Bab 45

Romance Series 186474

"ANJA.... Bangun sekarang..." Terasa tubuh Zarina digoncang lembut.

Kelopak mata Zarina terbuka. Kelihatan wajah Helmi yang sedang tersenyum didepan matanya.

Helmi mencium dahi Zarina lama. Terkedu Zarina dibuat nya. Baru bangun dah kema cium?

"We need a morning kiss." ujar Helmi nakal sambil tersengih. Lengan Helmi ditepuk manja. Tak habis-habis miang orang tua ni..

"Ari, mandi cepat-cepat. Kita perlu pi satu tempat." ujar Helmi. Nadanya bertukar serius. Terangkat kening Zarina.

"Pergi mana?" soalnya ingin tahu. Helmi sekadar tersenyum nipis.

Mahu tak mahu Zarina bangun lalu menggapai tuala mandi. Baru sahaja dia mahu membuka pintu tandas, Helmi bersuara.

"Boleh mandi sorang ke ni?" soal Helmi sambil tersenyum nakal. Bulat mata Zarina. Bantal diatas katil diambil lalu dibaling. Terkena pada muka Helmi.

"Dasar gatal!" Helmi hanya ketawa berdekah-dekah.

________________________________________
"KITA nak pergi mana?" soal Zarina lagi. Mestilah dia mahu tahu apakah destinasi mereka sampai dia kena pakai tudung dan Helmi kena pakai songkok.

Dan macam biasa jawapan kepada soalan sama Zarina ialah senyuman nipis. Zarina mendengus. Dia nak tahu mereka mahu pergi mana! Susah sangat ke nak bagitahu?

Kening Zarina terangkat apabila memandang destinasi mereka.

"Kita dah sampai..." ujar Helmi lalu memasuki kawasan itu. Zarina terkaku seketika.

Kubur.

Helmi memandang Zarina yang seperti kaku itu. Dia menarik baju Zarina untuk ikut sama berjalan.

Mahu sahaja Zarina mahu bertanya mereka mahu melawat kubur siapa tapi dia diamkan sahaja.

"Assalamualaikum.. Abah, Am datang lagi...." Helmi duduk diatas tikar yang telah dia sediakan. Zarina turut duduk. Dia sedikit terkedu. Abah?

Zarina memandang batu nisan itu.

Ismael Bin Ali Kasim

"Abah, hari ini Am datang dengan isteri Am. Dia baik dan cantik sangat." ujar Helmi tersenyum lalu mengusap-ngusap pusara abahnya seperti bercakap dengan abahnya.

Zarina mengetap bibir. Menahan sebak. Matanya sudah berkaca-kaca melihat kesedihan terpancar pada wajah Helmi yang dilindungi dengan senyuman palsu.

" Am bahagiaaaaa sangaaat... Am sedih sebab abah tak dapat tengok anak abah berkahwin..." Zarina tersenyum kelat. Bahagia? Baguslah jika Helmi bahagia.

"Am hadiahkan bacaan Yaasin untuk abah ya?" Helmi menghulurkan buku Yaasin kepada Zarina. Zarina terkedu. Dia menggelengkan kepalanya perlahan. Helmi mengangguk faham.

Zarina sedih. Dia bukannya cuti atau datang bulan. Tetapi dia boleh solat. Cuma, dia tak reti nak baca!

Nak gelak? Gelak lah puas-puas kerana itu hakikat.

Sepanjang berada dikubur, Zarina cuba menghayati bacaan Helmi yang sungguh bertaranum dan cukup tajwid.

Dia menggigit bibir bawah. Alangkah indahnya jika dia mampu bekalkan bacaan Yaasin kepada ayah mentuanya.

"Abah, Am balik dulu ye... Nanti Am datang lagi..." Helmi bingkas bangun. Begitu juga dengan Zarina. Mereka beredar keluar dari kawasan perkuburan.

Mereka berjalan-jalan mahu pulang ke rumah yang mengambil masa selama 15 minit untuk tiba.

Zarina menggunakan peluang itu untuk mengetahui isi hati Helmi.

"Am sedih?" soal Zarina. Helmi tersenyum. Dia menggeleng.

"Sikit pun tak?" soal Zarina tak percaya. Helmi menggeleng lagi.

"Sedih tak bermakna kita gembira. Sedih bermaksud kita tidak meredhai keputusan Allah. Kita seperti tak hormat Qada dan Qadar. Sebab itu lah aku cuba tabahkan hati aku." terang Helmi panjang lebar sambil tersenyum. Zarina menahan sebak. Kau dah cukup tabah!

Teringat pula Zarina pada Ezzul Rayyan yang kehilangan Iris Qairina. Apa khabar lah Rayyan agaknya?

Serta merta Zarina teringatkan mamanya, Datin Nurin. Hati Zarina sebak. Lantas, air mata itu gugur tanpa dipinta. Terkedu Helmi melihat air mata itu jatuh. Terus terhenti langkah mereka.

"Why?" soal Helmi sambil merenung wajah yang sudah putih kemerah-merahan dek menangis.

"Ariii.. teringatkannnn.... mamaaaa Ariiiii...." ujar Zarina sambil menangis teresak-esak. Helmi menarik Zarina kedalam pelukan. Zarina menangis semahu-mahunya.

Dia anak yang tak guna. Tak mampu nak sedekahkan Yaasin. Dia anak sial! Anak derhaka!

"Tak salah kalau mahu menangis. Itu tanda kita sangat sayangkan orang itu. Tapi jangan sampai kita meratapi.." ujar Helmi lalu menepuk-nepuk belakang Zarina lembut.

"Mamaa Ariiii meninggal.... Salah Ariii... Itu semua salah Ariii!"

Ya, Datin Nurin meninggal dunia kerana mahu pergi ke sekolah untuk mengambil keputusan PMR Zarina, tetapi lain pula yang jadinya. Kemalangan berlaku tak diingini.

Sejak itu lah mimpi ngeri bermula.

Kehadiran Datin Noraini dan Querina kedalam hidupnya... Haikal Jeffri yang gila... Wisma Holdings.... Dato Azman yang pilih kasih...

Apa sebernanya salah dia? Apa dosa dia sehingga dia dipilih dalam ramai-ramai manusia oleh Allah untuk menjadi 'Zarina Medina'

"Shuuuhhh.. That's not your fault.. Itu ketentuan Allah.. Kau kena redha.. Jangan salahkan kau.. Kalau kau salahkan kau, bermakna kau salahkan Allah juga.." ujar Helmi. Risau dia dengan keadaan Zarina.

"Ari takut.... Kalau Am pun pergi tinggalkan Ari..." Zarina memeluk erat Helmi tidak mahu dilepaskan. Ya, itu yang dia takut!

"Tak. Aku tak akan tinggalkan kau. Sampai bila-bila!" tekad Helmi lalu mengusap-ngusap kepala Zarina yang berbalut tudung. Zarina menangis didalam pelukan Helmi.

________________________________________
HAYNA JULIA sedang duduk ditaman seorang diri. Phone jenama Oppo direnung lama. Kemudian dia mengeluh.

'Mana dia ni?' keluh hatinya.

Dia dengan sabar menanti ketibaan abangnya, Haikal Jeffri. Abangnya ada menghantar mesej mengajak untuk berdamai di taman.

Betapa gembiranya dia tak terkata. Keterujaannya tidak mampu diluahkan secara fizikal.

Siapa tak gembira abang yang dia sayang yang selalu membenci dia mengajak dia berdamai?

Senyuman kian lebar dimuka Julia. Dalam hati, dia mengucap beribuan syukur terhadap Allah. Sebelum dia tiba di lokasi yang Jeffri hantar, dia sempat sujud Syukur untuk menandakan betapa dia sangat bersyukur dengan apa yang Allah sedang rancangkan untuknya.

Benci? Dia tidak pernah benci abang kandungnya. Walaupun layanan Jeffri seteruk hamba, dia tak kisah. Kerana dia sayangkan abangnya.

Abangnya selalu menjerkah, memberi kata-kata kesat dan selalu memukul dia. Itu semua di belakang daddy nya, Dato Kamarul.

Dia menyelak baju di lengannya sedikit. Jelas kelihatan ada lebam-lebam pada tangannya. Dia senyum nipis. Itu kesan pukulan Jeffri beberapa hari yang lalu.

Jeffri teramat marah apabila Julia menyuruh Lisa, tempat pemuas nafsu Jeffri tinggalkan dia.

Tangan kanan dia lihat. Kesan melecur. Ini pula kerana masakan yang dibuat tidak menepati selera abangnya. Lantas, sup yang masih panas dijirus pada tangan Julia.

Dia tidak bencikan abangnya. Abangnya hanya sesat didalam dunianya sendiri. Tiada perasaan benci walau sekelumit yang tumbuh di hati Julia.

Tudung bawal yang dipakainya dibetulkan apabila angin bertiup kencang. Dia memegang lengannya sendiri. Mujur dia memakai sweater, tidak lah terlalu sejuk.

Matanya melilau mencari kelibat abangnya. Dia pelik. Hari sudah lewat malam, tetapi kenapa abangnya memilih waktu ini untuk berjumpa?

Dan kenapa taman ini? Taman ini sudah lah seperti terbengkalai sahaja. Tiada orang pun yang lalu-lalang di sini.

Ada satu perasaan mencurigakan menerpa di hati Julia, tetapi pantas dia menepis. Lebih baik dia berselawat untuk menenangkan hati yang rancak risau.

Terasa seperti ada tangan yang menyentuh bahunya dari belakang. Dia hampir meloncat kegembiraan. Sangkanya, itu ialah abangnya.

Senyumannya mati tatkala dia menoleh memandang empu badan.

"Zack!" Terkejut dia. Apa yang Zack atau nama sebenar Zakaria sedang buat di sini?

Zack tersenyum sinis. Dia merenung Julia dari atas bawah. Semuanya bertutup dari atas sampai bawah! Nampaknya dialah orang pertama yang bukan sahaja akan tengok aurat Julia, tetapi akan memegang aurat Julia.

"Apa Zack buat dekat sini?" soalnya sambil mengundur setapak demi setapak ke belakang. Lebih baik dia berjaga-jaga.

Tiada panggilan terhormat buat lelaki itu walaupun lelaki itu sebaya dengan abangnya. Kerana lelaki itu seram.

Zack ketawa halus yang kedengaran sungguh menyeramkan di telinga Julia. Comel betul melihat wajah cemberut Julia yang ketakutan.

"You takut dengan I ke?" soal Zack sinis. Laju Julia menggelengkan kepalanya.

"Saya takut Allah!" jawabnya dan Zack ketawa mendengarnya.

Allah? Yang dia tahu Allah itu tuhan bagi umat Islam. Ya, dia umat Islam. Tetapi dia bukan menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam. Agama Islam hanya di sijil lahir sahaja.

"Dah tu kenapa undur ke belakang?" Julia gigit bibir bawah. Ah, dia perasan!

"Saya nak balik!" ujarnya laju. Manik-manik peluh membasahi wajahnya.

"Why?"

"Sebab hari dah lewat malam.. Tak elok lelaki dan perempuan bersama. Tak manis..." balas Julia sesopan mungkin. Dia mengundur setapak kebelakang lagi.

"You cari Jeffri kan?" Terbeliak biji mata Julia. Macam mana dia tahu?! Zack ketawa sinis. Kesian, Julia.. Diperbodohkan dengan abang sendiri..

"Jeff tak akan datang."

"Siapa cakap?" Julia menyoal geram.

"Dia tak akan datang. Tak akan pernah datang. Sebab kau, milik aku!" Dia terus merentap kasar lengan Julia.

"AAAAHHH!!! Lepaslah!!!!" teriak Julia. Serta merta air matanya bertakung. Zack ketawa jahat.

"Never!" Tudung bawal Julia ditarik. Terserlah rambut Julia yang diikat sanggul.

Julia merintih sambil cuba melepaskan diri. Air matanya bergelinang. Tidak mungkin kudrat perempuan mampu menandingi kudrat lelaki.

"Abang......" rintihnya. Dia mahukan abangnya. Dia mahu abangnya sampai dan menyelamatkan dia.

Zack ketawa terbahak-bahak mendengar rintihan Julia. Sempat lagi memanggil Jeffri ye?

"Abang kau tak akan datang! Sebab dia dah jual kau dekat aku! So, layan aku elok-elok ye. Give me a first class service. Okay? Haha!!"

Air mata Julia mengalir hangat. Benarkah apa yang dia dengar ini? Abangnya menjual dia pada Zack? Sampai hati!

Zack menarik Julia kedalam pelukan.

" Shuuu.. Jangan menangis... Tugas kau layan aku je... "

Semakin deras air mata itu mengalir. Air matanya gugur apabila Zack cuba mencium Julia. Julia cuba menolak Zack tetapi Zack mengetatkan pelukan sehingga dia tidak mampu bergerak.

Julia mahu menjerit tetapi bibir Zack terlebih dahulu menindih bibirnya kasar.

Julia memejamkan matanya bersama linangan air mata. Ya Allah, Engkau tolong lah selamat kan aku... Selamatkan maruahku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience