Bab 11

Romance Series 186474

"WOOO..... Pengantin baru dah sampai!" usik Aiman, rakan sekerja Helmi apabila melihat kelibat Helmi yang sedang memasuki bilik guru.

Helmi tersenyum kelat. Rasa menyesal menjentik dalam kalbu. Patutnya lepas catat rekod dekat pejabat, dia terus masuk ke dalam kelas 1 Amanah. Tetapi sebab awal lagi dia ambil keputusan untuk rehatkan badan di bilik guru. Tengok tengok kena usik dengan geng kamceng.

"Amboi... Sejak kahwin makin berseri seri!" seloroh Fakhrul, teman sekerja Helmi yang sedang menanda buku. Dia bingkas bangun dari kerusi nak menyambut kehadiran guru baru...

Helmi hanya mengukir senyuman hambar. Berseri? Gila ke apa? Tak nampak ke muka dia dah serupa tayar cap ayam ini? Muka yang cuka ni kata berseri seri? Buta ke? Tak nampak ke dia dah ada kedut selepas kahwin dengan Zarina. Arrghhhh ini salah minah bandar tu punya pasal dia terjebak dalam perkahwinan dengan penuh keterpaksaan!

Nasib baik lah tawaran Zarina sangat berguna dan berbaloi. Jadi cikgu Sejarah. Ye lah sampai bila dia nak jadi penganggur terhormat? Nak juga lah dia sumbangkan wang walau sekumit kepada keluarga tercinta. Tak kan nak duduk bawah ketiak mak lagi?

Dia mahu belajar untuk berdikari. Jangan sentiasa nak mengharapkan duit keluarga sahaja. Tak elok!

"Bahagia ke encik suami ni?" usik Nizam juga rakan sekerja Helmi.

"Bahagia sangaaaaaat..." balas Helmi sambil meleretkan suaranya. Dia menekankan perkataan 'sangat'. Dia mengukir senyuman nipis. Bahagia? Siapa kata aku bahagia?

"Baguslah.. Aku doakan hang dapat anak cepat cepat.." ucap Fakhrul diikuti dengan aminan Aiman dan Nizam. Sama sama mengaminkan doa Fakhrul.

Helmi buat endah tidak endah sahaja. Malas nak layan mamat mamat tembaga ni. Nasib baik mereka itu teman kamceng Helmi waktu zaman 'jahiliah' lagi.

Teman kamceng sama sama ponteng.. Sama sama tak siap homework.. Sama sama kena denda waktu sekolah... Sama sama kaki kencing... Sama sama suka ngorat budak perempuan...

Ada disisi tikala susah mahu pun senang. Sentiasa bersama macam tauge. Together gether. Jatuh bangun semua sama sama. Alhamdulillah mereka masih berkawan sampai sekarang.

Kiranya Aiman, Fakhrul dan Nizam ni kawan baik Helmi Ikram lah. Akhirnya mereka dapat juga bekerja dibawah satu bumbung. Makin upgrade lah friendship castle mereka. Meningkat naik lah level mereka.

Helmi menghampiri meja yang kosong. Dia duduk di atas kerusi. Usikan daripada kawan kawan baik dia buat endah tak endah sahaja. Buat apa nak ambil pusing? Alaaa... Esok lusa terlantar atas katil wad hospital lah nanti.

Nasib baiklah mamat mamat tembaga ni kawan sehidup semati Helmi. Kalau tak melayang penumbuk sulung ini dekat muka mereka. Tak pasal pasal habis lebam tak sempat nak kahwin pula.

Barang barang dia letakkan di atas meja. Kalau susun kemas kemas tak sempat pula nak masuk kelas 1 Amanah satgi.

"Apa jadi dengan Tia wei?" soal Aiman ingin tahu.

Helmi diam seribu bahasa. Sudah dua minggu dia tidak bersua muka dengan Atia Melur. Apa khabar si buah hati kesayangannya itu?

Helmi menjongket bahu tanda tidak tahu. Fakhrul tersenyum penuh makna.

"Wah, ada peluang lah aku!" Fakhrul tersengih. Sudah lama dia sukakan Atia tapi dipendamkan sahaja apabila mendapat tahu Atia sukakan Helmi. Jadi dia sanggup berundur demi kebahagiaan orang yang tersayang. Sekarang Helmi dah berkahwin, dapat lah dia nak ngorat Atia!

Helmi tersenyum kelat.
'Jangan kau ngorat buah hati aku!' batinnya menjerit.

"Weyh, aku dok dengaq lah kan isteri hang tu orang kaya dari Kuala Lumpur. Anak dato. Ya ka?" soal Nizam ingin tahu.

Helmi mengetap bibir menahan geram. Pen yang kebetulan berada diatas meja dibaling tepat mengenai kepala Nizam.

"Jangan nak kepochi sangat lah!" marah Helmi.

Berita yang 'panas' macam ini memang akan cepat sampai ke telinga orang kampung. Padahal waktu akad nikah, dia tidak menjemput seluruh kampung. Tambahan, macam mana geng dia boleh tahu siapa Zarina?

"Kurang gula punya budak!" marah Nizam.

"Tapi hang kiranya bertuah tau. Sudah lah dapat bini cun lawa macam Fazura. Kaya pula tu." sokong Aiman.

Tidak dapat dinafikan Zarina Medina mempunyai paras rupa yang lebih jelita. Wajahnya yang bersih tanpa secalit make up itu yang membuatkan semua orang kampung suka. Lagi lagi dengan sikap rendah diri dia.

Helmi mencebik. Lawa? Atia lagi lawa!

"Amboi amboi, melambung lambung hang puji bini aku ya..?"

Aiman tersengih.

"Lepas ini tak ada lah lagi geng." ujar Fakhrul sayu.

Dahi Helmi berkerut seribu.

"Hang mengarut apa ni?"

"Hang kan dah kahwin! Mesti lupa kan kami sebab dah ada bini cun kat rumah!" seloroh Nizam.

"Ep, mana ada lah. Cuma lepas ni hampa tiga ekoq jadi 3 Abdul lah!"

Mereka semua ketawa besar.

Kriingg....

"Kelas 1 A kat mana?" soal Helmi sambil mengemas buku.

"Dekat hujung tangga sebelah tandas perempuan tingkat 2" balas Fakhrul lalu duduk semula ditempatnya. Maklumlah tak ada kelas waktu ni.

"Weyh, aku pergi dulu tau" pinta Helmi.

"Meh aku tunjuk" Nizam mempelawa. Lagipun kelas dia di tingkat tiga. Senanglah dia nak tunjuk mana kelas 1 A. Sehaluan. Sambil menyelam minum air.

"Bye!" Aiman turut bergerak ke kelas dia.

*

Entah mengapa degupan jantung dia bergerak laju seperti berlari marathon. Rasa gugup tiba tiba menyerang. Peluh pula membasahi dahi dan badas. Baju kemeja yang dipakai juga habis kedut.

Nizam yang memerhati tingkah Helmi terus menegur.

"Rileks la. Hang dok takut sangat pasaipa? Depa baru form 1. Tak makan orang aih..".

Helmi tersengih.

"Hah, tu kelas hang. Aku gi dulu tau. Good luck!" Nizam menunjukkan kearah kelas yang sedang bising bagai pasar.

Helmi mengangguk sebelum Nizam menaiki tangga.

Helmi menarik nafas. Jantung dia bagai tak tentu arah. Degupan jantung semakin laju apabila mendengar suara ribena mereka.

" Kau boleh, Am!" gumam Helmi memberikan semangat kepada dirinya.

Kelas 1 Amanah dipandang. Helmi mengeluh. Rambutnya diraup. Mundar mandir dia jalan didepan kelas 1 Amanah. Nasib baik tak ada siapa pandang dia. Hanya Allah yang tahu betapa gugupnya dia sekarang. Rasa macam mahu patah balik rumah pula. Ini kah rasa hari pertama bekerja?

Usai membaca doa, Helmi melangkah masuk kedalam kelas. Senyuman manis cuba diukir walau tampak hambar.

Pelajar 1 Amanah yang tadi ada yang berborak borak terus diam bagai ada gam gajah dilekatkan pada mulut mereka. Jika tadi ada yang berlari lari didalam kelas terus berhenti berlari. Bagai kaku frozen. Jika tadi ada yang membaca buku senyap senyap terus mata beralih kepada Helmi. Semua mata beralih kepada Helmi.

Helmi meletakkan buku diatas meja.

"Cikgu Roziah tak mai ka? Yeay!!" Mereka bersorak sambil melompat lompat. Nampak sangat bencikan Cikgu mata pelajaran Sejarah itu. Buku Sejarah yang berada diatas meja mereka masukkan semula kedalam bag.

"Nasib baik cikgu Roziah tak mai. Aku lupa buat kerja semalam!"

Helmi tersenyum senget. Diorang ingat aku relive ke?

"Ep, siapa cakap simpan balik buku? Keluarkan" arah Helmi.

Semua pelajar membuat muka blur.

"Hah?"

"Nama cikgu, Helmi Ikram. Panggil cikgu, Cikgu Ikram. Nak panggil cikgu hensem pun boleh.." seloroh Helmi. Mahu menceriakan suasana.

Satu kelas ketawa. Kecuali pelajar lelaki. Ah, berasa terancam la tu.

"Cikgu akan gantikan cikgu Roziah" ujar Helmi.

Pelajar-pelajar perempuan mula bersorak keriangan. Suka dapat cikgu hensem la tu!

Manakala Pelajar-pelajar lelaki mengeluh.

Helmi tersenyum. Buatlah apa yang korang nak yang penting aku jalankan tugas aku!

"So, ada soalan?" soal Helmi.

Seorang pelajar perempuan yang duduk dibarasan belakang mengangkat tangan.

"Ya..?"

"Cikgu dah kahwin?" soal pelajar itu tersipu malu.

Helmi tersenyum.

"Alhamdulillah. Sudah baru 2 minggu" balas Helmi.

Jelas riak kecewa terpancar pada wajah pelajar itu.

"Boleh kita mulakan kelas?"

"Boleh...."

"Hampa sampai topik apa dah?" soal Helmi.

"Bab 1!" jawab seorang pelajar lelaki dibarisan hadapan.

Helmi memerhati name tag di bajunya.

"Ouh, terima kasih Amin!"

Amin sebagai ketua tingkatan tersenyum.

"Cikgu nak semua tutup buku"

Semua tercengang. What?

"Kenapa cikgu?" Seorang pelajar perempuan bertanya sambil mengangkat tangan.

Helmi memerhati name tag perempuan itu.
'Ain..'
Al maklumlah, sebagau seorang guru dia perlu menghafal nama setiap anak muridnya.

Helmi tersenyum.

"Cara cikgu Roziah ajar dan cara cikgu ajar lain. Sekarang ini kita abad keberapa?"

"Abad ke 21!!" balas mereka serentak.

Helmi mengangguk.

"Pandai pun. Cikgu tahu kamu semua tak suka Sejarah sebab bagi kamu Sejarah tu macam ubat tidur betul tak?" teka Helmi sambil merenung satu persatu mata murid muridnya.

Semua pelajar mengangguk.

"Baik lah sebelum cikgu mengajar cikgu akan terangkan betapa pentingnya Sejarah."

Seorang pelajar lelaki mengangkat tangan.

"Ya,Shafiq?"

"Tapi cikgu.. Sejarah ini masa lalu kan? Selalunya orang akan kata no use crying over a split milk tetapi kenapa kita kena belajar Sejarah? Bukankah kita tidak patut mengunduri masa?" soal Syafiq.

Helmi tersenyum mendengar soalan Syafiq.

"Soalan yang bagus.."

Helmi mengambil marker lalu mula menconteng sesuatu dipapan putih.

"Sejarah ini ialah ibu segala bidang. Tanpa Sejarah, kita tidak akan mengetahui cara untuk mengelak sesuatu dari terjadi."

"... Betul kata Syafiq kenapa kita perlu mengingatkan sesuatu Benda yang pernah berlaku? Sebab kita tidak mahu kejadian yang sama berulang lagi " terang Helmi.

" Contoh? " soal Seorang pelajar bernama Izzah.

" Contohnya tragedi 13 Mei. Semua tahu kan?"

" Tahu..... "

" Perbalahan kaum antara kaum Melayu dan Cina untuk berebutkan kuasa. Sampai ada pertempuran darah. Jadi dengan ada nya Sejarah, kita boleh elakkan peristiwa yang sama berbuah dua kali.." terang Helmi.

Semua pelajar mengangguk bagai burung belatuk.

"Siapa yang ada diari dekat rumah?" soal Helmi.

Amin mengangkat tangan.

"Woo... Amin ada diari!" ejek Shafiq.

"Shafiq! Tak boleh ke lelaki ada diary?" soal Helmi.

"Bukan tak boleh cuma tak gagah la" sokong Maulid.

"Boleh tak lelaki lipat baju?" soal Helmi. Teringat pula dekat Hilman yang selalu sangat dipaksa lipat baju oleh Hilna dan Halina

"Mestilah!"

"Jadi kenapa lelaki tak boleh ada diari?"

Mereka terdiam.

"Baiklah, Amin, kamu mula tulis diari dari umur berapa?" soal Helmi.

"7 tahun?" balas Amin.

"Itu boleh dikatakan sebagai bahan Sejarah"

Mereka tercengang tidak faham.

"Sejarah ini ialah masa lalu bukan? Tetapi Sejarah perlu adakan bukti ataupun rekod. Mana boleh kalau tak ada bukti."

"... Kalau macam itu cikgu pun boleh cakap cikgu pergi bulan minggu lepas. Jumpa alien. Percaya tak?"

Mereka ketawa.

"Tak...."

"Hah, diari ialah sumber bukti. Contoh 20 tahun dari sekarang. Negara Malaysia dah berubah. Jadi bandar yang sangat maju. Kereta terbang. Keretapi halimunan. Ada mesin masa. Manusia terbang. Diari boleh buktikan apa yang pernah berlaku pada zaman ini. Sebab itu diari sumber primer. Sumber asal.. " terang Helmi.

" Oh, Aku pun nak buat diari lah! " Maulid bersuara.

" Ah, aku pun! "

Helmi tersenyum.

" Mari kita sambung pembelajaran kita... "

--------------------------------------------------------------------
" ARI, akak nak pergi rumah kak Ton. Tolong jaga anak anak akak boleh? " pinta Halima.

Zarina mengangguk sambil tersenyum.

"Roger kak" Zarina memerhati Umar, Uzair, Uda, Una dan Ufa yang sedang bermain dengan Halina.

"Okay, I'll count on you."

"Yea, you can count on me, sis"

"Bye guys! Mama nak pergi rumah kawan! Jangan nakal nakal tau! Dengar cakap Mak Ngah dan Mak Su tau!" pesan Halima.

"Bye bye mama!!!"

Halima segera beredar.

Zarina hanya memerhati 5 zombie + 1 zombie baru dari jauh. Dia sedang duduk diatas buaian.

Tiba tiba sahaja dia terkenangkan papanya, Dato Azman. Apa khabar lah papanya itu? Sihat atau tidak? Walaupun Dato Azman sudah menghalau Zarina, Dato Azman masih papa Zarina. Masih ayah kandung Zarina.

"Mak Su! Tak aci! Main tipu!" marah Una kepada Halina.

"Eikk, mana ada!"

"Una yang tak reti main!" ejek Umar.

"Huaaa.... Semua jahat!" Una mula mahu menangis.

"Lina! Buat sesuatu!" laung Zarina.

"Hang lah buat!" balas Halina gelabah. Tidak tahu cara hendak pujuk Una.

Zarina berdecit sebentar. Alaa biasalah budak budak.

Telefon jenama Samsung dikeluarkan dari kocet seluar. Biar dia layan phone dulu. Mujur dia ada data.

Jarinya menekan nekan skrin phone itu. Dia tersenyum sebelum pergi kearah Una

"Una,tengok ni!" Zarina menunjukkan sesuatu kepada Una.

Serta merta Una berhenti menangis.

"Wow, comelnya!" ujar Uda lalu melihat skrin phone itu.

"Ufa pun nak!" Ufa segera menyelit mahu ada dia didalam skrin phone itu.

"Umar pun nak!!"

"Uzair pun!"

Bagai dubuk mengelilingi mangsa, mereka berebut rebut mahukan Telefon itu.

"Binatang apa tu?" soal Halina pelik.

Zarina tersengih.

"Application. Snap chat" jawab Zarina.

Halina membuat mulut bentuk 'O' sambil mengangguk. Patutlah diorang terhegeh hegeh nak phone itu.

"Hampa! Tengok ni!" Halina tidak mahu mengalah. Dia memegang kucing berbuli hitam putih.

"Wah!" Mereka berlari pula kearah Halina. Una memulangkan phone kepada Zarina.

"Kucing!"

"Apa nama dia, Mak Su?" soal Uda sambil membelai lembut bulu kucing itu.

"Tamtih!" jawab Halina.

Zarina tidak boleh berhenti senyum. Dia pelik la. Semua nama haiwan peliharaan Tok Mah semua pelik. Pak Man Tintong lah Tamtih lah.

Telefon Zarina berdering menandakan ada satu mesej masuk.

Zarina cepat cepat membelek phone nya.

Bulat mata dia melihat sesuatu yang terpancar pada skrin phone nya.

"Weyh, Lina. Aku masuk dalan dulu tau" pinta Zarina lalu masuk kedalam rumah setelah Halina mengangguk.

Kalut Zarina mendail nombor seseorang.

"Sha! Aku nak kau siasat pasal bende ni! Ah, nanti aku PM kau lah ngeng! Siasat cepat cepat then kau PM aku. Cepat sahkan bende ni betul ke tidak. Then aku nak kau gi rumah banglo tu. Tengok betul tak Benda tu. Okay, bye! Thank!"

Talian dimatikan. Zarina mengenggam telefonnya itu. Api amarah ditahan. Bergelora amarahnya. Dia merenung tajam. Entah siapa yang direnung pun tidak tahu.

" Noraini.. Que.. Apa yang korang tengah cuba buat? "
.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience