Bab 37

Romance Series 186474

PASANGAN yang berada tidak jauh dengan dia dipandang penuh benci

Dia mendengus. Oh, patutlah Atia tolak aku. Rupanya sebab dia masih lagi dengan Atia.

Jantan keparat rupanya kau, Am!

Kau kata kau support aku tapi kau tikam belakang aku!

Pokok kelapa menjadi tumbukan untuk dia lepaskan geram.

"Adoi!!!" Dia erang kesakitan. Tu lah. Siapa suruh gatal sangat tumbuk pokok kelapa tu. Kan dah kena sebiji.

Dia usap tangannya yang merah.

Zarina.... Zarina tahu tak Helmi dan Atia masih bersama?

Hati Fakhrul berteka-teki.

Mesti dia sedih. Mesti hatinya retak seribu kalau tahu suaminya curang.

Fakhrul mendengus. Rambutnya diraup kasar.

Tak ada jalan lain lagi. Kena jumpa Atif!

________________________________________

"ADA apa you nak jumpa dengan I?" soal Zarina dingin sambil merenung Jeffri yang berada didepannya.

Dia pandang sekeliling. Lokasi yang Jeffri PM agak seram dan tak ramai orang. Apa masalah mamat ni? Malam-malam pun nak jumpa. Hati Zarina masih berteka-teki.

"Salah ke kalau I nak jumpa buah hati I...?" soal Jeffri manja dalam nada menggoda lalu menyentuh pipi mulus Zarina.

Pantas Zarina menepis kasar tangan yang cuba menyentuh pipinya. Mencerlung tajam mata dia kearah Jeffri yang hanya tersengih. Kau pehal bro?

Dia merenung lagi Jeffri dari atas bawah. Rambut yang kusut masai. Wajahnya yang merah padam. Dan jalannya seperti tidak stabil.

Terlopong mulut Zarina. Sah! Dia mabuk!

Zarina mengundur setapak demi setapak ke belakang. Haikal Jeffri. Kalau mabuk, semua kewarasan akan hilang. Dia boleh buat apa-apa yang unpredictable bila mabuk. Dan benda unpredictable itu sangat merbahaya.

Takut? Ya, dia takut! Dia takut melihat Jeffri yang mabuk! Takut Jeffri akan buat sesuatu yang luar dari kewarasannya.

Jeffri yang perasan Zarina sedang mengundur menjauhinya terus tersenyum sinis.

"You takut dengan I ke, Ari?" soal Jeffri dengan suara yang menyeramkan.

Zarina telan air liur. What a creepy voice he had!

"Ma.. Mana ada!!" nafi Zarina sekerasnya. Depan musuh, kena nampak tough! Jangan biarkan musuh nampak kelemahan diri!

Jeffri ketawa sinis. Dia perlahan-lahan mendekati Zarina. Disebabkan itu, Zarina terpaksa mengundur kebelakang hingga membuatkan dia terhantuk dinding. Ah! Jalan mati!

"You ingat I bodoh ke?" soal Jeffri sambil mata merenung tajam anak mata Zarina dalam-dalam. Tangan Jeffri diletakkan di dinding supaya Zarina tidak dapat lari.

Bergerak-gerak rahang Zarina tanda ketakutan. Kecut perut dia melihat renungan tajam Jeffri yang memang lain macam.

"Jeff! Let me go!!" Zarina cuba menepis tangan sasa Jeffri tapi lelaki itu langsung tidak berganjak.

"Are you seducing me, Ari?"

Otak kau! Kalau bumi terbalik pun dia tak akan cuba goda Jeffri! Kalau betul pun dia cuba goda Jeffri, tandanya otak dia tak betul.

"Hands off, Haikal Jeffri!!" teriak Zarina geram apabila Jeffri cuba menyentuh wajahnya lagi.

Sungguh dia takut melihat Jeffri pada malam ini. Dada Jeffri ditolak berkali-kali tetapi lelaki itu sikit pun tidak berganjak.

Bau arak sangat meloyakan tekaknya apabila Jeffri semakin mendekatkan wajahnya dengan wajah Zarina.

Jeffri ketawa senang hati.

"Ari.... Ari.... You make want to kiss this sexy lips" Serentak itu Jeffri meragut bibir merah Zarina.

Zarina tersentak. Besar matanya tanda terkejut. Kurang ajar kau, Jeffri! Zarina menolak-nolak tubuh Jeffri tetapi sayang, kudrat perempuannya tidak mampu menandingi kudrat lelaki.

Jeffri semakin rakus mencium bibir itu apabila Zarina seakan-akan menolak. Jeffri hanya memegang dinding erat untuk memastikan posisi dia dan Zarina kekal.

Kaki Jeffri menekan kemaluan Zarina apabila kaki Zarina cuba menendang.

Air mata Zarina bergelinang. Ya Allah.... Tolong aku.... Sesiapa tolong aku...

Sakit.... Perit.... Pedih....

Hati Zarina merintih tatkala tangan Jeffri menjalar kedalam bajunya mencari buah dadanya.

Dada Jeffri ditolak berkali-kali sambil air mata menitis. Dia rasa jijik. Dia rasa jijik diperlakukan sebegitu.

Jeffri semakin rakus menjilat bibir Zarina sambil tangan memegang buah dada milik Zarina.

Dengan sepenuh kudrat perempuannya, Zarina menolak tubuh lelaki itu kasar hingga terdorong kebelakang.

"Kurang ajar!!!"

Dia terus melarikan diri. Air matanya mengalir laju menodai pipinya itu.

Dia mengesat bibirnya yang penuh dengan air liur Jeffri. Dia rasa haknya dicabul Jeffri. Dia rasa dirinya tidak lagi suci.

"ARI!!!!!!" Kedengaran teriakan Jeffri cuba mengejar Zarina.

Zarina memejamkan matanya. Air matanya jatuh. Kakinya yang sudah longlai masih digagahkan cuba berlari.

"Sesiapa..... Tolong selamatkan aku......"

____

"Ari!"

Kedengaran suara garau seseorang sedang menyelamatkannya.
Tubuhnya seperti digoncang kuat.

Serentak dia terus terjaga. Dia memandang orang yang berada disebelahnya.

"Am........."

"Kau okay tak? Kenapa kau menangis? Kau mimpi buruk ke? " soal Helmi bertalu-talu tanda risau.

Macam mana dia tak risau apabila Zarina seperti mengigau menjerit minta tolong. Siap menangis pula tu!

Air mata Zarina hangat mengalir apabila memandang Helmi, lelaki yang sangat dicintainya.

Dia terus memeluk tubuh lelaki itu erat tidak mahu dilepaskan. Helmi terkedu. Dia kaku apabila Zarina memeluknya.

"Jangan tinggalkan Ari......"

Hah??? Tercengang Helmi. Jangan tinggalkan kau?

"Apa yang kau mengarut ni?" soal Helmi. Bini aku ni kena sampuk ke?

Kata-kata Helmi mati apabila perasan bahu Zarina terangkat-angkat seperti menangis. Dapat dia dengar esakan perempuan itu.

"Ari sayangkan Am....."

Sekali lagi Helmi tercengang. Ternganga mulutnya. Hah????

"Jangan... Tinggalkan.... Ari..... Ari.... Takut...." Zarina menangis teresak-esak seperti anak kecil.

Helmi terus meletakkan kepala Zarina ke dada bidangnya. Dia mengusap perlahan belakang Zarina. Ibarat memujuk anak kecil yang sedang menangis

"Shuuuh.... Jangan menangis, Ari. Aku tak kan tinggalkan kau...." ucap Helmi ikhlas sambil memeluk Zarina erat. Apa yang dia tahu, Zarina trauma.

Zarina berasa selamat bersama dengan Helmi. Dia berasa dirinya dilindungi oleh Helmi Ikram, suami untuk disewa.

Bagi Helmi, dia merasakan ada sesuatu perasaan aneh yang kembali mengetuk pintu hatinya. Perasaan apakah itu?

"Janji?" Zarina memandang wajah tampan Helmi bersama linangan air mata dipipi. Matanya masih berkaca-kaca. Jari kelingking ditunjuk dihalakan kepada Helmi.

Helmi terkedu. Air mata itu.... Mengingatkan dia tentang Atia yang juga menangis.

Air mata Atia atau Zarina yang lebih berharga?

Ada satu perasaan aneh tatkala melihat air mata itu mengalir. Perasaan yang hadir bila dengan Zarina sahaja.

Helmi mengangguk. Jarinya bertaut dengan Zarina.

"Janji!"

Zarina tersenyum lega. Helmi mengesat air mata Zarina yang basah dipipi.

"Don't ever cry. Okay?" pinta Helmi sambil memegang dagu Zarina supaya melihat wajahnya. Ya, dia tidak mahu air mata itu menitik lagi

Zarina mengangguk.
"Okay."

Helmi menarik nafas lega.
"Jom tidur."

Laju Zarina menggelengkan kepala. Tak nak!!! Takut!!

"Takut?" teka Helmi.

Zarina mengangguk perlahan-lahan. Helmi ukir senyum.

"Aku peluk kau. Okay?"

Nak tak nak Zarina terpaksa relakan jua. Sebab dia takut dia mimpikan Jeffri lagi!

Helmi mengucup dahi Zarina penuh shahdu membuatkan Zarina yang berada di pelukan Helmi terkedu.

"Aku tak nak kau menangis lagi. Aku tak suka tengok kau menangis" ujar Helmi ikhlas. Ya, itu yang dia rasa. Matanya tidak mampu melihat air mata Zarina menangis. Sedangkan dia okay sahaja melihat Atia menangis

Zarina mengangguk lalu menyebamkan wajahnya pada dada bidang Helmi. Helmi mengucup pula ubun-ubun Zarina sambil mengeratkan lagi pelukan.

"Aku ada.... Aku takkan pernah tinggalkan kau..." Ya, dia tidak mahu tinggalkan Ari!

_____

Wajah polos isterinya yang sedang tidur dipandang. Rambut yang menutupi wajah manis isterinya diselak.

Subahanallah... Begitu cantik isterinya ini... Isterinya itu nampak polos dan innocent ketika tidur.

Membuatkan Helmi mahu menjaga dan melindungi Zarina.

"Aku cinta kau, Ari." Akhirnya, terluah jua ungkapan yang lahir dari hati.

Baru dia sedar, dia telah jatuh cinta dengan isterinya. Tetapi sayang, dia hanya mampu ucapkan ayat cinta ketika isterinya tidur.

Dahi Zarina dia kucup lama.

"Aku tak akan tinggalkan kau."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience