Bab 20

Romance Series 186474

One, don't pick up the phone
You know he's calling you 'cause he's drunk and alone
Two, don't let him in
You'll have to kick him out again
Three, don't be his friend
You know you're gonna wake up in his bed in the morning
And if you're under him, you ain't gettin' over him
I got new rules, I count 'em

Deringan lagu New Rules memecah hening di dalam bilik itu sekali gus menceriakan suasana pada awal pagi itu dengan lagunya yang rancak.

Helmi yang sedang mengelap rambutnya menggunakan tuala mengerling kearah phone berjenama Samsung yang berada diatas meja itu. Phone itu berbunyi menandakan ada orang sedang mendail.

"Woi!! Phone kau bunyi!!" teriak Helmi dari luar bilik air.

Bunyi curahan air didalam bilik air itu berjeda seketika. Cedok air diletakkan semula kedalam kolah yang berisi air. Dia meraup kasar rambutnya yang basah.

"Jangan angkat! Kejap gi aku keluar!" laung Zarina dari dalam bilik air.

Kejap? Memang tak lah! Si Zarina ni memang suka berendam lama lama dalam bilik air, tempat tidur setan. Lumrah wanita mestilah mandi berejam rejam.

Tetapi Zarina belum lagi berus gigi. Sabun badan pun belum lagi. Masakan bisa keluar kejap lagi.

Zarina berdecit perlahan sambil mengurut dahinya lembut.

Kenapa lah orang yang call dia tu terfikir nak call pagi pagi buta? Kenapa tak sewaktu matahari menjelma? Geram pula dengan orang yang menelefon dia diawal pagi ini.

Iye lah. Niat Zarina mahu keluar dari bilik air selepas Helmi berangkat ke sekolah tetapi niatnya terkubur hidup hidup tanpa belas kasihan.

Zarina tekad. Nanti bila dia pijak lantai bilik mereka, dia akan marah teruk teruk dengan pemanggil itu. Telefon tak kena masa. Potong stim aje!

Mujur lah Zarina membawa baju masuk kedalam bilik air. Tidak nya menjadi tontonan free suami nya itu! Tidak!!!!! Dia tidak mahu membuat wayang percuma tidak berbayar!

Satu cedok air dicurah pada badannya sendiri. Fuuhh... Menggigil gigil dia kesejukan dek air kolah yang begitu sejuk. Maklumlah rumah kampung mana ada air panas ye tak?

Ditambah lagi dengan cuaca dan suhu pada pagi ini yang terlampau sejuk dan dingin. Air kolah pula menambahkan lagi kesejukan Zarina. Macam dekat Kutub Utara aja!

I got new rules, I count 'em

Helmi yang masih mengelap rambutnya yang basah mengerling kearah phone jenama Samsung milik Zarina yang masih berbunyi.

Tanpa sedar, bibir itu mendengus kasar.

Helmi mengerling pintu tandas. Kedengaran curahan air masih ada. Tidak menunjukkan tanda tanda mahu keluar pun.

Helmi geram dengan dua perkara.

Pertama, orang yang telefon Zarina.

Agak agaknya orang yang call tu memang tak faham bahasa Tamil ke? Sudah terang terang si empu phone tidak menjawab panggilan maka berhenti lah telefon Zarina!

Sudah lah call pada awal pagi yang matahari pun belum lagi kelihatan. Pergi ganggu ketenteraman orang kenapa? Kena cakap bahasa Uzbekistan kot baru faham bahasa.

Kedua, si minah bandar tu masih berada didalam bilik air itu.

Tidak keluar keluar lagi. Batang hidung tidak kelihatan inikan pula susuk tubuh sebenar. Dah lah tu, bunyi curahan air masih kedengaran!

Memang lama betul isteri dia berendam didalam bilik air. Saling tak tumpah macam Kembang, si kerbau hitam kesayangan Tok Mah yang berendam didalam lumpur!

Phone berjeda seketika tanpa ringtone. Terangkat kedua dua belah kening Helmi automatik. Helahan nafas lega dihembus.

'Huh! Reti pun putus asa!' omel hati Helmi sambil meneruskan mengelap rambutnya dengan tuala.

Helmi ingatkan orang yang call itu sudah kenal erti putus asa tetapi sangkaannya meleset habis. Terpelecek sangkaan dia ke dalam gaung.

One, don't pick up the phone
You know he's calling you 'cause he's drunk and alone
Two, don't let him in
You'll have to kick him out again
Three, don't be his friend
You know you're gonna wake up in his bed in the morning
And if you're under him, you ain't gettin' over him

Phone Samsung yang berada di meja solek berbunyi sekali lagi.

Helmi mengeluh kuat sambil meraup kasar rambutnya persis orang gila pesakit Wad Hospital Bahagia!

Sah orang yang telefon isterinya itu bengong! Dah isteri dia tak jawab tu tak payah lah call lagi!!!! Batin lelaki itu menjerit geram.

I got new rules, I count 'em

Pergi mampus lah dengan kau punya rules! Satu dengusan terhasil.

Helmi bingkas bangun dari katil lalu bergerak kearah meja solek. Dikerlingnya phone Samsung itu. Nak tahu juga siapa yang telefon isterinya itu.

'Aish Qayyum'

Tertera nama Aish Qayyum pada skrin phone Samsung. Serta merta raut wajah Helmi bertukar kelat.

'Lelaki...' desis hati Helmi dengan wajahnya yang tampak kelat.

Kejap. 'Aish' tu bukan untuk perempuan ke? 'Qayyum' tu memang untuk lelaki lah. Jadi, tak sah lah lagi lah jantina manusia yang menelefon isterinya itu lelaki.

Phone Samsung diangkat lalu diletak pada telinga kanan.

Helmi hanya membisu untuk mengesahkan siapa empu yang menelefon Zarina Medina. Siapa lah kau wahai manusia bernama Aish Qayyum?

"Hello! Ina! Aku call kau banyak kali kau tak angkat! Aku nak minta tolong boleh tak?" Kedengaran suara garau sedang marah di corong telefon itu.

Kedua dua belah kening Helmi terangkat. It's a boy!

Eh eh jantan ni. Tadi marah lepas tu minta tolong pula. Tak faham aku kau manusia bernama Aish Qayyum...

"Hello? Ina? Are you there?"

Helmi masih lagi membisu melayan perasaan sendiri.

Siapa Ina? Nama isteri dia ke? Itu lah kau Am. Nama isteri pun lupa. Tiba tiba penyakit amnesia datang pula dekat kau.

Tetapi tak silap dia nama Ari.. Zarina Medina. Maksudnya, 'Ina' tu datang dari nama Medina ke?

"Maaf, ini bukan kedai inai.." jawab Helmi selamba sambil membuat loghat Cina.

Kedengaran suara lelaki itu sedikit tersentak.

"Errr... Ni siapa..?" soal lelaki di corong telefon itu.

"Ini lah kedai keranda. Kami menawarkan harga yang berpatutan bagi setiap saiz keranda. Saiz keranda pula akan mengikut saiz mayat. Adakah incik mahu menempah keranda? Sekarang juga kami akan ukur saiz mayat." ujar Helmi jelas selamba dengan loghat Cina.

" Err... Bukan bukan.. "

Helmi sembunyi senyuman. Gagap pula kau ye mamat?

Sebernanya, Helmi sendiri terhibur dengan lawak dia sendiri. Jadi agen keranda. Kah kah. Kelakar pula dia rasa.

" Sila isi borang. Alamat akan kami hantar."

"Aku... Islam." jawab lelaki itu.

Helmi senyap. Sebernanya sentap. Kan dah kena. Tu lah nak sangat jadi agen keranda kristian kan dah kena sebiji kat muka.

" Ni bukan nombor Zarina Medina ke?" soal lelaki itu mendatar.

Kening Helmi terjongket. Aii.. Tak habis habis lagi ya.

"Siapa Zarina Medina? Tiada pekerja nama sebegitu di sini. Melainkan ada wanita yang bernama Medina yang telah selamat dikebumikan. Mahu saya bagi alamat kubur itu?" soal Helmi sambil cuba menahan ketawa yang hampir pecah.

"Err.. Ye ke?"

Belum sempat Helmi mahu membalas, phone ditangannya terlebih dahulu dirampas laju.

Helmi menoleh. Kelihatan Zarina Medina sedang memegang phone Samsung dengan wajah yang bengang.

"Kau tak reti nak hormat privasi orang ke?" soal Zarina geram sambil merenung tajam tepat muka lelaki yang berada didepannya itu.

Nasib baik lah dia cepat cepat keluar dari tandas, alamatnya memang Helmi akan berterusan membuat onar. Terburu buru dia pakai baju dan kain batik tahu.

Helmi membuat muka tidak bersalah.

" Tak. " balas Helmi bersahaja sambil mengambil sikat diatas meja solek. Disikat rambutnya rapi.

Zarina kacip gigi. Geram pula dengan perangai encik suami yang suka tarik tali. Eh, aku tak ada masa lah nak main tarik tali dengan kau! Dah buat salah tapi tak nak mengaku!

"Hello...?" Suara lelaki dicorang telefon masih kedengaran. Serta merta phone diletakkan pada telinga kanan Zarina.

"Hello Ish! Ni Ina lah! Huh? Oooh.... Tadi ada apek cina mabuk sesat mencemar duli ke rumah aku. Biasa lah rumah flat kan.. Mestilah ada banyak mikroorganisma mengunjung"

Berdesing telinga Helmi mendengar omongan yang keluar dari mulut Zarina. Siap jeling sinis dengan senyum mengejek pulak tu. Mana tak sakit hati? Wah! Panas pula hati dia!

Dia kata aku apek cina mabuk sesat? Sedar lah diri tu sikit dia pula minah 'garit' KL sesat dekat kampung! Pigidah!

"Okay lah. Bye, Ish. Huh? Nak halau apek cina ni lah apa lagi? Nanti call aku tau. Bye.." Talian pantas dimatikan.

"Mulut kau tu bagi cantik sikit ya.." ujar Helmi sarkastik kepada Zarina. Dia membalas renungan tajam itu.

Zarina menjuihkan bibir persis muncung itik sedepa.

"Mulut aku memang cantik pun!" balas Zarina dengan juihan yang tidak lekang. Bibir mungil itu diherot sedikit ke tepi mahu menaikkan amarah lelaki itu.

"Apa apa? Tak puas hati?" soal Zarina jelik sambil tayang muka menyampah.

Helmi menahan rasa. Kecil besar kecil besar je dia nampak Zarina yang berpakaian baju dan kain batik. Sekali dia 'ngap', tak pergi sekolah dia karang.

"Perasan betul lah kau" balas Helmi sambil memperbetulkan rambutnya.

"Excuse me?! Sedar diri tu sikit. Kau lah yang narcissist!" balas Zarina sambil menjegilkan kedua dua belah matanya. Wah! Tidak percaya dia dengan Helmi Ikram ini!

Kening Helmi bertaut. Narcis what? Apa benda tu? Tidak faham dia dengan bahasa Alien yang dibicarakan oleh Zarina.

"Apa kata kita buat rules nak, wahai suamiku yang paling ku 'sayang'?"soal Zarina sambil duduk diatas kerusi solek. Dia menekankan perkataan 'sayang' mahu buktikan betapa dia benci akan suami yang disewa itu!

" Dah 1 bulan dah baru nak buat peraturan? " soal Helmi membidas semula.

Zarina buat rolling eyes.

" Sebab baru aku sedar, aku tinggal dengan Mr. Narcissistic!"

Helmi mencebik. Walaupun dia tidak tahu makna 'narcissist', buat buat faham aje lah. Nanti tak faham kena kecam pula dengan cik isteri ini. Jadi buat buat faham aje lah. Yang Helmi tahu, 'narcissist' itu bukan satu benda baik.

"Rules dia senang ja. Don't get involve with our private life." ujar Zarina.

"Maksud?" Iye lah. Helmi mana reti faham Inggeris.

Zarina mengeluh. Dia mengerling jam dinding. Mahu tahu sekarang pukul berapa.

"Jangan masuk campur dalam urusan peribadi masing masing walaupun kita suami isteri. Ngerti?"

Helmi mengangguk. Hek eleh. Ingat dia kepuman sangat ke nak masuk dalam hal peribadi Zarina? Dia cuma nak tahu siapa Aish Qayyum je.

Zarina tersenyum sinis.

" Bye-bye, my hubby narcissist ! " ucap Zarina lalu meloloskan diri meninggalkan Helmi yang terkebil kebil dengan tingkah Zarina .

--------------------------------------------------------------------
SATU keluhan berat dilepaskan. Mata yang kuyu jelas sekali kelihatan malas mahu celik. Padahal dia bukannya mengantuk pun.

Hidangan nasi lemak kantin yang berada didepan mata langsung dia tidak usik. Entah mengapa pokok pinang yang tertanam di kawasan sekolah menjadi pandangannya.

Kebetulan, Fakhrul yang sedang berjalan pergi ke kantin terlihat satu susuk tubuh yang sangat dia kenal. Terus kakinya yang dari tadi perlahan, terus berlari anak tetapi laju mampu mencapai kelajuan Usain Bolt.

Melihat saja lelaki itu termenung jauh, Fakhrul mengambil kesempatan untuk mengenakan lelaki itu. Sengihan jahat dipamerkan.

"Helmi Ikram... Ahli setan..." bisik Fakhrul yang selamat duduk disebelah kawannya itu.

Kening Fakhrul terjongket.

Ganjil! Hairan dia melihat Helmi yang masih diam tidak berganjak memandang pokok pinang.

Fakhrul memandang pula ke bawah. Ini pun ganjil! Helmi langsung tidak menyentuh nasi lemak kantin penangan Mak Nah, si ketua kantin.

Selalunya, pasti Helmi akan gelojoh makan nasi lemak dengan berseleranya. Ini tidak. Bukan setakat makan, usik sikit pun tidak. Ganjil betul. Kes parah ni!

Kepalanya sendiri yang menjadi mangsa garuan tangan. Walhal kepalanya langsung tidak gatal. Entah kenapa tangan pula yang gatal garu kepala.

Gawat betul ni! Helmi termenung jauh adalah sesuatu yang sangat luar biasa! Lagi lagi pada waktu sekarang. Waktu rehat. Belum pernah lagi Fakhrul melihat sisi Helmi seperti ini sepanjang mereka berkawan.

Serius dia tidak pernah! Bah kan Nizam dan Aiman pun tidak tahu Helmi mempunyai sisi yang tidak 'teratur' macam ini.

Apa yang hairannya ialah, nasi lemak kegemaran Helmi langsung tidak dia sentuh. Itu memang satu perkara yang ganjil dan bukan genap.

Sikap Helmi yang pada awal Fakhrul memerhati menunjukkan satu keputusan yang luar biasa!

Mengeluh itu satu. Eh.. Jap! Mengeluh itu satu perkara asas yang pasti setiap manusia akan buat jika ditimpa masalah yang beratnya mencecah 100 kg! Normal lah kan?

Bukan tu je tahu. Mata sepetnya jelas sekali kelihatan sepek kuasa tiga. Pandangannya pada pokok pinang itu macam pokok pinang tu lagi cantik dari Fakhrul yang berada disebelahnya.

Kewujudan Fakhrul langsung Helmi tidak sedari tadi. Walhal, Fakhrul seronok melihat tingkah dan gelagat Helmi yang jarang dipertontonkan oleh kawan kamceng kapcai hidup semati.

Kalau ada Aiman dan Nizam ni pasti diorang akan kenakan mamat Helmi ni secukup rasa perencah sesedap rasa adabi dan ajinohmoto!

Satu senyuman sumbing terukir. Ah! Dia sudah tahu apa yang Helmi menungkan itu!

"Berangan apa tu!" jerkah Fakhrul lalu menghirup air milo yang berada diatas meja. Selamba badak aje dia minum air Helmi.

Serta merta Helmi tersentak dari lamunan. Dia toleh kearah Fakhrul. Dia mengurut dadanya.

Hish.. Nasib baik dia tidak ada lemah semangat. Kalau tidak memang kena lah Fakhrul cukup cukup dengan penumbuk sulung Helmi yang padu itu.

"Bila hang sampai sini? " soal Helmi lalu berpura pura mengambil sudu untuk makan nasi lemak.

Fakhrul menggelengkan kepala berulang kali. Nak cover pun tak pandai. Apalah mamat sengal ni.

Fakhrul memegang straw lalu menilik jam dinding pada atas tiang kantin.

" Lebih kurang 2 jam yang lalu." jawab Fakhrul dengan selamba lalu mengacau straw didalam cawan air milo itu.

Bulat mata Helmi. Amboi! Nak perli aku lah tu! Malas dia mahu layan mamat samdol tidak diundang ni baik dia makan nasi lemak.

Belum sempat nasi lemak selamat mendarat didalam mulut Helmi, Fakhrul mencelah.

"Hang tok sah lah nak tipu aku. Hang tak ada selera kan nak makan?" teka Fakhrul serkap jarang.

"Mana ada! Ni aku nak makan lah ni!" nafi Helmi sekeras kerasnya lalu menyumbat nasi lemak kedalam mulutnya

"Selalunya nasi lemak ni mesti licin tapi hari ini dak. Hang ingat aku tak tau ka. Aku dok perati hang tau dak? Hang dok nganga tengok pokok pinang tu. Hang dok teringat ka sapa?"

Helmi senyap. Telahan Fakhrul memang tepat. Dia tidak ada selera hendak makan masakan nasi lemak Mak Nah ini. Tetapi, entah lah.

Jasad dia mungkin berada dikantin tetapi fikirannya berada ditempat lain. Terbang pergi ketempat lain.

" Hang dok ingat kat sapa? Bini hang ka?" pintas Fakhrul lalu memandang muka Helmi. Cuba mencari jawapan disebalik wajah itu.

Tapi hampa. Hanya ada wajah yang dingin dan sukar ditafsir.

Fakhrul mengeluh. Am... Kemanakah dikau menghilang? Ini bukan Am yang aku kenal.

Helmi terbatuk kecil. Uhukk! Minah kerek bandar tu? Minta dijauhkan lah dalam otak dia yang tengah serabut ni.

"Hang dok ingat dekat Ari ah?" soal Fakhrul lagi. Selagi dia tidak dapat jawapan, selagi itu dia akan bertanya.

Helmi tersenyum hambar mendengar pertanyaan Fakhrul. Dalam hati sudah mencebik banyak kali. Apa kejadah lah aku nak ingat dekat minah brutal tu? Baik aku ingat dekat Tia lagi best. Ada faedah juga.

Tidak tahu kah kamu jika kamu teringat dekat seorang wanita yang bukan mahram kamu, ianya akan mendatangkan dosa dan bukannya pahala.

Walaupun isteri kamu memberikan keizinan tetapi Allah belum tentu memberi keizinan. Meskipun, cinta pertama kamu datang dahulu tetapi kamu tetap bukan berkahwin dengan dia.

Itu dikira berdosa kerana cuba mendekatkan diri dengan maksiat seperti zina. Soal hati tidak boleh dibawa main.

Allah pernah berfirman, 'Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut tetapi jangan kamu berjumpa dengan dia secara rahsia'

"Ha'ah. Awat? Aku tak leh ka dok ingat kat dia?" balas Helmi. Separa hati Helmi menidakkan ayat yang diutarakan.

'Fakhrul bukannya tahu apa apa pun.. ' desis hati Helmi.

Fakhrul menghirup lagi air milo itu lalu disisipnya. Ketulan ais dimasukkan kedalam mulut lalu dikunyah kunyah menjadi sisa sisa ais. Nampak sangat dia menikmati air milo itu.

"Urrkkk!!"

Helmi pantas menutup hidung. Eiii... Tak senonoh! Berlahak tak kena masa!

"Bodoh lah hang!"

Fakhrul tayang sengih sampai gigi. Tawa mereka pecah.

"Alhamdulillah.." ucap Fakhrul disusuli sisa tawa.

Apabila keadaan mula berjeda seketika, Fakhrul membalas sambil menghirup lagi air milo itu.

"Aku tak kata pun dak leh." balas Fakhrul selamba.

Helmi mencebik. Mata dia melilau mencari seseorang.

"Mana dua ekoq tu?"

"Oh, si Iman tu dok bertapa dekat bilik guru. Banyak keja katanya. Si Zam dok kat jamban. Tak keluar keluar lagi tau. Tu yang aku tinggai dia!" terang Fakhrul panjang lebar.

Meletus ketawa Helmi. Nizam memang selalu berendam dalam jamban. Macam.....

Ari!

Serta merta dia teringat dekat perkataan 'narcissist'.

"Ah, hang cikgu om putih kan?" soal Helmi. Terlupa pula kawan baiknya ini mengajar bahasa English.

Fakhrul mengangguk. Ini anak jati Kedah lah. Setakat bahasa International om putih apa lah sangat.

"Hang tau dak apa tu...."

"Hang ingat aku kamus Oxford bergerak ka?"

"Ish! Jangan potong!" marah Helmi.

"Maaf maaf.. Cer cakap."

"Err... Lagu mana aku nak habaq ah?" Kepala digaru walaupun tidak gatal. Tidak tahu macam mana dia mahu sebut 'narcissist' itu.

Fakhrul mencebik.

"Kalau tak reti nak habaq, cakap!"

Helmi menjeling.

"Hang tok sah dok buat loyar buruk."

"Binatang apa yang hang nak habaq tu habaq lah!" desak Fakhrul.

"Apa makna errr... nar... nar..." Tergagap gagap Helmi mahu bertanya.

"Nar apa? Apa dia hang ni!!" marah Fakhrul. Gagap macam radio rosak kenapa pula dia ini.

"Narsisis!" ujar Helmi. Huh! Boleh pun cakap 'narcissist'. Punya payah lah dia nak sebut satu perkataan tu. Sampai berpeluh peluh dia jadinya.

"Hah???" Kedua dua belah kening Fakhrul terangkat. Narsisis?

Ligat otak Fakhrul cuba berfikir. Otaknya bagaikan komputer cuba bekerja membuat research.

Fakhrul membuat mulut bentuk 'O' tanda sudah dapat.

"Maksud hang.. Narcissist?" soal Fakhrul.

Helmi mengangguk laju. Tak kisah lah macam mana nak sebut dia cuma mahukan makna!

Fakhrul ketawa berdekah dekah.

"Zarina ka yang panggil hang narcissist?" teka Fakhrul dengan sisa tawanya.

Berlapis dahi Helmi dibuat nya. Macam mana Fakhrul tahu???

"Memang kena pun ngan muka hang!"

"Elok elok lah. Binatang apa tu narcissist?" desak Helmi.

Fakhrul mengesat air matanga yang hampir keluar kerana ketawa. Habis orang yang berada dikantin tengok mereka macam dua orang cikgu yang gila. Habis lah kena chop sebagai cikgu gila.

"Narcissist tu macam penyakit!" ujar Fakhrul setelah tawanya reda.

Berkerut kerut dahi Helmi. Minah brutal tu kata aku ada penyakit?

"Penyakit yang suka diri sendiri! Self-esteem macam hang lah! Syok perasan bajet bagus!" balas Fakhrul sambil mencebik pada hujung ayat.

Helmi kacip gigi geram. Aiii.. Dengan si Fakhrul sekali sangkut mengata dia?

"Aku memang bagus pun!" cebik Helmi

"Hebat gila lah bini hang. Aku pun tak sangka perkataan itu boleh gambarkan hang. Pandai gila bini hang!" puji Fakhrul.

Kening kiri Helmi terangkat.

''Amboi, hang sedaq tak hang dok puji sapa? Isteri aku, badigul! " ujar Helmi geram.

Fakhrul mencebik menyampah.

"Cemburu gila hang ni weyh, Helmi si narcissist!" ujar Fakhrul sambil sengih.

Helmi pula melayan perasaan sendiri. Berani dia kata aku syok sendiri! Aku bukan syok sendiri tetapi aku memang bagus! Tunggu lah kau kat rumah nanti wahai, Ari!!!

"Aku sekarang ni tengah cuba ngorat Tia" sambung Fakhrul ceria.

Serta merta raut wajah Helmi bertukar.

"Hang dah ngorat ka?" soal Helmi mendatar sambil memasukkan nasi lemak kedalam mulutnya.

"Baru semalam." jawab Fakhrul.

Bulat mata Helmi. Semalam?? Kenapa dia tak tahu pun? Atia tidak bagitahu dia pun!

"Tia kata apa?" soal Helmi. Minta minta lah Atia reject si Fakhrul ni.

"Dia tolak aku weyh!" balas Fakhrul dengan nada yang bersungguh sungguh.

Raut wajah Helmi bertukar ceria. Senyuman nipis terukir sedikit. Good job, Tia!

"Tapi tak pa. Aku akan ngorat Tia habis habisan!" ujar Fakhrul bersungguh sungguh. Jelas terpancar kesungguhan pada matanya.

Wajah Helmi bertukar mendung tetapi cuba dikawal agar tidak kelihatan ketara.

"Jadi, aku doakan hang berjaya ngorat Tia hingga ke jinjang pelamin" ucap Helmi kelat walhal hati berulang kali cuba membatalkan doa itu. Tidak!!!

"Amin!" Fakhrul senyum simpul.

Kringgggg.....

"Rehat dah habis,! Bai Am!" ucap Fakhrul lalu beredar.

Helmi mengenggam penumbuk.

Aku tak kan biarkan kau ngorat Tia, Rul! Tak akan! Atia milik aku!

P/S : Hari ini saya belanja satu chap! Bulan ni busy sangat. Mintak maaf sesangat sebab lambat update. Saya busy gila2 bulan ni. Tak mampu update macam selalu. Tengah fokus untuk studies. Apa apa pun saya akan berusaha! ^_^ Comment tau kalau nak lagi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience