Bab 43

Romance Series 186474

"MAAF, lambat." ujar Rayyan lalu duduk diatas kerusi. Dato Kamarul tersenyum.

"Tak ada lah lambat mana. Kan, Jeff?" Dato Kamarul mengerling anaknya. Jeffri memandang Rayyan tajam.

"Ya,tak lah lambat mana pun..." Rayyan tersenyum.

"So, boleh kita mulakan sekarang?" soal Dato Kamarul. Rayyan mengangguk. "Sure."

Baru sahaja Dato Kamarul mahu bersuara, telefonnya berbunyi.

"Hello Assalamualaikum. What? Azman pengsan?! Okay saya datang sekarang" Talian dimatikan.

"Maaf, Rayyan. Ada something urgent to do." ujar Dato Kamarul.

"Tak pe lah. Dato pergi lah dulu."

"Jeff, daddy pergi dulu ye." Dato Kamarul terus berlalu.

Keadaan menjadi diam antara mereka.

"Apa motif kau?" soal Jeffri bengang memulakan perbualan. Rayyan tersenyun.

"What? Gemilang syarikat yang baik.. Tak salah kan kalau aku nak bekerjasama dengan Gemilang?" soal Rayyan sambil mengangkat kedua-dua belah keningnya.

Jeffri mendengus.

"Apa kau nak dari aku ah? Tak cukup ke apa yang kau buat dulu?!" Meja ditumbuk kuat oleh Jeffri.

"Kau kalau tak tahu kebenaran, jangan nak tuduh orang" balas Rayyan bersahaja.

"Kau jangan nak ajar aku!!" Kolar baju dicengkam oleh Jeffri kasar. Rayyan tersenyum sinis.

"Perangai kau still tak berubah lagi ye? Cuba sikap professional sikit. Asingkan hal peribadi dengan hal kerja"

"Kau diam!!" jerkah Jeffri.

Rayyan menepis kasar tangan Jeffri.

"Aku sign kontrak just nak jumpa kau. Tapi kau buat macam ini, so the deal is off." Rayyan terus bangun.

"Kau ingat aku heran ke?!!!" jerit Jeffri.

"Bye bye, Jeff." Rayyan terus berlalu.

Jeffri mendengus kasar. Meja ditendang banyak kali.

"Kurang asam kau, Rayyan!! Kau boleh mati macam Iris!! "

________________________________________
"ADA apa Tia nak jumpa Ari?" soal Zarina mendatar.

Warung Pak Wahab menjadi tempat pertemuan mereka untuk berbincang.

Atia menghirup air sirap.

"2 bulan lagi awak akan tinggalkan abang Am kan?"

Zarina meneguk air liur. Iyelah! Dia hampir terlupa!

Zarina mengangguk perlahan. Atia lagi muda daripadanya tetapi mengapa lidahnya kelu untuk menyuruh Atia tinggalkan Helmi.

"Saya harap awak tak lupa ya janji kita.."

Tak akan aku lupa!! Batinnya menjerit.

"Tetapi moga awak tak jatuh hati dengan abang Am sudah..." ujar Atia sambil tersenyum simpul.

Zarina menggigit bibir bawah. Maaf, Atia! Aku dah jatuh hati dah!

"2 bulan tu lama.. Tapi saya yakin abang Am akan setia!" Atia tersenyum penuh lebar. Ada sinar harapan yang bersinar di matanya.

Zarina dihurungi rasa bersalah. Macam mana ni? Air milo diatas meja diteguk banyak kali.

"Dan.... Saya yakin awak orang baik yang mampu menepati janji..." Atia mengukir senyuman panjang sehingga matanya tertutup.

Zarina ketap bibir. Maafkan Ari, Atia!

Atia comel. Dia rajin. Dia manis. Dia bunga Melur yang terindah. Dia sempurna disisi Helmi.

Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik.

Helmi Ikram hanya untuk Atia Melur.

Dan.... Aku hanya watak antagonis yang menyepit diantara dua watak utama yang menyulam kasih.

Layakkah aku bahagia bersama Helmi?

________________________________________
"YEAY!! Miam dah balik!!" Zarina menjerit teruja. Dia yang sedang duduk diatas sofa terus berlari anak ke ruang pintu.

"Assalamualaikum, Miam!" sapa Zarina sambil tersenyum lebar.

"Waalaikumussalam.." sahut Helmi sambil tersenyum kelat. Memuncung sahaja mulut Zarina manja. Sahutan Helmi macam acuh tak acuh sahaja.

"Am okay ke?" soal Zarina khuatir sambil mengambil beg bimbit milik Helmi. Helmi tidak menjawab sebaliknya dia terus berlalu masuk kedalam bilik.

Terangkat kening Zarina. Membesar matanya. Dia blah je??!!

Zarina mengatur langkah masuk kedalam bilik. Beg bimbit milik Helmi diletakkan diatas katil empuk. Zarina menghampiri Helmi yang sedang membuka butang baju.

"Am kenapa?" soal Zarina risau. Jujur dia sedih dengan layanan Helmi yang acuh tak acuh sahaja. Matanya berkaca-kaca.

Diam. Helmi tidak menjawab. Bertambah pelik dan risau Zarina dibuatnya. Tadi pagi, elok sahaja mereka berbalas mesej. Tetapi sampai dirumah, begini layanan Helmi kepadanya.

"Maafkan Ari kalau Ari ganggu...."

Zarina pusing ke belakang mendekati pintu. Air matanya berjurai-jurai turun. Tombol pintu dipegang berserta linangan air mata yang menodai pipi itu.

Sedih dia dengan layanan Helmi kepadanya. Dia ada buat salah ke?

Terasa seperti ada tangan sasa yang memeluknya. Terasa seperti ada dagu diletakkan diatas bahunya. Bibir Zarina digigit bawah.

"Kenapa datang balik???" soal Zarina sambil dicebikkan bibir menahan esakan tangisan.

Helmi menyebamkan muka diatas bahu Zarina. Dicium lembut leher Zarina yang jinjang dan mulus itu.

"I'm sorry, Ari...." Gemersik sungguh suara Helmi.

"Sorry? Naik lorry lah!" Sebak Zarina bersuara sambil bibir dicebik menahan sebak dihati. Ada nada sendu pada hujung ayat itu.

Telinga Zarina dicium dan digigit manja. Zarina sedikit mendesah.

"Am, stop it!!" marah Zarina. Tidak tahan apabila bibir nakal Helmi semakin meliar.

Helmi mendekatkan bibirnya kepada telinga Zarina.

"Never until you forgive me." Lalu dia menyebamkan mukanya.

"Am!! Enough is enough!!" marah Zarina. Geram dengan tindakan Helmi yang dianggap macam kebudak-budakan.

"Maaf...." ucap Helmi kesal lalu mencium rambut Zarina dengan penuh kasih. Zarina memejamkan kelopak matanya. Adakah dia yang bersikap kebudak-budakan?

Zarina perlahan-lahan toleh memandang Helmi. Mata bundarnya sedang mengalirkan air mata. Pipinya basah dengan air mata.

Helmi kesal dengan sikapnya. Dia cuma terfikirkan tentang Fakhrul. Tetapi tidak menyangka dia menyakiti isterinya dalam diam.

Dia sudah berikrar! Berikrar tidak akan menyebabkan air mata milik Zarina jatuh lagi!

Dia mengesat air mata yang mengalir di pipi mulus itu.

"I don't want to see tears...."

Zarina ketap bibir. Semakin laju air mata itu mengalir. Helmi memasukkan Zarina kedalam pelukannya.

"Aku minta maaf...." Kepala Zarina disembamkan ke dada Helmi. Mahu Zarina meluahkan segala yang terbuku dihati.

Zarina juga hairan. Mengapa dia cepat sangat terusik. Mengapa dia cepat sangat sentap. Mengapa dia cepat sangat sedih atau merajuk. Mengapa air mata itu cepat sangat turun. Mengapa? Mengapa? Apa yang tak kena dengan dirinya?

"Am dah tak sayangkan Ari........" ujar Zarina teresak-esak lalu memukul dada Helmi. Helmi hanya membiarkan Zarina memukulnya. Terangkat kening Helmi. Siapa cakap?

"Ha'ah." jawab Helmi selamba. Semakin kuatlah Zarina meraung.

"Kan dah cakaaap... Am dah tak sayangkannn Ariiiii...."

Helmi mengulum senyuman. Seronok kenakan isterinya itu. Dia dekatkan mulutnya dengan telinga isterinya.

"Aku tak sayangkan kau... Sebab.... Aku cinta kan kau!"

"Am!!" Bahu Helmi ditepuk manja.

Helmi tersengih.

"Amboi! Tukar kerja dari mak ketam jadi mak ayam pula ke?" usik Helmi. Merona merah wajah Zarina.

Zarina mencebikkan bibirnya manja.

"Eiiii... Tak nak kawan dengan Am!!" Zarina berpeluk tubuh.

"Tak pe.. Kita dah kahwin dah..." balas Helmi selamba.

"Buruk tau dak bila kau menangis.." ujar Helmi sambil memandang Zarina. Zarina ketap bibir.

"Ye lah! Ari tau Ari buruk... Tak macam Atia kan?" Bibir Zarina dicebik menahan sebak banyak kali.

Berubah air muka Helmi.

"Apa kena mengena dengan Atia?" Mendatar sahaja suara Helmi.

"Atia cantik.. Atia comel... Dia layak dengan Am!" ujar Zarina sambil tersenyum hambar.

"Apa kau mengarut ni?" soal Helmi sudah bengang.

"Ari jahat! Ari hodoh! Ari tak layak dengan Am!"

"Siapa cakap??" soal Helmi.

"Ari yang cakap!! Ari tahu Am masih cintakan Tia... Mampukah Am setia??! Meninggalkan perempuan sebaik Atia untuk perempuan sejahat Ari??!!" soal Zarina teresak-esak.

"Diam!!!" herdik Helmi bengang dalam nada yang meninggi.

Zarina tersentak. Air matanya mengalir untuk kesekian kalinya.

"Ari betul... Am tak mampu nak setia..." ujar Zarina sambil air matanya bergenang.

"Aku cakap diam, diam!!!" jerkah Helmi. Hampir sahaja tangannya naik ke pipi Zarina.

Zarina tersenyum kelat.

"Terima kasih, Am! Untuk cinta yang Ari sewa ini!" Bersama linangan air mata, Zarina beredar. Dia perlu tenangkan diri!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience