Bab 46

Romance Series 186474

SEBULAN telah berlalu. Ini bermakna sudah 2 bulan mereka bersama. Dan lagi sebulan lagi sebelum genap 3 bulan.

"Am...." panggil Zarina dengan suara yang meleret.

"Hmm?" balas Helmi sambil menyemak buku-buku latihan milik anak-anak muridnya.

Zarina mendekati Helmi. Bahu Helmi dipegang manja. Helmi terkedu dengan tindakan isterinya. Dipandang isterinya.

"Am sayang Ari tak?" Zarina menyoal sambil tersenyum manja. Kenyitan nakal dihadiahkan.

Helmi menyentuh dahi Zarina. Pelik betul dia dengan gelagat Zarina hari ini.

"Kau demam ke?" soal Helmi pelik. Zarina memuncungkan mulutnya lalu menepis perlahan tangan Helmi yang menyentuh dahinya.

"Sampai hati kata Ari demam!" Dahi Helmi berlapis.

"Dah tu buang tebiat ke tanya aku sayang kau ke tidak?" soal Helmi selamba. Zarina tersengih manja.

"Salah ke Ari nak tanya... Am sayang Ari tak?" soal Zarina sekali lagi.

"Iye, aku sayang Zarina Medina. Puas?" balas Helmi lalu menyambung semula kerjanya yang tergendala.

Zarina tersenyum senang hati. Dia mencuit pipi Helmi perlahan.

"Kalau sayang, boleh tolong tak....?" Zarina menyoal sambil tersenyum manja. Suaranya dibiarkan meleret kasi manja.

"Tolong apa?" soal Helmi ingin tahu. Wajah Zarina yang tersenyum persis kerang busuk direnung dengan tanda tanya.

"Tolong beli laksa boleeeh.....?" soal Zarina sambil bermain-main dengan kolar baju Helmi.

Helmi terkedu mendengar permintaan isterinya. Laksa? Sejak bila Zarina makan pedas ni? Hatinya berteka-teki.

"Kau makan pedas ke?" sindir Helmi. Setahu dia, Zarina mana makan pedas. Makan asam pedas pun tak mampu.

Zarina memuncungkan mulutnya sedepa mendengar sindiran daripada Helmi. Bahu Helmi ditepuk lembut.

"Alaaaa... Tak kisah lah! Janji dapat merasa laksa Kedah!" Bersinar-sinar matanya. Dalam kepala, dia sudah bayangkan laksa Kedah. Terliur pula dia jadinya.

"Kena pergi warung Pak Wahab lah. Jom, siap sedia." ujar Helmi lalu menutup buku latihan. Pen merah diletakkan kedalam pensel box.

Laju Zarina menggelengkan kepalanya. Bertambah pelik Helmi dengan tingkah Zarina.

"Tak nak! Am pergi sorang boleh....?" Dengan suara yang meleret, Zarina seolah-olah berharap.

"Aku sorang?" Aku nak beli laksa untuk kau tapi aku yang kena pergi?

"Pleaseeeeeee......" Zarina mengangguk sambil mengerdipkan mata banyak kali agar kelihatan comel. Helmi mengeluh berat.

"Fine!" Zarina melompat keterujaan.

"Yipi!!"

"Tapi, ada syarat." ujar Helmi sambil tersenyum nakal. Muncung sahaja mulut Zarina. Dia berpeluk tubuh.

"What?"

Helmi mengangkat kening nakal. Jari telunjuk dihalakan ke pipi kanan. Pipi kanan disua.

"Upah dulu" Zarina yang mengerling terus mencium pipi kanan Helmi.

Helmi terkedu. Mak aii.. Kalau macam ini, tiap-tiap hari dia rela pergi warung Pak Wahab jika Zarina akan mencium pipinya.

"Tata, suami untuk disewa!" Zarina melambai-lambai kearah Helmi persis kanak-kanak ribena.

Helmi ketawa kecil mendengarnya. Suami untuk disewa? Sudah lama dia tidak mendengarnya. Lebih bertambah geli hati apabila Zarina melakukan aksi kanak-kanak ribena.

" Aku pergi dulu... " Helmi terus keluar dari bilik itu. Demi isteri sayang kan, turutkan je lah.

"Am nak pi mana tu?" tegur Tok Mah yang berada di ruang tamu itu. Surat khabar diselak satu persatu.

"Pergi warung Pak Wahab, tok."

Terangkat kening Puan Maryam yang mendengarnya. Terus pandangannya beralih pada anak lelakinya.

"Buat apa nak pi warung? Ibu dah masak dah makanan."

"Bukan untuk Am, bu.. Untuk Ari.." jawab Helmi. Wah! Mengalahkan polis menyoal pesalah betul!

"Ari mintak apa?" soal Puan Maryam lagi.

"Laksa.... Tiba-tiba jer minta laksa padahal dia bukannya makan pedas pun." Jujur Helmi kata, bulan ini, kelakuan Zarina agak berubah.

Dia menjadi terlebih manja dan cepat sentap. Cepat sangat terasa. Dan dia selalu sangat minta macam-macam. Pelik dia dengan isterinya yang seorang itu.

Bulat mata Puan Maryam.

" Mengidam laa tu..." ujar Tok Mah. Terangkat kening Helmi. Mengidam?

"Maksud tok... Ari mengandung?" soal Helmi masih blur.

"Dah kalau minta macam-macam, mengandung lah tu! Hari tu kan Ari minta asam pedas kan?" balas Puan Maryam. Senyuman lebar terukir pada wajahnya yang berkedut.

"Tok tak sabar nak dapat cicit lagi!" Tok Mah juga kelihatan teruja.

Helmi masih terkebil-kebil cuba mencerna apa yang berlaku. Pregnant?

"Am, lekaih panggil Ari!" arah Puan Maryam dengan terujanya tak terlalu ketara.

"Errr... Ya ya... Ariii!!!!" laung Helmi. Terkedek-kedek Zarina berlari ke ruang pintu.

"Am tak beli lagi?" Zarina memuncungkan mulutnya merajuk.

"Sat.. Sat... Ari last datang bulan bila?" soal Helmi tak sabar.

Tok Mah dan Puan Maryan menanti dengan penuh debaran. Zarina kelihatan sedang menghintung tarikh.

"I think last month. Itu pun first week lah. But Ari memang lambat sikit datang bulan. Why tanya?"

Zarina memandang Helmi lalu pandangannya beralih kepada Tok Mah dan Puan Maryam yang dari tadi tersenyum lebar.

"Ari, you're pregnant." ujar Helmi teruja.

"Apa?!" soal Zarina terkejut. Aku mengandung? Anggukan daripada Puan Maryam dan Tok Mah membuatkan Zarina turut mengukir senyuman.

Zarina memandang perutnya. Dia mengusap perlahan perutnya yang masih kempis. Ternyata ada nyawa yang berada didalam dirinya.

Air matanya mengalir hangat turun ke pipi kerana dia terlalu gembira dia akan bergelar ibu.

"Ari mengandung?" soal Zarina lagi. Lebih kepada dirinya sendiri. Menitis air matanya. Ya Allah... Anak aku dan Am...

Terus tubuh Zarina dicempung oleh Helmi. Dahi Zarina dikucup lama penuh syahdu.

"Now that's explain why you are being so emotional.. Because the baby is angry..." bisik Helmi romantis di cuping telinga Zarina.

"Tak sabarnya ibu nak dapat cucu baru!" ujar Puan Maryam tak sabar-sabar.

"Apa?!" Halina yang dari dapur terus meluru ke ruang tamu. Telinganya dapat menangkap beberapa butir bicara mereka.

"Ari mengandung?!" soal Halina terkejut. Melihat Helmi yang sedang mendukung Zarina, terjawablah segala soalannya.

"Hah?! Kak Ari mengandung?!" soal Hilman dan Hilna lalu keluar dari bilik mereka. Terdengar jeritan Halina terus mereka keluar dari gua.

"Ari pregnant?!" Halima dan Firman pula yang keluar dari bilik mereka. Satu satu yang keluar.

"Yes, my dearest wife tengah pregnant. Ari, tell me, Ari nak apa?" soal Helmi teruja sambil memandang Zarina. Zarina mula rasa tidak selesa.

"Ari nak... Am turunkan Ari?"

"Oops, sorry!" Helmi terus menurunkan Zarina dengan penuh berhati-hati.

"Tahniah, Ari!!"

"Congrats, kak Ari!"

"Tahniah Ari!"

Mereka semua mengucap tahniah kepada Zarina. Errr... Kalau ada orang mengandung memang macam ini ke layanan mereka? Terasa kekok pula dia.

"Kak Ari nak apa?" soal Hilman sambil tayang giginya yang putih. Tak sabar nak dapat anak buah yang baru!

Semua mata tertumpu kearah dia yang membuatkan dia tidak selesa.

"Ari nak..... Laksa...." jawab Zarina takut-takut. Ya, dia nak laksa. Dia mahu makan laksa hari ini. Tekaknya mahu laksa.

"Am! Cepat pi warung!" arah Halima.

"Ya ya! Am pergi!" Helmi terus keluar dari rumah.

"Kak Ari.. Jangan diri lama-lama.." ujar Hilna dalam nada tegas.

"Ari, hang okay ka? Ka hang panas? Hang kena baring!" Giliran Halina pula bersuara.

Urggghh.. Pening Zarina dibuatnya apabila banyak suara masuk kedalam telinganya. Kepalanya terasa berdenyut-berdenyut. Tekaknya terasa pelik. Dia terasa mual.

Dia terus berlari kearah tandas untuk muntah.

" Arii!! "

________________________________________
SATU bulan. Selama satu bulan Hayna Julia menetap di rumah banglo ini. Satu bulan Dato Kamarul risaukan dia.

"Lia okay?" soal Syafiera seraya menyentuh bahu Julia. Julia tersenyum.

"Kak Fiera... Julia okay.." balas Julia.

"Kak Fiera dah masak nasi. Lia makan ya?" ajak Syafiera. Julia menggeleng lemah

"Lia tak terasa nak makan lah, kak. Lia tak ada selera.."

"No! By hook or by crook, Lia kena juga makan! Full stop!" Syafiera bersuara tegas. Dengan orang yang macam Julia yang keras kepala, kena tegas sikit.

"Ye lah kak. Nanti Lia makan ya?" Julia tersenyum. Syafiera baik. Sudah lah dia hanya menumpang tetapi dilayan Julia dengan baik sekali.

"Okay.. I trust you.. Kak Fiera masuk dalam dulu ye.." Syafiera terus berlalu masuk kedalam rumah.

Julia memandang kolam ikan dengan pandangan kosong.

Memorinya terbayang-bayang pada malam dimana dia hampir diperkosa oleh Zack.

"Zack! Lepaskan saya!" Julia merintih bersama linangan air mata yang mengalir.

"Haha! Tak akan! Malam ini kau milik aku!!" Zack ketawa bagai orang kurang siuman.

"Hoi! Kau buat apa tu?!" Terdengar suara orang, Julia mengucap syukur dihati.

Butang mata lelaki yang melihat mereka. Lantas, satu tumbukan diberi kepada Zack sehingga membuatkan Zack terjatuh.

Julia yang ketakutan terus mengambil tudung yang dicampak keatas tanah. Menggigil-gigil tangannya cuba menyarung tudung itu.

Zack yang ditumbuk oleh jejaka misteri itu terus berlari lintang-pukang. Takut dihentam oleh jejaka itu lagi.

Jejaka itu menghampiri Julia yang sedang terduduk ketakutan.

"Kau okay?" Lelaki... Itu suara lelaki...

"Saya takut...." ujar Julia lalu mengalirkan air matanya. Sungguh dia takut.

"Rumah kau kat mana?" soal lelaki itu. Laju Julia menggelengkan kepalanya.

Dia tidak mahu pulang ke rumah. Dia tak mahu berjumpa dengan Jeffri! Jeffri jahat! Dia penipu!

Terdengar keluhan berat daripada lelaki itu. Lelaki itu mengeluarkan telefonnya.

"Hello, Aish. Kau tolong aku boleh tak? Dekat taman jalan Lembah Tuah. Now!" Lelaki itu bersuara tegas.

Lelaki itu memandang Julia yang seperti ketakutan. Dia membuka jaket dia lalu disarung kepada tubuh Julia yang seperti terdedah.

"Kau selamat sekarang" ujar lelaki itu. Julia mengangguk. Dia terus mendongak memandang empu badan yang telah menyelamatkannya. Tetapi sayang, gelap.

"Awak nak tinggalkan saya ke?" Julia bersuara sayu. Laju lelaki itu menggeleng.

"Tak lah. Aku tengah tunggu kawan aku datang jemput kau. Kawan aku baik tau. Isteri dia pun baik. Kau tumpang dulu ye?" Julia mengangguk lemah.

"Nama awak apa?" soal Julia ingin tahu nama yang telah menyelamatkan dia.

"Panggil Rayyan pun dah memadai. Ha, tu kawan aku!"

Angin sepoi-sepoi menampar mukanya. Julia masuk kedalam. Dia tersenyum.

'Rayyan...'

Nama yang asing. Tapi dialah penyelamat Julia!

________________________________________
"TERIMA kasih, Pak Wahab!" Mereka bertukar tangan. Not 5 ringgit diberikan. Pak Wahab memberi bungkusan laksa.

Tersenyum-senyum sahaja Helmi. Dia berjalan dengan girang. I'm gonna be a father!

Rasa macam nak jerit dekat satu kampung kata dia akan bergelar ayah! Haha, boleh tak dia pergi masjid lalu jerit pakai mikrofon?

Anak ramai! Dozen-dozen. Itu targetnya.

Dia hanya tersenyum sumbing sambil memegang bungkusan laksa. Dia akan jaga Zarina dengan baik!

"Abang Am...." Langkah Helmi terhenti. Senyumannya mati tatkala terdengar suara yang dia sangat kenali. Dia toleh.

"Atia...." Terpacul sudah nama itu pada bibirnya. Atia Melur sedang berada didepannya!

"Tia rindu abang Am!" Atia tersenyum. Helmi ketap gigi. Terasa bersalah pula dia.

"Jom makan dekat warung Pak Wahab!" ajak Atia sambil menguntum senyuman lebar.

Helmi menggeleng.

"Maaf,Atia..."

"Esok! Esok kita makan sekali ye?" Helmi tetap menggeleng.

"Atia.... Abang Am cintakan Ari...." Terus mati senyuman Atia. Matanya sudah berkaca-kaca.

"Tia salah dengar kan?" Helmi menggeleng.

"Tak, Tia tak salah dengar. Abang Am dah cintakan Ari.." Berjurai-jurai jatuh air mata Atia. Dia memandang Helmi.

"Apa salah Tia, abang? Abang dah janji dengan Tia abang akan setia! Tapi apa semua ini?!" Bertalu-talu Atia menyoal dengan linangan air mata.

"Tak, Tia tak salah... Abang Am yang salah sebab berjanji. Maafkan, abang..." ucap Helmi.

"Abang jahat! Abang tipu Tia! Abang kata abang akan setia tapi abang tipu Tia!!" jerit Atia dalam nada suara yang terkawal.

Helmi memejamkan matanya. Ya, salah dia ini semua berlaku. Salah dia kerana berjanji.

"Tia baik.. Tia sempurna.. Cuma abang yang kurang.."

"Ah! Abang Am tipu!! Kenapa lelaki suka menipu?!" teriak Atia sambil air matanya mengalir hangat.

"Tia.. Abang minta maaf..." Sungguh! Dia benar-benar rasa bersalah! Tetapi mahu buat macam mana? Dia terlanjur mencintai isterinya sendiri.

Atia mengundur setapak ke belakang.

"Ari bukan perempuan yang baik! Abang yang sendiri kata! Tia baik! Tapi kenapa abang pilih perempuan perampas itu?!"

"Ari bukan perampas!" Helmi bersuara tegas.

Atia ketawa sinis.

"Dia perampas! Dia rampas Abang dari Tia!!! Tinggalkan dia!!"

Helmi menggeleng.

"Am tak akan tinggalkan dia. Dia tengah mengandung.." balas Helmi tidak sedar dia sudah menyebut perihal Zarina. Besar mata Atia.

"Mengandung? Wow! Tak sampai 2 bulan dah mengandung! Abang tak rasa ke kalau anak yang Ari ada tu anak orang lain?" soal Atia sinis. Benci sangat dia pada Zarina.

Helmi tercengang.

"Ari tak akan buat macam tu! Tia jangan tuduh macam-macam!" Helmi bersuara bengang.

"Heh, dia kan budak bandar.. Kehidupan dia liar.. Mana lah tahu dia dah simpan benih lepas tu jadikan abang sebagai kambing hitam." sinis Atia lagi.

"Tia, stop it!!"

"Pandai betul betina tu tipu! Berani betina tu perdaya orang kampung!"

Pangg!!

Satu tamparan hinggap pada pipi Atia. Atia terkedu. Dia memegang pipinya yang merah.

"Aku cakap sudah! Kau tak ada hak nak cakap benda bukan-bukan pasal isteri aku! Aku dah tak cintakan kau!" jerit Helmi bengang lalu melangkah pergi.

Atia masih lagi terkedu. Air matanya menitis. Am... Tampar dia? Kerana betina tu? Ini dah lebih!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience