MALUNYA! Malu, malu, malu! Insiden katil patah, satu rumah sudah tahu! Siapa lagi? Mulut becok Puan Maryam mengundang riuh satu rumah. Nasib baik bukan satu kampung. Naya lah kalau satu kampung tahu! Pasti berita itu tidak akan luput sehingga sepuluh dekad akan datang.
"Biaq betiq? Sampai macam tu sekali?" soal Halina dengan riak tidak percaya.
"Wah, mesti waktu tu tengah nak buat projek kan?" teka Firman.
"Patah? Serius?" soal Halima.
"Laa... Dekat mana hangpa nak tidur satgi?" soal Tok Mah.
"Buat malu ja!" ujar Hilman dan Hilna
Semua persoalan datang bertalu-talu. Bagai kereta api terpantas didunia iaitu di Jepun aje mereka menyoal Zarina dan Helmi
Zarina? Muka dia merah padam tak payah nak cerita la sebijik macam tomato! Serius la. Patah katil itu. Terbelah dua memang legend la. Tak pernah dibuat orang lagi patah terbelah dua.
Helmi? Ini yang Zarina bengang. Pagi ini kan sekolah. Helmi pura-pura sibukkan diri dibilik kononnya nak pakai baju. Wak lu! Cliché sangat alasan! Padahal pakai baju sarung je.
Jadi, Zarina lah terpaksa kena hadapinya. Zarina yakin. Pasti kejadian ini akan menjadi satu titik hitam sejarah didalam rumah ini. Pasti mereka akan menceritakan soal kejadian ini sehingga generasi yang seterusnya. Perrghhh... Sampai cam tu sekali kau fikir, Ari?
Zarina pula buntu nak jawab apa. Nak suruh dia jawab A ke B. Kalau A, dia dan Helmi main lompat-lompat diatas katil. Itu yang sampai katil terbelah dua. No way! Very childish! Tapi itu yang korang buat.
Kalau B, 'Ya! Kami memang buat projek! Itu yang sampai patah tu! Helmi kasar sangat!' Perrghhh.. Tempah maut kau Ari kalau jawab macam tu. Sah Helmi akan cari kau walaupun 3 bulan akan berlalu.
Think Ari. Think. Guna otak kau yang brilliant itu untuk jawab semua persoalan diorang. Use your brain please. Don't use your leg to think.
Rasa macam nak tarik aje rambut dia sendiri. Nak tunjuk kan kata dia tertekan sangat dengan situasi ini. Hilman dan Hilna pula masih sedia menanti jawapan sebelum berangkat ke sekolah. Sibuk betul diorang ni!
Tapi Zarina memang geram dengan Helmi. Sumpah, dia rasa macam nak gusti Helmi macam Undertaker dalam WWE. Tak pun wrestling macam John Cena. Nak power Big Show atau The Rock. Kiranya, semua teknik jurus segala bagai dia akan gunakan.
Itu baru wrestling bukannya tendang. Kalau tendang, Zarina akan buat segala kick. Side kick, front kick, back kick, left kick, right kick, flying kick till moon, alien lick, north kick, west kick. Ah, banyak lah kick yang dia boleh buat.
Kalau dia tendang, silap silap melayang dekat Africa. Biar kawan dengan orang Africa jadi sebahagian daripada puak mereka. Biar perut buncit!
Nasib baik lah Helmi Ikram memegang tiket 'HUSBAND' . Issh.. Kalau tak, Africa lah tempat tinggal encik suami itu. Patutnya dekat tiket itu kena tambah 'HUSBAND FOR RENT'. Baru betul dan lengkap.
Macam lelong dekat pasar raya pula. Macam dalam 3 Abdul. Lelong! Lelong! Ada Husband For Rent la! Harganya yang murah dan amat berbaloi! Pakat mai beli sebelum habis. Laku sangat benda ni! Haha.. Apa yang kau merapu ini, Ari?
Dalam otak, Zarina tersengih jahat. Namun cepat-cepat dia Istighfar. Tak baik fikir benda macam tu, Ari.
"Ari? Are you dreaming?" soal Halina sambil mengetik jari didepan Zarina.
Zarina bagaikan terjaga daripada mimpi
"Err.. Yes?" soal Zarina pura-pura tak tahu. Pura Pura ke memang tak tahu, Ari?
"Jawapan?" soal Hilman.
"Cepat lah. Kami dah lewat ni kak!" rengek Hilna.
Zarina mengigit bibir bawah. Think Ari.
"Oh, katil boleh patah sebab memang dah tua. Dah uzur dah. Sedang menantikan ajal ditarik." balas Zarina. Merapu aje lah. Janji jawapan dia bukan A dan B. Dua-dua itu boleh membawa malu mereka berdua.
"Iye ke!" soal Halima. Eh, kak ini terlebih Sherlock pula.
"Man dan Na tak pergi sekolah lagi ke? Pergi lekaih!" arah Tok Mah bila memerhatikan dua kembar ini masih berdiri bagai Patung Cendana.
"Alamak! Man, kita dah lambat!" Terkocoh-kocoh mereka mengambil beg. Ambil buku la nak tengok cermin la nak salam la. Itu la.. Siapa suruh busy body sangat?
"Am!! Pukui brapa dah ni?" laung Puan Maryam.
Helmi membuka daun pintu
"Am pergi dulu ye." Helmi menyalam tangan semua orang.
Tiba aje giliran untuk Zarina menyalam tangan Helmi, teragak-agak Zarina mahu menyalam. Dia melemparkan jelingan maut kepada Helmi yang bajet blur. Sakit hati masih bersisa. Sanggup dia biarkan aku dengan persoalan itu?
"Bye bye Miam!" Zarina akur juga. Dia menyalam tangan Helmi sambil mencium tangan. Tanpa segan silu, dia ginjak lalu mencium pipi kanan Helmi. Sengaja.
Helmi terpana dengan ciuman itu. Terkebil-kebil dia memandang Zarina yang tersenyum sinis.
"Err.. Bye Zame. Assalamualaikum." Helmi terus beredar.
Zarina tersenyum puas sinis penuh kemenangan. Malu la tu!
"Aceeceh.." Halima dan Halina tersengih nakal.
Zarina mengetap bibir. Usik aku pula dah! Kakak borek adik rintik!
--------------------------------------------------------------------
"WEYH, Na. Hang perasan tak tadi?" soal Hilman sambil mengayuh basikal.
Dahi Hilna berlapis.
"Perasan apanya, Man?" soal Hilna semula sambil memandang Hilman disebelahnya. Sekejap memandang Hilman Sekejap memandang jalan. Al maklumlah, bawa basikal takut jatuh masuk dalam sawah aje lah.
Hilman mengeluh kecil. Walau seibu sebapa atau keluar daripada rahim ibu yang sama tepat pada hari dan tahun yang sama, Hilna sangat blur! Adik kembarnya itu memang bengap!
"Perasan yang tadi Kak Ari dan Abang Am."
"Hah. Awat ngan depa? Pasaipa?"
Hilman mengeluh lagi. Orang dah bagi hint pun still bendul. Lahir dekat planet Neptune ke dia ni? Merapu apa Hilman dia lahir dekat Hospital HI la ngeng! Kalau dia lahir dekat Neptune, kau pun sama!
"Hang tak nampak ka depa tu kekok gila? Siap Kak Ari jeling tajam Abang Am. Waktu Kak Ari ciom pupi Abang Am pun macam semacam aja. Senyuman Kak Ari itu macam jahat? Lebih kepada sinis kott." Itu dia.. Sherlock versi muda dah tiba. Detective Canon versi tinggi sudah berbicara. Sampai begitu sekali dia perhatikan mereka?
Memang Hilman ada syak wasangka. Memang Zarina orang yang baik tetapi kelakuan mereka bercinta ibarat mereka hanya menghafal skrip. Tiada reasksi muka.. Tiada intonasi suara..
Semenjak peristiwa 'boxer Helmi' berlalu, Hilman selalu sangat intip mereka. Bukannya stalk okay. Cuma dia dapat merasakan yang Zarina dan Helmi tidak bercinta!
"Hang dok mengarut apa ni? Kelapa sawit aje aku tengok depa. Sudah la kita dah lewat. Hang nak nama kena tulis lagi ka?"
Sudah 7 kali nama mereka berada ditangan Guru Disiplin sebab selalu sangat datang lewat. Masuk kali ini 8 kali pula. Selamat Ulang Tahun ke 8 ya!
Hilman untuk kesekian kalinya mengeluh. Susah betul cakap dengan orang yang tak pandai bijak bestari macam dia!
"Shok la hang kan?" usik Hilman.
Bahang aje muka Hilna dibuatnya.
"Apa?" soal Hilna pura-pura tidak tahu.
Hilman tersenyum mengejek.
"Kalau lambat sekali lagi kena panggil dengan cikgu Akmal kan? Ingat aku tak tau ka hang dah lama usha dia?" ujar Hilman mengejek.
Merah muka Hilna. Kayuhan basikal dilajukan. Benar dia memendam perasaan terhadap guru disiplin mereka yang masih muda. Namanya Akmarul Ariffin. Atau dikenali sebagai Cikgu Akmal.
Tetapi rahsianya sudah pecah! Macam mana rahsia itu boleh sampai ke tangan Hilman? Macam mana Hilman tahu? Siapa bagitahu?
"Aku ada spy tahu tak?" Seolah olah mengetahui apa yang bermain di fikiran Hilna, Hilman terlebih dahulu bersuara.
"Kalau kau bocor rahsia, aku tak nak tolong kau ngorat Aida" Apa? Ingat Hilna tak ada weapon ke? Please lah!
Riak wajah Hilman mula berubah.
Dia percepatkan kayuhan basikal biar setanding dengan Hilna.
"Please...." Mata Hilman dikerdipkan banyak kali agar kelihatan comel. Aida, kawan baik Hilna. Hilna la menjadi 'perantara' antara mereka.
Ini kalau bawa basikal tak pandang depan, boleh jatuh masuk dalam bendang tahu.
"Apa lah yang Aida nampak dalam diri hang? Hudoh cam siput sedut ada lah" sindir Hilna tidak berlapis.
"Eh eh. Kalau aku hudoh cam siput kiranya hang pun sama lah! Kita kan ada wajah sama!" bidas Hilman.
Hilna termalu sendiri.
Baru sahaja mahu sampai kekawasab sekolah, pagar tertutup.
Mereka pandang antara satu sama lain.
"Hang lah ni!" Masing-masing menyalahkan diri mereka.
Pengawas yang bertugas menulis nama sambil menggeleng. Sudah biasa dah dengan kelewatan kembar ini.
"Jumpa dengan Cikgu Akmal" arah pengawas itu.
Hilna sengih sampai gusi dapat jumpa dengan cikgu kesayangan walaupun akan kena denda. Hilman membuat muka toya
"Eikk.. Man.. Na.. Hangpa pun lambat juga?" sapa seseorang membuatkan Hilna dan Hilman toleh
"Aida...." gumam Hilman.
"Hang pun lambat gak?" soal Hilna.
"Ha'ah. Baru aje 4 kali dah kena jumpa cikgu Akmal. Jom, Man?"
Hilman tersenyum lebar. Denda sekali dengan buah hati siapa tak suka.
Share this novel