Bab 74

Romance Series 186474

"DATIN Suraya?"

Berkerut dahi Zarina tanda hairan. Kenapa Datin Suraya datang ke butik dia? Lagi tepat, kenapa Datin Suraya mahu berjumpa dengan dia?

"Huh?" Kalau Zarina pelik, Julia double pelik. Bertaut keningnya pelik.

Zarina bangun lalu mengikuti Atirah yang sedang berjalan. Julia mengekori mereka dari belakang. Perasaan ingin tahu membuak-buak dalam jiwa.

"Ini lah boss Zarina, Datin."

Datin Suraya tersenyum kepada Atirah.

"Terima kasih, ya?"

Atirah menganggguk. "Sama-sama." Atirah terus beredar.

Datin Suraya memandang Zarina.

"Lia pun ada?" soalnya terkejut. Tidak menyangka Julia juga ada bersama Zarina Medina!

Julia tersenyum kelat sambil mengangguk. "Ya....."

Rasanya dia tahu kenapa Datin Suraya datang kesini. Adakah Datin Suraya mahu menyerang Zarina?

"Lama kita tidak berjumpa, aunty Su!" ujar Zarina teruja sambil tersenyum lebar.

Datin Suraya juga melakar satu senyuman panjang.

"Kan? Ari apa khabar?" soal Datin Suraya berbasa-basi.

"Sihat alhamdulillah. Aunty?"

"Alhamdulillah... Macam ini je lah, Ari."

"Eh, lupa pula nak salam aunty Su."

Zarina menyalami tangan Datin Suraya.

Eiiik?

Terkedu Julia dengan kemesraan mereka. Mereka saling mengenali? Tidak. Andaian dia salah! Datin Suraya bukannya nak serang Zarina!

"Lia, tak nak salam aunty Su ke?" soal Zarina, pelik apabila Julia langsung tidak berganjak. Seolah kaku.

"Hah? Errr... Ya ya." Julia turut menyalami tangan Datin Suraya.

"Aunty Su datang ni, nak tempah apa-apa ke? Ada satu pakej yang menawarkan harga hanya 25%! Adakah aunty Su nak cuba?" tanya Zarina teruja. Datin Suraya ini juga pelanggan dia.

Datin Suraya menggeleng perlahan.

"Tidak... Aunty Su datang ni.... nak jumpa dengan Ari."

Datin Suraya menjeling Zarina usai berkata. Pelik Zarina. Macam lain macam je..

"Ah! Lia! Aunty minta maaf tau hari tu!" ucap Datin Suraya kepada Julia.

"Hah? Untuk?" soalnya kebingungan.

"Laaaa.... Lia lupa ke? Hari tu kan Han biadap dengan Lia. Siap lari dari rumah lagi!"

Julia membuat mulut bentuk 'o'. Oh, yang itu?

"Ala.... Biasa je aunty. Lia okay je. Jangan risau, okay?" Julia cuba menyenangkan hati orang tua itu.

Tetapi hati Zarina yang tidak tenang. Jelas sekali dia kebingungan. Siapa Han? Adakah dia.....

"Bagus lah kalau macam tu." Datin Suraya tersenyum lega.

"Tapi Lia jangan risau. Aunty akan cuba buat Han jatuh cinta dengan Lia!" tutur Datin Suraya yakin.

"Huh? Aunty, cinta tidak boleh dipaksa. Lia redha." balas Julia sambil tersenyum pahit. Ya, dia redha.

"Cinta memang tidak boleh dipaksa tetapi boleh dipupuk, Lia. Aunty akan buka mata Han untuk nampak betapa mulianya Lia." ujar Datin Suraya tekad.

"Tak payah lah, aunty. Abang Rayhan tak suka Lia pun. Jangan sampai dia benci Lia sudah."

Zarina hanya diam membisu. Tekaannya yang tepat sekali. Rupanya Han ialah Rayhan! Nuh Rayhan! Tetapi... Dia tolak cinta Julia?

"Berani dia nak benci Lia? Aunty tarik telinga dia!"

"Kenapa aunty Su nak jumpa Ari?" celah Zarina sambil merenung wajah tua itu tajam. Bukan niat dia untuk menyampuk, tetapi dia tiada masa untuk sandiwara ini.

Datin Suraya tersenyum sinis.

"Nak bincang hal itu bukan dekat sini. Tiba-tiba tekak aunty dahagakan nescafe." Dia buat-buat memegang tekaknya yang berlapit tudung.

"Dekat office Ari ada paket nescafe. Ada bermacam-macam flavour. Aunty Su boleh pilih je." balas Zarina serius tanpa senyuman.

"Jom pergi cafe. Dekat cafe boleh makan-makan." ajak Datin Suraya.

"Dekat sini pun ada makanan. Kalau makanan yang aunty Su nak, Ari boleh order."

"Jom. Pergi. Cafe."

Datin Suraya tersenyum sinis.

Terkelu Zarina dan Julia melihat ekspresi wajah Datin Suraya. Menyeramkan!

Zarina yang cuba memaksa berbincang di dalam butik ini menundukkan kepalanya.

"Ba— Baik...."

Datin Suraya tersengih sinis. Kan senang je kalau dari awal lagi setuju? Tak perlu dia bazir air liur dia.

"Lia nak ikut!" ujar Julia tekad. Dia tak akan biarkan Zarina keseorangan. Entah kenapa dia dapat rasakan ada aura lain macam oleh Datin Suraya ini

"Tak boleh. Lia kena jaga butik." jawab Zarina tanpa memandang wajah Julia.

"Tapi—"

"Jaga je lah!!"

Julia terkedu apabila Zarina menjerit. Dia menundukkan kepalanya.

"Ya....."

Datin Suraya menguntum senyuman sinis. Dia bersiap sedia untuk bergerak.

"Jom kita pergi?"

___

Kepulan asap yang keluar daripada secawan air nescafe caramel itu terbang ke udara.

Zarina menghirup milkshake kopi itu. Hrmmm... Sejuk!

Milkshake itu diletakkan semula diatas meja. Dipandang pula kopi nescafe caramel yang tidak disentuh lagi.

"Aunty Su tak nak minum ke?" Soal Zarina pelik. Beria ajak datang cafe. Kononnya nak hilangkan rasa dahaga. Tapi tak minum pun kopi ni. Sentuh pun tidak.

"Ah! Ye ye." Laju tangan tua itu mencapai cawan yang berisi air nescafe caramel. Disisip perlahan pada hujung cawan. Sambil pandang Zarina.

Berkerut dahi Zarina, pelik. Asal dia pandang-pandang aku?

"Ari, aunty Su dengar si Aini dengan anak dia dah masuk penjara. Betul ke?" Datin Suraya bertanya. Dia ada dengar berita bahawa mereka berdua telah ditangkap.

"Hah? Ya ya..." jawab Zarina acuh tak acuh. Macam mana Datin Suraya boleh tahu? Tidak sampai seminggu mereka ditangkap. Lantas, bagaimana berita itu cepat tersebar?

"Heh! Masuk pun penjara! Memang padan pun!" Kutuk Datin Suraya angkuh. Dia memang menanti-nantikan detik Datin Noraini dan Querina ditangkap. Dasar anak beranak jahat!

Wajah Zarina menjadi keruh. Tidak suka apabila orang lain mengata tentang mereka. Aku kenal diorang. Bukannya kau nak doakan moga diorang berubah ke apa ke.

"Macam mana aunty boleh kenal dengan Julia?" Nak juga Zarina tahu bagaimana mereka boleh berkenalan.

"Dia anak Dato Kamarul. Dari situ lah aunty berkenan dengan dia. Baik, sopan. Sejuk je mata memandang." balas Datin Suraya sambil tersenyum.

Zarina mengangguk setuju. Ya. Hayna Julia memang baik.

"Lain pula dengan abang dia, Jeffri."

Zarina terkedu. Jeffri? Sudah lama dia tidak mendengar nama itu.

"Aunty tahu Jeffri dekat mana?" Zarina menyoal serius. Dia mahu humban Jeffri kedalam penjara!

"Hrmmm.... Tak tahu pula. Dia terus lesap sejak kematian Dato Kamarul." balas Datin Suraya setelah berfikir sejenak.

Zarina terdiam. Kau dah lama hilang rupanya, Jeffri.... Tetapi kenapa polis tidak dapat cari kau lagi?

"Kenapa ya?" soal Datin Suraya pelik apabila Zarina bertanya perihal Jeffri.

Zarina menggelengkan kepalanya.

"Errr..... Apa yang aunty Su nak bincang dengan Ari?" soal Zarina lalu mengirup lagi milkshake itu. Baik dia mengubah topik segera.

"Ari kenal tak Han?"

"Han? Nuh Rayhan ke?"

Datin Suraya smirk apabila Zarina tahu nama panjang anak terunanya.

"Ya. Pandai!"

"Dia anak aunty kan?"

"Yes."

"Macam mana Ari kenal dengan Han?" soal Datin Suraya ingin tahu bagaimana perkenalan mereka.

"Sort of business. Something like that. Dia CEO Goldmine Holding, Mr. Takahashi. Kan?" Zarina tahu dia menipu. Menipu itu satu dosa yang agak berat. Tetapi dia terpaksa!

Datin Suraya mengangguk. Nasib baik perkenalan mereka bukan lah seperti yang disangka. Terbayang-bayang dalam fikirannya, perkenalan mereka seolah-olah dalam Hindustan!

"Jadi?" soal Zarina pelik. Apa masalahnya kalau dia kenal dengan Ray?

Datin Suraya mengeluh berat. Seakan cuba melepaskan masalah yang dipendam.

"Aunty cuba jodohkan Han dengan Julia...." ujar Datin Suraya lemah.

Zarina memasang telinga mendengar dengan teliti. Walaupun dia sudah tahu permulaan cerita, dia tetap mendengar.

"Tetapi Han tolak cinta Lia. Dengan cara yang kasar." sambung Datin Suraya sayu. Mengenangkan anak lelakinya, dia sedih!

"Cara yang kasar....?"

Melihat anggukan Datin Suraya, Zarina terlopong. Apa yang Ray buat?!

"Dia buat apa, aunty?" soal Zarina tidak sabar. Berdebar-debar jantungnya menantikan jawapan.

Datin Suraya mengerling Zarina. Zarina sudah termasuk dalam perangkap dia!

"Dia jerit-jerit, dia marah-marah sampai dia tolak aunty Su sendiri sebab bengang. Sampai tak balik rumah" ujar Datin Suraya sambil membuat babak air mata. Ya Allah! Dia dengan Datin Noraini memang tiada beza! Sama-sama dramatik + pembohong!

Zarina terkedu. Ray buat macam tu? Dekat ibu kandung dia sendiri? Tidak tahu kah Ray syurga di bawah tapak kaki ibu? Tidak dapat cium bau syurga andai berbuat sebegitu dekat ibu.

Zarina menghulurkan napkin kepada Datin Suraya. Kasihan wanita itu. Tabah sungguh dia.

Datin Suraya pula apa lagi? Buat-buat kesat air mata dengan napkin itu.

"Dia tolak aunty sambil marah-marah? Tak kan lah..." soal Zarina seakan tidak percaya. Memang lah dia tidak kenal Ray lama. Tetapi melihat dari segi cara Ray bercakap atau melakukan sesuatu, dia rasa Ray bukan jenis yang macam tu. Atau pun dia terlalu cepat untuk menilai Ray?

"Ya, Ari. Dia marah sambil cakap dia cintakan seseorang ni. Aunty tengah menangis pun dia buat tak layan."

Pandai sungguh Datin Suraya mereka-reka cerita! Tepuk tangan sikit! Entah bila dia menangis pun tidak tahu. Kalah Datin Noraini.

Berasap wajah Zarina. Apa penting sangat ke perempuan yang dicintai itu sampai ibu yang sedang menangis pun tidak layan?

"Siapa perempuan tu aunty?" tanya Zarina bengang. Dia sebagai ibu, mestilah dia dapat rasa kesakitan Datin Suraya!

Datin Suraya merenung Zarina sambil cuba untuk menyembunyikan senyuman sinis.

"Zarina Medina."

Zarina terkedu. Aku ke? Tak kan lah....

"Perempuan tu.... Ari?" soal Zarina sendiri. Terkebil-kebil dia dibuatnya apabila Datin Suraya tidak lepas merenungnya tajam seolah dia sedang melakukan kesalahan yang berat.

"Ya...."

Mulut Zarina terlopong luas. Aku? Aku?! Ray suka aku? Si janda anak satu?! Mengarut! Tetapi itu maknanya, aku lah punca semua ini berlaku!

"Tapi Ari tak cintakan dia!" Nafi Zarina bersungguh-sungguh. Betul ke, Ari? Tidak.... Aku cuma keliru!

"Aunty Su tahu itu...."

"Sumpah aunty! Kalau benar lah Rayhan tu cintakan Ari, Ari sanggup jauhkan diri daripada dia!" Dia tidak mahu menjadi penghalang antara Ray dan ibunya.

Datin Suraya tersenyum senget. Akhirnya, plan dia menjadi! Zarina sudah termakan umpan!

"Tak... Aunty nak Ari sendiri yang bagitahu dia perkara yang sebenar ya? Kalau dia berdegil, buat lah sesuatu ya? Aunty percayakan Ari." ujar Datin Suraya lalu memegang tangan Zarina yang berada diatas meja. Dia tersenyum.

Zarina tersenyum pahit. Dia mengangguk perlahan.

"Tapi...."

"Tapi apa, Ari?"

"Boleh kan kami berkawan?" soal Zarina takut-takut.

"Asalkan Ari tolak Han dulu, baru korang boleh berkawan." balas Datin Suraya.

"Baik....."

Mungkin ini lah pengakhirannya?

Dia tidak tahu sama ada dia cintakan Ray atau tidak. Dia masih cintakan Helmi atau tidak. Dia....

Keliru.

Tetapi andai Datin Suraya tidak merestui hubungan mereka, apa gunanya mereka masih berjuang?

Restu ibu ibarat ubat. Andai tidak mendapat restu ibu, masakan bisa dapat keredhaan Allah?

Zarina tersenyum kelat.

Mungkin ini yang terbaik...

_______________________________
"TAKAHASHI!"

Ray yang sedang bermain dengan laptop terus mengangkat wajahnya.

"Shuu?" soalnya terkejut. Tidak jadi mahu menekan keyboard menyiapkan tugasan mengenai tapak perumahan.

Lelaki yang bernama Shuu menghampiri Ray.

"Yo! Nagai jikan wa minai! *Lama tak jumpa!" ujar Shuu sambil meletakkan tangan diatas meja Ray.

"Ah..... Hai..... *Ya...." Tidak berkelip mata Ray memandang Shuu didepannya.

Shuu ketawa halus dengan reaksi Ray.

"Hello, Takahashi? I'm not a ghost..." sindirnya sambil ketawa.

"Watashi wa shitte iru... *Aku tahu." balas Ray sambil buat wajah tak puas hati. Dia bangun lalu mendekati Shuu.

"Wah! Aku ingat model boxer mana lah datang pejabat aku ni!" usik Ray.

"So cruel!" sahut Shuu seraya ketawa kuat.

"5 tahun kau stay Jepun. Kau boleh speaking Melayu ke bro?" soal Ray, sinis.

"Of course lah, Takahashi. Anak melayu kot! Darah panglima mengalir dalam badan aku ni!" jawab Shuu angkuh lalu menunjukkan lengannya yang berotot.

Ray mencebik menyampah. Nak lawan siapa lagi besar ke apa ni?

"Asal kau datang? Tak bagitahu pun..." Ray silang tangan. Dia menyandarkan badannya pada meja.

"Heh. Tak kan lah nak datang negara sendiri kena ada sebab? Aku saja nak buat surprise sikit." Shuu tersengih.

Ray menggelengkan kepalanya. Haihh... Sabar je lah layan karenah sepupu yang masuk air!

"O bachan Miyuki sihat tak?" soal Ray ingin tahu tentang khabar neneknya.

"O bachan Miyuki sihat sangat wei! Masuk hospital pun gagah nak jogging sana sini. Penat aku kejar dia dekat taman hospital. Dasyat!" cerita Shuu sambil matanya yang terbeliak. Nenek Miyuki telah dimasukkan ke hospital di Jepun atas faktor-faktor tertentu. Tetapi masih bertenaga lagi. Hebat!

Ray ketawa berdekah-dekah. As expected from Nenek Miyuki! Nenek Miyuki ini hebat tau! Jangan main-main!

"Jom keluar Takahashi. Lepak mamak ke. Lama gila tak makan mamak. Asyik makan seafood je kat sana." ajak Shuu sambil seluk tangan dalam poket. Dia mengusap perutnya. Dia baru sahaja pulang dari airport. Terus dia sampai ke sini semata-mata mahu berjumpa dengan sepupu 'tersayang'.

"Sorry bro. Aku ada banyak kerja lah nak buat." tolak Ray. Projek tapak perumahan dengan Heritage Holding tak siap lagi, nak lepak mamak? Gila!

"Ah, jom lah! Tak payah jadi baik sangat! Kau pass je kat workers kau. O bachan pun tak suka kau kerja kuat-kuat. Kang aku report dekat O bachan Miyuki baru kau tahu!" ugut Shuu.

Ray mengeluh. Isshh cousin tak guna!

"Yelah!"

"Yeay, jom!"

____

"Hah?? Kau dengan umi kau gaduh?!"

"Kau kuat sikit volume kau tu. Kalau boleh bagi sampai chef kat dalam pun dengar suara kau!" sindir Ray pedas.

Shuu tersengih. Hehe, terkuat pula kita ya?

"Biar betul wei? Jangan sampai aku report betul-betul dekat O bachan baru tahu." ujar Shuu serius. Kes berat kalau sampai gaduh tak balik rumah.

Ray ketuk kepala Shuu, bengang.

"Kau ni kan kerja nak report je kan dekat O bachan? Mati aku kalau dia tahu aku gaduh dengan umi!" marah Ray. Ini lah namanya sepupu terbaik!

"Heh! Kyofu o shiru... *Tahu takut" ejek Shuu.

Ray kacip gigi. "Kau ni nak tolong aku ke atau menyerabutkan kepala otak aku?"

"Fine! Aku tolong!" jawab Shuu pantas.

"Kau nak tolong macam mana?"

"Kau cerita lah perkara yang berlaku. Dari A sampai Z. Sambil cerita, makan roti canai, brother. Tak gitu?" balas Shuu sambil angkat keningnya lama.

"Okay lah." setuju Ray.

"Apa-apa pun kita order dulu."

*

Terangguk-angguk Shuu mendengar cerita Ray.

"Sumpah complicate gila cerita kau!" ujar Shuu sambil mengunyah roti canai.

Ray tersengih. Tak tahu itu pujian ke sindiran.

"Tapi macam ni lah. Kau suka dia kan?"

Ray mengangguk.

"Tapi aunty Su tentang kan?"

Ray angguk lagi.

"Perempuan yang nama Julia jadi pilihan aunty Su kan?"

Ray angguk lagi.

"Jadi, kau patut solat istikharah." Kata Shuu simple.

"Aku dah solat dah.. Tapi—"

"Berapa kali?" serang Shuu.

"Hah?"

"Aku tanya berapa kali kau solat istikharah?" soal Shuu lagi.

Ray garu kepalanya yang tidak gatal. "Maybe sekali?"

Shuu mengeluh. "Aku rasa baik kau minta petunjuk dari Allah. Kau banyakkan berdoa dan solat. Kau kena ikut petunjuk Allah. Sekarang ini kau dalam dilema antara cinta dan ibu. Jadi, kau perlu cari Allah. Tak kan lah Allah nak cari kau pula?" terang Shuu

Ray tersenyum kelat.

"Thanks, Shuu."

"Welcome. Tapi kan kenapa kau boleh suka perempuan mibojin tu? *janda" soal Shuu ingin tahu.

Ray jungkit bahu. "There's no reason to fall in love, Shuu. Kau akan faham bila kau tengah mencintai seseorang."

Shuu mencebik. Hek eleh dia buat macam aku tak pernah mencintai orang pula!

"Mencintai tak semestinya memiliki. Kau perlu ingat tu." kata Shuu.

"Aku tahu, aku tahu. Slogan tu dah lekat dalam otak aku dah." rengus Ray. Dia dah tahu lah tentang slogan cliché itu.

Shuu gelak kuat. Dia menghirup air teh o ais limau itu.

"Bagi aku kan, Takahashi. Perempuan tu patut bahagia dengan bekas suami dia sendiri."

"Maksud kau... Ari?"

Shuu mengangguk.

"Kenapa pula? Am dah ceraikan dia kot! Lelaki tu fitnah dan tak percayakan Ari! Patut ke Ari bahagia dengan suami yang macam tu?" Soal Ray dengan wajahnya yang merah padam. Bengang betul tu.

"Tapi kau tahu ke tentang isi hati lelaki tu sendiri? Kau tak tahu, Takahashi. Kau tak tahu. Okay, dia salah sebab ceraikan isteri dia sendiri. Salah sebab tak percayakan isteri dia, perempuan yang dicintai. Tapi 4 tahun dah lepas kot. Mestilah lelaki tu dah insaf kan? Kesilapan boleh mengajar kita untuk tak buat mistake tu lagi. Lagipun, dia tak perfect. Kau pun Takahashi jangan ingat kau perfect sangat." terang Shuu serius, panjang lebar.

Ray terdiam. Dia seperti tersedar. Ya, dia sendiri pun tidak sempurna.

"Actually kan... It's up to Ari to choose whether you or him." sambung Shuu lagi lalu menghirup air.

"But I think it's better Ari with him." Shuu memberi pendapat.

Ray buat muka tak puas hati. "Kenapa pula?"

"Sebab anak Ari."

Ray terkedu. Sebab anak Ari? "Kenapa kau cakap macam tu?"

"Bayangkan bila kau dan Ari kahwin, lelaki tu masih lagi dekat luar sana. Dia hanya dapat perhati korang berdua dari jauh. Dia tak dapat nak mengaku dia ayah kandung dekat anak dia sendiri. Dia tak dapat nak peluk anak dia. Sebab apa? Sebab kau menggantikan tugas dia. Aku rasa kau faham maksud aku. "

Ray hanya diam. Dia cuba selami butir bicara Shuu. Kalau aku tak dapat nak peluk dan mengaku anak aku sendiri, aku akan rasa....

Sakit.

Adakah itu yang Helmi rasa?

"Tapi dia boleh je peluk anak dia sendiri dan mengaku Ryan tu anak kandung dia walaupun aku dan Ari dah kahwin!" Ray masih lagi bertegas.

Shuu garu belakang lehernya. Ego seorang Nuh Rayhan memang tinggi.

"Tapi kau rasa anak tu akan rapat dengan lelaki tu ke bila korang kahwin?" soal Shuu sambil merenung tajam Ray.

Ray terkedu. Adakah Aryan akan rapat dekat Helmi?

"The answer is no! Possibility untuk anak tu tak rapat dengan lelaki tu bila korang kahwin sangat rendah. Sebab korang akan tinggal sekali. And of course lah anak tu akan bersama dengan kau setiap hari. Tapi lelaki tu?"

Ray membisu. Dia perlu berfikir tentang Helmi?

"Kau perlu fikir pasal anak tu. Apa perasaan anak tu bila dia happy kau dan mak dia kahwin, and suddenly ada someone mengaku dia ayah kandung anak tu? Fikiran budak tu jadi rumit! Budak tu hanya 4 years old yang tak dapat berfikir secara meluas lagi. Jangan rumitkan fikiran budak kecil. Dan, aku harap kau faham maksud aku." ujar Shuu dengan wajahnya yang tegang.

Ray mengeluh halus. Rumit sungguh kisah ini. Nampaknya kemungkinan untuk dia dan Zarina bersama amat lah tipis.

"Shikashi.... *Tapi...."

Ray mengangkat kepalanya memandang Shuu.

"Shikashi?"

"Shikashi, sore ga otokonara... *tapi melainkan kalau lelaki itu..." kata Shuu yang sedang menundukkan wajahnya.

"Huh?" Cepat lah! Ray tidak sabar untuk tahu!

Shuu mengangkat wajahnya. Tiada secalit senyuman pun yang menghiasi wajahnya. Wajahnya kelihatan serius dan menyeramkan.

"Shinda. *mati"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience