Bab 54

Romance Series 186474

"KAU okay?"

Soalan Syafiera membuatkan Zarina terpaksa mengangkat kepala mendongak memandang wajah manis itu.

Segaris senyuman terukir pada wajah Zarina apabila memandang wajah Syafiera yang tampak risau. Itu semua sekadar mahu membuat Syafiera tidak risau kepadanya.

"Aku okay je. Tak nampak ke aku ni masih sihat walafiat?" balas Zarina dalam nada yang amat yakin. Satu suapan mee goreng masuk kedalam mulutnya.

Syafiera mengeluh halus. You can't lie to me, Ina.

Melihat sahaja reaksi Syafiera yang seperti tidak percayakan dia, terus Zarina menyambung semula.

" Aku dah okay, Fiera. Tak guna aku bersedih kan? Aku ada Ryan." Senyuman iklas menghiasi wajahnya.

Syafiera menarik nafas lega apabila melihat senyuman itu. Dia meneguk air susu Marigold.

"Ya, Ina. Kau ada Ryan. Kau ada kitorang.." ujar Syafiera. Zarina mengukir senyuman kelat.

"Ya.... Nasi dah jadi bubur. Tak boleh buat apa-apa dah. It's useless, Fiera" Zarina berkata perlahan dalam nada yang mendatar. Satu sudu mee goreng masuk kedalam mulutnya.

"Aku rasa kan kita kena ubah maksud peribahasa. Nasi dah jadi bubur bukan bererti telah lambat. Memang bubur tidak boleh jadi nasi. Bererti masa tidak dapat diundur semula. Tetapi sekurang-kurangnya kita boleh usahakan dalam bentuk lain. Bubur tu boleh dijadikan bubur yang sedap jika ditambah bahan-bahannya. Begitu juga lah dengan hidup." terang Syafiera panjang lebar.

Terangguk-angguk Zarina mendengar penerangan Syafiera. Penerangan cikgu kaunseling itu sedikit sebanyak menjentik hatinya.

" Baiklah, mak buyung..... " jawab Zarina dalam nada yang meleret. Syafiera menjegilkan matanya.

" Syafiq! Ryan! Tak nak makan ke?!" laung Syafiera sambil melihat Syafiq dan Aryan sedang berlari-lari ditaman.

"Sekejap lagi!!" Serentak mereka menjawab lalu meneruskan permainan yang tertangguh.

Zarina ketawa halus. Dia harus kuat. Dia harus tabah. Demi satu-satunya anaknya, Arjuna Aryan!

"Ina....." panggil Syafiera. Zarina menyuap satu sudu mee goreng seraya mengangkat kepalanya.

"Ya?"

"What if one day, Am tu datang balik?" soal Syafiera perlahan. Wajahnya bertukar serius.

Tersentak Zarina mendengar soalan yang tidak dijangka itu. Lidahnya kelu sebentar untuk menjawab.

Dia menoleh memandang Aryan yang sedang gelak di luar. Dia menarik nafas dalam-dalam.

" Fiera, kau tau tak rasa dikhianati? Dikhianati oleh orang tercinta?" Zarina merenung wajah manis itu. Syafiera tidak menjawab.

"Rasanya sakit. Sakit macam nak mati." Zarina menepuk perlahan dadanya. Ya, sakit itu datang dari sini. Suaranya sangat lirih tanda sedih mampu meluluhkan hati Syafiera.

"Tapi apa yang kau nak buat kalau satu family tu minta maaf dekat kau?" soal Syafiera lagi.

"Aku akan suruh diorang tunggu 4 tahun lagi untuk aku maafkan diorang. 4 years is very long for me to be able to get some courageous!" Tegas sahaja nada Zarina. Matanya membara-bara dengan api kemarahan.

Dia dihalau macam anjing kurap keluar dari rumah itu. Dalam keadaan yang mengandung. Dapat pula 2 hadiah tamparan. Memang tak lah Zarina nak maafkan apabila mengingat kembali luka semalam!

Syafiera mengeluh perlahan. Sudah tahu itu yang bakal Zarina jawab. Bukannya dia tidak tahu pasal kisah itu.

Sejurus Zarina dihalau, dia terus pergi ke KL. Berjumpa dengan Syafiera. Meluahkan segala duka dihati.

Syafiera juga lah yang mengajar dia erti Islam sehingga dia mampu menutup aurat. Syafiera lah yang menjaga dia sepanjang dia mengandungkan Aryan. Syafiera la yang mengajar dia cara-cara untuk solat dengan sempurna dan mengenal jawi.

"But Ryan needs father.." Ya! Dia risau dengan Aryan! Aryan perlukan ayah.

Zarina tayang wajah menyampah.

"Helmi is not the only man in this world that can be Ryan's father, Fiera. But kalau Rayyan boleh besarkan Sha dan Kal alone, aku pun boleh!" balas Zarina dalam nada yang amat yakin. Kalau Rayyan boleh, kenapa dia tidak boleh?

Yang pasti, nama Helmi Ikram sudah terpadam di kotak hatinya! Benci kepada lelaki itu menggunung.

Syafiera menganggukkan kepalanya. Sudah namanya Zarina Medina mana lah nak mengaku kalah.

"Apa-apa je lah. But kau dah tau ke siapa punya angkara yang hantar gambar tu?" Zarina mengangguk.

"Malam tu.. Hanya aku dan si Jeff je yang ada dekat situ. Aku syak Jeff yang hantar gambar tu!" ujar Zarina dengan wajahnya yang serius.

"Kita kena rangka plan nak humban Jeff masuk balik dalam penjara!"

"Betul ke dia yang bunuh Dato Kamarul?" soal Zarina yang sedang mengangkat keningnya ingin tahu. Syafiera mengeluh

"I don't know, Ina. But instinct aku menyatakan dia yang bunuh dan gelapkan duit Gemilang." ujar Syafiera yakin. Dia tidak mahu tuduh melulu takut dianggap fitnah. Tetapi nalurinya berkata Jeffri lah penyangak itu!

Bulat mata Zarina mendengarnya. Gelapkan duit Gemilang?!

" Huiishh.. Teruk tu.. Dah tu macam mana dengan Hayna Julia, adik Jeff? " soal Zarina. Kasihan pula dengan Julia yang sudah dianggap sebagai adiknya.

"Dengar cerita, dia dah fly ke Europe. Probably sebab dia nak rawat hati yang luka." Itulah satu-satunya maklumat yang dia peroleh daripada orang-orang nya yang menyiasat tentang Hayna Julia.

Zarina tersengih menayangkan giginya yang putih berseri.

"Macam aku!" Merawat hati yang luka.. Sumpah sebiji macam dia!

"Tapi kan Ina, aku rasa kematian papa kau pun pasti berpunca daripada Querina dengan Noraini" ujar Syafiera perlahan.

Berubah 360° air muka Zarina apabila menyebut perihal arwah papanya. Querina dan Noraini penyebab papanya pergi?

"Maksud kau?" Mendatar sahaja suara Zarina.

"Yelah. Macam mana wasiat tu papa kau boleh tulis nama diorang? Bukannya kau sedangkan setiap hadiah yang papa kau hantar pasti ada mention pasal wasiat" Tengok sudah serupa detektif pula si Syafiera ini.

Zarina terdiam. Otaknya cuba mencerna apa yang Syafiera kata. Adakah Querina dan Noraini penyebab papanya mati?

Zarina mengenggam erat tangannya seperti bersedia untuk menumbuk.

Kalau betul.. Aku tak akan maafkan diorang! Sampai bila-bila!

Zarina mengukir senyuman sinis. Terjongket kening Syafiera hairan.

"You know what, Fiera? Sometimes hero will come out when the game starts. And justice will always win."

Zarina tersenyum sinis penuh yakin. May the game began!

*

"Assalamualaikum!"

Tersentak Zarina yang sedang melukis rekaan baju. Dia menoleh memandang pintu. Sejurus itu, dia bangun dari kerusi.

Nak harap Syafiera si mak buyung yang sibuk di taman untuk buka pintu? Memang tak lah!

Zarina pun hairan. Dengan keadaan yang sarat mengandung, dia masih kuat untuk menanam tanaman di taman.

Katanya, memudahkan ketika bersalin. Errmm... Zarina angguk-angguk je lah.

"Waalaikumussalam..." sahut Zarina lalu memulas tombol pintu.

Firasat Zarina menyatakan ada ramai orang diluar kerana kedengaran suara ramai orang memberi salam.

Terkedu Zarina. Ya, tepat sangkaan dia. Terdapat dua orang wanita dan beberapa orang kanak-kanak.

" Errrrr......" Dua orang wanita itu juga kelihatan terkejut melihat kehadiran Zarina.

Zarina menggaru kepalanya yang berlapit tudung walaupun tidak gatal. Situasi ini sangat kekok.

"Ina, siapa tu?" tegur Syafiera lalu menghampiri mereka.

"Eh, Farah, Yana!" Butang mata Syafiera apabila matanya terancap dua susuk tubuh yang amat dikenalinya.

"Fiera!" Spontan mulut mereka terukir senyuman apabila kelibat Syafiera kelihatan.

Zarina masih diam. Dia kaku seolah-olah seperti patung cendana berdiri di situ.

"Eh eh... Mia, Mika dan Farish pun ada?" Syafiera menunduk memandang kanak-kanak itu.

Mia, Mika dan Farish tersenyum menayangkan sebaris gigi bongsu yang putih.

"Ya, aunty Fiera!" Mereka menjawab girang.

Kening Zarina terangkat. Mereka saling kenal mengenali ke?

"Errr... Ni siapa?" soal wanita yang bernama Farah. Dia memandang Syafiera lalu memandang Zarina. Tanda tanya jelas kelihatan pada wajahnya.

"Oh! Ni kawan aku, Zarina Medina. " Perkenal Syafiera. Zarina mengangguk tanda hormat.

"Selamat berkenalan!" Farah tersenyum lebar. Zarina juga menguntumkan senyuman.

Seorang wanita disebelah Farah yang bernama Yana itu memandang Zarina atas bawah. Berkerut-kerut dahi Yana cuba amati wajah Zarina.

"Ari?" Zarina memandang Yana yang memanggil nama manjanya. Dia kenal aku ke?

Sekejap... Wajah Yana itu seperti Zarina pernah lihat. Aku pernah jumpa dia ke?

"Saya... Misha Dayana."

*

"Wah! Lama betul tak jumpa boss!" ujar Yana teruja. Zarina tersenyum.

"Tak payah panggil boss la, Sha. Aku bukan boss kau lagi" Yana tersengih persis kerang busuk.

"Okay!"

"Jemput minum" Syafiera menghidangkan air jus mangga. Farah meneguk rakus air itu.

"Ari nampak lain!" ujar Yana perlahan.

Zarina hanya mampu tersenyum. Ya, dia tahu apa yang bekas pekerja dia maksudkan.

"Adakah kelainan tu sesuatu yang baik atau tidak baik?" duga Zarina. Membesar mata Yana.

"Eh... Mestilah baik!" Tersenyum sahaja Zarina mendengarnya.

"Tapi kan Ari... Ryan tu anak Ari kan.. Jadi mana suami Ari?" Soalan daripada Yana benar-benar membuatkan Zarina terkedu. Peha Yana ditepuk perlahan oleh Syafiera.

"Kau jangan menyibuk la!" marah Farah walaupun dia sebernanya nak tahu tentang perihal itu.

Zarina tersenyum manis. Dia tak marah pun jika ada orang bertanya tentang ayah Helmi. Dia tak makan hati pun. Kerana Aryan bukan anak Helmi. Helmi sendiri yang mengaku.

" He divorced me" balas Zarina dengan senyuman tipis. Terpana Yana dan Farah mendengarnya. Jadi, Zarina janda lah sekarang?

"Berapa lama?" Entah mengapa ringan sahaja mulut Yana untuk bertanya. Curiosity kills the cat.

Senyuman manis masih kekal pada wajah manis itu.

"4 years ago" jawab Zarina tenang. Tercengang Yana dan Farah. Serentak mulut mereka ternganga mendengar jawapan Zarina. 4 tahun? Tenang gila Ari!

"Source of divorce?" soal Yana tidak puas mengorek rahsia bekas boss nya.

Bulat mata Syafiera. Oi, you to much! Baru sahaja Syafiera mahu memarahi Yana, Zarina terlebih dahulu menjawab.

"Fitnah." jawab Zarina pendek. Dia sangat tenang apabila kisah silam diungkit semula.

Mata mereka terbeliak kuasa tiga. Mereka menutup mulut tanda tidak percaya. Kena fitnah? Sumpah memang sebjji macam dalam drama!

"Ari tak marah ke dekat ex husband?" Giliran Farah pula untuk bertanya. Tak kan lah tak marah..
Syafiera hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah rakannya. Sebiji macam wartawan! Dari zaman sekolah lagi perangai reporter tu masih lekat biarpun sudah menjadi ibu.

Zarina tidak menjawab seraya senyuman manis dihadiahkan.

"Kalau nak ikutkan memang lah marah. Marah tu sampai tahap nak bunuh je orang yang buat fitnah tu. But bila fikirkan tentang Ryan, tak payah lah marah" terang Zarina tenang. Ya, ini semua kerana Aryan!

"So does that mean Ari maafkan orang yang fitnah?" soal Farah lagi.

Kalau jadi dia, bukan setakat marah, dia tanam mereka hidup-hidup! Besar dosa orang yang fitnah ni. Lagi besar dosa daripada orang yang membunuh.

"Tak marah bukan bererti maafkan. I cannot forgive them. I'll never forgive them" Tekad Zarina. Dia tak akan marah tetapi dia tak akan sesekali maafkan mereka! Ah, merangkak lah cari dia dekat padang Mahsyar nanti!

Mereka mengangguk-anggukkan kepala apabila mendapat info yang dicukupi.

"I'm very impressed, Ari. You're very strong. Kalau aku, agaknya dah lama aku bunuh diri" Yana kagum betul dengan orang yang bernama Zarina Medina.

Sudah lah kena fitnah, kena cerai pula tu. Siap bawa baby lagi. Suami yang tak guna! Tapi Zarina memang hebat. Miss Incredible betul! Memang Yana salute gila-gila dengan Zarina.

Zarina ketawa halus.

"I did it for my son. For Ryan"

Keadaan menjadi sunyi sepi tanpa sepatah bicara.

"Errr.... Ina bukan kau kena pergi beli barang ke? Untuk butik?" Syafiera bersuara. Zarina terkedu. Ya lah.

"Kau ada butik?" Soal Farah benar-benar terkejut.

Zarina tersenyum sambil mengangguk. Melopong mulut Farah dan Yana. Dia ni Miss Incredible betul!

"Okay lah. Aku gerak dulu ye"

________________________________________
"MUMMY mummy... Ryan nak makan ais krim. Bole?" pinta Aryan lalu memintal baju Zarina.

Zarina menundukkan wajahnya memandang anak kecil itu. Mesti Aryan lenguh kerana berjalan di sekeliling shopping complex ini.

"Okay! Ryan nak ais krim apa?" soal Zarina tersenyum.

Bersinar-sinar mata Aryan. Bibirnya mengukir senyuman.

"Ryan nak ais krim coklat! Boleh?" Zarina mengangguk sambil tersenyum.

"Yeay!!" Aryan bersorak keriangan. Mereka berpegangan tangan sambil berjalan ke arah kedai ais krim.

Baru sahaja beberapa langkah, Zarina terdengar satu suara.

"Aryan?"

Sorry sbb lmbat update. But Scarlett try very hard untuk make this chap. Am akan jumpa Ari tak lama lagi. Wakaka.. Chap berapa i don't know. So don't ask me much. Haha hope u gais enjoy ya this chap!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience