TISU dihulurkan kepada Zarina yang masih menunduk. Zarina mengangkat sedikit wajahnya sambil ditutupi dengan tangan. Tak mahu orang lain tengok wajahnya yang merah.
"Thank you.." ucap Zarina ikhlas lalu mengambil tisu itu malu. Segaris senyuman manis dihadiahkan kepada lelaki itu.
"No biggie!" balas Atif sempoi sambil tayang sebaris giginya yang putih.
Zarina mengesat air matanya yang bergenang lalu dia meletakkan tisu itu pada lubang hidung.
SSHHHH!!!
Atif terkedu sambil kedua dua belah kening terangkat membuatkan matanya separa bulat . Bapak ah sempoi gila dia keluar hingus depan aku!
Terlopong dan terkejut Atif apabila melihat keselambaan Zarina. Sudah lah hingusnya melekat pada tisu.
Zarina memandang Atif blur.
"Why?" soal Zarina bersahaja. Lagi lagi apabila hidungnya bertukar kemerahan sedikit.
Atif menggelengkan kepala laju. Kalau perempuan-perempuan lain dekat London, confirm mereka akan acah acah tutup hidung. Cover jadi perempuan sopan. Tetapi Zarina memang special.
"Thanks again. What is your name? A...." soal Zarina sambil meneguk rakus air Sirap.
"Atif Malik. Nak panggil sayang pun boleh!" balas Atif berserta kenyitan mata nakal sambil bibir tersenyum menawan.
Zarina tersenyum kecil. Terhibur dengan gelagat Atif yang sangat mencuit hati.
"Umur kau berapa?" tanya Zarina lagi. Sesi ice breaking diantara mereka baru sahaja hendak bermula!
"You think?" Soalan berbalas soalan. Mahu bertarik tali dengan Zarina Medina.
Jari Zarina diletakkan pada pipi kanan ingin menunjukkan yang dia sedang berfikir. Alahai cute pula Zarina bila buat macam itu. Cair hati Atif dibuatnya!
"Herrmmm... 30?" teka Zarina.
Mahu tersedak Atif dibuatnya. 30????
"Am I look so old to you?" soal Atif berserta jelikan sinis pada ayatnya. Serius lah muka aku yang ciut miut ni dipanggil 30? Tua sangat ke muka dia?
Zarina mengangguk perlahan. Tetapi anggukannya terhenti apabila jelingan tajam dari Atif diberikan. Kalut Zarina jadinya.
" Errr.. Sorry... You not look old but you just look mature?" balas Zarina gagap tetapi pantas. Berubah sudah posisi duduk bersandar menjadi duduk tegak Zarina.
Atif ketawa kecil yang tidak kedengaran. Dia cuma test sahaja Zarina. Tetapi Zarina pula dah gelabah semacam. Cute betul!
" I'm 29" ujar Atif tenang dengan senyuman.
Zarina mencebik. Choii.. Ingatkan marah sebab kata dia tua tetapi sikit je jarak beza umur 30 dan 29. Buat teruk je mamat ni!
"Okay, then lets talk about you. Shall we?" soal Atif teruja.
Zarina gelak kecil melihat telatah Atif. Dah tua bangka tapi macam budak budak. Cam mana tu?
"Nothing special about me that you want to know" balas Zarina serta senyuman kecil.
"I nak tanya you boleh?"
"Silakan!"
"Kenapa you kahwin dengan Helmi?" soal Atif sambil memandang wajah Zarina lama.
Zarina terdiam. Air mukanya berubah 100%. Tiada langsung senyuman yang menghiasi wajah manisnya.
"Can you tell me?" pinta Atif. Lebih kepada desakan dan paksaan sebernanya ini.
"This is private matter. No worries. Kau tak perlu tahu pun." balas Zarina dingin serta jelingan tajam.
Atif ketawa kecil tetapi kedengaran amat sinis pada pendengaran Zarina.
"Let me guess. Korang tak bercinta pun kan so korang kahwin tanpa cinta. Lagi 2 bulan, Helmi akan ceraikan you dan korang akan berpisah." ujar Atif panjang lebar.
"Macam mana kau tahu?" soal Zarina dengan nada yang mendatar. Lenggok dingin sudah terlentur mendengar penerangan Atif.
Tepat sama sekali. Tiada langsung yang salah. 2 bulan....
Atif senyum sinis.
"Tia yang bagitahu I."
Air muka Zarina berubah lagi mendengar nama itu. Nama Atia. Kekasih hati Helmi...
Zarina menggigit bibir bawah. Perasannya bercampur baur. Pandangan yang diberikan oleh Atif seperti mempersendakan dia. Dan dia tidak suka pandangan itu.
"Kalau dah tahu kenapa tanya?" Geram pula dengan lelaki yang bernama Atif Malik. Kenal pun tidak buat macam dia tahu semuanya. Annoying betul malaun ni.
"Sebab I nak tahu sebab. The reason you married him, the guy that already have a girlfriend." balas Atif sinis campur sarkastik. Senyuman sinis masih tidak lekang.
Zarina sekali lagi terdiam. Otaknya ligat berfikir. Kenapa ya dalam ramai orang, dia pilih Helmi Ikram? Kenapa ya, Helmi Ikram yang disewa sebagai suami?
" Can we not talking about that?"Okay Zarina sudah berasa tidak selesa. Bagi dia, Atif cuba memasuki kehidupannya. Atif seolah olah mendesak dia memberitahu perihal peribadi. Lagi lagi yang berkaitan dengan Helmi Ikram.
" I just nak tahu. You know curiosity kills the cat. " Atif meletakkan jari pada dagu acah berfikir.
"Well, bukan setakat kucing je dengan anjing sekali curiosity boleh bunuh" balas Zarina geram dalam nada menyindir.
Atif ketawa kecil. Dia meraup rambutnya nak tunjuk macho.
"Its none of your business. So, kau tak perlu tahu pun!"
"Of course it is. Atia kan adik I..."
Zarina mendengus kasar. Air sirap diteguk rakus bagi menghilangkan rasa dahaga.
"Yo, bro!" sapa Helmi lalu menghampiri meja Zarina dan Atif.
Atif tersenyum nipis yang tampak tidak ikhlas. Helmi dengan Atia sudah datang..
Zarina memalingkan wajahnya kearah lain. Tidak mahu melihat pasangan itu.
"Lama tak jumpa kau!" ujar Helmi sekadar berbasa basi.
Atif hanya mengukir senyuman kelat sambil mengagguk perlahan. Tak ada mood nak sembang dengan kawan lama yang hanya kurang 1 tahun daripada dia.
Atia yang perasan akan kewujudan Zarina terus menegur.
" Ari pun ada dekat sini?" Tersentak Zarina. Aduhh... Diorang perasan pula... Dia mengetap bibir.
Tanpa memandang mereka, dia bangkit dari kerusi.
"Aku cau dulu." Zarina terus berlalu dalam langkah yang tergesa-gesa.
"Eh, Dina.. Tunggu!" Atif pula spontan bangun.
Bertaut kening Helmi tanda hairan memerhatikan gelagat mereka.
"Kau kenal dia ke?" soal Helmi sambil memandang Atif.
Atif membalas renungan Helmi. Dia sudah menyampah dengan Helmi.
"Mestilah kenal. Dia kan cantik anak dato pula tu siapa je yang tak kenal? ." jawab Atif selamba.
Panas hati Helmi mendengar jawapan dari mulut Atif yang sudah 3 tahun tidak berjumpa. Suka hati aje puji bini orang melambung sampai ke atas langit!
"Dia isteri aku." ujar Helmi sedikit keras.
Atia mula merasakan aura yang tidak baik daripada abangnya dan Helmi. Dia pula yang resah bila mata mereka saling berbalas renungan tajam.
Atif gelak sinis. Tahu pula nak mengaku Zarina isteri kau ye?
"Oh, ye ke? Tak nampak macam isteri kau pun..." cebik Atif menyindir.
Wajah Helmi bertukar kelat.
"Abang dah lah!!" marah Atia apabila Atif cuba memprovoke Helmi. Lagi lagi mereka sudah menjadi tarikan orang ramai dikenduri itu.
"Kau dah kenapa, Tif??" soal Helmi dalam keadaan bengang. Baru je jumpa, perang dunia nak meletus pula.
Atif menunding jari tepat kearah muka Helmi.
"Kau tu yang kenapa, Am!" Atif terus berlari mengejar Zarina.
*
Matanya dipejam rapat. Dapat dirasakan mutiara jernih sedang mengalir keluar daripada kelopak mata.
Bibir bawah digigit supaya esakan tidak berbunyi. Air mata yang menodai pipinya yang gebu dibiarkan mengalir.
Sungguh air matanya sangat murah. Air mata ini sudah tiada nilai kerana air mata itu turun kerana Helmi Ikram.
Mengapa hati ini perlu sakit melihat mereka bersama? Dia cuma sewa Helmi untuk menjadi suami bukannya sewa Helmi untuk membuat cinta!
Dia yang menjadi ahli sihir hitam menganggu kebahagiaan mereka. Menjadi watak antagonis kedalam kehidupan mereka. Lantas mengapa air mata ini mengalir?
Sudah sebulan berlalu, hati ini pula sudah terlanjur mencintai Helmi Ikram. Dia yakin cintanya tidak akan berbalas. Kerana cinta Helmi Ikram milik Atia Melur.
"Dina!" Jeritan seseorang langsung dia buat endah tidak endah.
Atif memandang Zarina yang sedang duduk ditepi sungai. Sini rupanya kau bersembunyi, Dina.
Atif perlahan-lahan menghampiri tubuh kecil itu. Tangannya cuba memegang bahu Zarina yang seperti terangkat-angkat dek tangisan.
Tetapi ditepis kasar dan kuat oleh Zarina.
"Pergilah, Atif..." Bukannya jeritan, tetapi rintihan diberikan kepada Atif.
Hati Atif dipagut rasa sayu. Rasa marah mula menyelebungi diri. Api amarah membara bara terhadap Helmi kerana membuat Zarina menangis!
Am, kau kena bayar balik berapa banyak air mata yang menitis kerana kau!
Dia mengambil tempat duduk disebelah Zarina yang menunduk memandang tanah. Jelas sekali wajah putih itu bertukar kemerah-merahan dek menangis. Air mata itu laju mengalir.
"Kenapa you menangis?" Soalan diajukan kepada Zarina. Hal itu hanya membuatkan hatinya menjadi bengkak dan pilu mendengar soalan itu. Ya, mengapa dia menangis?
"You kata you tak cinta Helmi tetapi hati you kata cinta." ujar Atif tenang sambil memandang sungai.
"Aku tak cinta dia!" balas Zarina sedikit membentak. Ego masih menyelebungi bunga bunga cinta yang telah mekar.
"Dah tu kenapa you lari? Kenapa air mata you menangis? Kenapa? You tak sanggup ke tengok mereka bahagia?" Atif memandang Zarina.
Zarina menggigit bibir bawah. Tidak menjawab soalan Atif. Air matanya mengalir laju. Air matanya yang menjadi jawapan.
Semua soalan itu hanya ada satu jawapan.
Dia
Sayang
Helmi.
Dia
Suka
Helmi.
Dia
Cinta
Helmi.
Dia cinta Helmi. Dia lari kerana dia cintakan Helmi. Dia menangis kerana dia cintakan Helmi. Malah, dia tidak sanggup melihat Helmi dan Atia bahagia kerana dia cintakan Helmi.
Ya, dia cintakan lelaki yang bernama Helmi Ikram.
Makin bertambah kuatlah esakan Zarina dibuatnya.
"Dalam percintaan, tiada yang cepat atau lambat. Sebab hati manusia bukan hak siapa siapa kecuali Allah. Kejar lah cintamu, Dina.." ujar Atif cuba menenangkan Zarina yang sedang menunduk menangis.
"Cintaaa... Am milik.... Tiaa...." balas Zarina perlahan dalam nada tersedu-sedu dek menangis.
Atif kulum senyum. Comel pula dia lihat Zarina seperti bayi kecil yang comel sedang menangis. Ini kah yang dinamakan cinta pandang pertama?
"Tidak, cinta Helmi milik Allah. Selagi Dina kejar cinta Allah dahulu, maka Allah akan berikan cinta yang sepatutnya kepada Dina."
Hati Zarina dipagut rasa sebak apabila mendengar bicara Atif. Makin laju air mata itu mengalir.
Ya, Allah. Sudah berapa lama dia tidak sujud kepadaNYA? Di rumah dahulu pun, dia tidak didedahkan dengan Islam jadi dia tidak tahu sangat mengenai Islam.
Mungkin benar kata Atif. Perlu kejar cinta Allah dahulu sebelum kejar cinta manusia. Kerana cinta manusia tidak akan berkekalan manakala cinta Allah adalah abadi.
"Pinjam bahu...." ujar Zarina lalu perlahan lahan membenamkan kepalanya pada bahu kanan Atif.
Atif tersenyum kecil apabila kepala Zarina sudah selamat berada pada bahunya.
"Jika menangis mampu membuatkan kesedihan Dina berkurang, maka menangis lah. Biarkan bahu Tif menjadi tempat untuk Dina melepaskan kedukaan.. Moga Allah menjadi tempat untuk Dina melepaskan suka dan duka..." ujar Atif lagi dalam nada yang lembut .
Zarina memejamkan matanya. Air matanya mengalir deras mendengar kata kata Atif.
Cinta manusia yang dia kejar selama ini tetapi cinta Allah pula yang dia tolak. Cinta manusia dia agungkan tetapi cinta Allah dia letak pada tapak kaki.
Sungguh mengenali Atif Malik membuka lembaran baru dalam kisah Zarina Medina. Lembaran mengenai Islam.
Tanpa mereka sedar, ada mata yang memerhati mereka dengan perasaan yang meluap-luap.
P/S: Done update bab 26! Sorry sbb lama menyepi! Saya busy sesangaaat! Next week saya busy juga. Senang cerita setiap minggu saya busy! Kejap lagi ada hal jadi anggap saya belanja chap ni ye. Moga terhibur! ^_^ Juz nk thu... Korang lebih suka siapa? Ari & Am atau Ari & Tif?
Share this novel