Bab 81

Romance Series 186474

"RYAN?"

Zarina mencari Aryan. Mana perginya budak ini?

"Ibu nampak Ryan tak?"

"Tak."

Zarina berlari ke Halima.

"Nampak Ryan tak?" Halima hanya jungkit bahu.

Zarina berjalan laju kearah anak-anak Halima dan Halina.

"Korang! Ryan mana Ryan?"

"Ryan cakap dia nak ke toilet." beritahu Uzair sambil pegang bola.

"Tak ada pun. Aunty cari dekat merata tempat, tapi tak ada pun!" ujar Zarina cemas.

Uzair garu belakang kepalanya. Mana pula Aryan ni? Tadi kata nak pergi tandas.... Uzair menjatuhkan bola tersebut.

"Jom guys! Cari Ryan!" laung Uzair kuat kepada adik-beradiknya yang sedang bermain.

"Hah? Kenapa ni?" Atif datang samhil minum air.

"Ryan dah hilang!"

*

Air mata Zarina bergelinang. Dia meraup wajahnya. Ya Allah.. Mana Ryan pergi?

"Maaf, boss. Saya dah cuba cari Ryan dekat sekeliling kawasan perumahan ni. Ryan tak ada, tapi kasut dia ada!" beritahu Habil sambil menundukkan wajahnya, kesal kerana dia dibayar untuk menjaga Zarina dan Aryan, tapi dia gagal!

"Ari, bawa bersabaq. Mungkin Ryan jalan-jalan dekat kawasan lain kot." Puan Maryam cuba menenangkan Zarina.

"Kawasan mana lagi, ibu? Kasut dia ada!" balas Zarina sambil menangis.

Helmi meraup kasar rambutnya. Dia mengeluh berat. Dimana Ryan pergi?

"Ryan bukan main dengan hangpa ka?" soal Hilna sambil pandang kanak-kanak itu.

"Ya, dia cakap dekat Uzair, dia nak pergi tandas." ujar Uzair jujur.

"Man ada dekat luar tandas tu tadi. Tak ada pun sesiapa masuk dalam." pintas Hilman. Ya, dia bermain Playstation di tingkat atas. Kalau mahu ke tandas, kena lalu kawasan itu. Masalahnya, tiada sorang pun yang lalu!

Semakin laju air mata Zarina mengalir. Dia memejamkan matanya. Ryan... Kenapa buat mummy risau ni?

Halina duduk disebelah Zarina. Dia memeluk wanita itu mahu memberi semangat.

"Nak report polis tak?" cadang Atif.

"Belum 24 hour lagi. Polis pun tak akan terima." bidas Firman. Atif mengeluh.

"Tapi Ryan ada tanya something dekat Uzair."

Semua mata memandang Uzair yang sedang berdiri di tepi sofa.

"Dia tanya apa, Uzair?" soal Halima kepada anaknya.

"Dia tanya apa nama penuh Pak Long. Kenapa ya?" balas Uzair. Dia sendiri tak tahu kenapa Aryan tanya tentang nama penuh Helmi. Sewaktu Uzair berumur 6 tahun, dia tidak tahu Zarina dan Helmi berkahwin kerana dia tidak ada waktu hari perkahwinan. Dia cuma ingat Zarina ialah kawan Halina.

Semua orang tergamam. Zarina mendekati Uzair, longlai.

"Dia tanya apa nama penuh Pak Long?" Uzair mengangguk.

Mahu pitam Zarina. Kiranya, Aryan sudah tahu siapa ayah kandung dia?

Helmi melabuhkan punggung diatas sofa, kasar. Dia sudah dapat mengagak. Aryan mesti lari dari rumah. Tapi tak kan lah dengan tidak berkasut?

"Ibu...." Zarina memeluk tubuh Puan Maryam.

"Ini tak akan jadi kalau Ari bagitahu siapa ayah Ryan...." Zarina menangis teresak-esak dalam pelukan Puan Maryam. Dia perlukan semangat seorang ibu.

Puan Maryam menepuk-nepuk belakang badan Zarina.

"Shuuhh... Ini bukan salah Ari. Ari cuma kelighu kan? Tak tahu nak buat apa. Dan ini semua bukan salah Ari. Bukan salah sapa-sapa. *keliru"

Helmi mampu memandang Zarina sayu. Kalau lah kau halal buatku, pasti akanku pelukmu dan menenangkanmu dalam dakapanku.

"Ari, kita cuma kena tunggu." ujar Halima.

Zarina melepaskan dakapan Puan Maryam.

"Nak tunggu sampai bila?! Sampai Ryan accident dulu ke baru nak bertindak?! Dia tu budak lagi! Dan dia keluar dari rumah sebab Ari!" jerit Zarina sambil menangis. Dia memegang dadanya menandakan ini semua salah dia.

Semua orang terdiam. Mereka semua buntu mahu membuat apa.

Kriingg....

Telefon Zarina berdering. Dia membuka purse nya.

"Hello?" soal Zarina sambil seka air matanya.

"Apa?!"

_______________________________
"SHA dan Qal dah hilang?!" soal Zarina terkejut. Sisa air matanya belum lagi hilang menampakkan lagi wajahnya yang sembap dan sugul.

Rayyan mengeluh berat. Dia mundar-mandir berjalan di tepi sofa sambil menyerabutkan rambutnya.

"Semua bodyguard aku dan Pak Guard mati!"

Az hanya diam berdiri ditepi tingkap.

Syafiera menunjukkan kearah Az.

"Ini? Kenapa masih hidup?"

"Sebab saya pergi kedai beli makanan. Balik-balik saya nampak semua dah mati." ujar Az sedikit sebak. Siapa kata lelaki sado tak boleh menangis?

"Kecuali...."

"Kecuali?" soal Aish pelik. Terhenti gerak-geri Rayyan. Dia pandang Az. Semua mata memandang Az.

"Saya tak nampak Lan. Bodyguard baru tu." sambung Az. Ya, dia tak nampak Lan pun dalam rumah itu!

Rayyan menumbuk sofa.

"Sial!!! Dia tu orang Jeffri!!!" jerit Rayyan memaki diri sendiri. Sepatutnya dia tak payah ambil bodyguard itu! Ini semua salah dia!!

"Macam mana kau tahu Jeff yang buat?" tanya Aish.

"Hanya dia saja musuh aku!! Siapa lagi yang nak tulis 'hutang nyawa dibalas nyawa'?! Siapa lagi?!" jerit Rayyan, bengang. Dia mengamuk betul dengan keadaan sekarang ini.

"Abang Rayyan, bawa bersabar." Julia cuba menenangkan Rayyan.

"Anak-anak aku hilang, dan kau nak suruh aku bersabar?!!" tengking Rayyan. Tajam matanya menikam mata Julia. Julia mengeluh.

"Anak aku pun hilang...." ujar Zarina dalam nada sendu. Dia mengalirkan air matanya pilu.

"Hah?? Ryan hilang?" soal mereka serentak, terkejut. Apa ni? Semua budak-budak yang berkaitan hilang?

"Kan aku dah cakap, ini semua angkara Jeffri si sial!!!!" herdik Rayyan. Merah membara matanya penuh api amarah. Dadanya beromak kencang. Dia menumbuk dinding ditepi nya. Tak kisah lah sakit ke tak, asalkan dia puas.

"Si sial tu memang tak puas hati lagi dengan aku!!" teriak Rayyan lantang lalu menyepak kerusi hingga terpelanting jauh. Asalkan dia puas biarpun sakit.

"Maaf semua..." ucap Julia tiba-tiba.

Semua orang memandang Julia.

"Kenapa Lia?" soal Syafiera risau. Kenapa pula tiba-tiba minta maaf?

"Sebab abang Lia buat semua ini. Dia culik Sha, Qal dan Ryan. Maaf ya...." ucap Julia sambil menitiskan air matanya.

"Lia, dia bukan abang kau." ujar Aish. Biar dia tamatkan semua ini.

Julia terkedu, tidak faham. "Apa yang abang Ish mengarut ni?"

"Korang sama bapak tapi lain mak. Bapak kau curang, sebab tu dia benci kau." ujar Aish. Syafiera pandang Aish. Biar betul?

Julia mengenggam tangannya. "Sebab tu ke.." Air mata menitis mengenai tangannya.

"Sebab tu ke abang Jeff benci Lia?" soal Julia. Hatinya pedih sekali mendengar kenyataan tersebut yang terpaksa dihadam. Sama ayah berlainan ibu.

"Jantan pengecut tu tak layak gelar abang!! Apa kes ni main culik anak-anak orang!!!!" jerit Rayyan lalu menyepak lagi satu kerusi.

Aish picit dahi. Ya Allah... Kerusi aku juga yang kau nak tendang.

"Sekarang ni macam mana?" soal Zarina gelisah. Air matanya asyik mengalir sahaja biarpun beberapa kali diseka dengan ibu jari.

"Bagitahu Inspektor."

_______________________________
ARYAN terpisat-pisat bangun. Dia menggosok matanya tanda ngantuk masih bersisa. Dia memandang sekeliling tempat.

Dekat mana ni?

Dia mahu berdiri tetapi kaki dan tangannya diikat dengan tali.

"Dah bangun Ryan?"

Aryan memandang seorang lelaki yang sedang berdiri dihadapannya.

"Uncle kata nak tunaikan permintaan Ryan... Uncle tipu...." ujar Aryan, mahu menangis dia mendapati dia berada di sebuah tempat yang gelap dan menakutkan!

"Huh? Nothing is free, Ryan in this world. Errkk... Asal aku speaking ni? Bukannya budak ni faham pun! Haha!" Lelaki bertopi itu ketawa sinis.

"Uncle ni sape? Ryan dekat mane? Mane mummy?" soal Aryan bertalu-talu. Air matanya tumpah juga.

"Hold on, budak. One by one. Mummy kau? Mana aku nak tahu! And aku ialah Jeffri, pencabut nyawa kau." Jeffri membetulkan topinya.

Aryan terpinga-pinga tidak mengerti. Pencabut nyawa?

Dia mendekati Aryan. Dia duduk bercangkung. Wajah itu ditenung lama.

"Sumpah, mata kau sebiji macam mummy kau."

Aryan hanya diam.

Dia usap rambut Aryan lalu berdiri.

"Jangan risau, budak. Kau akan ada kawan nanti." kata Jeffri.

Aryan terkebil-kebil. Kawan?

"Masuk!"

"Qal! Sha!!" teriak Aryan, tergamam melihat dua orang lelaki sedang membawa Raysha dan Rayqal.

"Ryan!!!" jerit mereka berdua terkejut.

Jeffri ketawa mengekek. "What a happy reunion! Yipi!"

Dia tersenyum sinis.

"Campak budak-budak ni."

Dua orang lelaki itu mencampak Raysha dan Rayqal keatas simen tanpa belas kasihan.

"Sakit lah!" jerit Rayqal kepada lelaki tadi.

"Sakit? Ini kan neraka, mesti lah sakit! Haha!" Jeffri ketawa lagi.

"Jom blah. Kunci pintu ni. Ada satu lagi orang yang aku nak culik." ujar Jeffri lalu keluar dari bilik itu.

"Tunggu!!! Jangan tutup pin—"

Dua orang lelaki itu menutup pintu.

Aryan mengeluh berat. Dia pandang sepasang kembar dihadapannya.

"Macam mana nak lari?" soal Aryan.

Rayqal jungkit bahu. Kaki dan tangan dia diikat. Macam mana lagi?

"Ti—Tikus!!" jerit Raysha ketakutan.

Di suatu sudut, ada tikus sedang bergerak laju.

"Tenang, Sha." Aryan cuba menenangkan Raysha.

"Kenapa ya diorang culik kita?" keluh Rayqal.

"Entah lah. Tapi... Ryan lapar lah." ujar Aryan lalu memandang perutnya.

Rayqal dan Raysha mengangguk serentak. Mereka pun lapar....

_______________________________
SUDAH beberapa hari berlalu semenjak kejadiaan diculik itu.

Zarina keluar dari balai polis. Hampeh punya polis! Masih tak dapat dikesan konon! Tak layak digelar polis pun!

Tiba-tiba ada satu van hitam datang berhenti.

Zarina yang baru mahu berjalan ke tempat lain, terus ditarik oleh dua orang lelaki masuk kedalam van.

"AAAAAAAHHHHHH!!!!" jerit Zarina lalu cuba mahu membuka pintu van itu, tetapi di halang oleh mereka.

"Diam lah, perempuan!!" jerkah salah seorang daripada mereka. Dia menekup mulut Zarina.

Habil yang baru keluar dari balai polis terkejut melihat Zarina berada di dalam van.

"Woi!!!" Laju kakinya berlari cuba menghampiri van tersebut.

"Jalan, Jinggo! Jalan!" arah lelaki yang sedang tekup mulut Zarina.

"Woiiiii!!!!!!!"

Van itu bergerak meninggalkan dia. Habil menghentak-hentakkan kakinya.

"Bodoh bodoh bodoh!!! Babi sial!!!!" makinya marah apabila van itu memecut laju.

Habil masuk kedalam balai polis semula, mahu membuat report.

_______________________________
"ARI pun hilang?!" soal Helmi seakan tidak percaya. Ya, kini dia berada didalam rumah Aish. Nak buat macam mana dia dipanggil.

"Tak guna! CCTV tiba-tiba buat hal! Corrupt betul lah balai polis tu!" Maki Rayyan kerana dia juga berad di tempat kejadian.

"Sekarang ni macam mana ni?" soal Aish resah.

Rayyan mendengus kasar. Ah! Sial kau Jeffri!!!

_______________________________
"AHH!! Lepaskan aku lah!!" jerit Zarina meronta-ronta minta dilepaskan.

Mereka masuk kedalam satu gudang lama. Mereka mencampak Zarina keatas simen disuatu bilik.

"Awww... Sakit lah setan!!" Marah Zarina bengang.

"Alolo... Sakit ke, sayang?"

Membesar mata Zarina memandang Jeffri dihadapannya. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan lelaki ini!

"Aku dah agak dah. Semua ini mesti angkara kau." ujar Zarina sambil menggerak-gerakkan tangannya yang diikat. Cuba mahu melepaskan.

"Kau dah bertudung! I like!" Jeffri menjilat bibirnya sendiri.

"Kau memang binatang!! Mana anak aku?! Mana anak-anak Rayyan?! Asal kau culik diorang?!" jerit Zarina kuat. Tajam matanya merenung wajah Jeffri yang sedang menyungging senyuman sinis.

Jeffri mendekati Zarina. Dipegang kedua-dua belah pipi Zarina kasar.

"Well well... Kau nampak cantik lah, sayang." ujar Jeffri sambil senyum sinis.

Zarina meludah tepat kena wajah lelaki itu.

"Jangan sentuh aku lah, bodoh!! Pulangkan diorang!!!" jerit Zarina setelah meludah. Dia menengking kuat Jeffri.

Pap!

Pipi kiri Zarina ditampar oleh Jeffri kuat.

"That is your punishment, sweetheart. Lain kali jangan buat hubby marah ye?"

"Kau—Kau gila, Jeffri!!" teriak Zarina sambil mengalirkan air matanya. Jeffri sudah gila!

Jeffri mencengkam pipi Zarina.

"Ya! Memang! Memang aku gila! Aku gilakan kau!! Kau faham tak, bodoh?!"

Sekali lagi Zarina meludah lelaki itu. Natijahnya, pipi kiri Zarina ditampar lagi. Perit.

"Lan, kunci pintu ni." arah Jeffri.

Lan tersenyum sinis. "Ya, boss."

Baru sahaja Jeffri mahu berjalan keluar,

"Haikal Jeffri!! Kau memang setan!!!!! Aku benci kau!!!!!!" teriak Zarina bagai orang gila.

Jeffri tersenyum sinis. "Kau benci aku? Don't worry, sweetie. Aku cinta kau. Itu pun dah cukup."

"Kunci pintu ni."

Lan terus mengunci pintu itu.

"AAAAAAHHHHHHHHH!!!!!!!" jerit Zarina kuat sambil menangis. Meluahkan rasa geram.

P/S: Ada 1 chapter more before epilog. Scarlett terpaksa extend. Sebab apa? Sebab saja nak kasi suspen sikit. Suspen x? Haha don't worry 1 more chap before epilog. Kalau ada yg x puas hati sbb ada chap lagi, minta maaf lah. Nak buat macam mana? Ini story Scarlett haha. Kira okay apa Scarlett update double hari ni.

Buat yg nk tanya tentang my next novel, yes sya ada next novel. Dh siap buat 2 chapter dah! Haha nanti2 sya gitau tjuk apa.

Apapun hope korang terasa suspen nya. Haha juz tunggu lah sampai epilog.

Next chapter : 82!
Next chapter : Epilog!

Nantikan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience