"IBU! Nak Na tolong?" soal seorang perempuan yang menghampiri Puan Maryam yang sedang memasak didalam dapur.
"Tak pa lah Na. Na rehat lah. Mesti penat kan balik dari kem? Lagipun dah nak siap ni.." tolak Puan Maryan lembut.
Muncung aje mulut perempuan yang bernama Hilna.
"Na!!! Lekaih! Tolong kami lipat baju!" Tu dia. Dah keluar dah diktaktor versi perempuan.
Hilna mengetap bibir geram. Halina ini memang selalu memusnahkan ketenteraman manusia di bumi betul! Oh, dimanakah kau wahai Ultraman! Punya lah dia nak elak dari kena lipat baju dengan tolong Puan Maryam masak, last last kena juga lah lipat baju
Hilna menghentak kaki tanda protes lalu duduk diatas lantai untuk lipat baju. Diambil baju Uzair lalu dilipat kasar. Nak tunjuk protes la tu!
Halina tersenyum senget. Bukan dia tak tahu, Hilna adiknya memang alergik lipat baju. Tak suka lipat baju.
"Awat banyak sangat baju?" soal Hilna geram. Padahal dia baru je balik dari kem dengan Penat tak hilang kena paksa lipat baju yang selonggok besar tinggi macam Gunung Averest !
"Entah" Serentak Halina dan Halima menjongket bahu tanda tidak tahu. Hilna tanya soalan cepumas siapa nak jawab? Baju banyak sebab ramai zombie tinggal dalan rumah nak buat macam mana?
"Man! Hang tak nak lipat baju ka?" soal Hilna mahu menarik mangsa seterusnya untuk melipat baju.
Hilman Ehsan atau dikenali sebagai Man atau San yang rancak bermain dengan anak anak buah menjegil kearah Hilna.
"Tak nak!" Sempat lagi Hilman menjelir lidah kearah Hilna, adik kembarnya.
Hilna mula menayangkan penumbuk.
"Berani tumbuk lah!" cabar Hilman yang sudah berdiri.
"Eh eh. Hang ingat aku tak berani ka?" Hilna bangun dari lantai.
Sebagai balasan kerana Halina berasa jengkel, boxer milik Helmi dibaling kearah Hilman supaya senyap. Jengkel betul.
"Eeeiiii.... Spenda abang Am!!!" jerit Hilman kegelian lalu membaling boxer itu kepada Hilna.
"Yakssss... Ambil balik!" Dilempar semula kepada Hilman.
Mereka saling berbaling baling boxer Helmi.
"Rasakan!!" Hilman menampar boxer itu. Sangkanya akan kena tepat pada wajah Hilna tetapi sangkaannya meleset. Boxer yang ditampar terlebih minyak. Boxer itu terpelanting keluar daripada jendela. Bye bye!
Hilman dan Hilna menekup mulut masing masing. Halina dan Halima sebagai saksi hanya mampu membulatkan mata sambil memberi pandangan mengejek.
" Spenda sapa ni?" Jelas kedengaran suara Tok Mah dari luar..
Kalut Hilman dan Hilna duduk diatas lantai untuk melipat baju. Acah acah 'alim'. Nak cover kantoi, baik berlakon jadi cucu cucu mithali. Lipat baju.
Tok Mah naik masuk kedalam rumah bersama dengan Zarina yang membantu Tok Mah berjalan.
Berpeluh wajah Hilman dan Hilna. Hentam aje Hilman lipat kain batik semua tu.
Halina dan Halima hanya menahan ketawa apabila melihat wajah adik adik mereka yang macam cacing kepanasan. Al maklumlah takut kena kejar dengan Tok Mah dengan parang sebab buat perangai 'loghlaq'.
"Man, hang reti ka lipat kain tu?" soal Tok Mah.
"Hah? Re... Reti.." Tergagap gagap Hilman jawab. Reti? Kain batik Tok Mah dah jadi macam buku pula lipatannya.
"Reti apa kalau jadi sampai lagu tu?" soal Tok Mah lagi.
"Ni binatang apa ni?" soal Hilman sambil menayangkan sesuatu.
Terus meledak ketawa Halima dan Halina melihat wajah cemberut Hilman yang memegang sesuatu. Hilna disebelah Hilman terus menekup mulut. Berfikir mahu ketawa ke tidak.
Merah padam muka Zarina melihat sesuatu yang berwarna merah. Dirampasnya daripada Hilman. Terus Zarina lari masuk kedalam bilik. Malu! Malu! Malu!
Hilman langsung tidak faham dengan semua ini. Halima, Halina, Hilna ketawa bagai nak runtuh atap. Tok Mah kerut aje dahi. Zarina pula muka macam Tomato rampas benda tu dari tangan dia.
"Awat ni?" soal Hilman blur. Sungguh dia tak dapat menangkap apa yang tengah berlaku sekarang ni.
Bertambah gila lah Halina ketawa melihat kepolosan Hilman. Berguling guling dia ketawa diatas lantai sambil menekan perut. Nak pecah perut dia sebab ketawa. Halima yang boleh dikatakan sedikit 'matured' juga ketawa terbahak bahak tetapi di control sedikit acah acah perempuan melayu Terakhir. Hilna juga turut sama gelak. Tak ke Hilman pening dengan situasi ni?
Bahu Hilman menjadi mangsa tamparan Tok Mah.
"Aduhh!! Awat ni tok? Pasaipa?"
"Awat? Huh pi kawad! Awat lah hang loghlaq sangat tak tau..." balas Tok Mah sambil menampar bahu Hilman.
"Awat ni? Tu benda apa?" soal Hilman lagi. Tidak puas hati dia asyik diketawakan.
Halina terus membisik sesuatu ditelinga Hilman. Lama juga Halina membisik. Naik merah muka Hilman. Bulat mata Hilman. Benda tu.....
"Mana Man nak tau!" nafi Hilman. Woo dia bukannya sengaja pegang lama lama. Otak dia bersih tau!
"Tok nak tau tak.. Man ni dia yang lempar spenda dekat tangan tok ni tau ke luar" cerita Hilna. Alaa sekali sekala usik Hilman apa salahnya. Lagipun revenge time tau!
Hilman mengetap gigi. Kurang asam punya adik kembar!
Telinga Hilman menjadi mangsa cubitan ketam Tok Mah.
"Awww.. Adeh.... Sakit tok.."
Terkekek kekek Halima , Halina dan Hilna ketawa. Tak semput ke asyik ketawa aje memanjang?
"Awat lah hang loghlaq sangat, Man?" soal Tok Mah sambil memulas telinga kiri Hilman.
"Adehhh... Ampun tok.."
"Man tu mimpi kot!" celah Halima. Nak juga dia terlibat dengan aksi sebegini.
Bulat mata Tok Mah. Dia berhenti memulas. Dia memandang Hilman meminta kepastian.
"Ya ka? Betui ka?"
Tanpa teragak agak Hilman mengangguk. Mimpi? Gila lah dah umur 17 tahun mimpi lagi. Dipegangnya telinga kiri. Aisey telinga merah...
"Patut la... Lain kali jangan buat lagi" pesan Tok Mah.
Hilman mengangguk kecil. Tok Mah membaling boxer ke lunggukan baju yang tak berlipat sebelum beredar.
"Hampa punya pasal la!" marah Hilman lalu memegang telinganya. Padu betul pulasan Tok Mah. Macam bapak ketam aje.
Halima, Halina dan Hilna mengangkat tangan tanda surrender.
"Tapi tak tau... Kak Ari merajok hang pi lah pujok" ujar Hilna lalu menyambung melipat baju yang tertunda.
Cemberut aje wajah Hilman. Kak Ari merajuk ke?
"Abang Am pi mana?" soal Hilman.
"Tak tau lah, Man."
--------------------------------------------------------------------
ZARINA sedang menyidai baju. Apa? Ingat orang bandar tak boleh nak buat kerja kerja rumah ke?
Kan Zarina selalu menjadi 'Cinderella' dekat rumah banglo. Dia dah tahu macam mana nak buat itu ini. Terima kasih kepada Datin Noraini dan Querina, Zarina dapat membuktikan yang dia bukannya budak KL yang tak reti nak buar housework semata mata.
Cuma kampung sememangnya bukan taste Zarina Medina. Panas, no Wi-Fi, banyak serangga, katil kecil, nyamuk banyak, mandi pun guna kolah, ah banyak lah. Memang Zarina alah dengan semua benda tu.
Cuaca pada hari ini panas terik. Memang sempatlah nak kering. Habis muka putih Zarina jadi merah. Memang kalau muka Zarina terkena panahan cahaya matahari, muka putih Zarina akan bertukar menjadi putih merah merah.
Hilman hanya memerhati Zarina yang. Tekun betul dia melihat cara Zarina menyidai baju.
'Bukan orang KL ke?' monolog hati Hilman. Hilman diberitahu bahawa kakak iparnya orang KL bandar. Tetapi melihat cara dia menyidai baju pun macam bukan orang bandar aje.
Niat bukan untuk memperlekehkan semua orang Kuala Lumpur. Cuma majoriti orang bandar yang tinggal di kota ni memang jarang buat kerja rumah macam ni.
Lihat lah contoh. Semua orang kaya mesti ada maid. Buat apa nak ada maid? Hilman juga diberitahu bahawa ayah mentua Helmi merupakan lelaki yang berpangkat dato! Melihat cara Zarina yang rendah diri, Hilman berfikir bahawa mesti ayah Zarina juga rendah diri dan baik baik belaka.
Tetapi tengok lah waktu majlis akad nikah. Where is Zarina's father? Macam Star Wars pula. I am your father. Dato Azman tak datang pun ke majlis akad nikah. Langsung tidak berjabat tangan dengan Helmi. Sebabnya tak lain dan tak bukan sombong.
Hilman dan Hilna sangat berbeza. Walaupun dinamakan kembar seiras, mereka sangat berbeza. Selain daripada berlainan jantina, perangai mereka lain. Tapi yang sama ialah dua dua tak matang.
Hilna sama dengan Halina. Suka sangat bergurau tak kena masa. Tetapi Hilna lebih matang daripada Halina. Bersifat terburu buru.
Hilman pula agak matured mungkin kerana dia lelaki. Sifat tak matang akan muncul bila dengan keluarga aje. Suka membuat spekulasi sendiri. Tapi semua hipotesis yang dibuat semua tepat.
'Kena pujuk ka?' soal Hilman didalam hati sambil berpeluk tubuh.
"Kak Ari..." tegur Hilman.
"Iya...?" soal Zarina. Rasa malu masih bersisa tapi control sikit lah.
"Man minta maaf lah ye kak"
"Eikk.. Tak pe.. Alaaa.. Benda biasa aje.." Zarina tersenyum kecil. Dia tak marah pun dental Hilman. Apatah lagi merajuk. Cuma malu tu aje menebal.
"Akak ni... Kahwin dengan abang Am sebab cinta ke?" soal Hilman lalu membantu Zarina menyidai baju.
Zarina menelan air liur. Tu dia. Dah mai dah hot questions. Hilman pun nak tau juga ke?
Zarina mengukir senyuman Manis . Dia mengangguk.
"Mesti lah. Dah tu kenapa kahwin?" Sedaya upaya Zarina menguntumkan senyuman manis kepada adik iparnya supaya tiada rasa syak. Tetapi senyuman manis itu nampak hambar di mata Hilman.
'Akak tipu....' desis hati Hilman. Hilman juga membalas senyuman.
"Okay lah kak. Man masuk dulu ya..?" Hilman segara meloloskan diri.
Zarina mengeluh.
'Aku tipu lagi....'
Share this novel