MEREKA memandang pelik antara satu sama lain.
"Hangpa ni dah pasaipa?" tegur Hilna sedikit jelik. Dia berpeluk tubuh. Hilang sudah mood breakfast nya pada pagi ini.
Gila tak jelik? Si dua ekor hantu depan dia, asyik gelak manja! Sekejap bisik dekat telinga, lepas itu gelak manja. Kemudian, tampar bahu pula! Naik loya tekak dia!
Zarina dan Helmi kulum senyum. Nampaknya, ramai yang pelik dengan perubahan mereka. Ketara sangatkah perubahan mereka?
Zarina dan Helmi sambung balik makan. Baru sahaja suapan nasi lemak disumbat kedalam mulutnya,
"I love you!" bisik Helmi cepat-cepat lalu terus menyambung makan.
Zarina tertawa perlahan. Time nak makan pun dia confess lagi! Sempat lagi dia buat luahan hati! Alahai, comel betul suami aku!
"I love you more than I can ever imagine!" bisik Helmi lagi lalu cepat-cepat sambung makan. Disumbat beberapa sudu nasi lemak kedalam mulutnya.
Zarina ketawa lagi. Ya Allah! Kenapa suami aku ni lain macam je pagi ni? Tahu lah semalam buat sesi luahan hati tapi tak kan lah waktu makan nak sambung lagi? Depan family kot!
Baru sahaja Helmi mahu bisik lagi, Zarina mencubit lembut peha Helmi.
"Jangan nak mengada! Makan cepat!" bisik Zarina acah marah sambil tahan senyum . Padahal suka apabila Helmi membisik sebegitu dengan suara yang gemersik.
Helmi kenyit mata nakal.
"Oww!! Sakitnya mak ketam ni cubit!!" Helmi sengih nakal.
"Nak kena lagi ke?" soal Zarina sambil menyua tangannya.
"Boleh je sebab rasa dia manis!! Macam kau!!"
Zarina menepuk dahi nya sendiri. Macam mana lah Helmi boleh jadi manja macam ni? Semalam kata tak romantik laa last last jadi manja.
"Am, dah dah lah tu nak mesra ngan bini.. Nanti lambat gi kerja. Ari pon dah rimas ngan hang" tegur Puan Maryam. Sudah lama dia memerhati Helmi yang giat mengusik Zarina.
Memuncung mulut Helmi sedepa. Zarina ketawa lembut. Sejak bila Helmi yang pedas macam sambal belacan jadi manis macam kek red velvet?
"Alaaaa.... Biaq lah bu... Tak nak pi kerja boleh?" pinta Helmi sambil dikerdipkan matanya banyak kali. Bulat mata Zarina. Amboi! Dia ni dah lebih ni!
Puan Maryam menggelengkan kepalanya. Dah kenapa lah dengan si Helmi hari ni? Pelik!
"Yam, kalau dah mesra lagu ni... Mesti dah ada budak dalam perut kan?" ujar Tok Mah teruja. The U's cicitnya.. Boleh tambah lagi cicit!
Terbatuk-batuk Zarina dibuatnya. Errr... Budak?? Helmi menghulurkan air kepadanya sambil mata memandang Tok Mah.
"Masih berusaha lagi, Tok.." balas Helmi.
"Am, nak aku gi tau cara nak dapat baby?" soal Firman sambil mengangkat kening nakal. Dia tersenyum lebar.
Helmi mencebik menyampah. Hek eleh...
"Fir, aku dah cara tersendiri lah. Kalau Fir tak reti kot kot amnesia ke jumpa lah aku! Bini aku pun tau betapa padunya aku! " Helmi membalas. Bulat mata Zarina mendengarnya. Mukanya merona merah. Am!!
Firman tersengih.
"Kau tengok aku ni.. Anak sampai lima padahal umur baru 30. Otai dak aku? Lima pun suka aku punya...."
"Abang!" Merah padam wajah Halima dibuatnya. Dia menarik baju suaminya. Ya Allah.. Kenapa dengan Helmi pun Firman nak gaduh?
Hilman dan Hilna menekup telinga mereka. We still young ! Jangan rosakkan telinga kami!
"Eh, Fir. Kau tunggu lah.. Aku nanti ada anak lagi ramai dari kau! Berdozen-dozen!" Helmi mencabar. Butang mata Zarina Medina. Berdozen-dozen? Ramainya!!
Firman sekadar mencebik.
"Okay! Aku nak tengok!" Firman berpeluk tubuh. Zarina terkedu. Seriously dia nak tengok anak sampai berdozen-dozen ke?
"Am, Fir.. Ada budak underage la.. Kalau nak bincang pun, bincang kat dalam bilik." tegur Halina mendapat sengihan dari Firman dan Helmi.
"Mak Su.... Pak Su... Macam mana baby boleh ada?" soal Ufa yang tiba-tiba datang ke ruang meja. Butang mata semua orang mendengarnya. Ah, ini salah Am dan Fir!
Hilman tersengih. Nak jujur ke tipu?
"Ufa, baby boleh ada apabila sperma dan ovari bersatu!" ujar Hilman sambil tayang gigi.
Semua yang berada dimeja itu membulatkan mata. Batin Halima menjerit, kau ajar anak aku benda apa?!!
Ufa mengembungkan pipinya. Dia meletakkan jari telunjuknya yang kecil pada pipinya acah berfikir.
" Apa benda tu? " soal Ufa sambil kerdip matanya banyak kali.
Hilna tersengih. Giliran aku pulak!
"Sperma tu berudu. Ufa tahu kan berudu? Anak katak tu. Sperma tu berudu lah! Ovari pula kari yang nenek selalu masak! Kari dan berudu bersatu jadi lah anak!"
Terkejut beruk semua orang mendengar penjelasan Hilna.
"Hrmmm... Kalau macam tu, Ufa nak cari berudu lah! Tata!" Ufa terus berlalu.
Hilna tayang muka selamba.
"Apa?"
Berasap wajah Halima. Sudah lah ajar anak orang bukan-bukan, buat muka tak bersalah pula tu.
Hilna tersengih. Dia terus bangun dan menggapai beg galasnya apabila Halima bangun.
"Man!! Aku pi dulu naah!!!" teriak Hilna lalu terus keluar dari rumah. Dia menunggang basikalnya lalu memecut lari. Halima dah jadi naga!!
"Na!!!!!" teriak Halima dan Hilna melambai-lambaikan tangannya sambil menunggang basikal.
Terkejut Hilman. Kurang asam hang, Na! Hilman cepat-cepat menyalami tangan Puan Maryam dan Tok Mah. Dia mengambil beg galas lalu keluar dari rumah.
"Na!!! Tunggu!!!" Basikalnya memecut laju.
Semua orang ketawa. Takut juga ya Hilna pada Halima?
"Okay lah, Zame! Miam pergi dulu ye?" Helmi terus bangun. Dia pun kena pergi sekolah juga. Zarina mengangguk.
Helmi menyalami tangan Tok Mah dan Puan Maryam. Zarina juga menyalami tangan suaminya.
Helmi mengucup dahi Zarina lama. Butang mata Zarina melihat tindakan Helmi. Agak-agaklah! Depan ibu dan tok siot!
Helmi tersengih nakal lalu mencubit pipi mulus isterinya.
"Comel! Rasa macam tak nak pi sekolah je!" omel Helmi geram. Pipi isterinya dicubit lagi sehingga merah.
"Tak dek tak dek.. Pergi sekolah cepat!" halau Zarina. Helmi memuncungkan mulutnya.
"Okay, Zame halau kite... Kite tak nak kawan Zame!" Helmi terus berlalu meninggalkan Zarina yang terkebil-kebil.
Puan Maryam gelengkan kepalanya ulang kali.
"Ari, Am memang cam tu. Jangan layan" Zarina hanya mengangguk.
"Betul tu Ari! Am tu memang!" sokong Halima. Zarina tersengih.
________________________________________
HELMI mengeluh. Dia raup rambutnya perlahan. Phone jenama Huawei direnung. Kemudian dia mengeluh lagi.
"Cikgu! Cikgu ada masalah ka?" soal Amin.
Helmi tersentak. Ketara sangat kah? Perlahan-lahan kepalanya digelengkan banyak kali. Walhal hati menjawab lain.
"Eh, buat cepat latihan yang cikgu bagi!" Amin sengih.
Helmi masih menanti. Menanti panggilan atau mesej. Daripada Zarina...
Dia kan merajuk! Mestilah Ari kena pujuk!
Helmi mengeluh. Tapi hampa. Zarina tak telefon mahupun mesej.
Dia membuka buku. Ada sesuatu dia kena tandatangi.
Ting!
Cepat-cepat dia melihat skrin telefonnya.
Mesej from Isteriku!
Isteriku
Merajuk ke?
Helmi ketap gigi. Boleh tanya merajuk ke tak? Cuba lah pujuk!
Me
Tak
Isteriku
Ye ke?
Kalau dah tahu suami merajuk, pujuk lah!
Isteriku
Merajuk lah lama-lama. Macam orang tua!
Bulat mata Helmi. Dia kata aku orang tua?
Me
Iyelah... Ari dah tak sayang aku... (emoji sedih)
Isteriku
Ya
Amboi! Main tarik-tarik tali betul, Ari ni!
Me
Habis semalam sampai menangis tu apa? (emoji senyum jerk)
Teringat pula sesi luahan semalam. Air mata Ari....
Isteriku
Am jahat!! Ari tak nak kawan Am!!
Terangkat kening Helmi sebelah. Aku yang merajuk ke Ari yang merajuk?
Me
Tak nak kawan sudah sebab kita dah kahwin. Mana boleh kawan-kawan ni.
Loyar buruk kau ye, Am.
Isteriku
Malam ni tidur luar! (emoji marah)
Terjongket kening Helmi. Sebiji macam dalam cerita! Isteri halau suami tidur luar. Helmi ketawa halus.
Me
Tak nak
Isteriku
Tidur juga!
Me
Tidur dalam tak boleh ke?
Isteriku
Jangan mimpi nak tidur dalam bilik! (emoji marah)
Me
Bukan tidur dalam bilik, tidur dalam hati kau tak boleh ke?
Helmi ketawa lagi melihat ayatnya sendiri. Sah! Mesti muka Ari tengah merah sekarang!
Isteriku
Tak.
Me
Kenapa??? (emoji sedih)
Isteriku
Sebab hati Ari bukannya hotel!
Helmi ketawa lagi melihat respon daripada Zarina.
Me
Tunggu kau malam ni! Aku kerjakan kau!
Isteriku
Bagitahu ibu!! (emoji jelir lidah)
Helmi tersengih. Anak emak betul!
Me
Eikkk.. Nak buat anak pun kena bagitau ibu ke?
Isteriku
Jangan pandai2! Ari ada silat tau! (emoji serius)
Helmi ketawa geli hati.
Me
Silat apa? Selatan ke hatimu ke? (emoji love)
Isteriku
No no. Arah hati Ari Timur bukan Selatan
Me
Jangan risau.. Pusing2 Selatan dapat juga sampai ke Timur. Dah dapat hati kau!
Isteriku
Malasnya nak layan. Tak kerja ke?
Me
Kerja lah ni. Kerja jaga hati kau. Susah betul!
Isteriku
Jaga hati? Macam mana nak jaga hati Ari kalau Ari ada dekat rumah?
Helmi kulum senyum. Sarkastik betul isterinya.
Me
Badan Ari je kat rumah tapi hati kau ada dekat aku sebab aku curi (emoji peace)
Isteriku
Mengada betul lah!
Me
Alaaaa... Mengada dengan kau je. Bukan orang lain.
"Errrr... Cikgu kata nak bincang soalan... ?" soal Ain sambil mengangkat tangan. Tetapi Helmi tidak perasan.
Hairan! Tadi cikgu suruh buat latihan nanti nak bincang tapi main phone pula! Dok ketawa sorang-sorang pula tu!
"Shuuuuuhh!!" Kelas 1 Amanah menyuruh Ain diam. Tidak mahu bincang latihan sebab tak siap lagi! Mereka nak masa cikgu Helmi habis!
Helmi tersengih-sengih seorang diri membaca mesej. Dia dengan dunianya sendiri.
Share this novel