GENAP sebulan mereka menjadi pasangan suami isteri yang sah. Perkahwinan mereka perkahwinan berdasarkan kontrak. Hanya atas kertas sahaja.
Mungkin Zarina menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik sekali. Tetapi itu tak cukup untuk mencuri hati lelaki yang bernama Helmi Ikram.
Ah, begitu juga lah dengan Helmi. Sukar untuk dia mencuri sekeping hati milik wanita yang bernama Zarina Medina. Tetapi.. Helmi teringin kah untuk mencuri hati Zarina?
"Hah?" soal Zarina tercengang habis. Apa telinga dia sudah pekak? Pendengaran dia bermasalah ke? Atau tidak sampai ke otak? Dia dengar ibu suruh dia masak..
Dia memandang wajah Puan Maryam dengan seribu tanda tanya.
"Ibu nak Ari masak nasi. Boleh? Ibu nak keluar jap" Kau tak salah dengar Ari!!
Baru sahaja Zarina mahu membuka mulut, Helmi yang kebetulan berada disitu terlebih dahulu memotong.
"Ari boleh. Lagipun dia memang nak belajar masak nasi pun." balas Helmi tanpa riak.
Zarina termangu. Dia menjeling tajam Helmi geram. Jelingan tajam mengalahkan pedang samurai.
Geramnya!! Siapa calap dia nak belajar masak nasi?? The what lah? Suka reka reka cerita! Benci benci benci! Didalam hati, berbakul bakul sumpah seranah dilemparkan kepada Helmi.
Wajah Puan Maryam tampak teruja.
"Betul ni Ari?" ujar Puan Maryam.
"Hah? Err.. Boleh kot.." balas Zarina gagap lalu automatik mata dia membulat besar. Ya Allah Ari! Kau dah buat kesilapan besar! Kenapa lah mulut ni gatal sangat nak jawab?
Puan Maryan tersenyum.
"Masak 4 tau!" Puan Maryam terus berlalu.
Zarina menghadiahkan jelingan maut bagai helang buat suami 'kesayangan'. Grrr.. Geram betul si Zarina ni.
Helmi membuat muka kosong tanpa reaksi.
"Cepat lah masak nasi. Tak kan tak reti kot..?" soal Helmi dalam nada mengejek yang amat sinis pada pendengaran Zarina.
Zarina sekali lagi menjeling geram wajah Helmi. Ahhh!! Geramnya dia! Bertambah lah benih kebencian pada Helmi. Disiram pula air. Fuhhh.. Mesti tumbuh subur lah benih kebencian itu dalam hati Zarina.
Kalau lah Islam tidak melarang umatNya untuk membunuh, pasti dia akan membunuh. Kalau lah membunuh bukan satu kesalahan dalam Islam, Helmi lah orang pertama yang Zarina akan bunuh! Titik!
Helmi tersenyum mengejek. Jeling jeling, terbelah biji mata baru tau!
Entah mengapa hati Helmi berasa tercuit dengan gelagat Zarina. Rasa aneh muncul didalam hati Helmi.
Zarina melangkah pergi ke kabinet dapur. Dia mengambil periuk. Dihalakan kearah Helmi.
Helmi membuat muka tidak faham. Dia berpeluk tubuh menghalakan pandangan kearah lain.
Zarina mula naik angin. Sudah lah dia tengah datang bulan, kalau dia wrestling Helmi pun belum cukup puas rasa hati Zarina mahu lepaskan rasa geram dan benci yang tersemat pada hati!
"Ehem!" Zarina berdehem.
Helmi masih dalam keadaan blur yang dicipta membuatkan bertambah geram lah Zarina.
"Ehem! Ehem!" Zarina berdehem untuk kesekian kalinya. Kalau lah Halina tidak meninggalkan dia keseorangan didalam rumah pasti dia akan tanya Halina macam mana nak masak nasi!
"Apa masalah kau? Makanlah strepsil" ujar Helmi.
Zarina kacip gigi. Sempat pula ye kau nak promote iklan strepsil kau! Lempang sampai puncak Himaya baru tahu!
Zarina rasa mahu tumbuk aje anak lelaki pertama Puan Maryam. Annoying yang amat! Mulut dia tu macam nak sumbat dengan cili aje! Pedas betul!
"Macam mana nak masak nasi?" soal Zarina mendatar. Hari ini, dia runtuhkan ego dia sebagai anak pertama Dato Azman untuk Helmi!
"Huh? Macam tu lah.."
Allah! Boleh pula buat lawak bodoh kat sini ye? Agak agaknya cita cita dari kecil nak jadi pelawak MLM ke? Tak pun Super Spontan.. Atau Gegar Lawak? Ke teringin nak jadi Lawak Solo? Pigidah!
"Boleh ajar Ari masak nasi tak?"
Kedengaran suara lunak menerpa cuping telinga Helmi. Helmi terpegun sebentar dengan suara lunak yang menerpa gegendang telinga.
Suara yang lembut.. Suara yang tidak sinis.. Suara yang lunak.. Suara yang comel.. Begini indahnya suara Zarina sebernanya? Atau dia sendiri yang tidak perasan?
Suara yang comel itu bagai dadah. Mahu mendengar lagi dan lagi tanpa jemu. Bagaikan radio. Seperti sudah ketagih dia dengan suara Zarina yang cukup merdu.
Dipandang pula wajah Zarina. Subaha Nallah.. Helmi kaku melihat muka Zarina yang didekatkan pada wajah Helmi.
Kenapa rapat sangat ni,? Pertama kali dia melihat raut wajah Zarina sebegini dekat. Cantik sungguh ciptaanMu Ya Allah.. Terpesona Helmi melihat mata coklat cair Zarina.
'Cantiknya..!' desis hati Helmi.
Bagai tidak mahu melepaskan pandangan. Dia mahu tatap wajah yang bersih tanpa cacat cela sepuas puas hatinya.
Matanya tiba tiba mendarat jatuh. Beralih pada bibir mulus Zarina yang merah bak delima. Helmi menggigit bibir.
Bibir yang merah bak delima seperti memanggil manggil dia untuk memagut bibir itu. Sebelum ini, ciuman Zarina tidak bererti apa apa.
Nafsu lelaki nya bergelora kuat. Ereksinya menaik. Ya Allah.. Dengan hanya melihat sahaja membuatkan ereksi Helmi naik. Betapa hebatnya penangan Zarina.
"Nak ajar aku ke tak ni?" soal Zarina jelik. Dok perhati muka aku kenapa? Comot ke muka aku ni?
Suara yang merdu dan lunak mula bertukar keras. Serta merta Helmi bangkit dari mimpi indah.
"Tak nak! Buat sendiri!" Grr.. Kacau line betul lah Zarina ni! Nak tatap puas puas pun tak boleh! Bukannya berdosa besar pun!
"Okay fine. Tak pe kau.. Tak pe.. Kalau kau tak nak ajar aku its fine its alright but jangan salahkan aku kalau nasi tu jadi bubur ya?" ujar Zarina selamba.
Helmi tersentak. Mak ai.. Memang betul tak boleh biarkan minah ni masak nasi. Hangit nanti nasi tu!
"Yelah aku ajar!" Helmi tayang muka tidak puas hati. Zarina senyum sampai gigi.
"Kau ambil beras dalam bekas tu."
"Huh? Mana?"
"Kau ni dah lah pekak buta pulak! Kat saji tu ah!" ujar Helmi malas lalu menunjukkan kearah tudung saji.
Zarina buat rolling eye. Menyampah pula dia dengan cikgu memasak tak berdaftar ni.
"Then?"
"Letak lah 4. Common sense itu pun tak tau ka?" arah Helmi dalam nada sinis.
Kening Zarina terjongket. Letak 4?
Zarina meletakkan empat butir nasi kedalam periuk. Dia tersenyum bangga. Macam ini ke ye?
"Dah!" ujar Zarina sambil tersenyum meleret. Pasti betul ni!
Helmi memandang isi periuk itu. Besar mata Helmi jadinya . Mulutnya terlopong habis.
"Apa kebodoh sangat kau ni? Tak kan kitorang nak makan nasi ceketet tu? Berapa ramai orang dalam rumah ni nak makan?" sinis Helmi. Gila lah! Letak nasi 4 butir bukan panggil nasi tu. Mana cukup? Even untuk seorang makan pun tak cukup!
'Dasar budak bandar!' bisik hati Helmi.
Sah Zarina Medina memang Bengong Bin Bodoh. Sudah namanya anak dato mestilah tak tahu macam mana nak masak nasi. Iyelah. Kan ada orang gaji yang tolong masakkan.
Tengok, common sense pun tak tau! Padahal budak tak ambil UPSR pun reti masak nasi. Bahkan anak anak Halima pun reti! Terror tak? Itu pun Tok Mah yang ajar.
Anak dato biasalah. Dilimpahi dan dibanjiri dengan kemewahan. Mestilah benda asas simple as dimple pun tidak tahu.
Zarina memuncungkan mulutnya sedepa. Suka suki aje kata anak dara orang bodoh! Dasar tak sedar diuntung! Jap jap.. Anak dara ke dia ni?
Well, memang benar pun. Zarina mana reti masak nasi. Goreng telur pun boleh hangit inikan pula masak nasi. Buka api gas tak reti inikan pula masak nasi. Kelakar lah.
Zarina ingatkan nasi 4 butir itu akan mengembang lalu beranak pinak jadi banyak. Kelakar sungguh anggapan Zarina.
"Dah la tak tolong lepas tu membebel macam nenek kebayan pula. Annoying betul ngan orang cam ni!" bebel Zarina perlahan tetapi amat jelas dicuping telinga Helmi.
"Tak payah nak membebel lah mak cik! Cepat letak nasi 4!"
Telinga lintah sungguh manusia yang bernama Helmi Ikram ini. Padahal Zarina cakap sikit punya perlahan bahkan kuman pun tak boleh dengar.
"4 apa?" soal Zarina polos.
Helmi menepuk dahi sendiri. Aiyoyo.. Memang lembap betul lah Zarina Medina ni!
"Dalam tudung saji tu ada bekas kecil. Letak lah nasi dalam tu 4 kali. Itu pun tak tahu ke?" balas Helmi malas sambil mendengus.
Zarina mengangguk persis burung belatuk lalu membuka tudung saji semula. Kelihatan ada bekas kecil didalam periuk itu. Diambil bekas itu lalu diisinya beras sebanyak 4 kali.
" Macam ini? "
Helmi menggeleng.
" Sikit jugak! Kau memang tak reti nak masak nasi ke? Orang dalam rumah ni ramai! Isi lah beras tu bagi penuh dalam bekas tu!" jerkah Helmi.
Terhinjut bahu Zarina dek jerkahan yang dilontarkan dari mulut Helmi. Zarina ketap gigi.
Zarina mengisi semula bekas kecil itu dengan beras yang banyak sebanyak 4 kali. Dituang bekas itu kedalam periuk yang dipegangnya.
" Ni? "
Helmi memanjangkan leher memandang isi periuk itu. Hrrmmm... Boleh tahan.
"Banyak sangat lah! Membazir aje nanti!" balas Helmi selamba.
Zarina tercengang. The whatt??? Tadi kata sikit sekarang kata banyak sangat lah pulak. Cerewet betul! Perfectionist terlebih!
"Kalau kau nak complain macam nenek kebayan, baik kau je yang buat sendiri!" kata Zarina geram sambil berpeluk tubuh.
Jelik dengan sikap Helmi yang mengarah dia tak tumpah macam cikgu memasak tak bergaji. Sudah lah tidak berdaftar apatah lagi menjadi cikgu memasak tidak diiktirafnya.
Zarina merenung mata hazelnut Helmi dengan penuh rasa kebencian.
Helmi dengan selamba membalas renungan tersebut. Dia memandang dalam dalam mata coklat cair milik Zarina.
"Ibu suruh siapa buat? Kau ke aku?"
Zarina kacip gigi. Dia menjeling maut kearah Helmi yang membuat muka 10 sen. Dia melangkah kearah periuk yang mengandungi beras.
Helmi menyembunyikan senyuman sambil memerhati Zarina yang menghentak kaki tanda protes.
" Grr.. Baik dia aje yang buat! Tak payah lah jadi controller sangat." rungut Zarina.
Bertambah panjanglah senyuman Helmi.
Sebernanya beras itu sudah cukup. Tetapi sengaja aje dia mahu mengusik Zarina sikit.
Seronok dia buli Zarina Medina. Apatah lagi bila pipi tembam Zarina itu lebih terserlah apabila dia marah. Alahai.. Comel betul! Kau dah jatuh cinta dengan Cik Isteri ke?
Helmi menggelengkan kepala berulang kali. Dia menampar pipinya.
'Hati kau milik Tia, Am!' bisik hati sanubari Helmi.
Ego yang tinggi menghalang Helmi daripada menzahirkan perkara sebenar. Mungkin itu adalah bisikan hati Helmi yang cuba menidahkkan benang yang basah. Kata kata itu bukannya datang dari hati kecilnya.
Rasa cinta pada Atia Melur masih menebal. Selalu juga dia melawat rumah Atia untuk berjumpa dengan Atia. Zarina tidak tahu menahu pasal hal ini. Biarlah. Lagipun dia kan suami untuk disewa.
Zarina juga merestukan hubungan dia dengan Atia kembali normal sebelum mereka berkahwin lagi. Apa salahnya dia berjumpa dengan buah hati sendiri?
"Berangan!" Satu jerkahan membuatkan Helmi tersentak.
Dia mendongak memandang Zarina dengan raut wajah yang masam.
"Nah!" Zarina menghulurkan periuk itu. Helmi memandang isi periuk itu.
"Good job.."
Terukir senyuman panjang Zarina. Yess!! Berjaya pun!
"Next step?"
"Basuh nasi tu" balas Helmi.
Kening Zarina terangkat.
"Macam mana nak basuh?" soal Zarina hairan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Alaa.. Basuh ngan clorox la. Itu pun tak tahu ke?" Dengan selamba Helmi membalas.
"Ada ke clorox dekat sini?" soal Zarina polos. Alahai.. Comel pula wajah Zarina!
Helmi menahan ketawa apabila Zarina mengajukan soalan lagi.
"Ada kat sana" Jari ditunjukkan kearah satu bilik kecil.
Dengan langkah yang panjang, Zarina pergi kearah bilik itu. Diambilnya clorox lalu keluar dari bilik dengan langkah yang selamba.
"Bubuh banyak sikit. Bagi wangi sampai bakteria pun terhapus" arah Helmi sambil menahan ketawa.
Zarina membuat isyarat okay.
Ketika Zarina mahu menuangkan clorox itu kedalam periuk, Helmi terus ketawa.
"Haha! Dasar budak KL! Bengap betup lah kau! Kau nak bunuh kitorang ke?" soal Helmi dengan sisa tawa nya.
"Hah??" Kedua dua belah kening Zarina terangkat tanda tidak mengerti. Dia menjadi blur sekejap.
Helmi menghampiri Zarina lalu menjentik dahi licin Zarina..
"Owww..." Again?! Dia jentik lagi? Ingat kepala aku ni Made in China ke tahan lama?
"Macam ini lah bodoh.." Clorox ditangan Zarina diletakkan ke atas lantai.
Periuk diletakkan kedalam singki. Air paip dibuka lalu Helmi menggoncangkan periuk itu sambil air mengalir.
Zarina berdiri menjadi pemerhati. Maklum lah dia kan tak pernah buat.
Air paip ditutup.
" Masuk kan tangan kau dalam tu" arah Helmi lalu mengundur beberapa tapak memberi Zarina peluang untuk belajar.
Bagai lembu dicucuk hidung, Zarina memasukkan tangannya kedalam periuk itu.
"Perah beras tu dan goncang periuk."
Zarina memerah beras itu lalu digoncangkannya apabila Helmi mengarah.
"Bukan macam tu, macam ni.." Helmi berdiri dibelakang Zarina.
Tangannya turut dimasukkan kedalam. Tangan kasarnya memegang tangan lembut Zarina. Dagu Helmi berada disebelah kepala Zarina.
Haruman wangi menusuk hidungnya. Serta merta nafsu lelakinya bergelora hebat. Leher jinjang Zarina yang putih berseri sememangnya membuatkan nafsu lelakinya bergelora. Tergugat iman dia tahu.
'Sabar, Am..' desis hati Helmi.
Tangan Helmi memegang tangan Zarina lalu menggoncang periuk itu. Tangan kirinya memegang tangan Zarina yang berada diatas beras. Tangan kanannya pula memegang periuk itu untuk menuang sedikit air.
"Habis. Kau letak dalam periuk yang besar tu. Buka suis plug and done!"
Zarina meletakkan periuk itu seperti yang diarahkan Helmi lalu menbuka suis.
''Patuh arahan betul...'' gunam Helmi.
Zarina berpaling lalu menghadiahkan senyuman paling manis buat Helmi.
Serta merta lutut Helmi terasa lemah semacam melihat senyuman manis itu. Helmi terkedu.
"Arigato, watashi no otto!" ucap Zarina lalu berlari dengan senyuman panjang.
Kening Helmi terangkat. Dahinya berkerut seribu.
"Toto apa? Bahasa alien apa lah yang minah tu cakap?" gumam Helmi sambil menggelengkan kepalanya berulang kali pelik dengan tingkah Zarina.
Tanpa mereka perasan, ada mata yang memerhati mereka.
--------------------------------------------------------------------
"BETUI kan aku dok habaq! Depa tu tak bercinta!" ujar Hilman.
"Mana ada lah, Man! Depa tu saling mencintai.. Tu gaduh gaduh manja ja.." balas Hilna sambil dicebikkan bibir.
Hilman menepuk dahinya sendiri. Perempuan memang selalu nak menang kan? Sudah terang lagi bersuluh diorang cakap 'kau-aku' tadi. Apa adiknya buta?
" Hang ingat ni novel cinta bodoh macam hang dok baca ka? In your dream lah!" bidas Hilman. Siap dengan ayat orang putih lagi tau
Wah! Panas betul telinga Hilna mendengar abang kembarnya mengutuk novel cinta kegemaran dia.
"Hang kutuk novel aku sekali lagi, aku terajang hang sampai tu Menara Alor Setar." ugut Hilna sambil menunjukkan kaki kanannya yang dianggap 'sasa'.
Hilman membuat muka toya dengan karenah si adik kembar.
"Awat tak tendang sampai Gunung Jerai ja? Boleh jalan jalan ngan Aida!" balas Hilman selamba sambil tersengih nakal.
Hilna membuat rolling eyes.
"Tapi, Na betui la aku dok habaq kat hang. Depa tu kahwin paksa. Hang tak dengaq ka depa dok berkelier?" Hilman tidak berpuas hati lagi.
"Hang ingat hang sapa weyh, Man? Dr. Alpha Male ka hang?" sinis Hilna jelik sambil mencebik.
Dia ada juga baca novel berjudul Dr. Alpha Male karya Anjell. Dan hero dia adalah lelaki lecturer yang bernama Hilman! Nama macam abang kembar dia! Mana tahu kalau Hilman 2.0 depan dia ni teringin nak jadi Dr. Alpha Male. Siapa tahu?
Hilman meraup wajahnya kasar.
"Betui aku cakap ni, Na. Aku tak kesah apa dr. hang nak aku pi tapi depa tu aku rasa kahwin paksa! Abang Am tadi cakap kasar ngan kak Ari!" ujar Hilman.
Hilna mengeluh.
"Hang ni banyak tengok kartun la. Tau lah peminat setia Detective Canon. Tapi jangan sampai terbawa bawa"
Hilman menggeleng.
"Betui lah Na! Aku tak tipu!!"
"Daripada aku layan hang yang biul, baik aku pi layan Detective Canon di TV3." Hilna terus berlalu pergi ke ruang tamu.
Hilman mendengus kasar. Susah betul cakap ngan orang yang tak arif bestari cerdik bijak mahir macam dia.
"Man! Tak nak tengok Detective Canon ka? Depa dah tau dah sapa pembunuh!!" laung Hilna dari ruang tamu.
Hilman mengeluh lalu mengorak langkah pergi ke ruang tamu. Nak tahu juga siapa pembunuh!
Share this novel