E.P.I.L.O.G

Romance Series 186474

"Am.... Tolong lah bangun..." rayu Zarina sambil menangis. Dia duduk disisi Helmi yang sedang terbaring.

'Ada peluru pada bahu kanan Encik Helmi. Jangan risau. Kami sudah keluarkan peluru itu. Dia cuma penat. He should be fine.'

Kalau fine, tolong lah bangun sekarang!

"Am... Ari janji akan terima cinta yang Am sewa. Ari cintakan Am sangat-sangat. Tolong lah bangun... Ryan need you. I need you. Please... Wake up... For us..." rintih Zarina sambil mengalirkan air mata. Bangun lah, Am!

"Ari cinta—cintakan... Am?"

"Am!!" jerit Zarina terkejut melihat Helmi sudah bangun.

"Be—betul ke... Ari.. cin—cinta—cintakan... Am?" soal Helmi lagi dengan wajahnya yang pucat.

Zarina menekup mulutnya sambil menangis. Dia mengangguk.

Helmi tersenyum segaris nipis sebelum memejamkan matanya rapat.

"Ba—bagus la..."

"Am!!!!"

_______

2 tahun berlalu....

Zarina tersenyum memandang pusara itu. Dia mengusap-ngusap batu nisan itu.

Air bunga disiram pada kubur.

"Ari balik dulu ye?"

Zarina bangun lalu mengorak langkah keluar dari perkarangan perkuburan itu.

*

"Mummy!! Abang Iyan acau Iyin lah! *kacau" rengek Aryin lalu mendekati Zarina. Dipeluk kaki mummy nya sambil menunjukkan kearah Aryan yang sedang menyembunyikan sesuatu dibelakang badannya.

Anak keduanya bernama Arluna Aryin. Dia berusia 2 tahun. Agak pelat dalam berkata-kata. Mummy dan daddy akan memanggilnya 'Ryin' tetapi dipanggil 'Iyin' oleh abangnya. Aryin pula memanggil 'abang Iyan'. Comel kan? So sweet!

Zarina menggendong Aryin. Dia memandang anak lelakinya tajam. "Arjuna Aryan, how do many time do I have to tell you, don't tease your little sister with that lizard toy?"

Aryan membuat muka tak puas hati. Mainan cicak ditangannya dilepaskan. "Mummy! It just a toy! Don't angry at me that Iyin being so penakut!" Dia silang tangan, menyampah. Kanak-kanak berusia 6 tahun ini, petah pula berkata-kata.

Mencerlung mata Zarina. Eh eh, sudah pandai menjawab pula sekarang?

"Mummy... Look at dat..." Aryin menyembunyikan mukanya dibahu Zarina. Takut melihat cicak itu berada diatas lantai.

"Ryan, siapa ajar Ryan untuk menjawab?" soal Zarina acah garang.

"Daddy!!" Jawab Aryan dan Aryin serentak.

Zarina membulatkan matanya. Oh, abang lah punya angkara ini ye? "Abang!!!"

"Ye Anje?!" Suami Zarina sedang terkedek-kedek menuruni tangga.

"Anje dah lawat kubur mama, papa dan Querina?" Suaminya tidak dapat mengikut kerana dia solat sunat hari raya Aidilfitri tadi di masjid. Zarina pula tidak boleh solat.

"Dah."

Zarina menurunkan Aryin. Dia bercekak pinggang memandang suaminya itu tajam.

"Abang la ajar budak-budak ni untuk menjawab?"

Suaminya sengih. "Ryan, did mummy ask you a question?" Aryan angguk laju.

"And you answered the question right?" Aryan angguk lagi.

"See? Anje tanya diorang soalan, diorang pun jawab je lah. Tak gitu?" balas sang suami selamba.

"Helmi Ikram!!" Zarina menjerit geram.

"Aye aye, Zarina Medina!" sahut Helmi sambil ketawa mengekek.

Zarina picit dahi. Heh, perangai anak dan bapa sama je! Naik pening layan karenah masing-masing yang banyak songeh!

"Ryin, let's go! Kita pergi tukar baju."

"Nak ikut!" rengek Helmi.

"Jangan mengada!" Menjegil mata Zarina sebelum menaiki tangga bersama anak perempuannya.

Helmi ketawa lagi. Seronok usik isteri!

"Daddy, why are you laughing? What's so funny?" soal Aryan sambil garu dagunya, polos. Dia memandang ayahnya sambil kerdip-kerdip mata. Tidak tahu kenapa ayahnya ketawa. Apa yang lawak?

Helmi tersenyum dengan pertanyaan anak lelakinya itu. Dia

"Bila Ryan dah kahwin, Ryan akan faham."

"Really?"

"Trust me." Helmi tersenyum penuh yakin.

"Abang!! Jangan ajar anak bukan-bukan!" laung Zarina yang berada ditingkat atas.

Sekali lagi, ketawa Helmi pecah. Woa... Sampai ke tingkat atas boleh dengar? Telinga jenis apa lah yang isteri dia ada?

Aryan hanya memandang ayahnya pelik. Ketawa lagi?

*

"Assalamualaikum!!"

Zarina tersenyum gembira. "Haa... Dah sampai pun!"

Helmi bergerak ke ruang pintu.

"Waalaikumussalam! Jemput masuk!" pelawa Helmi ceria.

"Hang tak ajak pun aku akan masuk jugak." balas Hilman lalu masuk kedalam rumah bersama dengan anaknya dan isterinya, Aida Mustapha.

"Eh eh. Dah jadi bapak pun tak sedar diri lagi." keluh Hilna lebih kepada menyindir. Dia masuk kedalam rumah bersama Habil.

"Hang tu dah jadi bini, perangai jangan loghlaq sangat." Menjegil mata Hilman pandang Hilna.

Perang dunia sesama kembar nak bermula dah ke?

"Hampa dua ekoq ni tak malu ka buat perangai tak senonoh depan rumah orang? Depan anak bini laki hampa?" bidas Halina sambil menjeling Hilman dan Hilna tajam.

"Whatever!" Laju kaki Hilna menarik Habil mendekati Zarina.

"Haih... Macam-macam!"

Atif tersenyum segaris sambil pegang bahu Halina. "Sabar, yang. Biasa lah tu. Kembar."

Halina senyum nipis. Dia lah orang yang paling bertuah mendapat Atif yang penyabar sebagai suami.

"Ehem.. Ehem.. Nak beromantika pun bagi kena tempat lah. Ini dekat rumah orang lagi. Depan anak-anak pula tu." Tegur Halima sambil berdehem. Firman tersengih. Begitu juga dengan anak-anak mereka iaitu Uzair, Umar, Una, Uda dan Ufa. Masing-masing tersengih memandang gelagat Mak Ngah dan Pak Ngah mereka.

"Biaq pi lah! Yang siboq sangat kenapa?" marah Halina selamba.

"Umi... Cepat lah. Aisyah dan Khadijah nak masuk!" rengek Aisyah malas. Khadijah disebelahnya mengangguk walaupun dia tidak faham sangat apa yang kakaknya sedang cakap.

"Ha ha. Jom masuk!" Mereka pula masuk kedalam.

"Nek Yam... Meh Uda pimpin Nek Yam." Uda memimpin Puan Maryam untuk masuk kedalam. Ditemani dengan Una, Ufa, Uzair dan Umar. Lima orang menemani Puan Maryam!

Halima tersenyum bangga. Kini anak-anaknya sudah matang apabila menginjak umur.

"Terima kasih lah, cucu-cucu Nek.." Puan Maryam tersenyum.

Mereka sama-sama masuk kedalam rumah.

Helmi menjenguk-jenguk mahu lihat ada lagi tidak yang datang ke rumah. Dia terus menutup pintu.

"Tunggu!!!"

Helmi koyak senyuman. Dia membuka kembali pintu itu

"Hai... Lambat sampai korang. Plan nak datang lambat ke apa ni?" perli Helmi.

Aish tersenyum. "Kami datang juga okay? Ini ha.. Ingat senang ke nak jaga tiga orang anak serentak?"

Disisi Syafiera ada Syafiq dan Syafie. Syafiera sedang menggendong Syafir yang masih kecil. Total, three troublemakers!

"Okay okay. Masuk je lah."

"Assalamualaikum!" sapa Rayyan yang sedang menggendong Rayfa. Raysha berada disisinya.

"Waalaikumussalam. Bini kau mana?"

"Ada je dekat kereta. Dia lupa something. Siap dengan Qal dia heret nak teman." balas Rayyan sambil ketawa kecil. Ya, kini dia bukan lagi duda. Dia sudah beristeri! Isterinya pula bernama Sakura Aira!

"Haha, kesian Qal. Dari hari tu Qal rengek nak jadi orang pertama makan ketupat. Tapi, tak boleh ah." gelak Helmi.

"Tu lah. Hajat tak kesampaian. Dah lah, aku masuk dulu lah."

"Yo, Dollah!" sapa Helmi ceria.

Dollah tarik senyum. Dollah dan Julia menghampiri mereka.

"Selamat hari raya." sindir Dollah. Helmi ketawa kuat. Dalam banyak-banyak manusia, Dollah la orang pertama yang mengucap 'selamat hari raya'. Bukan macam yang lain! Bagus bagus!

"Selamat hari raya. Silakan masuk."

Helmi tutup pintu rapat. Dia toleh kebelakang. Terbeliak biji matanya. Masha-Allah!

Budak-budak lari berkejar-kejaran. Penuh dengan teriakan budak-budak menjerit teruja. Rendang pula penuh diatas lantai.

Raya tahun ini, sangat daebak!

Helmi menghampiri isterinya. Zarina tersenyum paksa sambil membisik. "Tu lah, bang. Siapa suruh kalah dalam osom? Tengok rumah kita jadi mangsa." bebel Zarina.

Helmi tersenyum serba salah. Nak buat macam mana? Dah dia kalah. Kalah pula dengan Habil. Benci betul!

Begini, acara ini bermula pada dua tahun lepas, waktu puasa. Atif mencadangkan agar kita beraya di satu rumah sahaja. Hilman pula menambah perencah, setiap wakil (suami) akan main osom untuk tentukan rumah siapa bakal jadi mangsa. Siapa yang kalah, jadi mangsa!

"Tapi...."

Helmi angkat kepalanya.

"... Seronok. Meriah rumah." sambung Zarina sambil ukir senyuman manis.

Helmi turut tersenyum. Lega. Zarina tidak marah. Satu perkara yang baik.

"Makan sampai kenyang. Kalau tak kenyang, tak boleh balik." ujar Zarina kepada anak-anak Halima yang enak makan ketupat dengan rendang

"Baik, Mak Long!" jawab mereka serentak.

"Jangan risau, perut Mar macam buaya." ujar Umar lalu membuat bunyi buaya, sengaja mahu menceriakan suasana.

"Ceh, perut Zair macam alligator tau!" Uzair membidas. Mulutnya penuh dengan ketupat.

"Makan jangan bercakap!" tegur Ufa.

"Sebab tu korang gemuk!" balas Una sambil membuat aksi gemuk.

"Tak sedar diri..." ujar Uda perlahan.

"Apa?!" Mengamuk Una dibuatnya. Dia tak gemuk! Dia cuma... chubby.

Zarina ketawa senang hati dengan The U's ini. Sudah lah umur belasan tahun. Perangai still budak-budak. But, matured in different ways.

Zarina bergerak ke Puan Maryam. Dicium tangan tua itu lama.

"Selamat hari raya, ibu. Maafkan Ari kalau Ari kecilkan hati ibu." ucap Zarina ikhlas. Dia masih lagi mencium tangan ibu lama.

Puan Maryam tersenyum. Diusap kepala Zarina yang bertudung. "Selamat hari raya, Ari. Ari tak ada buat salah apa-apa atau kecilkan hati ibu. Sebaliknya, ibu yang selalu dan pernah kecilkan hati Ari."

"Ibu... Itu cerita lama. Tak payah nak ungkit lah. Ari dah maafkan dah." balas Zarina tidak senang apabila peristiwa 6 tahun yang lepas diungkit. Betul, dia sudah maafkan semua orang.

"Ari doakan ibu selamat pergi Haji ya?" Zarina mengangguk. Waktu bulan Disember, Puan Maryam akan bertolak ke Mekah untuk menunaikan haji dan umrah. Rukun Islam yang kelima.

"Insha-Allah, ibu. Ibu makan lah banyak sikit."

"Yelah, yelah."

Aryan dan Aryin sedang bermain dengan anak-anak Halina, Hilman, Hilna, Rayyan dan Aish.

Julia dan Dollah...

Zarina tidak akan putus berdoa agar mereka dikurniakan cahaya mata!

Ray?

Sudah hidup bahagia dengan isterinya, Afiya. Mereka sedang berada di London. Apa lagi? Honeymoon lah!

Atia dan Fakhrul?

Mereka juga sudah bahagia dengan mahligai mereka. Mereka sekarang berada di Kedah!

Semuanya berjalan dengan lancar... Kali ini, bahagia mula menyulami kehidupan mereka!

Zarina melangkah kearah Rayyan, Syafiera dan Aish yang sedang rancak berbual-bual.

"Mana Aira?"

"Tu." Rayyan menjuih kearah Aira yang sedang bersembang dengan Halina. Hrmm... Seems they get along well.

Butik Sakura Medina sudah semakin maju. Dengan penambahan produk iaitu tudung dengan berbagai style, bertambah hangat lah sambutan!

"Asal Misha dan Farah tak datang?" soal Zarina.

"Misha ikut suami dia balik kampung. Farah pun balik kampung dengan suami dia." jawab Syafiera. Sayang sekali, mereka tidak dapat turut serta.

"Eh, kenapa mata Qal jadi warna kuning?!"

Terkesima Rayyan, Syafiera, Aish dan Zarina dibuatnya. Mata jadi warna kuning? Jantung mereka berdegup laju.

Segera mereka berlari kearah sekumpulan kanak-kanak.

"Mata Qal warna kuning?" soal Rayyan kalut.

"Bukan mata Qal, tapi mata Fie! Mata Fie yang warna kuning! Qal nampak!" Rayqal menafikan sekeras-kerasnya. Tetapi, mata Rayqal memang menunjukkan sinaran kuning.

"Mana ada mata Fie warna kuning!" bidas Raysha. Nak salahkan Syafie pula. Mana ada mata Syafie jadi warna kuning!

"Okay, cuba Qal tengok mata Sha." arah Aish.

Bola mata Rayqal menjadi warna mereka setelah bertentang mata dengan Raysha.

"Uwaaaa!! Jadi warna merah pula!" Aryan, Aryin dan Aisyah menjerit serentak.

"Mata Fa pula?" Rayyan cepat menggendong Rayfa yang sedang menangis.

Bola mata Rayqal bertukar dari warna merah ke biru.

"Uwaaaaaaa!! Jadi warna biru lah! Hebat!!"

"Apa? Apa?" Orang dewasa pula mahu tahu.

Rayyan, Syafiera, Aish dan Zarina memandang sesama mereka.

Yang mereka tahu, Rayqal mengikut jejak Iris Qairina meskipun Iris telah menyembuhkan matanya. Tetapi, kesannya masih bersisa.

Hanya mereka sahaja tahu. Segaris senyuman terukir pada wajah mereka.

*

Helmi menutup pintu bilik. Dia merebahkan badan diatas katil, penat.

"Ya Allah! Harap-harap kita menang untuk tahun depan."

"Amin!" balas Zarina. Moga mereka menang!

"Abang penat lah, Anje." rengek Helmi manja sambil baring mengiring menghadap isterinya.

"Alolo... Penat?" Helmi mengangguk. Mengharapkan Zarina akan melayannya.

"Then, Anje tak penat?"

Helmi tersenyap. Okay, dia kalah. Memang Zarina lagi penat. Dia yang cuci pinggan, dulang, cawan. Dia yang bersihkan rumah. Helmi? Kemas sikit-sikit je.

Helmi terus bangun. Dia duduk bersebelahan dengan isterinya.

"Terima kasih, Anje sebab sudi terima Abang semula dalam hidup Anje. Terima kasih sebab sudi beri Abang peluang jadi suami dan ayah yang terbaik. Terima kasih, sayang." Helmi mencium dahi isterinya. Dicium dahi itu lama.

"Abang... Anje yang patut berterima kasih sebab selamat waktu malam tu. Anje yang kena ucap terima kasih sebab cuba selamatkan Ryan. Terima kasih, Abang sebab bangun sambut cinta Anje." ucap Zarina lalu mencium tangan suaminya dengan penuh kasih

Tanpa sedar, air matanya bergenang pada birai mata.

Helmi memegang dagu Zarina agar bertentang mata dengannya.

"Kenapa menangis ni, sayang?" soal Helmi cemas melihat isterinya menangis.

Zarina menangis teresak-esak. Dia menyeka air mata itu tetapi tetap mengalir.

"Anje takut.. Anje takut kehilangan Abang pada waktu itu.." ujar Zarina tersedu-sedan.

"Abang pun jahat! Anje ingatkan Abang nak pergi!" Marah Zarina lalu memukul-mukul dada bidang Helmi.

"Am!!!!"

Zarina menggelengkan kepalanya tidak sanggup kehilangan Helmi.

Helmi membuka matanya.

"Apa?"

Zarina tergamam. "Err... Ari ingatkan Am—"

"Am nak tidur je lah. Penat." ujar Helmi lemah lalu memejamkan matanya semula.

Zarina menarik nafas lega. Ya Allah... Dia ingatkan...

Helmi ketawa besar. Sumpah! Itu memang lawak! Part tu memang paling win! Tak boleh blah bila tengok muka cemas Zarina!

"Tengok, dia gelakkan orang pula.." ujar Zarina tak puas hati sambil silang tangan. Orang tengah serius, dia main-main pula!

"Alolo... Sorry lah, Anje. Tapi Anje memang cute lah waktu tu." balas Helmi sambil melirik nakal. Dia tersenyum nakal.

"Apa-apa je lah, suami untuk disewa!" Zarina terus baring.

Helmi tercengang. The what? Suami untuk disewa? Wah, what an old nickname!

"Dah lapuk dah lah nama tu, Anje. Stop calling me 'suami untuk disewa'." balas Helmi tidak menyukai gelaran itu. Sudah 6 tahun berlalu sejak nama itu tercipta!

"Well, jangan lupa Anje pernah sewa Abang dengan tawaran cikgu." Zarina tersengih.

"In that case, Abang rasa Abang dah dapat dah."

Berkerut dahi Zarina. "Dapat apa?"

"Cinta yang disewa!" teriak Helmi sambil tayang sengih.

"Berapa harga untuk disewa tu?" soal Zarina. Ikutkan aje lah arah angin.

"Hrmmm.... Harga cinta tu?"

Zarina mengangguk.

Helmi merenung Zarina lama.

"Cinta tidak boleh disewa. Apatah lagi dibeli. Juga tidak boleh dipinjam. Kerana nilai cinta terlalu mahal untuk disewa." jawab Helmi sambil tersenyum.

Zarina memuncungkan mulutnya kerana tidak mendapat jawapan yang diinginkan.

"Jadi apa maksud Abang dengan cinta yang disewa?"

Helmi tersengih nakal. "Nak tahu jawapannya?" Zarina mengangguk laju. Mesti lah!

"Kita buat anak dulu. Baru Abang bagitahu."

"Abang!!" teriak Zarina geram. Lantas, lengan Helmi dicubit geram.

"Awww..... Ampun..."

"Cepat bagitahu!" arah Zarina lagak queen control.

"Okay, okay. Sebernanya, cinta yang disewa tak relevan langsung dengan kehidupan kita."

"Maksud Abang?"

"Sewa bererti kita pinjam sesuatu tetapi harus ada bayaran. Macam konsep beli tapi sewa ni boleh ramai orang sewa benda yang sama dan perlu pulangkan semula benda itu." terang Helmi panjang lebar.

Zarina menongkat dagu. "Jadi?"

Helmi mendekatkan mulutnya ke telinga Zarina.

"Jadi, cinta Anje tak boleh disewa! Hanya untuk Abang seorang! Dan Abang tak akan kasi balik cinta Anje!" bisik Helmi tegas tanpa senyuman. Kedengaran sangat romantis di telinga Zarina

Tanpa sedar, bibir kecil itu melakar satu senyuman lebar yang tampak bahagia.

Ya Allah... Syukur kepada-Mu kerana mengurniakan suami yang terbaik untuk aku.

Peluang kedua itu pahit. Tapi percaya lah, ia akan menjadi manis apabila disaluti dengan keikhlasan. Buka hati, buka minda. Buang keegoan dan kebencian yang bersarang setelah kian lama. Pandang dari sudut positif. Dan pasti cinta akan berputik.

Hidup seperti cuaca. Dan kini, pelangi yang indah muncul setelah hujan lebat kedalam hidup aku.

Tiada yang mampu kuucapkan selain ALLAHUAKBAR dan ALHAMDULILLAH.

-TAMAT-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience