Bab 19

Romance Series 186474

SENYUMAN sumbing tidak berhenti lekang dari muka. Mekar dan ceria sahaja senyuman manis itu tanpa dipaksa. Menunjukkan betapa cerianya dia.

Motosikal Yamaha berwarna merah diletakkan ditepi bendang. Betul betul di tepi bendang.

Makin laju langkah diatur, makin lebar sahaja senyumannya. Dia percepatkan langkah pergi kearah perkarangan rumah kayu itu.

Memang dia sangat gembira tidak sabar untuk berjumpa seseorang. Dia sanggup pulang dari sekolah tanpa berehat dirumah terus pergi sini semata mata mahu berjumpa seseorang.

Hanya dengan riak wajah sahaja sudah tidak dapat disangkal lagi. Jelas terpamer perasaan gembira tak terhingga. Tidak dapat diluahkan tetapi dapat dilihat melalui ekoran mata.

"Assalamualaikum.." laung Helmi. Tiba tiba rasa debaran mula terasa. Time time macam ini encik jantung mula menggedik tak tentu hala. Berdegup kencang jantung dia dibuatnya.

"Waalaikumussalam." sahut Atia Melur yang muncul didepan pintu kayu dengan tudung bawal.

Semakin panjang senyuman Helmi dibuatnya setelah melihat wajah kekasih hati yang amat dirindukan. Ya, dia sangat rindukan Atia Melur.

Dia sanggup pulang dari sekolah tanpa berehat dirumah terus pergi ke rumah Atia semata mata ingin melihat raut wajah yang comel itu sebagai pengubat rindu dihati.

Tadi di sekolah sudah lah dia penat dengan kenakalan pelajar pelajarnya tahap dewa. Hari ini, dia ada banyak kelas yang kena ajar dan relive dek ramai guru yang tidak hadir. Helmi menjalankan tugas dalam keterpaksaan.

Penat dan letih sungguh dia rasakan. Tambah lagi dengan cuaca terik bertambah tidak larat lah dia jadinya. Hari ini penat dia terlebih dos. Penatnya lain macam. Kuasa tiga tahu penat Helmi Ikram, cikgu Sejarah ini!

Bila terpandang wajah Atia Melur yang berkulit hitam manis, terasa seperti ada kuasa magis berlaku. Segala penatnya telah hilang! Beban yang dia rasakan sekarang bagai punyai sayap lalu terbang tatkala melihat raut wajah manis milik Atia.

"Eh, abang Am.." Atia tersipu malu apabila mata hazelnut Helmi tidak lepas dari memandang dia.

'Ada tak kena ke dengan muka aku? Tudung senget ke? Ada asam pedas tersekat dekat celah gigi ke?' soal hati kecil Atia apabila Helmi merenung wajah nya tidak lepas seolah olah mahu baham dia.

Maklum lah baru tadi dia sempat merasa asam pedas penangan Mak Bedah, mana tahu terlekat sesat diskala enam pada gigi ke. Buat malu je depan buah hati sendiri! Idoknya best!

Atia memandang pakaian pemuda itu. Pakaian kemeja. Maknanya, Helmi baru sahaja pulang dari sekolah.

"Err.. Abang Am duduk dulu ye dekat meja tu. Tia nak buat air kejap." pinta Atia lalu masuk kedalam rumah semula.

Bagai lembu dicucuk hidung, Helmi duduk diatas meja dibawah pokok kelapa. Cuaca yang terik berteduh dibawah pohon memang sungguh selamatkan dia daripada terkena panahan cahaya matahari.

Helmi sempat menarik nafas lega.

Masa yang terluang ini Helmi mengambil kesempatan untuk memerhati sekeliling. Rasanya semalam pun dia melawat rumah Atia agaknya.

Atia Melur datang sambil membawa dulang kearah Helmi.

Atia meletakkan gelas cawan yang berisi air kelapa dan cekodok untuk Helmi menjamu selera.

"Eh, buat susah susah je Tia." Segan pula Helmi apabila Atia sanggup menyediakan hidangan simple but special ini kepada dia. Wow.. Touching pula hati Helmi dibuatnya.

Ini adalah salah satu sebab kenapa dia suka gadis yang bernama Atia Melur. Kalau dia jadi isteri Helmi, confirm Helmi Ikram akan bahagia! Dapat isteri yang rajin dan ringan tulang siapa tak bahagia?

"Tak susah pun lah, abang Am..." balas Atia sambil mengukir senyuman.

Atia duduk diatas kerusi berhadapan dengan Helmi. Atia menundukkan sedikit wajahnya kerana tidak mahu bertatapan renungan dengan lelaki itu.

Kalau dia renung mata hazelnut Helmi, confirm cik jantung pasti akan meletup tak tentu hala. Pasti akan beroperasi selama 24 jam macam kedai sarbaneka Juara.

Ah, yang pasti dia naik segan bertentang mata dengan buah hati tercinta. Sungguh renungan lembut Helmi mampu melunturkan hati nya.

Helmi memandang Atia Melur dari atas bawah. Atia hanya menyerlung tudung bawal berwarna merah jambu yang ada sedikit 'bling bling'. Atia lengkap berpakaian baju kurung warna kuning bercorak batik dan bunga.

Sikap ini juga membuatkan Helmi jatuh cinta dengan Atia.

Dengan pemakaian sahaja sudah menunjukkan bahawa Atia Melur sangat mementingkan budaya dan tradisi. Sangat menjaga aurat dan juga batas pergaulan. Itu yang membuatkan Helmi terpikat.

Akhir kata, semua ciri ciri Atia Melur adalah isteri yang sempurna! Ya! Wanita Melayu Terakhir bagi Helmi Ikram!

"Tia... Sihat..?" soal Helmi sekadar berbahasa basi. Suasana agak kekok dan janggal, jadi terpaksa lah utarakan soalan cliché.

Atia menganguk.

"Abang?"

"Sihat alhamdulillah.."

Keadaan bertukar janggal semula. Entah mengapa lidah Helmi kelu untuk berbicara didepan wanita yang paling dia cintai.

Kalau diberikan kuasa, Helmi teringin meluahkan segala yang terpendam didalam hati. Dia mahu menyatakan betapa dia rindu akan gadis manis itu.

Helmi mengambil cekodok lalu disumbat kedalam mulut.

"Sedap. Tia ke yang buat?" soal Helmi sambil mengunyah cekodok itu.

Hrmm.. Rasa yang rangup dan tidak hangit. Warnanya hanya coklat tandanya cekodok itu tidak terlebih masak. Kerangupan itu membuatkan Helmi mahukan lagi. Sedap betul cekodok ini!

Atia mengangguk sambil tersipu malu.

Makin lebar lah senyuman Helmi dibuatnya.

Dah agak dah. Air tangan Atia memang sedap. Walaupun baru berusia 21, masakannya sangat enak dan pasti lazat. Tak mungkin lah kalau tak sedap!

"Patut lah sedap..." puji Helmi sambil tersengih. Diambilnya satu lagi cekodok untuk dimasukkan ke dalam mulut. Boleh licin pinggan di nanti!

Makin menunduk lah wajah Atia dibuatnya mendengar pujian daripada buah hati. Kembang mekar bunga bunga hati ini mendengar pujian sebegitu.

"Nak Tia buat bekal untuk abang Am..?" pelawa Atia apabila mengangkat wajahnya. Dia berani bertentang mata dengan lelaki berusia 28 tahun itu.

Besar mata Helmi mendengar omongan daripada mulut Atia. Wah!

"Boleh ke..?" soal Helmi ragu ragu. Dia bukannya ragu ragu dengan kebolehan Atia memasak.

Ahh.. Bukannya apa. Gadis muda didepannya ini tengah masih cuba untuk menyambung belajar. Mana tahu kalau dia ganggu rutin harian gadis ini.

Atia mengangguk laju. Dia sama sekali tidak kisah. Makin bertambah lah rasa sayang Helmi pada dia jika dia memasak. Atia tekad. Dia akan curahkan sepenuh rasa cinta pada masakannya!

Helmi tersenyum. Teringat pula dia terhadap Zarina yang masak nasi pun tak reti. Kejap. Kenapa kau fikir pasal dia, Am?

"Tia tunggu sikit je lagi tau. Lagi 2 bulan lagi.." ucap Helmi yakin.

Atia mengangguk sambil tersenyum manis. Ya! Lagi 2 bulan lagi mereka akan bersama!

--------------------------------------------------------------------
"ASSALAMUALAIKUM..." laung Helmi lalu menaiki tangga kecil untuk masuk ke dalam rumah.

Sedar tak sedar sudah senja. Lama juga ya dia meluangkan masa dengan Atia. Sehingga tidak sedar matahari sudah mula terbenam.

Baru sahaja Helmi mahu memulas tombol pintu rumah, pintu itu tiba tiba terbuka.

"Waalaikumussalam, Miam!" sahut Zarina dengan senyuman manis. Manis sangat senyumab itu sehingga Helmi tidak dapat mengenal pasti itu senyuman ikhlas atau plastik.

Helmi mengeluh perlahan. Balik dari berjumpa buah hati, makhluk pertama yang dia nampak setelah pijak rumah kayu ini adalah isteri dia. Rasa penat mula menjelma.

"Mesti Miam penat kan..?" Zarina mengambil tangan kanan Helmi lalu diciumnya.

Dahi Helmi berlapis seribu. Hairan! Pelik betul dengan tingkah Zarina hari ini! Tidak pernah dia menyambut Helmi pulang dari sekolah. Ada apa apa ke?

Helmi mengangkat kedua dua belah keningnya tanda 'kenapa?'

Zarina masih lagi dengan senyuman manisnya yang kalah gula. Senyumannya itu sangat lebar sampai matanya hampir tertutup. Nampak sangat senyuman plastik yang dibuat buat.

Bola mata hitam milik Zarina mengerling kearah sebelah kiri. Senyuman panjang tidak lekang dari bibir.

Helmi turut memandang arah sebelah kiri. Hendak juga tahu kenapa Zarina terlebih menjadi isteri mithali.

Bulat mata Helmi memandang sekumpulan manusia yang duduk diruang tamu. Mata mata mereka asyik memerhati pasangan suami isteri yang berada dipintu kayu masuk rumah.

Patut lah! Manusia manusia dekat ruang tamu tu asyik perhatikan mereka!

Pandangan beralih kearah Zarina yang asyik mengukir senyuman panjang.

"Dah paham..?" soal Zarina dalam keadaan berbisik. Hanya dapat didengari oleh Helmi. Senyuman lebar yang manis masih tidak lekang dari tadi. Otot muka tak kejang ke asyik senyum dari tadi?

Helmi mengangguk perlahan sambil mengerling kearah manusia manusia yang masih memerhati kan mereka.

"Penat sangat Zame! Lepas aje tengok muka Zame, terus hilang rasa penat!" ujar Helmi sambil tersenyum manis terpaksa. Dia merangkul tubuh Zarina lalu dipeluknya tubuh itu.

"Eeii.... Miam berpeluh la.." rengek Zarina manja lalu menolak perlahan bahu Helmi manja sambil membuat memek muka.

Helmi tersentak. Mak aii.. Tak payah lah buat buat manja ni..

"Alaaa... Dengan Zame aje.." Helmi kenyit mata.

Giliran Zarina pula tersentak. Ingat comel ke kenyit mata cam tu?

"Dah dah la tu buat show free!" tegur Halina yang sedang melipat baju. Halima hanya tersengih mendengar teguran Halina.

"Suka sangat dok rosakkan mata kami!" cebik Hilman disokong oleh anggukan laju Hilna.

"Hangpa ni biaq pi lah kat depa. Hang tu bila nak kahwin?" tegur Tok Mah sambil merenung tajam muka Halina.

Halina mendengus perlahan.

"Nanti nanti lah tok. Ceq baru 25 tahun. Muda lagi!" balas Halina malas sambil membuat rolling eyes. Sudah lali mendengar teguran itu.

"Muda lagi? Awatnya dengan muda? Eh, hang tu dah 25. Layak jadi andartu tau!" balas Tok Mah semula.

Halina berdecit sebentar.

"Awat hang balik lambat abang Am?" soal Hilna.

"Errr.. Ada mesyuarat pas tu ada kelas tambahan.." jawab Helmi gagap. Mana ada kelas tambahan! Dia pergi ke kelas Atia Melur!

"Am dengan Ari masuk dulu lah dalam bilik. Mesti Am penat kan sebab balik lewat.." Puan Maryam pantas bersuara apabila melihat raut wajah Helmi.

"Ye lah.. Mesti Miam penat kan? Jom masuk bilik! Ada katil baru!" rengek Zarina manja sambil menarik tangan Helmi melangkah kedalam bilik.

Helmi turutkan sahaja. Manakala mereka yang berada diruang tamu hanya sengih sampai gusi.

*

"Yang kau dok manja manja kenapa? Geli lah!" ujar Helmi seraya melepaskan pautan tangan Zarina.

Zarina mencebik sambil membuat rolling eyes.

"Yang kau peluk aku kenapa? Dah lah berpeluh!"

"Eleh.. Kau syok kan aku peluk kau? Mengaku aje lah.. " usik Helmi selamba sambil angkat kening double jerk.

Zarina tercengang. Wah! Perasan gila mamat sambal belacan ni!

"Seriously no way lah weyh! Apa class? Dasar narcissist lah kau!"

Kening Helmi terangkat. Narcissist? Bende apa tu?

"Kita akan bersama cuma lagi 2 bulan je lagi kan? Kita kena lakonkan watak happily ever after depan family kau." ujar Zarina lalu duduk diatas katil menghadap Helmi.

Helmi mengangguk tanda setuju.

"Apa kata kita berdamai tak leh ke?" cadang Zarina meluahkan pendapat.

Helmi menggeleng laju.

"No no. Buat apa aku nak berdamai dengan kau?" soal Helmi dalam nada sinis.

Zarina mengeluh. Zarina ingat nak berkawan dengan Helmi sepanjang mereka berkahwin ni tetapi Helmi tak nak!

Fine tak pe kalau dia tak nak berdamai janji sepanjang perkahwinan mereka akan ada keseronokan yang menanti disebalik tirai.

"Apa kata kita main game nak?" cadang Zarina sinis.

Helmi memandang Zarina . Keningnya terangkat.

"Game apa?"

"Siapa jatuh cinta dulu, dia loser!" ujar Zarina sambil tersenyum sinis.

"L.O.S.E.R! Big loser"

"Maksud kau?" soal Helmi tidak mengerti.

Zarina buat rolling eyes. Jelik dengan sikap blur Helmi.

"Maksud aku, sepanjang 2 bulan ni, siapa siapa yang jatuh cinta dulu, jatuh lah dalam lombong kekalahan. Baru lah fun!"

Helmi terdiam sebentar.

Zarina bangun lalu mendekatkan wajahnya kewajah Helmi. Serta merta jantung Helmi berdegup kencang.

"Takut ke..?" soal Zarina mengejek sambil menyentuh lembut pipi Helmi.

Entah mengapa sentuhan lembut itu sangat selesa dan hangat.

"Siapa cakap aku takut?" jerkah Helmi lalu menepis kasar tangan Zarina. Zarina tersenyum sinis sambil menghulurkan tangan.

"Deal?"

Huluran tangan dipandang sepi oleh Helmi. Perlahan lahan dia menggapai tangan itu.

"Deal!"

Kerana bisikan syaitan, mereka bermusuh

Kerana rasa ingin menang, mereka ketepikan rasa cinta yang makin bersemi

Kerana ego yang menyelebungi diri, mereka menidakkan perasaan cinta digantikan dengan benci

Mereka ibarat boneka. Terperangkap didalam permainan. Tidak boleh berhenti tetapi harus diteruskan. Hingga mereka tidak boleh mendengar suara hati sendiri. Siapa yang kalah dan siapa yang menang..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience