Bab 29

Romance Series 186474

"HELMI tu hensem kan, Ton?" soal Fadilah seraya menyiku lengan kawan yang berada disebelahnya itu. Dia tersengih malu.

Zaiton mengangguk laju berserta senyuman panjang dibibir.

"Hensem sangaaat! Kalau dia tak kahwin, dah lama aku pinang dia tau tak, Dilah?" Zaiton mula berangan. Tersenyum lagak orang gila sahaja dia.

Fadilah mencebik. Acah berani je minah ni. Cakap kencang tapi buat malu malu kucing pula.

"Hek eleh.... Hang ni Zaiton memang sembang ja lebih! Pi sembang depan cermin rumah hang lah lagi bagus!" sinis Fadilah straightforward sambil tangannya membuat gaya pergi.

Zaiton mencebik. Kawan dia yang seorang ini memang jahat! Bukan nak support ke apa ini macam protes aje!

Tiba tiba bulat mata Fadilah memandang susuk tubuh yang sedang berjalan jalan di tepi bendang.

Segera Fadilah menyiku kawannya lagi.

"Ton, tu bukan ka Helmi dengan Atia??" soal Fadilah sambil menjuihkan bibir kearah mereka.

Tersentak Zaiton daripada lamunan.

"Mana? Mana???" Dari badan yang bengkok, terus tegak apabila terdengar nama Helmi.

Bibir itu mencebik.

"Atia tu sibok ja!!" kutuk Zaiton lalu berpeluk tubuh. Bibir dimuncungkan. Dari awal lagi dia memang tidak sukakan Atia. Mungkin kerana Atia pernah bertakhta di hati Helmi.

Sewaktu di sekolah dahulu, Atia lah yang sering mendapat perhatian ramai. Umur mereka sebaya tetapi dendam kesumat ini tidak akan Zaiton lupakan!

Bertaut kening Fadilah memerhati gelagat Atia dan Helmi yang berjalan seiringan.

"Helmi tu bukan dah kahwin ka, Ton?" soal Fadilah sambil menoleh memandang Zaiton.

Ya, ini dia musykil. Sewaktu akad nikah, dia ada sahaja melihat Helmi berjabat tangan dengan tok kadi atas nama seorang perempuan yang Fadilah pun tak ingat nama dia.

Tak kan lah yang berjabat tangan itu orang lain? Dua biji mata yang Allah bagi ini melihat Helmi lah pengantin lelaki yang sudah berkahwin 1 bulan dahulu!

"Ya kot" balas Zaiton acuh tak acuh. Bukannya apa, Zaiton pun ada sekali waktu akad nikah itu! Sakit betul hati dia apabila Helmi sudah berkahwin!

Tetapi yang menghairankan adalah, mengapa Helmi masih bersama dengan Atia? Itu soalan susah tahap Oxford!

Mereka saling berpandangan mengharapkan jawapan sesama diri. Tetapi hampeh, mereka pun sesat dalam labyrinth.

"Tak kan lah baru kahwin nak cari madu lagi kot?" soal Zaiton membuat andaian sendiri.

Satu keluhan dilepaskan oleh Fadilah lalu memandang sawah padi yang terbentang luas.

"Tu lah kata orang tua dulu, habis madu disepah buang. Pas tu pakat cari madu lain. Tu lah lebah jahanam yang kuajaq." kata Fadilah selamba.

Zaiton ketawa besar. Terhibur dengan lawak kawannya sendiri.

"Macam pelik ja peribahasa tu..." perli Zaiton sambil ketawa yang tidak surut surut.

Fadilah menjeling.

"Biaq lah! Hang kalot sangat pasaipa?"

"Tapi kan... Helmi baru kahwin sebulan kan? Tak kan lah nak cari madu lain? Bini dia lagu mana?" soal Zaiton bertalu talu.

"Tu lah noh.... Aku dok rasakan.. Si bini Helmi tu tak reti jaga makan pakai Helmi. Tu yang Helmi pi cari Atia balik!" balas Fadilah membuat spekulasi sendiri.

Zaiton mengangguk tanda setuju.

"Helmi pi melutut melalak merayu kat Atia supaya terima dia balik. Katanya menyesal sebab kahwin ngan entah apa nama entah aku tak tau. Atia pun terima Helmi!" sambung Zaiton teruja.

"Patutnya Helmi cari aku tau! Bukannya si Atia bodoh tu!" ujar Zaiton lagi tidak puas hati berserta nada yang jelik . Kalau dia dilamar menjadi bini no. 2, Zaiton sanggup.

Fadilah ketawa mengilai.

"Ton, hang sedaq sikit hang tu... Hang tu dah lah tak lawa, si Helmi pun tak kenal hang, pi dah! Memang nak suruh aku pi ambik cermin ka apa?!" sinis Fadilah.

Zaiton mencebik.

"Lagi satu, bini Helmi lawa, cun, tip-top. Orang kaya pulak tu. Tak kan lah Helmi nak tinggalkan dia untuk hang? Pi balik cermin diri hang lah mangkak!" Fadilah mengejar lagi.

Zaiton mendengus.

"Hang jangan memandai ja, Dilah.. Bini Helmi tak reti nak layan Helmi elok elok, pas tu dia cari lah si minah Atia. Jangan nak libatkan aku lak." Zaiton membela diri.

"Kesimpulannya, bini Helmi tu tak reti nak layan Helmi! Betui dak?" Fadilah menyambung.

Serentak mereka mengangguk laju.

"Betui betui betui!"

"Lagi lagi?" Kedengaran suara orang menyampuk.

"Sebab bini Helmi tak pandai jaga makan pakai, tu yang Helmi cari Atia. Kalau dak, tak kan lah depa jalan sama sama?" balas Zaiton membalas pernyataan itu tetapi dia tidak mendongak memandang empu suara yang bertanya.

"Ha'ah! Aku dok rasa lah.. Bini Helmi yang bersalah dalam hal ini! Apa nama dia...?"

"Za........"

"Zarina Medina?" sampuk satu suara.

"Ya! Zarina Medina!" ujar mereka serentak lalu toleh memandang empu badan.

Terlopong mulut mereka berdua tatkala memandang dua susuk tubuh yang berada didepannya.

"Ha... lina......." Nama itu terpacul pada bibir mereka. Dan, ada seorang perempuan yang sangat mereka kenali di sebelah Halina.

Halina senyum sinis. Kecut perut pula ke? Tadi bukan main kutuk orang tak reti jaga lah sekarang dah berdepan dengan bini Helmi terus ternganga ya...?

Zarina tersenyum nipis. Terus diam bila jumpa aku? Apa cer?

"Seronok membawang?" Halina bercekak pinggang memandang minah minah kepoci ini. Besar kecil besar kecil aje dia pandang mereka. Kalau kena telan macam best je.

Kecut perut Zaiton dan Fadilah dibuatnya. Bini Helmi lah! Zaiton terus berlari meninggalkan mereka. Fadilah tercengang.

"Ton! Tunggu aku!!!" Fadilah terus mengejar Zaiton.

Halina mendengus kasar lalu mengambil tempat duduk ditempat mereka tadi.

"Kuajaq punya betina. Terus lari macam jumpa hantu bila nampak hang!" bebel Halina berserta cebikan pada bibir. Mulutnya terkumat kamit seperti mencarut. Kalau dia tolak dua orang tu masuk dalam sawah, agak agaknya apa reaksi diorang ah?

Gelagat Halina yang mencuit hati mendatangkan gelak ketawa Zarina. Dia ketawa kecil.

"Biar lah... Lagi pun betul lah diorang cakap. Aku tak reti jaga makan pakai Helmi... Siapa lah aku kan?" balas Zarina sambil tersenyum nipis. Nadanya sedikit berubah.

Halina memandang Zarina.

"Hang suka Am ka?" Entah mengapa soalan itu terpacul di bibir Halina membuatkan Zarina tersentak.

Dia toleh memandang Halina. Mereka berbalas pandangan.

"Siapa cakap aku suka dia? Aku sewa dia 3 bulan je... 1 bulan dah berlalu lagi 2 bulan ja lagi!" jawab Zarina pantas.

Halina mengangguk faham.

"Masa 1 bulan tu cukup untuk membuatkan hang jatuh cinta dengan Helmi. Betul tak?"

Sekali lagi Zarina tersentak mendengar kata kata adik iparnya merangkap BFF.

"Apa yang kau mengarut ni?"

Halina menjeling Zarina.

"Hang ingat aku tak tau ka? Hang suka kat Helmi kan?" soal Halina.

Zarina gigit bibir bawah. Daripada percakapan dan nada Halina sahaja sudah Zarina tahu. Perempuan itu tidak suka Zarina jatuh cinta dengan Helmi.

"Aku.....tak tahu...." Jujur dia keliru dengan perasaan sendiri.

Halina mengeluh.

"Ari, kan aku dah cakap.. Jangan jatuh cinta dengan Helmi. Kau degil." Sudah hilang loghat Utaranya.

Zarina mengetap bibir. Ya, dia degil kerana jatuh cinta dengan lelaki yang bernama Helmi Ikram. Kata katanya memakan dirinya. 1 bulan cukup membuatkan dia sayangkan Helmi.

" Maaf, Lina. Aku... tersuka dia... " Perlahan lahan Zarina menunduk. Dia menguis nguis tanah menggunakan kakinya.

Sekali lagi Halina mengeluh. Rasanya, perpisahan mereka pasti akan bertambah sukar. Dia meletakkan tangan ke bahu Zarina.

"Aku tak marah kau, Ari. Aku pun suka kalau kau cintakan abang aku. Tapi... Kau kena ingat, Ari. Kau tak akan bahagia..." ucap Halina.

Air mata Zarina pantas bergenang. Setitik demi setitii air matanya itu turun jatuh ketanah. Ya, Allah.. Betapa lajunya air mata ini mengalir.

Dia mengangkat kepalanya. Terkejut Halina apabila muka itu basah dengan air mata.

" Aku tahu, Lina... Aku tahu... Tapi, ini bukan kehendak aku.. Kalau boleh, aku tak nak perasaan cinta ini wujud.. Aku cuma nak dapat kan keredhaan papa aku.. Tapi kenapa mesti ada halangan untuk aku bahagia??" luah Zarina serta air matanya yang mengalir deras.

Ya, bukannya dia yang minta perasaan ini untuk datang. Malah, dia turut rasakan satu dunia menentang cinta Zarina ini.

Rasa serba salah menerpa hati Halina. Dia gigit bibir bawah. Menyesal pula bila dia ungkapkan kata kata sebegitu kepada Zarina. Hati batu Zarina sudah lentur dengan penangan cinta Helmi. Dia patut bersyukur.

"Maafkan aku, Ari.. Aku tak berniat nak lukakan hati kau..." pinta Halina serba salah.

Zarina menggelengkan kepalanya sambil mengesat air matanya.

"Kau tak salah, Lina. Aku yang salah sebab lemah. Aku yang salah sebab jatuh suka dengan abang kau..."

Dia melontarkan pandangan ke bayangan Helmi dan Atia yang semakin menghilang. Mereka nampak sangat bahagia dan secocok.

"Diorang secocok kan?" soal Zarina. Jujur hatinya sakit bagai disiat siat. Tetapi siapa dia untuk menghalang mereka?

Halina diam. Cuba berfikir.

"Kalau dia boleh buat, kenapa kau tak boleh buat?"

Serentak Zarina memandang Halina. Apa Benda yang minah ni cakap?

"Hah?"

"Kalau Helmi boleh buat kau jatuh cinta dengan dia selama sebulan, kenapa kau tak boleh buat dia jatuh cinta dengan kau selama satu bulan? Win-win!" ujar Halina.

Zarina tersentak.

"Kau suka ke Helmi jatuh cinta dengan aku?" soal Zarina minta kepastian.

Halina senyum lebar sambil mengangguk.

"Mestilah, ngeng! Kau kan kawan aku. Aku lagi suka kalau kau berjaya buat abang aku yang sengal ni suka kau! What a great achievement!" ujar Halina sambil tersenyum panjang.

Zarina turut tersenyum. Halina dah bagi green light! Tetapi senyuman itu pudar bila teringatkan sesuatu.

" Macam mana dengan... Atia? " soal Zarina risau. Kesian gadis itu andai mengetahui projek memikat hati suami.

Halina mencebik. Time time ni boleh pula teringat dekat Atia. Fikir pasal diri kau lah dulu!

"Biaq pi lah kat dia. Sekarang ni, fikir pasal kau! Jangan fikir pasal orang lain. Sebab cinta kau halal!" ujar Halina bersungguh sungguh.

"Tapi...."

"No tapi tapi! Nak tapi jugak keretapi! Sekarang ni kau kena buat projek memikat hati kering Helmi! Kau kena sewa cinta dia!"

Zarina menguntum senyuman. Ya, projek memikat hati Helmi! Dia boleh!

--------------------------------------------------------------------
QUERINA memandang pembantu rumah itu sambil bercekak pinggang. Dia menjegil kearah pembantu rumah itu.

" Dah bagi Dato minum tonik ke belum?" Suara garang Querina menyoal.

"Belum...." Pembantu rumah itu menjawab takut takut. Siapa tak takut bila berhadapan dengan anak tiri Dato Azman? Garangnya macam bapak harimau!

Bulat mata Querina yang sedia bulat.

"Belum? Are you kidding me?" marah Querina.

Semakin menunduk wajah pembantu rumah itu. Kecut perut bila dijerkah sebegitu.

"Saya akan.... buat... sekarang..." ujar pembantu rumah itu gagap. Dia mendongak memandang Querina.

Querina mendengus kasar.

"No need! Let me do it myself!" balas Querina malas.

Pembantu rumah itu menunduk takut.

"Tak boleh harap betul!" Querina terus berlalu masuk kedalam bilik.

Pembantu rumah itu hanya memandang sepi bayangan Querina.

"Kalau dah boleh buat, kenapa tak buat sendiri je!" omel pembantu rumah itu perlahan lalu masuk kedalam dapur.

"Yati, si harimau tu kata apa?" soal Maisarah yang juga merupakan pembantu rumah. Dia sedang mencuci pinggan.

Hayati merengus.

"Dia marah aku sebab lupa bagi Dato minum tonik!" omel Hayati.

"Tonik apa ya yang dia suruh kita bagi setiap hari?" soal Maisarah ingin tahu.

Hayati menjongket bahu tanda tidak tahu. Querina selalu suruh mereka memberi Dato Azman minum tonik ikut masa. Katanya untuk kesihatan Dato jadi mereka ikut sahaja.

"Aku memang benci si Querina dengan Noraini!" kutuk Hayati tidak berlapis.

"Entah, suka sangat arah arah orang! Ingat diorang siapa?" sokong Maisarah.

Hayati mengeluh.

"Bila lah Zarina nak balik?" keluh Hayati. Jujur katakan dia lebih sukakan Zarina. Sebab Zarina baik. Tetapi kalau dia ada pun, pasti Datin Noraini dan Querina akan melayan Zarina bagai bibik.

Maisarah mengangguk. Sebulan telah berlalu. Sebulan juga dia tidak tahu akan khabar Zarina...

"Jangan nak membawang sangat lah. Cepat buat kerja! Nanti Querina marah lagi!" sampuk Mak Leha yang juga merupakan pembantu rumah yang paling berusia.

"Ya......"

"Papa, minum lah tonik ni... Bagus untuk papa tahu..." Querina meletakkan tonik diatas meja.

"Hrmmmm..." Hanya itu sahutan daripada Dato Azman yang sedang baring diatas katil.

Querina ketap gigi.

"Que pergi dulu ye..." Querina terus berlalu keluar dari bilik.

Dia ketawa jahat.

"Beberapa bulan dari sekarang, orang tua tu akan mati! Mampus dari dunia ni! Dan, semua harta dan Wisma akan jadi milik aku!!!" ujar Querina seorang diri serta senyuman sinis di bibir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience