlebih dahulu seperti mengetahui pertanyaan itu yang berada didalam minda Helmi.
"Tau lah." balas Helmi selamba lalu berlalu masuk kedalam bilik.
Tombol pintu bilik dipusing. Dia meletakkan begnya diatas meja solek. Badannya dihempap pada katil empuk.
Ah! Selesa!
Helmi memejamkan kedua dua belah matanya sambil menarik nafas lega.
Selesa betul baring atas katil yang empuk! Rasa macam tak mahu mandi pula. Macam nak terus tidur aje.
Bunyi pintu bilik air terbuka mematikan hasrat Helmi. Serta merta Helmi terjaga dan membuka kelopak matanya.
Dia bangun daripada pembaringan lalu menghadap ke arah bilik air.
Terbeliak biji mata Helmi.
Kelihatan Zarina yang hanya bertuala paras paha terpacul pada pintu bilik air.
Zarina perlahan lahan mendekati bucu katil dengan langkahnya yang lemah gemalai. Terlintas diotaknya mahu mengenakan Helmi lagi!
Zarina tersenyum manja yang penuh menggoda.
Helmi beristigfar didalam hati semoga Zarina tidak akan menggoda dia. Nak tutup mata tak mahu tengok, tetapi nafsu rasa macam tak mahu tutup mata!
Perlahan lahan dia mendekati Helmi yang resah. Bahu kanan Helmi disentuh lembut.
"Ari! Kau pergilah pakai baju!" arah Helmi keras dan masih tidak memandang isterinya itu. Dia menundukkan kepalanya meskipun mata masih tidak ditutup.
Zarina tidak menjawab. Sebaliknya, Helmi dihampiri semakin dekat.
"Kalau saya cakap tak nak?" balas Zarina dalam suara yang berbisik rapat di telinga suaminya dengan nada yang menggoda.
Aduhh.. Cakap 'saya' pulak... Berpeluh peluh dahi Helmi dibuatnya.
Suara ghairah Zarina cukup membuat Helmi tidak diam duduk. Dia semakin penasaran.
Hanya dengan merasakan kehangatan bisikan Zarina menerpa telinganya, degupan jantungnya sudah berdegup kencang. Sudah huru hara perasaannya diperlakukan begitu.
"Ari!!" jeritnya melepaskan geram. Tidak mahu Zarina berterusan menggoda dia.
Zarina tergelak kecil. Meletus juga ketawa pada bibir merah itu. Bajunya dicapai lalu dipakai. Terhibur dia dengan gelagat Helmi.
"Tahu takut!" ejek Zarina perlahan. Tidak mahu orang di luar mendengar. Tetapi sangat sinis pada pendengaran Helmi.
Ingatkan Zarina mahu berlalu dari situ. Tapi sempat pula dia cuit pipi Helmi.
"Ari!!!" teriak Helmi lagi. Cukup cukuplah dia digoda. Errr... Kalau Zarina sekali lagi menggoda dia, dia tidak teragak agak mahu 'ngap' si Zarina.
Sampai sahaja didepan pintu, Zarina berpaling.
"You know what, Am?"
Helmi mengangkat muka memandang isterinya dengan wajah yang bengang. Dia tatap wajah Zarina dengan perasaan marah.
"What?" balasnya keras dan bengang. Geramnya terhadap Zarina masih bersisa. Boleh gugur jantung dia apabila Zarina menggoda dia.
Bukannya Zarina tidak pernah menggoda dia, tetapi godaan ini lebih hebat berbanding dahulu. Helmi pun tidak tahu mengapa.
Wajah isterinya di pintu bilik itu dipandang tajam. Tajam yang mengalahkan pisau dekat TESCO itu.
"Tak kan ada seorang lelaki pun yang boleh bertahan kalau seorang perempuan menggoda dia dalam pakaian itu. Kecuali lelaki itu spesies....." Kata kata Zarina terhenti seketika. Dibiarkan tergantung dengan sengaja.
Jari jemarinya diketuk ketuk pada bibir mulus itu. Wajah bengang suaminya dipandang dengan suatu pandangan yang nakal dan sukar ditafsir.
" Kau nak cakap apa ah? " soal Helmi geram. Sudah mula mengagak apa yang dinyatakan oleh Zarina.
Senyuman nakal yang sumbing tidak lekang dari bibir isterinya itu.
"You know what I mean, Am..." ucapnya berserta renungan nakal. "So, kau kategori yang macam tu ke Am?" soalnya dengan satu kenyitan nakal.
Helmi mendengus kasar. Dia ketap gigi geram.
"Kau nak cuba? Nak try ke?" ugut Helmi lalu bangun dari katil.
Dia benar benar geram dan tidak tahan melihat kelakuan Zarina yang seolah olah mencabarnya
Eh, ni Helmi Ikram lah. Pantang dicabar tau!
Zarina membuat memek muka sambil menjongket kedua dua belah bahunya.
" Aku okay je tapi tak tahu pula kalau kau tak nak..." ujar Zarina selamba.
Helmi kacip gigi. Fine! Kau cabar aku ya?
Helmi menghampiri Zarina. Bibir mulus itu diragut kasar. Zarina tersentak tetapi turut membalas ciuman.
Zarina memejamkan mata. Cuba memuaskan nafsu yang sungguh bergelora ini.
Apabila bibir mula dilepaskan, Helmi membenamkan wajahnya pada leher jinjang Zarina. Digigit leher itu manja sehingga meninggalkan kesan love bit.
Zarina sedikit mendesah membuatkan Helmi semakin berani mencumbui leher Zarina yang putih. Bibir nakalnya beralih pula pada bibir mungil Zarina.
Kucupan demi kucupan berbalas. Masing masing tenggelam didalam nafsu yang penuh ghairah itu.
Helmi mengerling katil. Dia memegang pinggang ramping Zarina lalu didukung tubuh itu. Dia meletakkan Zarina keatas katil sambil bibir mereka masih bertaut.
Pada malam itu, mereka bertemankan bulan, bintang dan langit. Buat kali pertama, mereka menjadi pasangan suami isteri yang sah.
Bulan menjadi saksi, mereka sudah melaksanakan tanggungjawab sebagai suami isteri.
Bintang menjadi saksi, mereka menjadi suami isteri yang lengkap.
Langit menjadi saksi, adegan romantis kehangatan cinta mereka.
Share this novel