"LAMBATNYA!" ujar Zarina jelik sambil menjeling Misha Dayana yang berada didepannya. Dia memeluk tubuhnya sendiri.
Misha tersengih. Salah dia juga kerana lambat. Zarina suruh dia menghantar katil pada minggu lepas dia pula baru nak hantar sekarang.
"Alaa.. Sesat lah, boss. Location yang boss hantar tu susah nak cari lah. Sorry!" ucap Misha sambil menggaru kepalanya yang berbalut tudung. Mata dikerdipkan banyak kali agar kelihatan comel.
Kau ni pun satu, Misha. Dah terang lagi bersuluh kau punya boss itu tak suka orang lambat dan lewat macam siput sedut. Kau boleh pula lakonkan aksi siput sedut versi manusia memang kena potong gaji lah jawabnya!
Kawasan perkampungan Kedah ini jalannya agak sempit sehingga lori pula boleh masuk sipi sipi aje. Tersilap langkah boleh jatuh masuk dalam sawah! Satu hal pula. Package tambahan batu batu kecil membuatkan lori itu terhinjut hinjut. Dapat gak rasa naik roller coaster yang edisi darat punya!
Tetapi memang gila lah Zarina. Dia datang dari KL berhijrah ke negeri Utara semata mata untuk menghantar katil? Cis! Pekerja Lazada pun boleh buat! Sudah lah dia masih kebas lagi pandu kereta sorang sorang tanpa teman. Boss pula boleh kutuk dia lagi bukannya bagi pujian free.
Zarina mencebik. Alasan! Zarina memang cukup pantang dengan orang yang lambat dan tak punctual. Si Misha Dayana ini 180° berlainan daripada peraturan Zarina. Iyelah Misha ini memang tak punctual. Tetapi dia juga ada kelebihan sendiri yang membuatkan dia kekal menjadi PA ekspres.
Dia pandang pula jejaka jejaka yang sedang mengangkat katil bersaiz Queen keluar dari lori.
'Hrmm.... Not bad..' gumam hati Zarina tatkala melihat katil queen itu sangat cantik.
Dari jauh sahaja boleh nampak katil itu kelihatan empuk. Penghadang katil pula boleh dilihat dari jauh dek sinaran matahari yang menyinari. Berlian itu bersinar menghiasi penghadang katil itu.
" Letak mana ni? " soal salah seorang jejaka.
" Letak dalam bilik. " arah Zarina sambil menunjukkan kearah bilik.
"Ni bilik dia" Zarina menjuihkan mulut kearah bilik Helmi.
Agak susah untuk mereka berjalan didalam rumah kayu yang agak sempit. Hampir hampir aje terkena lampu yang digantung diatas atap. Mujur mereka mampu imbangkan katil itu.
Nak masukkan kedalam bilik pun satu hal juga. Kecil sangat ruang pintu bilik Helmi.
"Boleh ke?" soal Zarina khuatir. Iye lah lihat daripada ekoran mata dia, macam tak muat aje.
"Boleh.. Boleh.." Lelaki seramai 4 orang itu mengangkat katil saiz queen itu.
Akhirnya, mereka berjaya meletakkan katil bersaiz queen dalam bilik Helmi.
"Kami minta diri dulu ye.." Mereka terus beredar keluar daripada rumah.
Misha menyeluk beg sandangnya lalu memberikan sesuatu kepada Zarina.
"Nah boss. Data yang boss suruh saya beli"
"Ouh, thank you." ucap Zarina sambil mengukir senyuman meleret. Diambilnya data itu.
"Boss tak nak pergi test katil tu ke?" soal Misha kepada Zarina.
"Nanti nanti je lah.." jawab Zarina malas.
"Dijamin 100% empuk dan mampu menampung beban sebab ada spring yang berkualiti tinggi. Confirm tak kan patah terbelah dua!" seloroh Misha sambil disusuli ketawa kecil pada hujung ayat.
Terus Zarina terbatuk kecil mendengar ayat hujung Misha .
"Uhukk! Uhukk!" Teringat pula katil lama yang terbelah dua. Kedengaran seolah olah Misha cuba menyindir dia walaupun Misha tidak tahu menahu tentang kejadian katil terbelah dua. Kalau tak, habis jatuh saham lah dia!
"Kenapa boss?" soal Misha sambil membesarkan mata.
Laju Zarina menggeleng.
"Aku okay. Errr.. Pasal Querina dengan Noraini macam mana? Diorang ada bertindak apa apa ke?" Zarina cuba mengubah topik. Raut wajah Zarina kembali serius.
"Diorang belum bertindak apa apa lagi, boss. Entah lah boss.. Cuma saya rasa pelik lah.." Kata kata Misha terhenti seketika.
Dahi Zarina berkerut.
"Pelik? Pelik macam mana tu?" soal Zarina hairan.
"Err.. Macam mana nak cakap ya? Maid Dato Azman kata Dato macam selalu lupa dan selalu sangat tidur sampai company terabai. Querina dan Datin pula macam tak buat apa apa." balas Misha bersungguh sungguh.
Kening Zarina terangkat. Dahinya berlapis.
"Contoh?"
"Macam ini, Dato selalu tak pergi company dan banyak terperap dalam rumah. Bila saya tanya maid kat situ, diorang cakap Dato selalu tidur lama. Makan pun kadang lupa dia dah makan. Datin dan Querina pula buat endah tidak endah aje dengan Dato" terang Misha panjang lebar.
"Symptom Dementia dan Alzheimer?" ujar Zarina terkejut. Papa tak sihat ke?
Misha menjongketkan kedua dua bahu tanda tidak tahu. Dia memandang Puan Bossnya yang serius aje wajah dia.
Zarina berfikir dalam dalam sambil tangan diletakkan pada dagu. Berkerut kerut dahi Zarina berfikirkan sesuatu. Ada banyak kemusykilan dalam hal ini.
Pertama, lupa? Lelaki berpangkat dato berumur separuh abad itu selalu lupa?. Mana ada. Walaupun berumur separuh abad, lelaki itu selalu amalkan kismis. Jadi dia tidak mudah lupa. Lelaki itu sihat lagi.
Yang pelik lagi, Dato Azman selalu tidur lama? Itu memang sesuatu yang paling mustahil mengikut pandangan Zarina. Disebabkan urusan Wisma yang bertimbun timbun, dia jarang tidur apatah lagi tidur lama.
Satu lagi, si Noraini dan Querina tidak berbuat apa apa pun? Tak hantar ke hospital ke tak rawat ke? Dasar anak setan!
Kalau mengikut semua prasangka ni, pasti Noraini dan Querina ada rancang sesuatu dan buat sesuatu dekat Dato Azman. Itu yang Zarina Medina dapat simpulkan.
"Okay. Aku nak kau perhati lagi dua anak setan tu lama lama. Nanti kau suruh PA Dato buat pemeriksaan kesihatan kat Dato. Kalau dua ekor tu bertindak sesuatu, kau PM PM aku je lah ye. Kalau aku tak reply, kita ke plan B. Okay?"
Terangguk angguk Misha bagai burung belatuk. Dia mencatatkan segala pesanan lebih kepada arahan didalam note book. Sebagai seorang PA kepada Zarina Medina aka Monster, mesti lah buat persediaan.
Tetapi memang kelakar lah bossnya itu memanggil Datin dan Querina sebagai anak setan. Memang ketika dia memberikan 'misi' kepada Misha, dia akan melabel mereka sebagai anak setan.
Padan pun! Sama sama jahat! Sama sama gila harta!
"Anything boss ?" soal Misha sambil mengangkat kepala. Pen yang sedang menari nari di note book diangkat sekejap.
"Siapa yang handle Wisma sekarang?" soalan berganti soalan. Soalan ini memang penting! Kalau keadaan ini berterusan tanpa CEO, boleh lingkuplah Wisma Holdings gayanya!
Jika Dato Azman masih berkelakuan sebegitu, pasti Wisma Holdings akan bankrup. Zarina tidak mahu hal begitu terjadi. Pewaris Wisma perlu ada untuk menggantikan Dato Azman! Itu adalah satu satu cara!
"For now, PA Dato Azman, Mifzal yang tolong handle sikit. Handle pun macam cancel meeting, cancel appointment, cancel projek.." jawab Misha sambil pen ditampar tampar pada dagu lembut.
Zarina mengeluh perlahan sebelum mengurut lehernya.
"Ah, boss! Mifzal tanya kena cancel ke projek dengan company Ideal One?" soal Misha baru teringat soalan Mifzal yang suruh diajukan kepada Zarina Medina selaku, anak kandung Dato Azman.
Besar mata Zarina mendengar soalan Misha.
"Ideal One? Kita akan rugi berjuta juta ringgit kalau cancel!" keluh Zarina. Siapa tidak kenal dengan Ideal One? Syarikat ternama itu. Memang rugi kalau cancel macam itu je.
Terlopong mulut Misha dibuatnya mendengar perkataan 'berjuta juta'. Sampai macam tu sekali?
" So, boss. Nak buat macam mana? " soal Misha ragu ragu sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Zarina mengeluh berat. Kenapa semua ini harus terjadi selepas dia berada di negeri Kedah? Selepas dia keluar dari rumah?
"Kita delay dulu tak boleh ke?" cadang Zarina walhal dia mengetahui CEO Ideal One itu macam mana. Tidak suka tangguh tangguh.
Kasihan pula Misha jadinya melihat raut wajah Zarina yang pucat.
"Boleh! Kott.." jawab Misha diakhiri dengan suara meleret pada hujung ayat tanda ragu ragu.
Sekali lagi Zarina melepaskan keluhan berat.
"Nanti saya suruh Mifzal pandai pandai 'goreng' company tu. Alaaa.. Jangan lah risau boss!" cadang Misha dengan nada suara yang ceria.
Ini yang buat Misha Dayana kekal sebagai seorang PA. Kerana sikap optimistik yang sangat berguna mampu mengubah persepsi orang lain termasuk Zarina sendiri.
Sikapnya yang positif terhadap semua benda mampu membawa keuntungan pada semua orang. Jika ada orang yang bermuram, pasti Misha akan menjadi penghibur.
Tetapi.. Macam mana tak risau? Wisma boleh kehilangan berjuta juta ringgit kalau tolak projek itu. Bukan senang nak dapat tender dari Ideal One. Bahkan Wisma sangat kecil kalau dibandingkan dengan Ideal One.
"Fine. But jangan goreng sampai terlebih hangus pula. I'm sure you know Dato Zayn right? He hates people who love to delay their submissions or agreements with him ." pesan Zarina sambil menekan perkataan 'hates' dan 'love' .
Bukan dia tidak tahu siapa CEO Ideal One. Memang tegas dan perfectionist! Suka mengkritik dan meluahkan pendapat yang tidak langsung membina.
Bergerak gerak kerongkong Misha dibuatnya. Agaknya bagaimana lah rupa CEO Ideal One tu agaknya ya? Dia menelan air liur.
"Noted. Ada lagi boss?"
"Nope, thanks. Just awasi diorang dan ingat apa yang aku sampaikan tadi"
"Sure saya akan fotostat dalam otak saya." seloroh Misha.
Zarina tersenyum kecil.
Deringan telefon didalam beg sandang milik Misha membuatkan Misha menyeluk mengambil phone berjenama Oppo itu. Diletakkan pada telinga.
"Assalamualaikum. Ooo.. Aish! Ifti Iriz macam mana? Sihat? Err.. Aku call kau balik ye!" Misha mematikan panggilan apabila teringat bossnya masih berada didepan dia.
"Boss kalau tak ada apa apa, saya gerak papa roger dulu ye." pinta Misha sambil menunduk.
Zarina mengangguk kecil. Dia melihat Misha masuk kedalam perut kereta Myvi lalu kereta itu bergerak meninggalkan rumah itu.
'Aish? Ifti? Iriz? Keluarga Iris ke?' soal hati Zarina sambil mengelamun.
" Ari! " Sapaan seseorang membuatkan Zarina berhenti mengelamun. Zarina menoleh memandang empu suara.
"Ye kak?" sahut Zarina sambil menghadiahkan senyuman manis buat kakak ipar.
"Siapa tadi tu?" soal Halima sambil memanjangkan leher melihat ke luar tingkap. Mata melilau mencari suara seseorang yang didengarinya.
"Penghantar katil" jawab Zarina bersahaja.
"Ouh, ye ke? Dah sampai dah?"
Zarina mengangguk kecil.
"Kak Lima nak tengok dulu ye!" Halima beredar masuk kedalam bilik Helmi.
Zarina mendongak memandang ke luar jendela.
'Papa.. Papa sihat lagi ke? Mama.. Moga mama sihat selalu.. Iris.. Moga kau mimpi indah..' ucap hati Zarina sambil memandang langit yang membiru.
--------------------------------------------------------------------
"MACAM mana? Dah dapat maklumat dah?" soal Jeffri sambil memandang tajam wajah Eric didepannya yang hanya tersengih.
Eric menunjukkan sekeping sampul berwarna coklat kepada Jeffri sambil tersenyum.
Kalut Jeffri cuba mendapatkannya tetapi Eric lebih pantas mengelak. Tangan yang memegang sampul itu dihalakan kearah belakang.
Jeffri duduk semula sambil mendengus kasar. Eric tersenyum sinis.
"Bagi lah!"
"Tak semudah itu." jawab Eric sambil ketawa sinis.
"Macam mana kalau aku nak pastikan kau tak tipu?" soal Jeffri dengan muka yang tegang tanda bengang.
"Trust me"
Jeffri merengus lalu membaling sampul berwarna putih tepat mengenai wajah Eric. Eric mengambil sampul itu lalu membuka sampul itu. Mulut nya membentuk '0' tanda kagum dengan jumlah wang yang ada dalam sampul itu. Diciumnya sampul itu rakus.
Jeffri memandang Eric dengan renungan tajam.
"Nah" Eric membaling sampul berwarna coklat kepada Jeffri. Jeffri menangkap balingan itu. Dia membuka sampul itu kalut.
Kertas kertas yang berada didalam dibawa keluar. Dia membaca satu persatu butiran tersebut.
"Whatt??" soal Jeffri terkejut.
Eric ketawa sinis.
"She's in Kedah?" soal Jeffri dengan riak terkejut yang masih bersisa.
Eric mengangguk..
"Yes. Alor Setar, Kedah. Kahwin dengan anak orang Kedah" ujar Eric yang setia berdiri.
"The whatt?? What a low class being!" ujar Jeffri. Dia meraup wajahnya.
Punya lah dia ingat Zarina Medina pergi lari ke luar negara macam Korea ke US ke Australia ke. Ini pergi pula lari ke Kedah? Dah lah tu kahwin ngan orang Kedah pula?
Jeffri mengurut dahinya.
" What the heck are you thinking you are doing, Ari?" keluh Jeffri sambil menyandarkan kepala kepada kerusi.
"Boss tak ada plan ke? Tak nak bertindak?" soal Eric seolah olah mencabar Jeffri. Nadanya seperti menyindir Jeffri.
"Of course I got a plan. " balas Jeffri sambil tersenyum sinis.
"May I know what is your plan?" soal Eric.
Jeffir memandang Eric dengan wajah yang sukar ditafsir. Dia mengukir senyuman sinis.
"It's a secret"
Share this novel