Okay! Ramai yang tak puas hati dan geram dengan Am, nah! Scarlett dh buat chap 63 n hope jngn mrh2 naa... Enjoy! Happy reading!
SATU helahan nafas panjang dilepaskan berat daripada mulut itu. Dahinya yang berkerut-kerut dipicit perlahan bagi menghilangkan denyutan.
Helmi mengeluh lagi.
Bukannya dia tidak percaya dengan gambar itu. Dia percaya tetapi entah mengapa hatinya cuba menidakkan tentang hal itu.
Dia sebernanya runsing. Harus dia akui, wajah budak itu mirip dirinya sendiri. Dia pernah berjumpa dengan budak itu di Sunway Mall. Hari di mana dia menghina budak itu sendiri dan Zarina.
Tetapi separuh daripada hatinya cuba menafikan kebenaran itu. Dia pernah menghina Aryan dan Zarina, lantas dapat kah dia percayakan yang Aryan itu adalah anak kandungnya?
Jika dia percaya Aryan ialah anak kandungnya, automatik Zarina juga terbukti tidak bersalah. Dan dia dan semua orang yang terbabit bersalah!
Mengapa dia tidak dapat mengecam wajah Aryan seiras dengannya ketika pertemuan di Sunway Mall?
Kerana itu gambar edit!
Helmi mendengus kasar.
Dia yang betul! Dia tidak salah! Zarina memang perempuan murahan! Tiada langsung perempuan di dalam dunia ini yang sanggup menyewa lelaki yang tidak pernah dikenali untuk dibuat suami!
Sebab itu lah Zarina Medina perempuan sundal! Tidur dengan lelaki yang lain, kemudian menyewanya sebagai kambing hitam untuk menutup aib. Dasar perempuan jalang!
Memang busuk hati betul lah Zarina. Menyunting namanya untuk menjadi ayah kepada Aryan. Nama Aryan ber binkan namanya sendiri! Zarina memang perempuan murahan.
Tasik itu menjadi pemandangan untuk dia memandang. Hatinya sudah bertekad sebulat suara.
Arjuna Aryan bukan anaknya!
________________________________________
BUTIK Sakura Medina yang berada dihadapannya itu dipandang dengan rasa kagum. Butik itu kelihatan gah bagi pandangannya.
Dia benar-benar kagum. Hiasan di luar butik sahaja sudah mampu untuk mengagumkan dirinya. Dia terpaku melihat butik itu.
Eh, ini baru luar je tau. Butik dua tingkat ini belum diterokai didalam lagi! Entah-entah cantik dan uniknya berganda-ganda!
Tetapi ini industri fesyen, bukannya bertemakan architectural design! Sepatutnya dia kagum dengan fesyen baju mereka bukannya deco bangunan dua tingkat ini.
Bukankah luaran butik mencerminkan dalaman butik? Judge a book by its cover! Ungkapan yang layak diberikan.
Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembus kembali. Dia tersenyum senget sebaris. Ya, dia boleh!
Pintu kaca butik itu ditolak. Sempat dia membaca Bismillah sebelum membuka pintu butik itu.
"Assalamualaikum." ucap Hilna yang sedang membuka pintu. Dekat sini pun nak beri salam? Eh, harus lah! Memberi salam kan ertinya kita mendoakan kesejahteraan kepada orang yang menerima salam itu! Kita juga akan mendapat pahala diatas amalan itu walau sekelumit. Bayangkan seandainya kita sering memberi salam sesama manusia. Sudah berapa banyak pahala yang dihimpun. Islam kan mengajar umatnya untuk sentiasa mendoakan kesejahteraan orang lain tanpa mengira agama.
"Waalaikumussalam. Selamat datang ke Butik Sakura Medina! Ada apa yang boleh saya bantu?" Hilna disambut mesra oleh seorang wanita yang memakai name tag 'Firzanah'.
Hilna menguntumkan senyuman yang paling manis buat pekerja yang bernama Firzanah. Senyum kan sedekah? Firzanah ini kelihatan sangat mesra dan peramah. Mungkin sesuai dibuat kawan. Fikirnya.
"Boleh saya jumpa boss butik ni?" soal Hilna dengan senyuman yang masih tak lekang dari bibir. Tidak sabar untuk dia bekerja di butik ini. "Boleh saya tahu kenapa cik mahu berjumpa dengan boss?" Firzanah menyoal kembali. Nada mesranya masih tidak berubah.
"Saya nak kerja dekat butik ni!" Hilna bersuara yakin. Firzanah menganggukkan kepalanya tanda faham. "Baiklah. Cik boleh tunggu di sini dulu ye." Hilna mengangguk. Dia duduk diatas sofa.
"Dalili! Tolong panggil boss!" laung Firzanah. Perempuan yang sedang mengukur saiz seorang perempuan membalas. "Tak nampak aku busy ke? Kau lah yang panggil!" Dalili membalas geram. Asyik-asyik dia sahaja yang kena panggil boss. Mana aci! Firzanah hanya tersengih.
Hilna tersenyum. Dalam hati, dia sudah tidak sabar untuk bekerja di butik ini. Lihat sahaja para pekerja butik ini. Sangat ramah dan mesra! Mereka tidak lah terlalu formal. Suasananya tidak kekok langsung malah sangat happening!
"Atirah! Panggil boss! Ada orang nak kerja!" Dalili tak boleh, suruh orang lain. Ye tak? Padahal diri sendiri masih free tanpa tugas. Itu sikap Firzanah. Alah, bukannya selalu pun. Dia mahu menceriakan butik ini!
Atirah yang sedang membelek-belek baju menoleh kearah Firzanah. Jari telunjuknya dihalakan kearah dirinya sendiri. "Aku?" Firzanah angguk laju. Atirah memuncungkan mulutnya kearah Firzanah. "Asal tak kau je yang panggil boss?" soal Atirah jengkel.
Firzanah tersengih. "Sebab aku malas!" jawab Firzanah laju. Atirah buat rolling eyes. "Tahu pun!" Langkah diayun pergi ke suatu bilik.
Hilna kulum senyum. Atirah itu kakak kawannya, Atikah. Muka juga mirip sekali. Tetapi Firzanah memang pemalas plus optimistik plus mesra!
Hilna mengambil kesempatan untuk memandang segenap butik itu. Setiap baju-baju yang tersidai kemas diperhati dari jarak yang jauh.
Dia budak fesyen. Jadi, baginya baju-baju itu sangat cantik dan trendy. Patut lah butik ini mendapat sambutan yang hangat. Kerana rekaannya mampu menarik hati semua orang. Tidak kisah yang sudah berusia atau masih remaja.
"Awak nak kerja dekat sini ya?" Teguran satu suara lunak membuatkan Hilna tersentak. Dia sudah membuat tanggapan bahawa empu suara itu ialah boss. Hilna berpaling sambil bangun. "Ya, saya nak kerja disini."
Besar mata Hilna memandang wajah wanita itu. Terkedu dia melihat muka wanita yang sangat dia kenal itu. Nafasnya seperti tersekat apabila mata mereka bertaut.
"Saya boss butik ni, Zarina Medina. Selamat berkenalan. Awak diterima bekerja." Zarina memperkenalkan dirinya. Dia melemparkan senyuman lebar buat Hilna. Dia sememangnya tidak dapat mengenal wanita dihadapannya ialah Hilna Ehnas!
Kolam mata Hilna seakan panas. Jantungnya berdetak laju. Dia kenal siapa perempuan itu meskipun jika dia tidak memperkenalkan dirinya.
Zarina Medina!
Perempuan yang pernah difitnah oleh dia. Perempuan yang pernah dihalau oleh dia. Perempuan yang pernah dimaki oleh dia. Perempuan yang sengara disebabkan tragedi 4 tahun yang lepas!
Itu semua atas kesilapan dan kekhilafan dia dan mereka.
Akhirnya, Allah telah memakbulkan doanya. Allah telah menemukan dia dengan Zarina setelah 4 tahun tidak berjumpa!
Zarina sudah berubah. Dia sudah bertudung.
"Kak Ari...." Bergetar sahaja suaranya tatkala cuba menyeru nama bekas kakak iparnya. Serta merta empangan air mata milik Hilna pecah lalu membasahi pipi. Mata-mata yang memerhati dia, dia tidak peduli. Kemaafan Zarina yang paling penting!
Berkerut-kerut dahi Zarina tidak mengerti tentang situasi ini. Senyumannya juga telah pudar. Mengapa wanita ini memanggil nama manjanya? Sudah lah tu siap menangis lagi.
Firzanah memandang Hilna dengan pandangan pelik. Kenapa dia tiba-tiba menangis eh? Bukan setakat Firzanah sahaja yang memandang Hilna, malah semua pekerja dan pelanggan memandang Hilna.
"Ni Na, kak.. Hilna..." lirih Hilna seraya cuba menghampiri Zarina. Bergenang air matanya menodai pipi. Zarina terkedu. Nama itu seperti pernah didengarinya. Tetapi siapa?
Lama mata bundar itu cuba amati wajah manis Hilna. Mata itu diperhati dalam-dalam. Cuba mencari makna tersirat disebalik mata hitam itu.
Zarina menekup mulutnya rapat tanda tidak percaya. "Hilna.....?" soalnya terkejut. Bekas adik iparnya? Hilna mengangguk laju bersama tangisan dipipi. Semakin tergamam lah Zarina melihat anggukan tersebut.
Orang yang berada dibutik itu memandang mereka dengan penuh tanda tanya. Yang sedang membelek mencari baju terus mengangkat muka melihat babak drama mereka.
"Akak.... Maafkan Na, kak... Na minta maaf sangat-sangat...." Hilna memegang tangan Zarina. Dicium lama tangan itu. Zarina seakan kaku disitu dan biarkan sahaja.
Setitik demi setitik mutiara jernih itu jatuh ke pipi mulus Zarina. Dia kaku berdiri tegak persis patung disitu. Tidak percaya melihat Hilna dihadapannya.
Hilna yang sudah 4 tahun tidak berjumpa kini berdiri di butiknya!
Zarina memandang wajah yang basah dengan air mata. Hilna memang sudah jauh berubah. Dahulu, Hilna hanya lah pelajar sekolah, sekarang dia sudah dewasa.
Mata mereka yang berkaca-kaca bertaut lama. Hilna yang dari tadi menggenggam erat kedua-dua belah tangannya seperti tidak mahu dilepaskan terus bersuara.
"Na mintak maaf bagi pihak keluarga kami kerana dah fitnah akak tanpa siasat hal betui. Maafkan kami, kak. Kami betui-betui menyesal." rintih Hilna pilu lalu terus duduk dikaki Zarina, merayu. Seperti dimana Zarina merayu dikaki Helmi 4 tahun yang lepas.
Sayu hati Zarina apabila Hilna berbuat sedemikian. Kelopak matanya dipejam rapat. Ya Allah... Mengapa baru sekarang dia mahu minta maaf? Mengapa tidak 4 tahun yang lepas? Mengapa mereka ditemukan secepat ini? Mula-mula, Helmi. Dan sekarang Hilna. Maka, selepas ini akan Halina kah? Tetapi Helmi memilih untuk terus membenci, Hilna pula memilih untuk meminta maaf. Adakah sekarang ini Helmi turut mencari dia selepas kebenaran terbongkar? Menyesalkah lelaki itu sesudah puas menghina dia dan Aryan?
"Buat apa dekat sini?" Ah! Akhirnya sudah keluar suara Zarina! Bergetar sahaja suaranya menyoal Hilna yang sedang duduk dikakinya. Hilna mendongak memandang Zarina, lirih. "Ini jodoh, kak. Allah temukan kita supaya kami dapat mintak maaf kat kak.." jawab Hilna tersedun-sedan. Mata-mata yang memerhati dia sedang melutut dikaki Zarina dia tidak hiraukan.
"Setelah apa yang awak semua buat dekat saya? Murah betul maaf awak." ujar Zarina angkuh. Manusia didunia memang macam ini ya? Senang buat salah, senang juga minta maaf. Ingat dia hanya manusia yang tidak punyai perasaan? Dia juga ada hati dan perasaan! Lantas, kenapa dia diperlakukan seperti boneka?
Terduduk Hilna lemah mendengarnya. Bibir diketap rapat menahan esakan. Gugur hatinya apabila Zarina berkata sebegitu. Dia sedar dia dan seluruh keluarganya bersalah malah berdosa besar. Tetapi sekarang dia mahu tebus kesilapan!
"Kalau awak ingat dengan maaf awak tu boleh ubah segalanya, maaf awak silap. Jangan risau, saya akan ingat segala perbuatan awak dan keluarga awak itu. Saya sedar siapa saya. Perempuan murahan yang hanya menyewa kasih sebuah keluarga bahagia! Betulkan?" Semakin deras air mata Hilna mengalir. Ya Allah... Begitu besar dan banyak dosaku kepada bekas kakak iparku ini... Jahilnya aku ini Ya Allah!
Tetapi dirinya hanya mampu menangis sambil meminta maaf. Hanya kemaafan yang mampu dipohon.
"Tok dah meninggal, kak..." Pilu Hilna bersuara. Tok Mah sudah meninggal 4 tahun yang lepas. Sejurus Zarina pergi, Tok Mah terkena serangan jantung.
Besar mata Zarina. Dia tergamam. Tok Mah sudah meninggal?
"Jadi, pergilah dari sini." ujar Zarina dengan wajah poker nya. Hilna memejamkan matanya. Zarina yang sekarang bukan lagi yang dahulu. Zarina yang lemah lembut sudah bertukar menjadi keras. Salah mereka kah?
"Mummy!!" teriak Aryan yang sedang membuka pintu butik. Dia berlari terkedek-kedek mendapati Zarina.
Cepat-cepat Zarina mengesat kasar air mata yang membanjiri pipinya itu. Dia tidak mahu anaknya melihat dia menangis. Sudah banyak kali juga Aryan pesan supaya jangan menangis. Aryan tidak suka dia menangis.
Zarina cuba mengukir senyuman. Aryan dipeluk erat. "Ryan! Sedap makan ais krim?" soalnya. Aryan mengangguk laju bersama senyuman lebar dibibir. "Sedap! Uncle Ray belanja Ryan makan ais krim strawberry yogurt, mummy!" jawab Aryan ceria.
Zarina tersenyum. Dia memandang Ray yang berdiri tidak jauh daripada mereka. Ray memang orang yang baik setelah mengenalinya dengan lebih lama. Malah, dia ada ciri-ciri penyayang.
Ray melemparkan senyuman menawan kepada Zarina seraya melambai-lambai. Tersenyum sahaja Zarina.
Hilna tergamam. Wajah Aryan dipandang tidak percaya. "Arjuna Aryan?" soalnya. Zarina terkedu. Dia sudah lupa dengan Hilna disini! Tetapi bagaimana Hilna tahu nama panjang Aryan?
Aryan toleh memandang Hilna. Dia tersenyum menayang sebaris gigi bongsunya yang putih berseri. "Ya! Itu nama Ryan!" sahut Aryan ceria.
Hilna menekup mulut tidak percaya. Air matanya bergelinang lagi. Betul lah! Wajah Aryan mirip Helmi. Kerana Aryan anak Helmi!
Tangannya terketar-ketar cuba memegang tubuh kecil itu. Dengan tangkas, Zarina menarik Aryan masuk kedalam pelukan.
"4 tahun yang lepas, awak hina saya. Saya kan perempuan sundal, perempuan murahan.. Jadi, baik awak jangan kotorkan tangan awak yang suci tu sentuh anak kepada perempuan sundal macam saya. Nanti kotor." ujar Zarina sinis.
Sayu hati Hilna mendengarnya. Jahatkah dia? Ya, dia jahat! Salah, mereka jahat!
"Ari..." panggil Ray lalu mendekati mereka. Serius sahaja wajahnya. Bukannya dia tidak dengar bicara Zarina. Hilna yang sedang menangis dikaki Zarina dipandang.
"Jom, Ray. Jangan layan dia." ujar Zarina lalu berpaling. Aryan ditarik supaya beredar dari situ. Mahu tak mahu, Ray terpaksa mengikut Zarina. Sesekali dia toleh memandang Hilna yang masih terduduk itu. Mungkinkah dia...
"Awak tak apa-apa?" soal Firzanah kepada Hilna yang masih terduduk. Hilna menggeleng lemah sambil mengesat air matanya. "Saya tak apa-apa." Dia bangun dengan keadaan yang lemah sekali.
Setapak demi setapak, dia meninggalkan butik itu, longlai. Sukar benar untuk Zarina menerima maaf. Iyelah, apa yang dia dan mereka buat kepada Zarina bukan perkara yang senang dimaafkan.
Dia memegang dadanya. Kenapa hati ini terasa sakit sangat? Sedangkan tidak setara dengan kesakitan yang Zarina tanggung selama 4 tahun seorang diri
Andai hatinya sudah rasa sakit, macam mana pula dengan Helmi?
Andai Helmi sudah tahu Zarina tidak bersalah, dapatkah Zarina menerima maaf Helmi?
Sudah tentu Helmi akan berasa sakit berganda-ganda kan andai Zarina melarang Helmi daripada memegang Aryan.
Hilna mendongak memandang langit.
Ya Allah... Mengapa hidup ini selalu tidak indah?
Share this novel