Tokyo, Japan
Seorang wanita berselendang pink muda sedang mengambil gambar pokok sakura. Bunga sakura yang luruh keatas tanah sangat cantik dimatanya.
Kemudian dia membelek-belek camera jenama Canon itu untuk melihat gambar yang diambil. Dia tersenyum lebar.
Lalu, dia duduk semula. Sketchbook di sebelahnya diambil dan diselak helaian demi helaian. Pensel 2B itu diambil lalu tangannya mula bergerak diatas kertas lukisan itu.
Disebabkan oleh bunga sakura, idea untuk rekaan baju mula timbul. Tersenyum-senyum dia sambil melukis gaun merah dengan pensel.
Angin bertiup kencang dengan nyamannya mampu membekalkan dia kesejukan yang tak terhingga. Maklum lah, sekarang sudah musim bunga. Baru sahaja tamat musim sejuk. Masakan tidak sejuk?
Lihat sahaja bunga-bunga yang sedang berkembang di taman itu. Masih ada litupan salji diatasnya bersama matahari diatasnya.
Ah, begitu indah rasa yang dirasakannya sekarang ini. Dia berasa tenang dan jiwanya seperti tenteram.
"Ryan, bun! Hayaku hashiranai! (Ryan, tunggu sebenar! Jangan lari laju sangat!)" teriak seorang wanita.
Zarina toleh kebelakang. Kelihatan seorang wanita berambut hitam pekat sedang termengah-mengah mengejar seseorang.
"Mummy! Mummy, mummy!!" jerit Aryan lalu memeluk erat tubuh ibunya yang sedang duduk.
Zarina tersenyum lebar. Dia mengusap belakang badan anaknya itu lembut.
"Anak mummy kenkona (sihat)?" soal Zarina sambil merenung mata hazelnut anak lelakinya.
Wajah comel itu tersenyum sambil mengangguk laju. Zarina turut mengukir senyuman.
"Watashi wa kenkodesu, mummy! (Saya sihat, mummy!) " balas Aryan ceria. Zarina mengusap perlahan rambut Aryan.
Dia memandang wanita yang sedang tercungap-cungap mengambil nafas. Zarina terus bangun.
"Anoo... Anata wa daijobudeska, Aira-san? (Errr... Adakah awak baik-baik sahaja, Aira?) " soal Zarina risau sambil memandang wajah manis itu.
Tengok sahaja wajah pucat Aira itu risau dia! Mana taknya? Aira terpaksa mengejar Aryan yang sangat aktif. Anak lelaki biasa lah buas.
Aira tersenyum mendengar kata-kata Zarina. Zarina sangat baik. Itu yang dia dapat simpulkan setelah berkawan baik dengan dia selama 3 tahun.
"Hai, hai... Daijubudesu. Shinpai suru hitsuyo wa arimasen, Medina-san.. (Ya, ya.. Saya baik-baik sahaja. Tidak perlu khuatir, Medina.)" balas Aira sambil tersenyum manis.
Zarina turut tersenyum walaupun kata-kata Aira agak memperli dia kerana terlalu risau dengan dia.
Mana tak risau? Sudah sejam Aira membawa Aryan berjalan-jalan disekeliling kawasan ini. Bukan Zarina tidak tahu, anak lelakinya itu sangat aktif dan lincah. Habis muka Aira dipenuhi dengan peluh-peluh.
"Mummy.. Mummy.... Ryan wa kufuku no hahadesu.. (Ryan lapar lah)" rengek Aryan manja sambil menarik-narik baju ibunya memandangkan ketinggiannya sangat rendah.
Zarina tersenyum lalu terus duduk untuk sama tinggi dengan Aryan.
"Speak in malay!" balas Zarina nakal sambil tersenyum sumbing.
Aryan memuncungkan mulutnya persis itik. Kebarangkalian tidak gemar bertutur dalam bahasa Melayu.
"Shitakunai! (Tak nak!)" ujar Aryan tegas sambil berpeluk tubuhnya. Pipinya dikembungkan acah merajuk.
Zarina mengulum senyum. Geli hati dia dengan tingkah Aryan yang mencuit hati itu.
Aira yang melihat perbualan mereka terus mencelah.
"Ryan hito ga Melayu de hanasunara, Ryan okasan hito no wa onigirimarugo o ryori suru! (Jika Ryan cakap dalam bahasa Melayu, ibu Ryan akan masak onigiri tuna untuk Ryan!)" ujar Aira bersungguh-sungguh cuba meyakinkan Aryan.
Bersinar mata Aryan tatkala mendengar perkataan 'onigiri'. Dia memandang wajah ibunya.
" So, mummy? (betulkah, mummy?) " soal Aryan sambil memandang Zarina dengan mata yang bersinar-sinar. Zarina tersenyum.
"Hai! (Ya!)"
"Mummy, Ryan apar... Ryan nak makan onigiri tuna... *lapar" rengek Aryan sambil tersengih manja. Walaupun agak pekat loghatnya tetapi Zarina tidak kisah.
Dia tersenyum gembira.
"Okay! Kita balik rumah ya?" ajak Zarina teruja.
"Ya mummy! Onigiri mummy masak sangat oishi! (sedap)" ujar Aryan ceria sambil membuat thumbs-up. Zarina dan Aira tersenyum geli hati melihat gelagat Aryan.
Sepanjang 3 tahun di Jepun, Zarina banyak menerapkan budaya Melayu dalam diri anak lelakinya, Aryan supaya tidak lupa akan asal usul.
" Jom balik rumah! Uchinikaero, Aira-san! (mari balik rumah, Aira!)" Zarina memegang tangan Aryan sambil memandang wajah Aira. Aira mengangguk sambil tersenyum.
"Ya! Isoide ikuo! (Mari cepat!)" Aira juga tersenyum lalu mereka beransur pulang ke rumah.
4 tahun telah berlalu sejak peristiwa Zarina Medina dihalau. Anaknya dilahirkan di Malaysia tetapi dibesarkan di Jepun.
Zarina ingin mencari ketenangan. Mengapa dia memilih Jepun? Kerana Jepun ialah tempat di mana papa dan mamanya bertemu dan jatuh cinta. Tempat di mana mamanya sering membawa dia ke Jepun ketika dia masih muda.
Dia mahu mencari ketenangan jiwa. Dia mahu move on. Dia mahu mengimbau kembali kenangan lama mamanya di sini.
Arjuna Aryan.
Itu nama anak lelakinya yang telah dilahirkan sejak 4 tahun yang lepas. Kini, anak lelakinya telah besar. Sudah boleh berjalan-jalan dan berbicara.
Arjuna Aryan ialah satu-satunya permata yang tidak ternilai dihidupnya. Permata yang tidak boleh diganti dengan wang.
Aryan ialah keutamaannya. Dia tidak akan meninggalkan Aryan. Dia akan menjaga Aryan. Aryan tidak ada bapa dan tidak pernah ada bapa.
Sakura Aira.
Seorang wanita berbangsa Melayu yang telah dibesarkan di Jepun. Syukur, Zarina terjumpa dengan Aira yang baik hati menumpang dia dan Aryan untuk menetap dirumahnya.
Jika semalam dia mimpi ngeri, hari ini dia telah sedar. Dia telah bangkit. Dia telah kuat dan tabah.
Zarina Medina yang dahulu bukan lagi yang sekarang.
"Oishi, mummy! (sedap)" teriak Aryan teruja lalu menyumbat satu lagi onigiri kedalam mulutnya.
Zarina merenung tajam wajah anak lelakinya itu ibarat panahan helang. Terus Aryan tersentak.
"Err... Sedap, mummy!" ujar Aryan sambil tersengih. Terlupa dia kena cakap dalam bahasa Melayu.
Zarina hanya menggelengkan kepalanya dengan tingkah Aryan. Dia memandang Aira yang telah duduk diatas kerusi.
"Tabete kudasai (Sila makan)" ujar Zarina kepada Aira. Aira mengangguk.
Disumbat onigiri itu kedalam mulutnya lalu dikunyahnya sehingga lumat lalu ditelan perlahan.
"Hrmm.. Oishi! Kono onigiri wa totemu oishidesu! Anata wa ryori o yoku shite imasu! (Sedap! Onigiri ini sangat sedap! Pandai awak masak!)" puji Aira sambil mengangkat keningnya nakal cuba mengusik Zarina. Tersenyum Zarina mendengar pujian daripada Aira.
"Hontoni? (Benarkah?)" soal Zarina sambil menjeling wajah cantik itu. Mana tahu kalau dia menipu. Sakura Aira bukannya boleh percaya sangat pun.
"Migi desuka! (Betul!)" balas Aryan dan Aira serentak.
Mereka terus ketawa bahagia.
______
"Aira-san.. Watashi ga fasshonsho no aidea o eru koto ga dekiru kagiri (Sebernanya, saya dah dapat idea untuk pertunjukan feshen itu!)" ujar Zarina teruja.
Setelah dia menidurkan Aryan yang susah hendak tidur, dia terus keluar dari bilik mahu berjumpa dengan Aira.
Besar mata Aira yang berwarna violet itu. Dari bersandar, terus dia duduk tegak. Dia menoleh memandang Zarina yang sedang tersenyum.
" Hontoni? (Benarkah?) " soal Aira tidak percaya. Zarina mencebik.
" Watashinokao wa shinjirarenai? (muka saya macam tak boleh percaya ke?)" cebik Zarina sambil berpeluk tubuh. Aira ketawa kecil. Sumpah, sebiji macam Aryan!
"Anata ga shinjiru yona kao? (muka macam awak kata boleh percaya?)" sinis Aira lebih kepada perlian mengejek sahaja. Sekadar mahu bergurau-senda.
Mencebik mulut Zarina mendengarnya.
"Komakai! (fine!)" Terangkat kening Aira. Aikkk... Merajuk ke ibu Aryan ni? Aira ketawa halus.
"Medina-san, tada jodandayo. Kokoro o ubawanaide kudasai. (Medina, saya cuma bergurau sahaja. Jangan ambil hati)" ujar Aira sambil mengukir senyuman. Zarina kulum senyuman.
"Watashi mo jodan o itte iru! (Saya juga bergurau)" Zarina tersenyum sinis. Aira membuat rolling-eyes. Cis! Terkena juga aku!
"Dezain wa dokodesu ka? (mana rekaan itu?)" soal Aira malas. Menyampah dengan Zarina yang suka mengusik, baik dia minta rekaan itu.
Terus bertukar air muka Zarina. Dia membuka beg nya lalu dia membawa keluar sebuah sketchbook.
"Sore o toru (ambil lah)" Sketchbook dihulurkan kepada Aira. Aira mengambilnya. Dia membelek-belek setiap helaian muka surat.
"Kore wa soredesu? (yang inikah?)" soal Aira sambil menunjukkan helaian muka surat yang dilukis gambar gaun.
Zarina mengangguk. Terlopong mulut Aira.
"Sugoi! Kore wa subarashidesu! (Hebat! Ini sangat hebat!)" Aira menjerit kecil sambil bibirnya tersenyum lebar memandang Zarina.
"Hontoni? (Benarkah?)" Aira mengangguk laju.
"We could use duchesse satin, organza and embroider to do this dress! And a bit of deco!" teriak Aira teruja.
"And we can design with tulle, beads or flowery things!" sambung Zarina teruja.
"Okay, watashitachi wa sore o okonau koyo ga dekimasu! (kita boleh buat!)" ujar Aira.
"Hai! (Ya!) " Zarina membalas.
"Idea awak sangat bagus, Medina." puji Aira dalam loghat Melayu. Zarina tersenyum.
"Arigato! Terima kasih!" balas Zarina dengan senyuman di bibir. Lega apabila mendapat pujian daripada Aira.
"Watashi wa Sakura Medina butikku ga seiko suru to kakushin shite imasu (Saya sangat pasti Butik Sakura Medina akan berjaya!)" ujar Aira yakin. Zarina mengangguk.
Ya, dia dan Aira mempunyai butik Sakura Medina. Bisnes mereka berjalan lancar di Jepun. Butik itu mendapat sambutan ramai daripada pelbagai pihak.
Setelah perbincangan ringkas mengenai Butik Sakura Medina pada waktu malam telah berakhir, mereka terus mengakhiri perbincangan.
"I think we can do this" ujar Zarina tenang. Aira mengangguk sambil tersenyum.
"Hai! (Ya!)"
Zarina menyimpan sketchbook kedalam beg nya semula. Dia memandang Aira.
"Watashi wa anata ga Ryan ni ikanakereba naranai to omou (Saya rasa awak kena pergi ke Ryan cepat)" ujar Aira sambil memandang jam dinding.
Selalunya, Zarina akan tidur bersama dengan Aryan, anaknya. Malah setiap tahun dan hari dia akan tidur dengan Aryan.
Zarina mengangguk.
" Hai... (Ya..) "
"Oyasuminasai, Medina-san. (Selamat malam, Medina) " ucap Aira sambil mengukir senyuman.
"Oyasuminasai, Aira-san. (Selamat malam, Aira)" balas Zarina sambil tersenyum manis.
Zarina memandang Aira yang berlalu masuk kedalam biliknya. Perlahan-lahan dia mengorak langkah masuk kedalam bilik tidurnya.
Aryan yang kelihatan sedang tidur diatas katil dihampiri. Dia turut baring bersebelahan dengan Aryan.
Dia memandang segenap wajah kanak-kanak itu. Wajahnya persis Helmi. Wajahnya mirip Helmi.
Adakah dia rindu dengan lelaki itu?
Adakah dia masih mencintai lelaki itu?
Lelaki yang telah menghancuri hatinya.
Lelaki yang telah mengkhianati cinta dia.
Dia menggigit bibir bawah menahan esakan. Dia menahan sebak. Air matanya menitis. Sedaya upaya dia cuba tahan daripada mengejut anak lelakinya itu daripada tidur.
"Mummy angis ke? *mummy nangis ke?" soal Aryan yang bangun daripada tidur. Dia menggosok matanya.
Tersentak Zarina. Dia mengesat air matanya cepat-cepat. Tidak mahu Aryan melihat dia menangis.
"Mummy kacau Ryan tidur ke?" soal Zarina serba salah. Aryan menggeleng.
"Mummy angis sebab daddy ke?" soal Aryan. Zarina mengetap bibir. Ya Allah.. Luluh hatinya apabila anaknya menyebut perihal ayah.
Zarina menggelengkan kepalanya.
"Tak dek lah sayang.. Mummy tak menangis pun.." Zarina tersenyum.
"Mummy.. Jangan lah angis.. Ryan tak shuka mummy angis... Ryan tak shuka tengok mummy angis.. .." Aryan bersuara tegas. Tersentuh hati Zarina mendengar kata-kata anak lelakinya itu.
"Ya, sayang. Mummy tak nangis pun.." Bersungguh-sungguh Zarina cuba meyakinkan anak lelakinya itu.
"Ye ke?"
"Iye!"
"Mummy, Ryan shayang mummy. Ryan tak kisah kalau tak ada daddy sebab Ryan ada mummy! *sayang" Sejurus itu, tubuh Zarina dipeluk.
Zarina terkedu. Dia tersentak mendengar kata-kata Aryan. Hatinya dipagut rasa sayu. Matanya sudah berkaca-kaca.
"Mummy pun sayang Ryan..." Zarina membalas pelukan anaknya itu.
"Mummy.. Ryan nak mummy nyanyi lagu Arjuna boleh?" pinta Aryan manja sambil membesarkan matanya agar kelihatan comel seperti Puss In Boot.
Zarina tersenyum nipis lalu mengangguk. Kepala Aryan diletakkan diatas bantal. Dahi anaknya itu dikucup penuh ihsan. Rambut Aryan dibelai penuh kasih. Selimut ditarik.
" Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur
Nyamanlah Arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa
Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul, anakanda,
Tak jelas mata
Ambil yang sarat duri
Hiduplah Arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela
Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu, anakanda
Hiduplah Arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela
Nyamanlah Arjuna beta
Mimpikan yang indah sahaja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa... "
Rambut Aryan dibelai dengan penuh kasih. Wajah comel itu direnung tanpa jemu.
Tanpa sedar air matanya bergenang. Dahi Aryan dikucup lama menandakan dia begitu sayang akan Arjuna Aryan.
" Mummy sayang Ryan.."
Share this novel