Bab 6

Romance Series 186474

"JADI kitorang tak jadi kahwin lah, uncle ?" soal Haikal Jeffri sambil merenung muka Dato Azman yang tampak serba salah.

Dato Azman menunduk memohon maaf kepada bakal menantu tak jadi. Dia juga kecewa dengan Zarina Medina.

"Maaf ye, Jeff.. Uncle pun tak sangka Ari betul betul kahwin dengan orang lain..." ucap Dato Azman kesal.

Haikal mengukir tersenyum kelat.

"Tak pe lah uncle. Dah Ari pun tak suka saya...." balas Haikal.

"Jeff.. Kalau uncle nikah kan kamu dengan Que.. Kamu setuju tak?" Dato Azman masih mahu bermenantukan Haikal Jeffri. Dia tetap dengan keputusannya. Walaupun Zarina anak kandung dia tak mahu, Querina kan ada? Lagipun Querina memang terhegeh hegeh dekat Haikal.

Haikal menelan air liur. Querina? Memang tak lah! Pisau cukur tu.. Not his taste. Apa? Playboy edisi terhad pun ada taste tau. Yang pasti taste dia bukan Querina, kaki pisau cukur. Querina gedik! Sama macam girlfriends Haikal.

Lain pula dengan Zarina Medina. Jual mahal tapi still cantik. Tak mudah menyerahkan cinta. Tak mudah menerima cinta. Tak mudah menyambut huluran kasih. Jual mahal. That's what I like. Memang cun kena dengan taste Haikal.

Apa yang berbeza antara Querina dengan Zarina, Querina lebih manja dan gedik. Querina suka berpakaian dress ketat sampai lutut. Pakai high heels. Suka berboros. Shopaholic. Pisau cukur betul.

360° pula dengan Zarina Medina. Walaupun tidak bertudung, Zarina masih memakai pakaian yang tutup kain. Sangat degil dan tegas akibat parut semalam. Tidak suka shopping macam Querina. Zarina unik.

"Querina? Tak payah lah uncle. Jeff cuma nak Ari. Boleh?" soal Haikal. Dia mahukan Zarina. Hanya Zarina Medina sahaja yang terpalit pada hatinya. Walaupun status nya sebagai playboy, playboy juga inginkan bunga yang unik. Macam Zarina.

Dato Azman tampak serba salah. Kata PA Dato Azman, Zarina sudah selamat diijabkabulkan. Lokasi pun dia tak tahu. Perlu ke dia hancurkan rumah tangga yang baru nak bina? Lagipun syarat untuk mendapatkan keredhaan Dato Azman mereka perlu tinggal selama 3 bulan.

"Uncle tak kisah. Tapi....."

"Tapi?"

"Uncle tak tahu Ari ada dekat mana sekarang" keluh Dato Azman. Malah PA dja pun tak tahu di manakah Zarina berada.

Haikal tersenyum meleret penuh sinis.

"Tak pe uncle. Biar Jeff yang handle semua ni..."

Dato Azman mula mengukir senyuman.

'Aku akan cari kau, Ari!' desis hati Haikal.

--------------------------------------------------------------------
HELMI memandang muka polos Zarina yang nyenyak tidur.

'Cantik...' desis Helmi.

Cepat cepat Helmi menggelengkan kepala berulang kali. Cantik? Atia lagi cantik! Nampaknya ego menguasai diri.

Ewah ewah... Aku punya lah Penat mandi peluh, dia dengan selamba bersenang lenang!

Tercetus idea nakal didalam otak Helmi. Dia mengukir senyuman sinis.

Helmi berlalu pergi untuk mengambil baldi besi yang berisi air.

"Ari, bangun..." kejut Helmi Penuh lembut.

Tetapi Zarina langsung tidak bergerak. Tidur mati sungguh budak ni.

"BANGUN ARI!!!!!!" jerit Helmi sambil mengetuk ngetuk baldi besi itu bertalu talu.

Bunyi yang bingit itu menganggu tidur Sleeping Beauty ini. Zarina menarik selimut menutupi muka. Kacau aje orang nak tidur!

"MATAHARI DAH TERPACAK DAH!! BANGUN!!!!!" teriak Helmi sambil mengetuk ngetuk lagi baldi besi itu. Kuat sungguh bunyi itu. Habis seisi rumah terkejut dengan bunyi bising itu. Nasib baik pintu bilik dikunci.

"AAAHHHHHHHHH!!! Bising bising bising!!!" jerit Zarina lalu bangun sambil menyerabaikan rambutnya.

"BANGUN BANGUN BANGUN!!!" jerit Helmi lagi tidak mempedulikan Zarina yang sudah bangun daripada alam mimpi.

"Bising la!!!" Zarina menutup telinga. Jeritan dan ketukan itu sangat bising. Bingit telinga dia dibuatnya.

Tetapi Helmi tidak mengendahkan Zarina malah dikuatkan jeritan dan ketukan.

"BANGUN BANGUN!!!!"

Zarina menekup kedua dua belah telinganya rapat. Boleh jadi gila dia macam ini dengan Helmi Ikram. Dia sudah tidak dapat bersabar lagi. Kemarahannya sudah mencecah oktaf maksima.

"Diamlah!!!" Zarina terus merampas baldi besi ditangan Helmi lalu disiram kemuka Helmi.

Helmi tergamam.. Terus senyap dia. Bagaikan mulut dia terus digam.

"Senyap pun!" cebik Zarina sambil berpeluk tubuh.

"Oi kau tahu tak ni air apa ni?!" marah Helmi. Wajahnya merah jelas kali dia tampak marah. Kecut perut Zarina dibuatnya tapi Zarina mempamerkan riak selamba.

"Apa?" soal Zarina sambil berpeluk tubuh. Dia seperti mencabar Helmi aje lagaknya.

"Ini taik tenuk la!!!!" jerit Helmi lalu cuba mengejar Zarina.

Zarina terus berlari sambil ketawa terbahak bahak.

"Helmi taik tenuk!!! Haha!!!" ejek Zarina lalu berlari keluar daripada bilik.

Dia melihat Puan Maryam yang berada di dapur. Cepat cepat dia bersembunyi dibelakang Puan Maryam. Mak, please become my knight in shining armour!

Terkejut Puan Maryam dibuatnya.

" Ari!!!! " teriak Helmi.

"Cuba lah kejar. Tak dapat.. Tak dapat.. Uweek!!" provoke Zarina sambil menjelir lidah.

"Kenapa ni?" soal Puan Maryam. Nak buat breakfast pun tak boleh.

"Eh, Am.. Muka kamu tu.. Bukan taik tenuk ka?" soal Puan Maryam sambil menunjukkan kearah muka Helmi yang diseleputi tahi tenuk.

Meletus ketawa Zarina.

"Iya, mak! Tu taik tenuk!" balas Zarina sambil ketawa.

"Kau...." Helmi jelas nampak marah.

"Eeeiii... Busuk! Abang busuk!" ejek Halina yang tiba tiba muncul sambil ketawa mengekek ngekek diatas lantai. Berguling guling dia ketawa mengejek diatas lantai. Zarina juga tidak mampu menahan ketawa lalu menyertai Halina di atas lantai.

Puan Maryam menggelengkan kepala nya.

" Tak pa... Hari ini hari kau, Ari.." ujar Helmi dengan muka yang merah padam. Malu le incik suami?

"Mana ada! Hari ini hari taik tenuk sedunia.. Ye tak, Lina?" ejek Zarina sambil ketawa.

"Ya.. Hahaha!!" Halina menekan perutnya. Sakit perut dibuatnya akibat ketawa.

Merah padam muka Helmi apabila diejek.

"Apa yang kecoh sangat ni.." Firman dan Halima mula masuk kedalam dapur apabila terdengar bunyi bising.

"Kak Lima! Tengok muka Am!!" jerit Halina lalu menyambung ketawa..

Halima terkejut melihat dua orang puntianak sedang berguling guling ketawa diatas lantai. Dipandang pula wajah Helmi. Meletus ketawa Halima.

"Itu taik tenuk kan..? Haha..." ketawa Firman.

"Macam mana boleh tersesat masuk dekat muka Am?" Giliran Halima untuk ketawa.

Helmi yang malu terus membasuh mukanya. Kebetulan ada singki dibelakangnya.

Sempat dia menghadiahkan Zarina jelingan tajam.

"Ari ini lah!" marah Helmi kepada Zarina yang masih ketawa bersama sama dengan Halina diatas lantai.

"Haha... Huh? What? Haha!!!!" Sumpah macam orang kurang siuman aje dua ekor ni. Gelak macam langsuir betul.

"Sudah sudah la tu, Lina, Ari" ujar Puan Maryam. Sebernanya dia juga nak ketawa tapi ditahan. Takut anak lelaki nya kecil hati walhal tidak.

"Okay okay..." balas Halina sambil mengangkat kedua dua belah tangan tanda surrender. White flag!

Semput mereka dibuatnya akibat ketawa. Zarina dan Halina bangun lalu memandang muka bengang Helmi yang sudah bersih daripada taik tenuk. Serentak mereka ketawa lagi.

Naik hairan mereka yang berada di dapur. Kena sampuk ke?

Zarina dan Halina ketawa terbahak bahak tanpa henti sambil memandang muka Helmi. Naik geram pula Helmi dengan perangai dua ekor ni.

"Ari!! Lina!!"

*

"Tok mana?" soal Zarina kepada Halina yang sedang mengunyah keropok lekor.

"Entah. Toreh getah kot.."

Bulat mata Zarina. Tua tua pun menoreh getah lagi? Hebat betul! Aku yang muda ni pun mengeluh bila buat kerja. Inikan pula wanita yang berusia 63 muda. Muda lagi taw..

"Weyh Lina aku boring la.." adu Zarina.

"Apa bowling?" soal Halina blur yang dibuat buat.

Zarina mengetap bibir. Cis budak ni! Loyar buruk sungguh! Ada juga yang campak masuk dalam padi nanti!

Melihat wajah geram Zarina, cepat cepat Halina menyelamatkan diri.

"Bosan? Satgi kita jalan jalan nak? Pusing satu kampung?" ajak Halina..

Zarina mengangguk teruja. Jelas sinar teruja terpancar pada mukanya.

"Nak!!!"

"Cun, cepat siap. Aku bawa dekat kau tempat aku selalu lepak."

"Aip, boss!" Zarina membuat tanda tabik. Halina ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience