Bab 7

Romance Series 186474

"HUAAA.... Segar nya..." ujar Zarina teruja sambil mendepakan kedua dua belah tangannya. Dihayunkan kedua dua belah tangan ke belakang dan ke depan sambil berjalan.

Nafas dalam dihirup dalam dalam. Rasa nyaman menyapa. Suasana yang tenang dan damai menjentik kalbu nya. Padi yang menghijau sangat menyegarkan mata. Burung berkicauan di langit yang membiru. Cuaca tidak terlalu panas. Hanya so so.

"Banyak lah hang punya segar! Tolong lah aku tarik Kembang sama!" marah Halina yang sedang menarik tali yang berada di hidung Kembang. Berat betul Kembang ni. Apa yang dia telan pun Halina tak tahu lah. Agaknya dia telan semua ayam ayam Tok Mah..

Zarina berhenti lalu toleh. Dilemparkan senyuman sinis kepada Halina.

"Alaaa.. Kembang kan suka Lina bawa dia.. Ye tak, Kembang?" soal Zarina lalu mengusap lembut kepala Kembang. Kembang menyahut dengan berbunyi.

"Nampak! Kembang pun setuju!"

Halina mencebik. Setuju mende mak cik ni? Tolak masuk dalam Padi baru tau!

"Hek eleh... Dulu first time jumpa Kembang bukan main lagi ya..? Sekarang sudah berani sentuh Kembang ye?" perli Halina sambil memandang Zarina dengan Penuh mengejek.

Zarina hanya tersengih. Kembang ialah sejenis kerbau hitam kesayangan Tok Mah. Teringat pula Zarina akan peristiwa lucu di mana Kembang mengejarnya Ketika dia cuba untuk memberikan Kembang makanan. Uhuk Uhuk.. Rasa sedih pula kena reject dengan Kembang!

Zarina membuat endah tidak endah dengan perlian Halina. Zarina memerhati sekeliling. Entah mengapa timbul perasaan yang sukar ditafsir didalam hati Zarina. Rasa yang tidak mampu diungkapkan apabila melihat kehijauan padi. Rasa yang dia tak pernah rasa. Rasa tenang....

"Oi, hang dengar tak apa aku cakap ni, mak cik!" Geram pula Halina dengan Zarina bila Zarina buat bodoh aje.

"Hoi, Puan Helmi!" panggil Halina lagi sambil menarik Kembang untuk turut ikut.

Zarina berlari dengan riang sambil mendepakan tangannya. Dia toleh sambil tersenyum girang.

"Cepat lah! Kita nak pergi mana ni?" soal Zarina masih tidak lekang dengan senyuman manis.

Halina terkedu melihat senyuman manis yang mekar di bibir mungil Zarina. Tidak pernah lagi dia lihat senyuman Zarina semenjak Zarina kehilangan ibu nya yang tersayang. Perlahan lahan bibir Halina turut mengukir senyuman.

"Sabar lah hang ni! Tengok lah aku tengah tarik Siapa ni?" rungut Halina sambil menjuihkan mulut kearah Kembang yang setia berdiri bergerak ketika Halina tarik.

Zarina tersenyum.

"Oi, Kembang! Hang makan apa eh? Berat anak haram! Aku pun tak daklah berat macam hang !" rungut Halina lagi sambil menarik tali lagi.

Zarina ketawa mendengar celoteh Halina dalam loghat Kedah yang agak pekat. Kembang hanya sekadar membalas dengan berbunyi.

"Weyh, Lina. Kau cakap aje lah dalam bahasa kerbau. Mana tahu kalau dia faham bahasa kerbau " cadang Zarina sambil mengekek ketawa.

"Oi, hang ingat dalam SPM ada tak subjek Bahasa Kerbau? Tak ada kan.. So awat la hang buat loghlaq sangat tak tau.." celoteh Halina sambil bercekak pinggang.

Zarina tersenyum. Ya. Dia mahu Halina bercakap dalam loghat Utara. Kan anak orang Kedah mesti cakap bahasa Utara lah. Baru unik.

Kening Zarina bersambung.

" Loghlaq? Bende apa tu? " soal Zarina sambil berkerut kerut dahi cuba memahami maksud loghlaq.

"Loghlaq tu macam hang lah! Jom cepat aku bawa hang gi jalan jalan."

Memuncung aje mulut Zarina. Nak tahu juga apa maksud loghlaq.

"Ari, cepat lah sikit! Terhegeh hegeh!!" panggil Halina yang sudah mendahului Zarina bersama Kembang.

"Tunggu aku!!" teriak Zarina lalu mengejar Halina.

"Kita dah sampai!" ujar Halina teruja sambil mengikat tali di pokok kepala yang kebetulan berada disitu. Tak mahu Kembang lari! Naya dia kalau Tok Mah tahu Kembang lari. Halina tak mahu pun bawa Kembang jalan jalan tapi atas 'amanat' Tok Mah, diikutkan sahaja. Sebelum diorang nak jalan jalan, habis telinga mereka bernanah sebab Tok Mah membebel.

Zarina tergamam melihat sebuah pondok berada di kawasan yang agak terpencil. Tapi pemandangannya tetap indah.

Cepat cepat Zarina duduk di atas pondok.

"Ni ke tempat yang kau selalu lepak?" soal Zarina kepada Halina yang sedang baring diatas pondok beralaskan tilam. Pondok ada tilam? Advance betul!

"Ha'ah."

Angin sepoi sepoi bahasa meniup muka mereka. Kedengaran suara angin bersuara. Pagi yang sangat Indah... Zarina menutup mata cuba menghayati semua itu. Dia c

"Indah kan?" soal Halina sambil melirik kearah Zarina yang duduk memejamkan mata.

Kelopak mata Zarina perlahan lahan terbuka. Dia mengukir senyuman.

"Ya...."

"Memang ini tujuan aku bawa kau datang sini. Lari dari kesibukan kota KLCC..." tutur Halina dalam bahasa KL.

Zarina menghadiahkan senyuman kepada Halina.

"Thanks.. Hilang sikit stress." ucap Zarina ikhlas. Memang betul pun. Masalah yang dia tengah tanggung, terasa seperti hilang begitu sahaja. Kampung memang mempunyai aura yang lain daripada bandar KL.

Tiada bunyi bising daripada kenderaan, tiada bangunan yang tinggi megah, tiada jalan raya yang besar... Terasa damai. Kosong sahaja. Dia mahu rasa lagi perasaan itu. Dia mahu kekal tenang seperti itu. Tiada maksud stress dalam hidup..

Zarina mengeluh.
Tetapi untuk 3 bulan sahaja... Selepas 3 bulan, semua perasaan itu akan hilang. Semua akan kembali ke sedia kala. Semua akan berbalik ke asal.

Helmi akan ceraikan Zarina lalu berkahwin dengan Atia. Zarina menghadap realiti berdepan dengan kesibukan bandar. Menghadap adik dan mak tiri yang macam setan. Memang itu tanggapan Zarina untuk 3 bulan lagi.

Bagi Zarina, dia pentingkan diri kerana menyebabkan Helmi Ikram terjebak dalam 'Pencarian Suami Untuk Disewa'. Atia Melur pula terpaksa menunggu selama 3 bulan. Dia tipu Tok Mah. Dia tipu Puan Maryam. Dia tipu semua orang.

"Awat hang mengeluh?" soal Halina. Hilang sudah loghat KL ya..? Pelik juga dia melihat Zarina Medina tiba tiba mengeluh. Tak ke pelik Zarina tadi senyum sampai ke telinga then mengeluh? Apa cerita?

Zarina menoleh kearah Halina. Diukir senyuman manis buat sahabatnya itu.

"Tak ada apa apa pun!" Zarina menggelengkan kepala kata tiada apa yang patut dirisaukan. Tidak mahu sahabatnya itu risau.

"Cantik kan? Rasa tenang aje...." soal Halina sambil berguling guling baring.

Zarina ketawa.

"Tepi! Aku nak baring gak!" Zarina terus baring bersebelahan dengan Halina.

"Eiiii... Lesbian! Pergi lah baring dekat rumah" cebik Halina.

"Biar lah!"

--------------------------------------------------------------------
"AKU nak kau cari dia!" arah Haikal Jeffri sambil meletakkan gambar seorang wanita diatas meja.

Seorang lelaki mengambil gambar itu lalu dibelek beleknya.

"Zarina Medina..? Errmm okay.." balas lelaki itu lalu menyeluk gambar itu kedalam poket seluar.

"Apa tunggu lagi? Pergi lah cari!" Agak tinggi suara Jefffi apabila anak buah 'kesayangan' sikit pun tidak berganjak keluar daripada bilik itu.

Lelaki itu tersenyum sinis.

"Payment?" soal lelaki itu sambil memetik jari tanpa ada bunyi. Hidup ini perlukan wang pendahuluan. Tak jalan lah kerja kalau tidak ada wang.

Jeffri mendengus kasar. Macam macam!

Di campaknya sampul tebal ke arah lelaki itu. Sempat lelaki itu menangkap lalu membuka sampul itu. Senyuman lebar sumbing terukir.

"Cukup?"

"Baru betul boss, 10 000.. Saya cari dulu ye!" Lelaki itu cepat cepat beredar.

Jeffri mendengus. Habis melayang 10 000. Tapi tak pe. Untuk Zarina Medina, semua boleh.. Gadaikan wang sebanyak mana pun dia sanggup. Asalkan gadis itu menjadi miliknya sahaja. Hanya dia...

Pintu bilik dibuka. Kelihatan seorang wanita dengan berpakaian seksi paras lutut.

"Baby..!" Wanita itu terus meluru kearah Jeffri yang duduk diatas kerusi. Dipeluknya lengan Jeffri erat sambil duduk diatas paha Jeffri.

"Yes..?" soal Jeffri. Minah pisau cukur... Lisa namanya. Layan ajelah..

"Don't you want to fuck me?" soal Lisa sambil mengenyit mata nakal. Digigit bibir bawah manja. Tangan Jeffri, Lisa sudah letakkan dibahagian dada milik Lisa yang sudah terdedah.

Senyuman lebar terukir pada wajah Jeffri. Tak dapat ikan besar, dapat ikan biasa pun jadi lah.

--------------------------------------------------------------------
"ASSALAMUALAIKUM!" teriak seseorang dari luar rumah.

"Siapa tu?" soal Halima sambil melipat baju.

"Lina tolong buka pintu!" arah Puan Maryam yang berada di dapur.

"Eikk awat Lina? Kak Lima lah!" bantah Halina yang juga melipat baju.

"Dok petik nama akak awat? Hang pergilah!" cebik Halima. Suka suki aje kaitkan nama dia padahal Puan Maryam menyuruh Halina.

"Uda, tolong buka pintu!" laung Halina.

Zarina menggelengkan kepada. Disuruh Uda pula buka pintu.

"Baik bos" Uda akur lalu membuka pintu kayu. Uda, budak budak pun patuh pada arahan. Bukan macam Halina yang tua tua bangka degil. Eikkk, macam kau lah, Ari.

"Mak su! Pak su!" jerit Uda teruja lalu memeluk dua orang yang berada didepannya.

Terbeliak mata Halina dan Halima.

"San dan Na dah balik?" soal Halima.

"Kami dah balik!!!" jerit mereka berdua.

Kening Zarina terangkat. Siapa pula tu?

"Siapa yang ambik San dan Na?" soal Puan Maryam yang keluar daripada dapur.

"Abang Am! Abang Am ada dekat luar" balas seorang perempuan yang cuba meleraikan pelukan Uda. Power betul pelukan Uda

"Uda, dah dah la tu peluk Mak Su hang.." pintas Halina menolong San dan Na.

Uda menjuihkan bibir lalu meluru masuk kedalam bilik. Tanda protest!

"Siapa tu?" soal Zarina dalam keadaan berbisik kepada Halina.

Halina mencebik.

"Adik adik aku!"

Ternganga mulut Zarina. Adik-adik?! Berapa ramai family diorang ni?!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience