CAFÉ Love hingar-bingar dengan ramai orang yang datang singgah ke Café Love untuk makan tengah hari. Suasananya agak bising apabila mereka yang datang berkongsi cerita bersama rakan mereka. Kebanyakan orang yang datang ke Café Love ialah pelajar-pelajar UiTM. Mereka memilih Café Love untuk menjadi tempat berehat mereka kerana jarak UiTM ke Café Love tidak lah terlalu jauh. Hanya mengambil masa 7 minit sahaja jika berjalan kaki ke Café Love.
Di suatu sudut, ada tiga orang perempuan sedang duduk menikmati air Hot Chocolate dan kek sambil rancak berbual-bual.
"Korang dah siap ke assignment Sir Hans bagi tu?" soal Atikah membuka cerita. Dia meniup lembut air Hot Chocolate itu bagi mengurangkan rasa panas.
Hilna buat rolling eyes. "Kau rasa muka aku ni rajin sangat ke? Cuti sem kot!" jawab Hilna sambil silang kaki. Wajahnya kelihatan sangat angkuh.
"Dasar pemalas!" bebel Naila sambil menjegilkan matanya. Hilna mencebik. Hek eleh.. Macam lah kau rajin sangat! Atikah dan Naila ketawa mengekek melihat reaksi Hilna.
"Cuti ni korang nak pergi mana?" soal Naila membangkitkan isu cuti semester.
"Aku pergi balik Sarawak lergghh... Kau, Nai? Stay kat sini je ke?" balas Atikah sambil memandang Naila.
"Eh, tak lah.. Aku pergi balik rumah dekat JB. Kau, Na mesti balik kampung dekat Kedah kan?" soal Naila. Wajah Hilna dipandang dengan penuh rasa teruja. Hilna beruntung kerana mempunyai kampung.
Hilna menggelengkan kepalanya perlahan. "Tiket balik Kedah dah habis. Man tu lembap!" omel Hilna geram. Giginya dikacip. Bengang betul dia dengan abang kembarnya, Hilman. Lambat beli tiket, natijahnya tiket dah habis!
Berkerut dahi Naila dan Atikah mendengar omelan Hilna. "Kau bukan ada abang dan kakak-kakak ke dekat KL ni?" soal Atikah. Tak silap dia, Hilna pernah bercerita tentang kakak-kakak dia. Kenapa tak minta mereka tumpang dia? Settle!
Hilna berdecit. "Sejak Tok aku meninggal, diorang jarang balik. Lagipun diorang busy kerja. Ibu aku pun tak ada siapa nak jaga. Tu yang aku dengan Man nak balik jaga ibu aku tapi si Man tu bengong lupa nak beli tiket then habis! Bodoh ke tak pandai?" Meletus ketawa Naila dan Atikah mendengar ayat terakhir.
" Kalau nak lagi sopan, aku rasa kurang kepandaian akal!" balas Atikah dengan tawanya yang masih bersisa. Naila mengangguk laju. "Setuju!"
"Kiranya kau kena stay sini dengan Man ah?" soal Atikah. Hilna mengangguk malas.
"Why not kau ikut aku balik JB? Seronok wei!" cadang Naila teruja. Best la kalau Hilna ikut balik Johor! Hilna gelak sinis.
"Habis nak tinggalkan Man sorang-sorang kat KL? Naya aku kalau dia tahu aku blah tinggalkan dia!"
"Dah tu kau nak buat apa dekat sini?" soal Atikah
"Aku rasa macam nak cari kerja la..." balas Hilna. Cawan yang berisi air Hot Chocolate disisip lembut.
"Cari je lah.. Tapi kau dah bagitau abang kesayangan kau ke?" soal Naila sambil menghirup air Hot Chocolate. Dia tersengih mengusik.
Hilna membuat muka jelik. Perlu ke dia bagitahu Hilman? Buang masa je lah! Ini hidup dia, percaturan dia. Lagipun dia sudah 21 tahun, okay!
" Nai, aku tau kau syok dekat Man, but Man dah ada tunang dah pun.." ujar Hilna selamba sambil menyumbat potongan kek strawberry kedalam mulut. Hilman sudah punya tunang, Aida Mustapha namanya. Tidak sangka jodoh mereka kuat. Tetapi Hilman boleh dikategorikan sebagai 'gatal' kerana tidak sabar-sabar nak kahwin. Gila ke belum habis belajar nak nikah? Mujur Puan Maryam sempat menghalang. Gatal!
Naila menjegilkan matanya memandang Hilna tajam. "Daripada aku pilih Hilman, baik aku pilih abang kau yang lagi sorang tu! Apa nama dia? Helmi?" Naila menayang wajah miang.
Tergeleng-geleng kepala Hilna mendengarnya. Dasar gatal! "Nai, abang aku duda tau!" ujar Hilna.
Semakin panjang senyuman miang Naila. "Duda? Lagi aku suka! Duda terlajak laris gitu!"
Atikah mencebik menyampah. "Dah tu si Solihin tu kau nak campak mana?" soal Atikah geram. Dia tahu Naila hanya bergurau, tetapi dia geram dengan miang Naila yang tidak bertempat.
"Simpan balik dalam poket!" balas Naila bersahaja. Hilna membuat rolling eyes.
"Ilna, kau kata nak cari kerja ah?" soal Atikah kepada Hilna tanpa menghiraukan Naila yang kelihatan angau.
Hilna menganggukkan kepalanya.
"Kau nak kerja apa? Pizza Hut? KFC? McDonald? Domino?" soal Atikah lagi bertubi-tubi. Hilna menjongketkan bahu sebagai jawapan. Ya, dia tidak tahu dia nak kerja apa.
"Aku ada kakak. Dia kerja dekat satu butik ni. Kau kerja lah dekat situ!" cadang Atikah.
"Best tak butik tu? Payment? Interview dia macam mana? Dekat mana?" soal Hilna bertubi-tubi. Nampaknya dia kelihatan berminat dengan butik yang kakak Atikah kerja.
"Kejap, satu-satu... Kakak aku cakap best sebab boss dia mesra and tak garang. Lagi satu environment dia menarik. Payment tu boleh lah ikut tugas apa yang diberikan. Dekat dengan rumah sewa kita je. Kau tak perlu interview pun. Kau hanya perlu jumpa boss dia and kau akan dapat kerja sebab butik diorang kekurangan sumber pekerja. Kau boleh lah pergi! " terang Atikah panjang lebar. Terangguk-angguk Hilna mendengar penjelasan itu. Naila hanya mendengar dengan teliti.
" Hrmm.... Interesting. Apa nama butik tu? " soal Hilna ingin tahu.
" Butik Sakura Medina."
________________________________________
"ABAH!!!" Syafiq menjerit keterujaan apabila Aish Qayyum memasuki rumah itu. Dan seperti biasa, Syafiq akan memeluk dan mencium Aish apabila Aish pulang dari kerja.
Tersenyum sahaja Zarina melihat adegan mereka. Alangkah baiknya jika dia punyai suami....
" Sayang, buat air kopi untuk abang" pinta Aish setelah Syafiq masuk semula kedalam bilik. Syafiera tersenyum manis. "Baik, bang...."
Aish melabuhkan punggung duduk diatas sofa. Zarina yang kelihatan sibuk dipandang.
"Sampai bila kau nak macam ni?" Soalan Aish membuatkan Zarina terpaksa mengangkat kepala mendongak memandang Aish. Berkerut dahinya tidak faham. "Maksud kau?"
"Maksud aku, sampai bila kau nak berterusan dibuli? What I mean.. Fight for your right!" ujar Aish tegas.
"Right? What kind of right?" soal Zarina bersahaja.
Aish mengeluh apabila Zarina buat-buat tidak faham. "Wisma, harta papa kau.. Tak kan lah kau nak tutup mata je bila dah terang lagi bersuluh diorang rampas?" Aish menyoal Zarina geram.
Zarina hanya menjongketkan bahunya sebagai jawapan. Bertambah bengang lah Aish apabila Zarina hanya layan acuh tak acuh.
" Kau tak dek mulut ke?" Geram betul dia apabila Zarina tidak menjawab. Dia paling pantang jika dia bertanya, orang itu hanya menggunakan bahasa isyarat. Macam bisu pula!
"Kau nak aku dan Ryan keluar dari rumah ni ke? Aku okay je.." ujar Zarina selamba. Dia sudah berura-ura hendak bangun.
Aish berdecit seketika. Agak-agaknya Zarina Medina ni memang jenis yang tidak faham bahasa Melayu kot?
"I talk about your rights! Not about leaving the house!" Tengok? Dia tak faham bahasa Melayu, terus Aish speaking.
"Bang, air..." Syafiera datang membawa segelas mug yang berisi air Nescafe kegemaran suaminya. Dia duduk bersebelahan suaminya.
"Ish, wasiat tu tulis nama diorang, kan? Jadi harta tu diorang punya lah." keluh Zarina. Kebarangkalian pasrah dan tidak larat mungkin. Buat apa dia nak harta-harta tu sedangkan dia sudah punyai butik dan dia sudah punyai kebahagiaan sendiri?
"Look, Ina. Aku just nak keadilan. Kau tak patut bagi diorang menang. Aku tak suka diorang bahagia dengan harta yang sepatutnya jadi milik kau!" ujar Aish tegas.
"Lagipun diorang kan yang bunuh papa kau?" celah Syafiera. Zarina memandang Syafiera kosong. "Fiera, kau ada bukti ke diorang yang bunuh papa aku?" Syafiera terdiam. Dia bungkam. Tidak tahu apa yang harus dijawab.
"That's why we need evidences! Aku perlukan cooperation kau untuk cari bukti! Besides, kita kena cari bukti pasal Dato Kamarul. I heard Hayna Julia dah balik Malaysia dah. She can help us." ujar Aish. Bulat mata Zarina mendengar nama itu. Julia?
"Tak bahaya ke kalau Jeffri tahu?" soal Zarina risau. Dia sudah tahu Julia merupakan saksi kemalangan Dato Kamarul. Sangat bahaya jika Jeffri tahu adiknya, Julia sudah pulang ke tanah air.
"Rayyan dah upah bodyguard untuk monitor Julia. So, you don't have to worry, Ina." jawab Syafiera bagi pihak suaminya.
"Ina, musuh kau bukan sorang. Tapi tiga orang. Nak humban diorang dalam penjara bukan mudah. But kalau kita semua include Rayyan, Yana, Farah, Haris dan Farouk cooperate cari evidence, kita boleh buat" Aish memandang Zarina dengan wajah yang bersungguh-sungguh.
"Kenapa kau nak tolong aku?" soal Zarina mendatar. Aish tersenyum segaris. "Aku bukan je nak tolong kau, aku nak tolong Hayna. Aku nak dedahkan perbuatan terkutuk diorang." balas Aish tenang bersama senyuman manis. Syafiera juga tersenyum.
"Boleh ke kita jatuhkan diorang?" soal Zarina gusar. Dia risau jika mereka gagal untuk mencari bukti.
"Don't worry, Ina. Sebab akan ada lagi seorang yang ternama akan tolong kita!" balas Aish yakin.
Syafiera dan Zarina saling berpandangan. Mereka memandang Aish yang tersenyum penuh yakin.
"Siapa?"
________________________________________
"BOSS, saya dah dapat info pasal perempuan itu." ujar Eric setelah dipanggil masuk kedalam bilik.
"Good. Tell me more about that girl." ujar seorang lelaki yang sedang berpeluk tubuh. Dia sedang duduk di atas kerusi. Pen jenama Pilot dipusing menggunakan tangan.
Eric yang sedang berdiri di hadapan lelaki yang berpangkat boss.
"Nama dia Zarina Medina Binti Dato Azman. Umur 29 tahun. Pernah stay di Tokyo, Jepun selama 3 tahun bersama anak lelakinya yang berumur 4 tahun, Arjuna Aryan." terang Eric sambil membaca dokumen itu.
" Wait a minute. Apa nama penuh Aryan?" celah lelaki itu. Terhenti pusingan pen itu. Renungannya tajam memandang Eric.
" Arjuna Aryan Bin Helmi Ikram." jawab Eric pantas. Lelaki yang berpakaian kot itu hanya mengangguk-nganggukkan kepalanya.
"Continue." arah lelaki itu. Eric menghela nafas panjang sebelum menyambung.
"Memegang status janda dan ibu tunggal. Status itu dipegang kira-kira 4 tahun yang lepas." sambung Eric.
"Hold on.. Aryan umur 4 tahun, stay dekat Jepun 3 tahun. And stay dekat Malaysia 1 year and fly to Japan. So it means Zarina got divorced 4 years ago while pregnant Aryan, Helmi's son?" Lelaki itu menyoal Eric. Cepat betul dia dapat menangkap tentang hal itu. Biasa lah. Sudah namanya boss pasti dengan tangkas dapat menangkap tentang Aryan.
Eric hanya mengangguk. Lelaki dihadapannya kelihatan sedang mengetap gigi geram.
" You may continue." Lelaki itu menyandarkan badannya
"Errr... 4 tahun yang lepas, dia pernah stay dekat Kedah selama 2 bulan dengan suaminya, Helmi Ikram." terang Eric.
"Wait a second... They're married for 2 month is it?" soal lelaki itu ingin tahu. Seperti biasa Eric hanya mengangguk. Tepat dan betul sahaja andaian boss nya itu.
"How fast Zarina's pregnant..." ujar lelaki itu perlahan tidak mahu pekerjanya mendengarnya.
"Pardon?" soal Eric seperti dapat menangkap boss nya itu bersuara.
"So Helmi ceraikan Zarina selepas 2 bulan kahwin? Can I know why?"
"Errr... Rasanya sebab fitnah..." jawab Eric gagap.
Terangkat kening lelaki itu. "Fitnah? Fitnah pasal?"
"Errr... Sorry boss.. Saya tak dapat maklumat pasal tu. Yang saya tau Helmi Ikram ceraikan Zarina kerana fitnah but saya tak tau fitnah tu pasal apa" balas Eric takut-takut. Siapa tak takut dengan CEO Goldmine?
"No need to apologize. I will investigate about it.. So Helmi trust the rumour than his own wife?" Eric mengangguk.
Lelaki itu tersenyum penuh sinis. "What kind of husband that divorced his wife because of rumour? What kind of father humiliate his own son? Such a despicable..." ujar lelaki itu sinis. Eric yang mendengarnya hanya mendiamkan diri. Tidak betah untuk mencelah.
"I guess Haikal Jeffri, CEO of Gemilang Holdings is one of the sources of the rumour." ujar Eric apabila boss nya itu berjeda.
Berubah air muka lelaki itu mendengar nama itu. "Haikal Jeffri Bin Dato Kamarul?" Eric hanya mengangguk.
"Such a complicated story... How can I even solve this mystery?" keluh lelaki itu. Bukannya dia tidak kenal siapa Haikal Jeffri.
"Boss, saya akan bantu boss!" Tekad Eric bersungguh-sungguh. Lelaki itu hanya tersenyum hambar. "Proceed with the info" arah lelaki itu.
"Sekarang ini Zarina tinggal dengan kawannya, Syafiera Ain dan Aish Qayyum."
"Oh! Heritage Holdings?" Eric mengangguk.
"Datin Nurin, ibu kepada Zarina telah meninggal ketika Zarina berusia 15 tahun. Dan pada ketika itu lah Dato Azman kahwin lain. Dato Azman telah meninggal 3 bulan yang lepas akibat sakit kanser. Tetapi saya syak, adik tiri, Querina dan ibu tiri, Datin Noraini Zarina yang bunuh Dato Azman." ujar Eric. Selain daripada menyiasat tentang Zarina, dia juga menyiasat tentang latar belakang keluarga Zarina.
" Stepmother and stepsister? What a Cinderella story!" ujar lelaki itu sarkastik. Semakin lama dia tahu tentang Zarina Medina, semakin rumit kisah hidupnya. Who actually are you, Zarina Medina?
"But yang jadi CEO Wisma Holdings, Querina Nasstia, right?" teka lelaki itu.
"Ya. Semua harta milik Dato Azman sudah menjadi milik Querina dan Datin Noraini."
"Jadi, Zarina tidak dapat apa-apa?" soal lelaki itu. Berkerut dahinya memandang Eric meminta penjelasan.
"Yes sebab wasiat itu tulis nama Querina dan Datin Noraini" ujar Eric.
Berdecit lelaki itu sebentar. "It doesn't makes any sense..."
"Itu sahaja yang saya dapat. Maafkan saya kerana maklumat ini sangat sikit." Eric menunduk meminta maaf.
"Don't be sorry. This is more than enough. Thank you, Eric." Lelaki itu tersenyum segaris.
"Welcome, boss. Boleh saya pergi?" Lelaki itu mengangguk. "Sure."
Setelah Eric beredar dari biliknya, lelaki itu melepaskan keluhan berat. Dia melonggarkan tali lehernya.
"Helmi... Jeffri... Querina... Noraini... Kenapa banyak sangat dugaan dalam hidup kau, Ari?"
Share this novel