Bab 24

Romance Series 186474

ATIA menutup pintu rumah kayu itu rapat. Kembang kuncup kembang kuncup aje hatinya apabila dapat meluangkan masa bersama Helmi Ikram.

Rasa bahagia mula berbunga mekar dan segar apabila dapat berbicara dengan buah hati yang amat dirinduinya itu. Terkenangkan adegan mereka, membuatkan Atia malu bahagia.

Tanpa disedarinya, bibir kecil itu mengulum senyuman panjang yang tampak bahagia.

"Tia pi mana tadi?" Satu suara garau yang serak kedengaran menyoal. Atia tersentak. Perlahan lahan dia toleh.

"Pi pusing pusing satu kampung." balas Atia sambil memandang ayahnya yang sedang duduk diatas sofa.

"Dengan sapa Tia pi?" soal Pak Hussein yang sedang membelek belek surat khabar.

Bergerak gerak rahang Atia mahu menjawab.

Ayahnya terkenal dengan sikap garang dan tegas. Memandangkan dia seorang bekas guru disiplin, tidak hairan lah dengan ketegasannya dalam mendidik anak anak.

"Am....." jawab Atia memberanikan diri. Bagi dia, tiada lagi yang perlu disorokkan. Dia dan Am masih menjalinkan hubungan!

Terhenti tindak tanduk Pak Hussein mendengar nama itu. Dia mendongak memandang satu satu anak perempuannya..

"Helmi?" soal Pak Hussein cuba memastikan kesahihan kebenaran.

Atia mengangguk mengiakan.

"Tia, hang sedaq tak apa yang hang dok buat ni??" Suara Pak Hussein mula meninggi. Dia merenung tajam wajah Atia Melur.

Atia tersentak mendengar jerkahan Pak Hussein. Dia bersuara dengan wajah yang tidak bersalah.

"Mestilah Tia sedaq. Tia cuma jalan jalan ngan Am ja. Tak salah pon kan pak?" balas Atia selamba dengan nada yang bersahaja.

"Hang kata tak salah? Yang salah tu hang keluaq dengan suami orang. Hang tak malu ka?" marah Pak Hussein seraya bangun. Dia sempat memegang pada tiang untuk berdiri.

Atia mendengus.

"Bini Am bagi lah izin untuk kami berjumpa." balas Atia dengan wajah jerk nya.

"Oh, bini dia bagi?" soal Pak Hussein.

Atia mengangguk laju.

"Tapi Allah tu bagi izin ka?" sinis Pak Hussein.

Atia senyap. Tersentap lah tu!

"Tapi..... Zarina yang kacau kami! Dia yang rampas Am dari Tia! Kalau dak, mesti kami dah bersama!" Atia masih lagi ingin mempertahankan cintanya bersama Helmi.

Pak Hussein mengeluh. Anaknya sudah tersasar jauh dari jalan yang benar. Apa sudah pupus ke semua lelaki bujang di kampung ini sehingga Atia sanggup menunggu Helmi?

Atif Malik yang sedari tadi memerhati ayahnya, Pak Hussein dan adiknya, Atia Melur terus mencelah.

"Pak, pak masuk dalam dulu lah. Biaq Tif ja yang cakap ngan Tia." ujar Atif lalu berjalan kearah Atia.

Pak Hussein mengangguk lemah mendengar kata kata anak sulung nya lalu melangkah masuk kedalam bilik.

Atif memandang adiknya yang wajah masam mencuka.

" Siapa nama bini Am? " tanya Atif.

" Hmph! Zarina Medina...." jawab Atia acuh tak acuh.

Atif mengangguk. Hrmm... Sedap nama!

"Tia habaq kata Zarina kacau hampa kan?"

Atia mengangguk.

"Tapi hampa waktu tu tak berkahwin lagi pon..." ujar Atif selamba.

"Jadi?" cebik Atia.

Atif berdecit sebentar sebelum menyambung.

"Jadi, tak berdosa pon. Jadi dia tak layak digelar 'perampas'."

Atia terdiam mendengar kata kata abangnya. Terasa ada terselitnya kebenaran didalam kata kata yang diungkap abangnya.

Atif menggunakan peluang untuk mengambil kesempatan. Dia memegang bahu Atia supaya Atia bertentang mata dengannya.

" Cinta yang Tia kejaq tak akan dapat melainkan ketentuanNYA sebab jodoh Am dan Zarina sudah tertulis di Luf Mahfuz.. " ucap Atif panjang lebar.

" Move on lah dik.. " sambung Atif lagi.

Tidak semena mena tangan Atif ditepis kasar membuatkan lelaki itu sedikit terdorong kebelakang. Atif tersentak.

" Tak nak! Tia cinta kan Am! Kami dah berjanji akan bersama! " bentak Atia kasar.

Atif terkedu melihat tingkah Atia.

"Am akan ceraikan bini dia! Am akan ceraikan Zarina! Jadi, stop lah bang!" teriak Atia bengang.

"Tia awat kurang ajaq sangat ni???" soal Atif tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Atia mengeluh.

"Tia nak pi bersiap pi kenduri." Atia terus berlalu pergi.

Atif tergamam lagi.

Kemanakah perginya Atia Melur yang lemah lembut? Yang naif dan polos?

3 tahun dia menetap di luar negara.. Tidak dia sangka adiknya berubah kerana apa yang digelar cinta.

Kedua dua belah tangannya dikepal. Digenggam erat. Kerana apa yang dinamakan 'cinta' membuatkan Atia Melur berubah mendadak.

Aku kena jumpa bini Am! Hati Atif bermonolog tekad.

--------------------------------------------------------------------
ZARINA menilik baju kurung bercorak dan berwarna peach pink. Cantik dan penuh dengan ciri ciri Kemelayuan!

Dipandang pula wajahnya pada cermin. Lip glos yang berada diatas meja solek diambul lalu dicalit pada bibirnya yang mulus. Sun block dipicit lalu disapu lembut pada muka.

Helmi yang sedari tadi bersandar pada pintu memerhati gelagat isterinya. Sungguh mencuit hatinya!

Zarina tersenyum sendiri memandang wajahnya. Okay cun! Dia bangun lalu toleh untuk keluar dari bilik.

"Oh mak kau!" latah Zarina. Besar mata dia melihat Helmi yang tiba tiba muncul pada ruang pintu.

Helmi tersentak apabila Zarina sudah perasan akan kewujudan dia didalam bilik itu.

"Bila kau ada dekat situ?" soal Zarina acuh tak acuh dengan suaranya yang mendatar.

Sungguh dia agak terasa hati apabila melihat Helmi dan Atia bersama pada pagi tadi. Isteri mana yang tidak terasa hati?

Benar lah kata orang orang tua. Jangan terlalu membenci, nanti itu yang akan terjatuh hati.

Melihat saja senyuman manis dan lebar Helmi pada Atia sungguh meretakkan hatinya. Membawa sejuta pilu kedalam hatinya.

Tetapi dia harus kuat. Siapa dia mahu mencintai Helmi Ikram? Dia cuma menyewa Helmi sahaja. Jadi dia harus ketepikan bunga cinta itu.

"Baru ja tadi..." jawab Helmi sambil mata tidak lepas memandang Zarina.

Zarina sangat anggun dengan memakai baju kurung. Baju yang berwarna merah jambu lembut itu sangat sesuai dengan kulit Zarina yang cerah. Berserta dengan rambut panjangnya yang dibiarkan lepas.

Zarina tidak sedap hati apabila sepasang mata milik Helmi asyik merenung aje dia dari tadi. Pergilah dekat Atia!!!!

"Errr... Kenduri start pukul berapa ya?" tanya Zarina gagap. Sedaya upaya cuba membuat mata Helmi itu beralih dari melihat wajahnya

"11...." jawab Helmi sambil memandang wajah Zarina dengan pandangan yang lembut dan redup itu..

Bagai ada sesuatu yang ada pada Zarina hingga membuatkan matanya tidak mahu melepaskan tatapan.

Zarina mula rasa resah. Kenapa asyik pandang muka aku ja? Pandang lah muka kau sendiri!

"Kenduri ni cik Nab kan yang kahwin??" soal Zarina lagi. Dalam harapan, moga moga Helmi akan tersedar.

Tanpa menjawab pertanyaan Zarina, Helmi melangkah menghampiri Zarina perlahan lahan.

Zarina terkedu. Dia terpaksa berundur setapak demi setapak kebelakang. Tidak sedar dia, badan dia sudah sampai ke dinding membuatkan dia tidak boleh lari lagi

"Errrr... Helmi....?" soal Zarina yang sudah bersandar pada dinding. Risau dia melihat Helmi yang macam orang luar kewarasan!

Kini, bibir Helmi sudah menjelajah bibir mulus Zarina. Zarina terkedu dengan tindakan Helmi.

Zarina dengan tidak rela terpaksa membiarkan Helmi mencium bibirnya.

Zarina mula sedar akan suatu perkara.

Ciuman itu penuh dengan ghairah dan sama dengan ciuman selalu. Tetapi, ciuman yang penuh dengan nafsu. Tanpa cinta.

Tetapi dia juga manusia biasa yang penuh dengan nafsu. Dia tenggelam kedalam kucupan yang sungguh ghairah.

Bibir tebal Helmi beralih pada leher jinjang Zarina. Dia mencium dan menjilat leher mulus itu rakus.

Zarina mendesah sedikit. Dia menggigit bibir bawah berharap semoga Helmi tidak akan meninggalkan love bite.

Sasaran Helmi beralih pula pada bibir seski milik Zarina. Dikucup dan dijilat bibir itu rakus.

Kucupan demi kucupan berbalas. Bersama dengan kehangatan nafsu yang bergelora.

Zarina bagai tersedar dari mimpi. Dia menolak badan sasa itu jauh daripadanya. Dia mengesat bibirnya yang penuh dengan air liur menggunakan tangan. Cepat cepat dia berlari keluar dari bilik itu.

Helmi meraup rambutnya yang kasar. Entah mengapa dia tidak dapat mengawal nafsu dia. Kalau Zarina tidak menghentikan semua ini, agak agaknya kenduri Cik Nab pasti mereka tidak akan pergi.

Zarina pergi ke luar bilik. Dia memegang dadanya. Jantungnya berdegup kencang.

Dia hairan. Dia pelik.

Baru pagi tadi Helmi berjumpa dengan Atia. Lepas itu dia buat seperti tiada apa yang berlaku.

Dia cinta Atia tetapi mengapa dia berbuat sebegitu denganku?

Apa dia ingatku patung boneka? Sudah habis main, lepas itu buang macam sampah.

Air mata Zarina menitis.

Jadi apa makna simbol kami berbuat sebegitu rupa semalam? Aku siapa pada kau, Am?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience