"IBU, Am suka makan apa?" soal Zarina yang sedang bantu Puan Maryam mencuci pinggan.
Puan Maryam memandang Zarina sekilas lalu meneruskan kerjanya.
"Am suka makan masak lemak cili api ikan sepat dengan tumis kangkung kampung. Kenapa ya?" balas Puan Maryam.
Zarina termangu seketika. Apa benda tu? Nama pun panjang macam nama orang! Macam mana dia nak masak? Tak pasal pasal kepalanya digaru.
Puan Maryam melirik Zarina. Kenapa menantunya bertanya tentang makanan kegemaran anaknya ya?
" Ari nak masak untuk Am ka?" soal Puan Maryam tidak lepas memandang Zarina.
Pandanglah pinggan, ibu! Puan Maryam seperti tahu akan niat yang terpasang di sanubari Zarina sahaja.
Zarina gigit bibir bawah. Ini kerja gila! Itu lah, Ari. Siapa suruh ikut cakap Halina yang otak dia dah biul?
Halina cakap, petua nak pikat suami, kena pikat perut dia dulu. Hek eleh... Gaya dia bagi nasihat macam dia dah kahwin! Kalau dah tahu cara pikat suami, baik Halina kahwin dulu!
Tapi kan pikat perut dia dulu? Agak-agaknya confirm Helmi akan duduk dalam jamban sebab makan penangan masakan Zarina!
Iyelah, masakan Zarina itu macam tikus makmal. Tidak boleh dimakan tetapi boleh diuji kaji! Kalau Querina dan Datin Noraini makan makanan dia, boleh sakit perut, ini kan pula Helmi?
Merah padam wajah Zarina dibuatnya apabila ibu mertua sudah tahu hasratnya. Semakin menunduk lah dia, semakin laju lah cuciannya pada pinggan itu. Dah bersih sangat dah pinggan tu, Ari!
Puan Maryam senyum lebar apabila melihat reaksi menantunya itu. Sekarang, dia dah faham. Zarina mahu masak untuk Helmi!
Kalau Zarina masak, boleh masakan itu bertukar menjadi bom nukleur! Dia kena ada pembimbing. Tak lain tak bukan, Puan Maryam, ibu mertua dia lah jawab nya! Siapa lagi?
"Nak ibu tolong?" pelawa Puan Maryam. Seperti tahu apa yang bermain difikiran Zarina, terus Puan Maryam mahu membantu.
Bersinar mata Zarina mendengar pelawaan itu. Dia memandang ibu mertuanya itu dengan berkedip kecip acah comel.
Rasanya, dengan adanya master chef yang otai dekat sini, menjadi lah masakan untuk Helmi Ikram!
________________________________________
"WAH! Sedapnya bau!" puji Helmi yang baru balik daripada pertemuan dengan Atia.
Tok Mah yang sedang mengunyah nasi terus memanggil Helmi.
"Lekaih mai makan nanti Lina makan semua!" teriak Tok Mah.
Halina mencebik mendengar kata-kata Tok Mah. Ingat perut aku buaya ke?
Cepat cepat Helmi duduk bersebelahan dengan Tok Mah. Baru perasan Firman dan Halima tiada. Keningnya terangkat.
"Mana abang Fir dan kak Lima?" soal Helmi lalu menghirup air jus.
Hilman pantas menjawab.
"Ziarah rumah kawan"
Hilna kemudian menyambung.
"Dengan Una, Uda dan Ufa."
Dahi Helmi berlapis.
"Kiranya ada troublemakers la dalam rumah ni?" Tak lain tak bukan Umar dan Uzair lah troublemakers lah jawabnya. Kembar yang nakal.
"Herrrmm......." Jawapan daripada Halina, Hilman dan Hilna serentak.
"Mana Umar dan Uzair?" tanya Helmi lagi.
Halina merengus. Banyak tanya pula jantan ni! Ingat diorang ni kaunter pertanyaan ke? Nak makan pun tak senang!
"Depa tengah main kat luaq. Tak dengaq ka suara depa dok teriak?" balas Halina sarkastik. Itulah! Siapa suruh jalan jalan dengan Atia? Hal perkembangan dalam rumah pun tak tahu!
Halina menyambung makan. Tidak selera pula bila berhadapan dengan Helmi. Bukannya dia tidak tahu pagi tadi Helmi dan Atia keluar jalan jalan.
Hampir seluruh kampung sudah tahu tentang mereka! Pasti ada banyak andaian dan spekulasi yang dibuat. Biasalah, orang kampung ini bukannya boleh duduk senyap. Pasti akan ada berita yang akan cuba dicari.
Banyak sangat bawang dalam kampung ini! Bawang merah, bawang putih, bawang goreng, bawang besar, bawang kecil, bawang cap Tesco... Ah, banyak lah jenis bawang dalam kampung ini!
Tetapi nasib baik berita tentang Helmi dan Atia tidak sampai ke telinga keluarga mereka. Kalau tidak, pasti berbagai bagai soalan akan terhidang lebih daripada wartawan!
Bagi Halina, Helmi bukanlah suami yang baik! Dan... Helmi langsung tidak berwaspada dengan sekeliling! Tidak sedar mereka sedang di perhatikan oleh geng mak cik bawang dalam kampung ini.
Tak ke naya kalau perkhabaran berita 'gembira' itu sampai ke telinga keluarga mereka? Lagi lagi Tok Mah. Mahu sakit jantung orang tua itu nanti.
Helmi memandang Halina pelik. Kenapa pula dia nak emo semacam je pepagi ni? Period ke?
"Am, lekaih makan. Hilna pun nampak sangat kebuluq jaa... Tak pasal pasal sat gi hang tak dan merasa makanan hang... " desak Tok Mah ingin menyuruh Helmi mencuba masakan Zarina.
Hilna yang elok sahaja makan terus memandang Tok Mah terkejut.
"Tok..... Apa salah Na, Tok????" Dengan drama yang dibuat-buat, mendapat hadiah daripada cubitan Tok Mah.
Mereka ketawa. Tawa Helmi surut apabila terpandang satu lagi kerusi kosong di sisi Halina.
Ari.....
Ah, lantak pi lah kat minah tu!
Helmi mengambil pinggan.
" Man, letak sat nasi dalam pinggan Am..." arah Tok Mah.
"Yaaaaaaaaaaa, baeeeekkkkkk, Toooooookkk Maaaaahhhh........" balas Hilman tidak ikhlas dengan suara yang sengaja dileretkan. Dia mengambil kasar pinggan yang berada ditangan Helmi. Dicedok nasi lalu diletakkan dalam pinggan.
Bagi Halina, Hilman dan Hilna, Helmi itu perosak mood makan pada hari itu!
Hilman menghulurkan pinggan berisi nasi putih itu acuh tak acuh serta renungan tajam yang membawa makna. 'Jangan kacau aku!'
Hilman baru sahaja habis lawan bola dengan geng dia, lepas itu perut pula berbunyi minta diisi. Geram pula apabila Helmi jadi pengacau dia nak makan!
Helmi tersengih sambil mengangguk faham.
Dia memandang lauk hari ini. Matanya membesar. Mulutnya terlopong.
Masak lemak cili api ikan sepat dan tumis kangkung kampung! My favorite!
Tengok sahaja sudah terliur mulut. Amat menyelerakan! Makanan sedap dan lazat ini mestilah air tangan Puan Maryam! Siapa lagi?
Dia meletakkan lauk kedalam pinggan itu. Mata tidak lepas memandang lauk lauk yang seperti memanggil manggil dia untuk melahap masakan enak itu. Sabar, aku akan makan kau.....
Dia menyumbat nasi dan cili api ikan sepat kedalam mulut.
"Hrmmmmm......" Respon Helmi yang sedang mengunyah makanan itu.
Sedap! Tapi rasanya macam bukan ibu yang masak! Hatinya bermonolog.
"Sedap dak?" soal Tok Mah yang sudah sedia maklum, masakan mereka hari ini dimasak oleh Zarina. Chef menu itu adalah Zarina Medina!
Zarina yang berada didapur, memasang telinga. Bawah bibirnya digigit. Please say yess! Say yes to my cooking!
Helmi mengangguk.
" Sedap! But rasa dia pelik sedikit..." komen Helmi.
Jatuh rahang Zarina. Apa yang pelik?
"Apa yang pelik? Sedap ja aku makan." bidas Hilman tidak berapa menyukai komen Helmi. Punya lah penat si kakak ipar dia masak, pelik masakan dia? Seriously, bro?
Semua mata tertumpu pada Helmi. Errkk.... Kenapa dengan semua orang ini? Aku kata pelik je kot bukan sumpah makanan ni..
"Bukan, rasa dia sedap. Sangat sedap. Tapi bukan ibu yang buat kan?" teka Helmi sambil memandang lauk diatas meja. Menyelerakan! Tapi itu bukan air tangan Puan Maryam.
Dia sangat arif dan peka dengan masakan bondanya, Puan Maryam. Makan sahaja sudah dia tahu itu masakan bondanya. Hebat bukan?
Tok Mah senyum simpul.
" Itu kak Ari yang masak..." ujar Hilna malas.
Butang mata Helmi. Zarina masak? Hairan! Ganjil! Masak nasi pun ingat kena letak clorox apatah lagi makanan favorite dia? Nonsense!
Tanpa sedar, bibir itu ketawa kecil. Bagi dia, jawapan Hilna itu agak lucu. Iyalah. Nada pun macam nak ejek si Hilna ini.
Halina memandang pelik abangnya.
"Gelak kenapa? Rasa lauk tu pelik sangat ke sampai gelak?" soal Halina tanpa nada. Dia sempat menjeling kearah Zarina didapur.
Zarina sedang menunduk. Tandanya.... Dia kecil hati.... Ini semua salah.... Helmi Ikram!
Helmi memandang Halina. Okay, adik dia hari ini lain macam sangat. Moody semacam. Bad mood je. Selalunya, dia lah yang paling riuh waktu makan tapi dia paling diam sekarang ini.
"Pelik. Sebab tak mungkin lah Ari reti masak!" ujar Helmi disusuli dengan ketawa pada hujung ayat. Kalau Hilman masak, dia percaya juga. Tapi kalau Zarina, budak bandar.... Masak masakan kampung...?Memang tak boleh percaya!
Halina merenung tajam Helmi. Sangat tajam persis pedang samurai. Dia benci dengan Helmi. Segala kata kata Helmi, menyakitkan hati dia.
Sekarang dia tahu, perasaan disakiti oleh orang yang dicintai... Dia baru tahu perasaan Ari yang sebenar. Seolah olah dia merupakan Ari.
Tak payah toleh dapur dia sudah dapat rasakan kesedihan dan keperitan Ari. Dia yakin pasti Ari sedang menunduk kehampaan.
Helmi memang dah melampau! You cross the line! You're too much, Am!
"Hang ni kenapa ah? Na cakap Ari yang masak kan? Maksudnya memang Ari lah yang masak! Awat? Tak percaya ka dia boleh masak?! Pi lah kat Atia!" ujar Halina geram bercampur sinis.
Tak pasal pasal, pinggan kaca corak bunga dari Thailand ini melayang dekat muka jamban Helmi. Jangan pandang rendah dekat Halina ya. Kalau dia nak buat tu, memang dia akan buat. Jangan main main.
Helmi tersentak. Serentak dia memandang Halina. Ada rasa lain disebalik mata itu. Kenapa Halina pelik sangat hari ini? Kenapa nak emo semacam? Dan.... Apa kena mengena dengan Atia soal ini?
Suasana dalam rumah itu terasa tegang. Cicak pun tak boleh nak masuk campur.
Halina mendengus kasar. Dia terus bangun lalu beredar keluar dari rumah. Tak ada masa lah nak layan abang dia!
"Lina.... Nak pi mana tu?" tegur Tok Mah.
Soalan Tok Mah dibalas dengan bayangan Halina yang menghilang.
Serta merta rumah itu senyap. Mereka makan tanpa banyak bicara. Zarina masih setia didalam dapur melayan perasaan sendiri.
Hilman dan Hilna menoleh ke dapur. Zarina masih kekal statik. Toleh ke luar, Halina dah pergi. Serentak mereka memandang Helmi dengan pandangan menyampah.
Renungan tajam itu membawa makna tersirat.
'This is all your fault!'
Share this novel