"TU Atia kan?" bisik seseorang di telinga kawannya. Bisik? Rasa macam jerit lah sebab kuat sangat sampai Atia pun boleh dengar.
"Hah? Perampas tu ka??" balas kawannya sambil memandang Atia yang berada tidak jauh dari mereka.
Atia mengetap bibirnya. Panas sungguh hatinya apabila mendengar bisikan syaitan orang kampung!
"Sian bini Helmi. Bini Helmi kena jaga-jaga lah pasai Atia pulun nak rampas Helmi!"
Wah! Semakin panas hati Atia! Siapa rampas siapa ni?
"Eh, Nab. Hang pon kena jaga-jaga. Takut si Atia tu rampas laki hang!" Kawannya ketawa mengilai.
"Ha, tu lah! Pompuan macam tu memang patut pun Helmi tinggai!!" Tawa mereka bersatu.
Berdesing telinga Atia. Ikutkan sekarang, mahu sahaja dia tolak tubuh dua orang itu masuk dalam sawah. Geram!
Benar kata ayahnya. Gosip yang mengatakan dia seorang perampas di kampung sedang berleluasa.
Dia tak boleh biarkan hal ini berterusan terjadi! Dia tak salah! Dia tak layak digelar perampas! Ari yang layak digelar perampas, bukan dia!
Dia kena jumpa Am!
________________________________________
"KAU dah berubah?" soal Aish tidak percaya. Matanya digosok banyak kali. Tidak percaya dengan apa yang dia lihat.
Rayyan ketawa halus. Ketara sangat kah perubahan dia?
"Kau nampak aku pakai kemeja kau rasa aku berubah tak?" soal Rayyan kembali serta senyuman dibibir. Tangannya sedang mendukung Ifti.
Aish mencebir. Tak payah ah nak buat loyar buruk! Aku tanya je!
"Baguslah..... Iris pun mesti suka tengok kau berubah" ujar Aish perlahan dalam nada yang mendatar.
Memang Rayyan sudah berubah. Jauh sangat perubahan itu. Dulu, wajah Rayyan langsung tidak mampu senyum. Rambut juga dibiarkan kusut. Hidup pun asyik terperap didalam bilik.
Rayyan sekarang pula sangat berbeza! Pakaian kemeja dan coat menunjukkan kalibernya sebagai CEO SILVIA R! Rambut disikat rapi. Jauh berbeza dan Aish lebih suka Rayyan yang sekarang.
Rayyan tersenyum kelat.
"Aku cuba, Aish. Aku cuba untuk jadi ayah yang terbaik untuk Ifti dan Iriz..." ujar Rayyan sambil mata memandang wajah Iriz yang berada di gendongan Syafiera. Dia tersenyum nipis.
Ifti dan Iriz. Ah, anugerah terindah didalam hidupnya. Dia akan jaga anugerah itu kerana mereka amanah Iris.
" Kau tak nak cari pengganti? " soal Syafiera yang sedang menyusukan Iriz.
Raut wajah Rayyan bertukar tegang. Senyumannya mati. Pengganti? Pengganti isterinya? Tidak mungkin. Tak akan pernah berlaku.
Rayyan menggeleng lemah.
"Iris tidak boleh diganti. Dia orang terakhir yang aku cinta." Tegas dan dingin sahaja intonasi Rayyan.
Syafiera mengeluh.
"Dah tu tak kan Ifti dan Iriz akan membesar tanpa seorang mama? They need mother. Lagipun, kau tak mampu jaga diorang alone." ujar Syafiera.
"Korang ada" Selamba sahaja jawapan yang keluar dari mulut Rayyan.
Mencerlung mata Aish. Amboi! Dah lebih mamat ni!
"Kau pikir kitorang babysitter ke? Baik aku dan Fiera jadikan Ifti dan Iriz je jadi anak angkat kitorang" Jawapan selamba Rayyan dibalas dengan sinisan Aish.
Seriously bro? Siapa papa sebenar Ifti dan Iriz ah?
Rayyan mengeluh malas. Dia meraup rambutnya hingga menjadi sedikit serabai. Tali leher dilonggarkan.
"Aku.... Tak bersedia lagi..." Jawapan cliché diberi.
Aish mendengus kasar.
"Sampai bila Rayyan? Sampai Ifti dan Iriz dah sekolah?" sinis Aish.
"Aish... Fiera, aku baru je dapat terima kematian Iris. Korang expect aku dapat cari pengganti untuk Ifti dan Iriz? Not that fast, Aish Qayyum. Not that fast... " ujar Rayyan membantah cadangan untuk mencari pengganti Iris.
Iris Qairina tidak boleh diganti. Isterinya tidak akan diganti.
"Tapi...." Baru sahaja Aish ingin membalas, isterinya, Syafiera meletakkan tangannya pada bahu Aish. Tanda suruh diam.
"Abang, kita kena bagi Rayyan masa." Aish mengeluh mendengar kata-kata isterinya.
Syafiera memandang Rayyan.
"Kitorang tak kan paksa kau, Rayyan. But please. As soon as possible find a mother for them. They need mother"
Rayyan merengus. Perlahan-lahan kepalanya mengangguk lemah.
Cari pengganti Iris? Tidak pernah terlintas untuk mencari isteri.
Wajah Ifti yang berada dipangkuannya dan wajah Iriz dipangkuan Syafiera dipandang.
'Ifti... Iriz... Maafkan papa!'
________________________________________
"TINGGALKAN Ari cepat"
Helmi tersentak. Kata-kata Atia awalnya dianggap sekadar bercanda. Tetapi, bila dah ulang balik dengan intonasi dan raut wajah yang tegang, terus Helmi tersentak.
Tinggalkan Ari? Ya, dia sudah lupa rahsia perkahwinan mereka. Apa sebab dia berkahwin dengan Ari juga dia sudah lupa.
"Kenapa ni Tia?" soal Helmi lembut. Mungkin ada sesuatu yang menganggu pemikiran gadis itu.
Wajah tegang dan masam mencuka Atia dipandang dengan renungan yang redup.
Dia ingatkan Atia menelefon dia berjumpa di tempat biasa untuk berbincang mengenai benda penting. Tetapi isu Zarina pula yang dipersoalkan.
Atia mendengus. Apa abang Am sudah lupa ke tujuan abang Am berkahwin dengan dia?!? Sanubarinya menjerit geram.
"What? Memang betul kan abang Am akan tinggalkan Ari?" soal Atia selamba tanpa nada.
Helmi senyap. Benar. Dia dan Ari akan berpisah lagi 2 bulan. Ya, dia mahu tinggalkan Ari tetapi mengapa hatinya menjawab lain.
"Mestilah. Tia sabar ya. Lagi 2 bulan je.." Helmi cuba menenangkan Atia.
Atia mendengus kasar. 2 bulan? 2 bulan tu lama macam 2 tahun lah!
"Tia tak larat nak tunggu lagi lah abang Am...." Bergetar sahaja Atia bersuara. Ada nada sendu pada hujung ayat cuba menahan sedih.
Dia menundukkan wajahnya. Setitik demi setitik mutiara jernih mengalir di pipi turun ketanah. Dia menggenggam erat kedua-dua belah tangannya.
Helmi tersentak apabila perasan air mata Atia turun. Serentak itu hatinya dihurungi rasa bersalah.
"Tia, jangan menangis..." pujuknya. Tetapi makin laju lah air mata itu menitis.
Helmi garu kepalanya yang tidak gatal. Pertama kali dalam sejarah, Atia menunjukkan sisi yang belum pernah dia lihat.
Sisi mendesak yang Helmi langsung tidak tahu.
Ya, Atia seperti mendesak dia untuk tinggalkan Zarina cepat-cepat.
Dia boleh sahaja mahu tinggalkan Zarina tapi entah mengapa hatinya bersuara lain menentang hasratnya.
Ada suatu perasaan aneh yang sukar digambarkan sedang tumbuh dihatinya. Ah, perasaan apakah ini?!
"Tia, abang Am janji. 2 bulan dah habis, abang Am akan ceraikan Tia" ujar Helmi lalu memandang Atia.
Atia mengangkat wajahnya tatkala mendengar kata-kata Helmi. Wajahnya basah dengan air mata.
"Betul?" soalnya serius seakan berjanji.
Helmi mengangguk laju.
"Buat apa nak tipu pula?"
Senyuman lega dan lebar terukir pada wajahnya Dia mengesat air mata yang menodai pipinya itu.
"Abang jangan cintakan Ari tau!" Atia bersuara serius.
Helmi sekali lagi tersentak. Jangan cintakan Ari? Dia tak boleh janji kerana hatinya aneh.
"Errr... Ya...." Walaupun bukan dari hati, dia membalas untuk menghilangkan rasa gundah di hati Atia.
Dia cinta Atia?
Ya, mestilah. Atia cinta pertama dia.
Dia benci Ari?
Nak kata benci tu memang tak lah.
Dia cinta Ari?
Dia sayang Ari?
Entahlah. Sayang itu mungkin tapi cinta itu tak. Ye ke tak cinta?
Mungkin ego yang menafikan rasa cinta. Tapi diri sendiri tak boleh hendak menidakkan rasa cinta.
Urghhh.... Cinta itu rumit. Ke kau yang jadikannya complicated, Am?
Atia menguntum senyuman lebar.
"Tia sayaaang abang Am!!"
Helmi tersenyum kelat.
"Abang Am lagi sayang Tia!" Kata-kata itu tidak lahir dari hati. Hanya sekadar kata-kata.
Kalau dulu, dia boleh cair dengan kata-kata cinta Atia. Tetapi sekarang, hatinya terasa kosong bagai tin kosong di tepi jalan. Hatinya sudah tidak berlagu dangdut apabila kata-kata cinta diungkap.
Apa yang tak kena dengan hatinya? Kenapa dengan hatinya ini?
Tanpa sedar, ada mata yang sedang memandang dua pasangan itu dengan penuh rasa benci.
"Tak guna hang, Am!!!"
Share this novel