Scarlett : Hari ini boring gila..! Puasa bukannya boleh buat apa-apa pun. Tak boleh pergi kenduri hanya boleh menghadap phone dan Al-Quran.
Alhamdulillah saya ada masa nak buat draft. Hari ini baru sentuh keyboard tau. Hari ini juga siap.
Okay saya tulis note ni sekadar perhatian. Kena bagi khatam PEMILIK HATI IRIS dulu ye sebelum baca SUAMI UNTUK DISEWA. Sebab saya gunakan watak dari PHI dalam SUD. So tak ada lah blur tak tau watak mana ni.
Untuk pembaca yang nak saya sambung Mr. Tak Gentleman, rasanya tak sambung kot. Saya akan biarkan cerita itu tergantung. Malas pula nak tekan keyboard buat draft. Idea dah ada. Cuma tak mampu nak olah dengan baik. Jangan marah nooh..
Okay. Saya akan publish new book! So please check at your notification or my profile. Saya ni memang suka publish cerita dan suka biarkan cerita tergantung sepi.
Okay lah. Saya rasa saya dah banyak merapu dan melalut. Sebagai penutup tirai ilmiah (macam pidato pula) you guys enjoy cerita yang merapu ini. Enjoy!
TALIAN dimatikan. Phone berjenama Oppo yang berada ditangan diletakkan semula diatas meja. Mukanya kelihatan masam mencuka. Dia memeluk tubuhnya sendiri. Sugul aje wajahnya itu.
Haris Ikhwan yang berada disebelah isterinya terus memandang sisi muka isterinya. Tangan kirinya merangkul pinggang ramping isterinya yang memasamkan muka.
"Dear... Got anything to share?" soal Haris seraya meletakkan dagunya diatas bahu isterinya itu. Dia mencium rambut isterinya.
'Wangi!' desis hati Haris. Haris amat gemar mencium rambut isterinya. Sangat wangi haruman itu. Kalau shampoo guna shampoo jenama Sunsilk mana tak wangi?
Sekali pandang sudah Haris tahu. Isterinya itu tidak berpuas hati. Melihat sahaja dari raut wajah yang lain macam dan kelakuannya yang pelik, isterinya itu tidak berpuas hati mengenai sesuatu.
Tadi, elok sahaja perangai isterinya itu. Ceria dan senyum sampai ke telinga. Bila aje jawab panggilan telefon, terus berubah wajah. Mendatar aje suara isterinya.
Ekoran itu, Haris dapat mengagak. Kesimpulannya, pemanggil phone itu yang membuatkan sikap isterinya berubah. Macam detective tak?
"Abang! Dear geram lah dengan boss anja tu!" rungut Dayana Misha. Lebih kepada rengekan sebernanya ni. L Pandangan Misha beralih kepada suaminya yang memeluk pinggangnya. Seraya itu Misha melepaskan pelukan sang suami.
Kening kiri Haris terangkat.
"Boss? Boss mane pulak ni?" soal Haris sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sungguh dia tidak tahu boss yang mana. Penyakit lupa menyerang Haris Ikhwan pula tiba-tiba.
Misha menayang muka tidak puas hati kepada Haris . Selalu sangat makan semut. Itu yang lupa itu!
" Alaa.. Boss yang Dear selalu cerita tu. Monster! " jawab Misha malas. Dia membuat rolling eyes. Nampak benar kebencian Misha kepada boss nya itu.
Haris berfikir sejenak.
"Monster ? Maksud Dear... Zarina Medina Binti Dato Azman?" teka Haris.
Misha mengangguk. Sekejap dia memandang wajah Haris.
"Amboi.. Siap tau nama dengan Binti sekali ye.. Ada apa-apa ke?" soal Misha garang sambil mengecilkan matanya yang bulat. Dia merenung tajam muka suaminya.
"Laaa.. Dear bagi kebenaran untuk abang pasang satu lagi ke? Abang okay aje.." Selamba Haris menuturkan ayat itu.
Mencerlung mata Misha. Amboi amboi. Gatal pula orang tua ni. Natijahnya, paha Haris menjadi cubitan Misha.
"Gatal!"
"Aduh! Sakitnya Dear! Sejak bila Dear tukar jadi Mak Ketam ni?" usik Haris.
"Ooo.. Nak rasa ke cubitan Mak Ketam ini?" Misha menayangkan tangan kanannya.
Laju Haris menggelengkan kepalanya.
"Alaa.. Abang gurau aje"
Misha meletakkan tangannya diatas paha nya sendiri. Dah calm dah kot?
"Back to your boss. Apa dia suruh buat?" soal Haris sambil merenung muka isterinya itu.
"Oh! Dia suruh tempah katil saiz queen! Apa dia ingat Dear ni orang gaji dia ke?" rungut Misha seraya memasamkan muka apabila teringatkan perbualan antara dia dan Zarina sebentar tadi.
Haris mengusap dagu isterinya lembut.
"Iye lah.. Dah Dear ni kan PA si monster tu.."
Misha memuncungkan mulut sedepa persis itik. PA mende? Bukannya PA syarikat ke apa. Ini Personal Assistant yang memang personal punya. Macam segala maklumat mengenai personal Zarina Medina, Misha kena inform.
Baru-baru ini, dia mendapat 'misi' daripada boss 'kesayangan'. Kena sentiasa awasi Datin Noraini dan Querina mana tahu mereka melakukan sesuatu yang mencurigakan.
Tambah pula dengan bonus misi, kena siasat pasal maklumat yang telah Zarina PM. Bertambah runsing la Misha Dayana ini. Kena sahkan maklumat yang telah Zarina PM itu betul ke idok.
Tadi, baru sahaja Zarina Medina menghubungi dia. Katanya harus tempah katil empuk dan selesa saiz Queen. Kena hantar dalam minggu ini juga. Alasannya apa? Tak ada Internet. Data sudah kering kontang.
Misha merasakan dia memang Personal Assistant Zarina Medina. Segala latar belakang dan maklumat peribadi Zarina, ada dalam poket. Kecuali latar belakang zaman kanak-kanak itu memang dia tidak tahu menahu.
Misha juga tahu yang Zarina Medina telah berkahwin. Udah memegang status 'isteri'. Dan dia juga tahu lokasi Zarina Medina. Dato Azman tidak tahu menahu langsung dengan jawatan yang disandang Misha Dayana. Habis la Misha kalau Dato Azman tahu dia 'sorok' anak kandung dia. Mampus!
Nak dijadikan cerita, Misha Dayana ini adalah PA ekspres. Akan digunakan khidmatnya bila perlu. Dan semestinya Zarina akan telefon dahulu untuk memberikan tugasan. Nasib baik gaji lebih tinggi daripada rate susah misi.
"Kalau nak tempah katil, senang. Online dengan Mudah.Com atau dekat Lazada pun boleh. Cuma..."
Memang la tempah katil mudah. Tak kan lah nak bazir tenaga pergi ke Tesco atau Giant semata-mata untuk beli katil. Errr.. Buat habis bateri aje lah! Baik tempah melalui online. Segala galanya berada dihujung jari sahaja. Tekan sudah beli. Simple.
Kening Haris terangkat.
"Cuma..?"
"Cuma tugas sebelum itu payah la abang!" adu Misha. Ya. Tugas untuk pastikan maklumat yang dihantar betul ke tidak.
"Tugas apa? "
Misha mengambil phone jenama Oppo dimeja lalu menekan skrin telefon itu. Dia menghalakan telefon itu kepada suaminya.
Berkerut dahi Haris dibuatnya tatkala membaca petikan beserta gambar itu.
"Betul ke benda ni?"
Muncung aje mulut Misha.
"Itulah! Kena sahkan benda ni betul ke tidak! Payah kan?"
Haris mengangguk tanda setuju. Memang payah dan susah.
"Macam mana nak tau ni?" rungut Misha.
Haris diam berfikir sejenak.
"Kalau kita upah orang HM untuk siasat nak?" cadang Haris.
Besar mata Misha.
"HM? You mean that famous and successful company?"
Haris mengangguk.
"Okay gak! Pandainya suami kita!"
"Mestilah. Tengok kaki la.."
Misha mencebik. Baru kena puji sikit dah mula angkat bakul sendiri.
"Done! Abang, Dear nak pergi rumah Fiera boleh tak? Ada Farah sekali. And.. Of course baby Ifti and Iriz. Boleh..?" pinta Misha sambil mata dikerdipkan banyak kali mahu kelihatan comel.
"Oh. Boleh aje.. Tapi abang risau la dengan Rayyan.."
"Ha'ah. Dear risau Ifti dan Iriz terpaksa membesar tanpa mama. Diorang pun belum cukup setahun" keluh Misha.
"Abang rasa.. Rayyan belum boleh lupakan Iris la.."
"Yelah. Cinta pertama dari sekolah menengah kot!"
"Eermm.. Entah la.."
"Tetapi kan.. Dear harap ada perempuan yang berjaya ketuk pintu hati Rayyan buat kali kedua ."
"Amin...."
--------------------------------------------------------------------
TELEFON berjenama Samsung dipandang sepi. Zarina mengeluh. Moga-mogahan katil yang dia suruh Misha tempah, akan cepat sampai.
Terkenangkan datanya yang telah kering kontang membuatkan Zarina sebak. Aduhh.. Drama pula.
Maklumat yang Zarina bagi, belum Misha mengenal pasti. Zarina mahukan jawapan!
"Buat apa tu?" tegur Zarina seraya menghampiri Hilna dan Halina yang berdiri didepan Kembang, kerbau Tok Mah.
Bulat mata Zarina. Ketawanya pecah tatkala melihat wajah Kembang.
"Cantik kan kak?" soal Hilna kepada Zarina.
Halina mencebik.
"Cantik binatang apa? Tengok Ari pun gelak!"
"Haha!" Zarina tidak dapat menahan ketawa melihat rupa baru Kembang.
"Ishh.. Akak ini jangan la gelak!" marah Hilna.
Ketawa Zarina masih bersisa. Dia memandang rupa Kembang yang dipenuhi dengan make up. Blush, eye shadow, lipstick. Hebat la! Dia pun tak ada lah make up sampai macam ini.
Tukang make up dia tak lain tak bukan adalah Hilna. Teringin sangat kot nak jadi Mak Andam. Ataupun berhajat nak jadi Jurusolek. Caya lah Hilna!
Halina juga ketawa. Muncung aje mulut Hilna dibuatnya.
"Ish.. Kak Ari.. Kak Lina.. Jangan lah gelak!" marah Hilna. Mana tak marah? Penat-penat dia make up Kembang lawa lawa, diorang boleh pula gelak dekat hasil art dia.
Aduh.. Semput perut mereka dibuatnya.
Mata helang Zarina terancap pada susuk tubuh yang sedang baring di atas buaian. Nyenyak betul tidur.
"Itu Am ke?" soal Zarina.
"Ha'ah. Balik aje dari sekolah terus mandi then tidur atas buaian." cerita Halina. Iye lah. Katil kan sudah patah. Nak tidur mana nanti? Tidur atas buaian la!
Mata Zarina melirik ke arah kotak make up yang dipegang Hilna.
"Amboi amboi sedapnya sambal belacan itu tidoq.." ujar Halina.
Zarina mengulum senyuman. Ah, sudah dia tahu yang Halina akan berfikiran sama sepertinya. Otak purple. Revenge time!
"Na, hang conteng muka si hell tu sebjik macam Kembang." arah Halina.
Hilna tersenyum jahat.
"Wokayh!"
Dia bergerak perlahan lahan menghampiri Helmi. Zarina dan Halina bersembunyi disebalik pokok pinang. Mereka mengintai perbuatan Hilna.
Hilna mengambil berus eye shadow lalu menyapu di bahagian pipi Helmi. Penuh berhati-hati tidak mahu Helmi terjaga.
Sesudah itu, lipstick merah menyala ala ala Lady Gaga punya edisi diconteng pada bibir tebal Helmi.
"Na..! Bagi tebal sikit..!" bisik Halina dari jauh.
Meletus ketawa Halina tetapi Zarina sempat menekup mulut Halina. Kalau nak diikutkan, dia pun mahu ketawa. Tapi ditahan.
Sesi make up belum berakhir lagi ya. Eye shadow dicalit pada jari lalu dicalit pada alis mata.
" Na..! Buat warna warni macam jebon...!" bisik Halina lagi.
Helmi mula mengeliat kecil. Tak keruan mereka jadinya. Kepala Zarina dan Halina disorokkan sebalik pokok pinang. Hilna pula duduk disebalik meja yang kebetulan berada disitu. Takut kantoi la..
Nasib menyebelahi mereka. Helmi menyambung tidurnya sambil berdengkur. Nyenyak betul dia tidur.
Hilna menarik nafas lega. Begitu juga dengan Halina dan Zarina
Hilna perlahan lahan mendekati Helmi lalu menyambung make up eye shadownya yang tertangguh sebentar tadi.
Zarina dan Halina cuba menahan ketawa. Mata tajam Zarina terancap pada Tok Mah dan Hilman yang sedang berjalan dari jauh mahu mendekati rumah.
"Amaran..!" bisik Zarina kuat.
Hilna toleh. Betul la! Terkocoh-kocoh Hilna bersembunyi disebalik pokok pinang.
Tok Mah dan Hilman yang baru sahaja balik dari kebun perlu melintasi buaian yang sedang Helmi baring untuk masuk kedalam rumah.
"Tok! Tengok muka abang Am ni tok!" ujar Hilman seraya ketawa.
Tok Mah merenung muka Helmi. Meletus ketawa warga emas itu.
Serentak Zarina, Halina dan Hilna juga ketawa. Memang lawak pun muka Helmi. Kalah Kim Kardashian. Joker pun mesti angkat white flag.
" Am! Bangun! Haha.. " gerak Tok Mah sambil menepuk kuat paha Helmi.
Helmi terus terjatuh daripada buaian. Terjaga dia daripada mimpi indah.
"Pa dia Tok? Awat hang gelak, Man?" soal Helmi pelik. Dia menggosok mata kanannya.
"Hang tanya awat? Pergi kaih tengok muka hang dekat cermin tu!" arah Tok Mah dengan sisa tawanya. Hilman menekan perutnya. Semput sangat ketawa.
Helmi dengan wajah tidak puas hatinya bergerak ke motosikal.
"Pa dia hampa ni?" Helmi menunduk untuk melihat wajahnya dicermin sisi motosikal.
"Eii!" Terkejut beruk Helmi apabila mendapati wajahnya macam badut sarkas.
"Siapa buat ni?!" laung Helmi.
Zarina, Halina dan Hilna keluar daripada tempat persembunyian sambil ketawa terbahak-bahak.
Helmi merenung tepat tajam mereka bertiga.
"Hangpa memang nak kena. Tunggu hangpa aku tangkap hangpa. Aku conteng sebjik macam hangpa buat!" Helmi mula berlari mahu menangkap tiga sekawan itu.
"Aaaahh!!! Am dah marah!!" teriak mereka lalu berpecah mahu menyelamatkan diri.
Mereka berkejar-kejaran sehingga masuk kedalam bendang
--------------------------------------------------------------------
ZARINA mengelap rambutnya yang basah dengan tuala. Disebabkan badannya kotor sebab jatuh dalam bendang, terpaksa mandi lagi sekali.
Helmi yang keluar daripada tandas dengan bertuala terkejut melihat Zarina di meja solek.
"Apa kau buat kat sini?" soal Helmi bengang. Kejadian tadi masih segar berada di kotak ingatan Helmi.
"Tengah basuh tayar basikal." jawab Zarina selamba. Dia tidak menoleh langsung kearah Helmi.
"Keluar daripada bilik ni cepat!" arah Helmi.
"Pe hal kau?" soal Zarina lalu toleh kearah Helmi. Besar mata Zarina. Oh my.. Badan yang berketul-ketul. Selalu pergi gym ke apa ni? Six-pack kau.. Kau ada?
"Tengok apa? Cepat keluar! Aku nak pakai baju! "
Zarina tersenyum nakal. Dia menghampiri Helmi.
"Kenapa? Pakai aje lah baju dekat sini." balas Zarina dengan senyuman nakal tidak lekang dari bibir.
Seronok betul dapat kenakan Helmi dua kali hari ini. Tangan nakal Zarina mula mengusap lembut perut Helmi. Bibir seksi Zarina mula menjelajahi segenap perut Helmi.
Helmi mula tidak senang apabila Zarina asyik menjilat perutnya dengan ghairah. Entah kenapa satu perasaan aneh hadir menjentik kalbunya. Iaitu...
Nafsu.
Zarina tersengih nakal apabila raut wajah Helmi mula berubah. Tergoda la tu..
Bibir nakal Zarina tidak berhenti di situ. Bibirnya mendarat dibibir tebal milik Helmi. Tangannya melingkari leher Helmi. Bibir Zarina menjilat bibir tebal Helmi. Sesekali Zarina menggigit bibir bawah Helmi manja.
Helmi tidak dapat bertahan lagi. Dia merangkul pinggang ramping isterinya itu. Helmi ikut sama membalas kucupan itu. Bibir mereka bertaut lama sekali.
Zarina yang pada mulanya ingin menguji Helmi sahaja turut tenggelam dalam ciuman yang penuh ghairah itu.
Sesekali tautan dilepaskan untuk mengambil nafas. Kemudian mereka menyambung ciuman semula.
Zarina bagai tersedar dari mimpi. Dia menolak tubuh Helmi hingga terdorong ke dinding.
"Owwww...."
"Kau tergoda ke? Tak sangka pula aku. Aku usik sikit je.." ujar Zarina cuba menutupi malu. Dia mengesat bibirnya dengan tangan. Habis air liur
Helmi mengetap bibir. Berani dia kenakan aku? Nasib baik aku tak 'ngap' kau tadi. Tidaknya habis tertanggal baju kau.
Zarina menekup matanya tanda terkejut. Besar matanya. Terlopong mulutnya.
"AAAAHHHHH!!!!!!" jerit Zarina
Helmi yang hairan mula perasan akan sesuatu. Dia memandang kebawah. Kain tualanya terlorot ke bawah lantai.
"AAAAAAHHHHHH!!!!!"teriak Helmi dua kali ganda lagi nyaring daripada Zarina.
Ohmygaid! Bukan setakat abs Helmi aje yang Zarina nampak. Dia nampak 'senjata' Helmi sekali. Dia nampak 'batang' Helmi! Panjang mak kau! Kau ado?
Spontan Helmi menutup 'senjata' milik dia.
"KELUAR!!!!" teriak Helmi lagi.
Kuat dan nyaring sebijik macam nenek kebayan suara dia. Jantan ke betina suara dia ni?
Zarina terus membuka pintu untuk keluar sambil mata dipejamkan. Kedua dua belah tangan diletakkan pada mata.
Errkk.. Rasanya penglihatan dia baru sahaja dicemari oleh Helmi . Kena samak dan basuh la nampaknya bagi suci mata dia. Ini semua salah Helmi Ikram! Malu betul!
Macam mana boleh jatuh? Sudah la tu reaction dia pula lambat cam siput sedut! Baru nak perasan kata tuala sudah jatuh! Mata suci dia telah kotor! Grrr... Salah Helmi Ikram!
Pintu bilik dikuak. Kelihatan Helmi lengkap berpakaian dan wajah yang sugul dan tegang. Nampak sangat malu masih bersisa.
Dengan wajah yang selamba, Helmi bertutur.
"Apa tengok-tengok?" soal Helmi.
Besar mata Zarina. Serius la? Dia tak ada button malu ke dekat saraf dia? Lupa ke yang aku dah tengok semuanya kecuali belakang dia. Faham faham aje lah.
Buat rilek selamba aje. Ini yang Zarina bengang. Patutnya hari ini ialah April Fool untuk Helmi. Kenakan Helmi tapi dia punya reaksi buat Zarina macam nak tumbuk aje bagi fius otak dia tu okay.
'Dasar robot sambal belacan!' desis hati Zarina.
Zarina mengukir sengihan nakal.
"What a nice view just now.. Thanks for the show, Am!" ucap Zarina nakal sambil mengenyit mata.
Bahang aje muka Helmi dibuatnya. Aduhh... Minah ni memang sengaja cari pasal la. Sengaja nak bagi aku malu ke?
"Kau pehal?" soal Helmi garau dengan wajah tidak puas hatinya. Buat macam tak ada apa-apa, Am. Kau boleh.
Zarina tersenyum meleret.
"Aku pehal? Aku nak ambil bantal la! Tidor dekat bilik Lina. Kau tidor la kat atas toto tu." Zarina masuk kedalam bilik lalu mengambil bantal.
"Katil siapa nak beli?" soal Helmi sambil merenung tajam wajah Zarina.
"Nanti ada la orang hantar!"
Zarina merenung muka Helmi.
"Errkk.. A..asal k.. au.. te.. te..tengok aku?" soal Helmi gagap. Ah! Sesungguhnya dia kalah dengan renungan menggoda Zarina. Padahal Zarina hanya merenung sahaja mata Helmi. Tak buat apa apa pun. Itu pun dah gelabah semacam.
Zarina tersenyum manis.
Helmi terpana dengan senyuman manis itu. 'Cantiknya..' desis hati Helmi.
"Goodnight, Helmi!" ucap Zarina ikhlas sambil mengukir senyuman manis.
Zarina mengucup sekilas pipi kiri Helmi lalu terkocoh-kocoh masuk kedalam bilik Halina.
Helmi terkedu. Dia memegang pipi kirinya yang dicium Zarina sebentar tadi.
"Ari.. Apa yang kau dah buat dekat aku?"
Share this novel