bab 13

Romance Completed 61355

Sampai di rumah aku terus ke bilik dan mencapai tuala dan mandi.
Zayne semasa aku masuk bilik tadi dia terus ke bilik bacaan.

Selesai mandi segera aku rebahkan diri dan mencapai telefon ,membuka galeri gambar melihat foto foto yang di ambil semasa majlis rumah Maria.

Aku tersenyum sendiri bila melihat wajah si kecil berada di pangkuan ku yang diambil oleh Zayne.

Setelah lama membelek belek foto aku baru teringat Zayne masih lagi belum masuk ke bilik kami.

Aku segera bangun menuju ke bilik bacaan.

Kelihatan Zayne sedang melihat sesuatu,aku hanya berdiri di balik pintu memerhati dari jauh,aku tidak berani menghampiri nya saat ini.

Lama aku di situ tanpa dia menyedari,tiba tiba aku terdengar suara seolah Zayne menangis.
Aku terkaku seketika.

"kenapa kau balik Sarah...kenapa?"aku tersentak bila Zayne membalingkan sesuatu di lantai.

"Ya Allah abang...kenapa ni?"aku segera menerpa ke arahnya.

Serpihan kaca tadi ku kutip,dia melemparkan music box sampai pecah berderai.
Aku tunduk mengutip deraian kaca itu.
Tangan aku pula yang terkena kaca dan berdarah.

"ouch..."jariku berdarah aku biarkan dan mengutip semua serpihan itu dan letakkan di satu sudut.

Zayne masih lagi tertunduk menangis tanpa menghiraukan aku.

"abang...bawa bersabar...kenapa marah macam ni"aku bangun mendapatkan nya.

Dia terus menangis ,aku semakin takut kerana selama ini aku tidak pernah lihat kelakuannya pelik begini.

'"kenapa dia balik Eryna...kenapa?"bahuku di goncangnya.

Aku mula tertelan liur.

'"abang teringat kan Sarah ker?"soalku.

"bila aku lihat dia ...hati aku kembali hancur Eryna"aku mula takut bila dia membahasakan dirinya aku.

"kenapa abang tidak cuba melupakan dia ?kenapa abang tidak membuang terus kenangannya,selagi abang simpan dan abang pandang semua itu akan bertambah lagi kesakitan dalam hati abang"

"sayang tahu sukar untuk lupakan orang yang pernah kita sayang,tambah lagi orang itu juga buat kita terluka tapi abang harus teruskan hidup abang yang sekarang ni...abang kena buang semua kenangan dia bersama abang"tuturku.

"entahlah,aku tak tahu kenapa bila aku tengok dia tadi tiba tiba kenangan indah aku dan dia datang dan dalam masa yang sama datang pula kebencian aku pada dia kerana tinggalkan aku"dia menepis tubuhku dengan kasar dan aku terjatuh ke lantai

"abang..."airmataku mula gugur saat ini.
Aku terasa seolah kehadiran dalam hidupnya sedikit pun tak bermakna padanya.
Ternyata dia masih lagi teringatkan Sarah,cinta pertama sukar dilupakan..

Aku silap membuat perhintungan yang dia akan lupakan Sarah,tapi tidak ternyata ingatannya masih lagi pada Sarah.
Aku masih lagi terjelepok duduk di lantai dan tangan yang terluka tadi terus berdarah .

Aku bangun perlahan kembali menghampirinya yang sedang duduk di kerusi.
Kali ini aku duduk memegang lututnya.

"maafkan sayang ..kerana tidak dapat kembalikan hati abang...sayang tidak sempat...sayang tahu abang masih lagi cintakan Sarah ....abang tidak dapat lupakan dia kan...abang bagi masa pada sayang terlalu singkat..."aku terus menangis.

"pergilah Eryna aku tengah serabut ni...jangan kau tambah lagi serabut aku...."dia sekali lagi menolak aku.

Dia bangun dan terus berlalu pergi meninggalkan aku yang masih sakit.

dammm!!bunyi hentaman pintu di hempas kuat sehingga bahuku terhinjut kerana terkejut.

Aku bangun perlahan dengan luka yang masih berdarah menuju ke bilik ku.

Buat masa ini biarlah dia sendiri di biliknya.

Aku terus menyembamkan muka ku ke bantal menangis mengenangkan nasib diri.

Aku faham kesakitan yang dia rasai tidak sesakit sakit yang aku rasa kini.

Di bilik Zayne langsung mencapai tuala dan ke bilik mandi .

Dia hanya mengenakan seluar tiga suku dan membaringkan diri di atas tilam.

Dia seolah baru tersedar dari mimpi bila di pandang sebelah nya terasa kosong.

"Ya Allah ,apa yang dah aku lakukan tadi...Eryna..."baru dia terasa ketiadaan Eryna di sisinya.
Dia bangun mencari kelibat isterinya di bilik bacaan tadi yang masih berselerak dan alangkah terkejut bila dia ternampak beberapa titisan darah atas lantai.

Jantungnya mula berdegup kencang mula teringat tentang kekasarannya pada Eryna tadi.

Terus dia ke bilik sebelah ,dia mengetuk sebentar dan menguak pintu yang tidak berkunci itu.

Kelihatan Eryna sudah pun terlena dengan menyembamkan muka di bantal.
Perlahan dia menghampiri Eryna.

Dia dihimpit rasa bersalah terhadap perempuan yang kini bergelar isterinya.

Badan Eryna di terbalikkan dan membetulkan kedudukan tidur Eryna.

Eryna terlena tanpa terkutik sedikit pun.
Airmata yang masih bersisa di pipi isterinya di sapu.

Muka mulus isterinya kelihatan begitu pucat dan mata menjadi bengkak.

"apa yang dah aku lakukan ni..."

Tangan Eryna masih lagi berdarah.

"abang...."aku terjaga bila tanganku terasa di sentuh oleh Zayne.

"sayang ...maafkan abang...tadi abang tak sedar...abang sakiti sayang"ujarnya.

Aku perlahan bangun membetulkan kedudukan.

"sayang yang patut minta maaf sebab tak berjaya untuk menyatukan cinta kita...sayang gagal..."aku kembali menangis walau ketika ini aku terlalu letih untuk menangis.

"sayang tak bersalah ,abang yang mengheret sayang dalam masalah abang"tanganku di pegang nya.

"sakit..."aku menyeringai kesakitan dan terkerut kening.

"biar abang balut"dia bangun mengambil first aid dan mencuci luka dan membalutnya.

"abang ....kenapa abang masih simpan kenangan abang dengan Sarah?"aku mula beranikan diri untuk menyoalnya kembali.

"boleh tak kita bincang esok...abang dah penat"

"ok...sayang minta maaf... abang pergilah tidur....sayang tidur di sini malam ni...sayang tahu abang perlukan waktu untuk tenang...."

"suka hatilah..."dia terus bangun menuju ke bilik tanpa berpaling lagi

Aku hanya memandang sayu membiarkan dia berlalu pergi.
Aku juga terlalu penat untuk berfikir tika ini,kepala ku semakin memberat dan dengan sendiri aku terlena dengan airmata masih lagi bersisa.

Keesokannya Zayne Rafael tersedar dari tidur jam sudah menunjukkan hampir pukul 7.

Di pandang ke sisinya kosong tanpa Eryna.
Dia bangun terus ke bilik mandi dan solat subuh kerana sudah terlewat,entah jam berapa dia terlena semalam.

Selepas balik ke bilik dia masih lagi berasa bersalah kelakuannya terhadap Eryna.

Segera dia menuju ke bilik sebelah.
Pintu dikuak perlahan dan kelihatan Eryna masih lagi terbaring dan berselimut.

Perlahan dia menghampirinya.

"sayang...bangun dah pagi"Eryna tidak memberi sebarang respon.

Dahi isterinya di sentuh.

"panasnya...dia demam ker?"
Eryna seolah meracau racau.

"sayang...sayang..."
aku membuka perlahan mataku dan kelihatan Zayne sudah berada di sebelahku.

"sayang demam ni...jom siap kita ke klinik"ujarnya.

"tak apa sikit jer...kejap lagi ok"aku cuba bangun tapi kepalaku tiba tiba terasa macam nak pitam.

"sayang rehat dulu...abang ambilkan ubat"segera dia berlalu mengambil ubat dan segelas air dan di suakan padaku .

"sayang rehatlah...nanti abang suruh bibik buatkan bubur ayam"

aku hanya mengangguk lemah.

Kerana terlalu banyak menangis aku demam hari ini.
Luka yang masih berbalut masih lagi terasa kepedihan,namun hati aku lagi pedih bila teringatkan peristiwa semalam.

"kejap lagi kita ke klinik..."

"tak perlu...abang pergilah kerja..sayang boleh pergi sendiri,tapi hari ini sayang nak minta cuti boleh "tanyaku dalam nada,merajuk.
Hati aku masih lagi terasa sakit kerana kekejamannya semalam.

"jangan degil boleh...nak abang marah lagi?"nadanya mula meninggi.
Aku tersentak,dan titisan jernih mula mengalir di pipi.

"sayang...please dengar cakap abang kita ke klinik"dia terus memelukku.
Pandai dia memainkan watak,sekejap garang sekejap baik.

"tak nak...abang biarkanlah sayang sakit macam ni...abang tak sayang pun sayang...abang masih lagi teringatkan Sarah...abang pergi saja padanya. .abang kejam"aku terus menangis dengan kuat mukaku sembamkan di dadanya.
Saat ini aku terasa teramat tidak bermaya.

"abang minta maaf ,abang tak sengaja sakiti sayang,fikiran abang berserabut"suaranya mula mendatar.

"kenapa abang seksa sayang macam ni...macam mana sayang nak mencari hati abang kalau abang sendiri tidak cuba buang kenangannya jauh jauh..."aku luahkan apa yang tersirat di hatiku.

"sudahlah sayang rehat nanti kita bincang"aku terus terdiam kerana masa ni aku sudah tidak sedarkan diri.

"sayang ...sayang"Zayne terkejut bila suara tangis ku mula tidak kedengaran,Eryna sudah kaku tanpa suara esakan.

"Ya Allah kenapa ni"muka Eryna di tampar tampar perlahan.
Wajah Eryna semakin kelihatan pucat dan membuatkan Zayne menjadi cemas.

"bibik!!! laungnya memanggil bibik dari atas.

"ada apa tu..tuan..."datang bibik dengan gan termengah mengah.

"siap ,kita bawa Puan ke hospital"

Sepanjang dalam perjalanan menuju ke hospital hatinya di suntik rasa berdosa dan bersalah.

"Tuan...cepat...kenapa boleh jadi macam ni?"tanya bibik di belakang sedang memangku Eryna atas ribanya.

Zayne semakin cemas bila Eryna masih lagi tidak memberikan respon.

Ini adalah kali kedua dia hadapi situasi yang cemas dan takut melihat keadaan istrinya.

Dulu semasa Eryna berlari dan terlanggar kereta dan kini kerana semalam.
Begitu banyak tekanan yang dia berikan pada Eryna.

Baru dia tahu bahawa peristiwa yang terjadi tempohari adalah semasa Eryna mengemas pakaian nya Eryna terjumpa beberapa keping gambar dia dan Sarah.
Hari ini juga kerana Sarah.

Sampai saja di ruang legar hospital Eryna di sambut oleh beberapa pekerja hospital dan ditolak masuk ke wad untuk di rawat.

"Zayne Rafael...kenapa ni?"sapa satu suara ,dan Zayne menoleh dan kelihatan seorang wanita yang berpakaian seperti doktor.

"Aunty Raudah?"tekanya.

"ya saya yang bertugas di sini"

"tadi tu isteri Zayne ker?"tanya doktor Raudah yang merupakan kenalan mamanya.

Zayne hanya mengangguk dan menunduk ke bawah.

"Aunty yang rawat dia tadi...dia dah ok sekarang tetapi masih tidak sedarkan diri kerana di berikan ubat supaya dia rehat"terang Doktor Raudah.

"Zayne ok ker ni?jom ikut Aunty masuk bilik kita bincang"ajak Doktor Raudah.

bibik yang tadi duduk di kerusi memandang ke arah susuk majikannya yang sugul.

"bik tunggu sini ya "ujar Zayne dan berlalu membuntuti Doktor Raudah.

"duduklah"Zayne duduk berhadapan Doktor Raudah.
Keluhan kecil dilepaskan.

"Zayne ada masalah ker,boleh kongsi dengan Aunty..."

Zayne masih terdiam tanpa kata.

"tak pa lah take your time,Aunty tak akan paksa,tapi dari raut wajah Zayne Aunty tahu yang Zayne dan wife ada masalah"

"kadang kadang masalah kita ni ada yang boleh kita kongsi dan kadang kadang kita harus sembunyi...tapi dalam kes ini Zayne harus ceritakan pada Aunty agar masalah dapat diselesaikan dan kesakitan yang kita rasai itu berkurangan"panjang lebar kenyataan yang diberikan oleh Doktor Raudah.

"Zayne ,Aunty kenal dari kecil lagi...dan Aunty anggap macam anak Aunty sendiri...cerita dan luah kan...kesian Aunty tengok wife Zayne tadi dia meracau racau menyebut nama Zayne..."

Zayne Rafael yang tadi tertunduk ke bawah mendongak melihat muka Doktor Raudah.

"saya sakiti hatinya Aunty...saya kejam...saya yang buat dia sakit macam tu"sedikit titisan jatuh di kelopak matanya.
Segera dia menyeka.

"Aunty tahu....hati Zayne terluka kan..."
Zayne agak terkejut mendengar kata kata Doktor Raudah.

"Aunty tahu segalanya pasal Zayne,Aunty kan kawan baik keluarga Zayne,Zayne lupa ker yang dulu arwah ayah Aunty adalah doktor keluarga Zayne kawan baik Tok Ayah?"soal Doktor Raudah cuba mengingatkan pemuda di depannya.

Zayne mengangguk.

"tak palah kalau Zayne tak nak cakap ,Aunty faham...tapi ingat pesan Aunty...cuba rawat hati sendiri dulu ,terima keikhlasan orang yang mencintai kita,kerana andai suatu hari nanti orang yang menyayangi dan mencintai kita itu sudah mula tawar hati...sudah tak berguna lagi Zayne,
Bersama dengan orang yang mencintai kita adalah lebih baik daripada orang yang kita cintai kerana lama lama kasih sayang mereka akan kembalikan hati kita yang telah mati..."kata kata Doktor Raudah begitu masuk ke sanubarinya.

"jomlah kita jenguk your wife..."Zayne hanya menurut dan membuntuti Doktor Raudah untuk ke bilik Eryna dirawat.

Apabila masuk kelihatan Eryna sudah pun buka kan matanya .
Bibik sudah ada di sebelahnya membetulkan selimut membaluti badan Eryna.

Zayne merapati Eryna yang masih lemah.

"macam mana Puan Eryna...sudah ok?"tanya Doktor Raudah dan tersenyum.
Aku hanya mengangguk.
"alhamdulillah...sekejap lagi kalau tak ada apa apa dah boleh discharge..."ujar Doktor Raudah

"ok Zayne Aunty keluar dulu...ingat pesan Aunty tadi...dan kalau ada apa apa jangan segan"Doktor Raudah berlalu pergi.

"Tuan ,Puan,bibik keluar dululah"

"abang...abang tak kerja ker?"tanya ku.

"sayang tak kan abang nak kerja dengan keadaan sayang macam ni"balasnya.

"sayang minta maaf susahkan abang"suara aku serak untuk bersuara kerana banyak menangis.

"abang yang patut minta maaf dari sayang,abang banyak menyusahkan sayang"tanganku digenggam.

"abang ,sakit..."kening aku kerutkan bila tangan yang aku sakit di genggamnya.

"maaf...tak ingat"perlahan dia lepaskan.

"sayang juga salah sebab masuk campur dalam urusan abang...sayang kalah ...sayang tak mampu mencari hati abang...kalau abang rasa sayang ni tak layak untuk abang ,sayang rela dan biarkan abang terus kejar cinta abang dulu..."seikhlas hati aku luahkan,agar dia tahu kesakitan yang aku rasai kini.

"tidak ....abang tidak akan biarkan sayang kalah...abang akan teruskan memberi peluang untuk sayang....abang nak sayang tetap dengan abang...."

Kali ini airmataku tidak lagi mengalir,cukuplah semalaman aku menangis bagai nak gila sampai di masukkan ke hospital.
Terasa kebodohan diri sendiri.

Aku hanya terdiam,tidak mahu terus berbahas lagi,aku terlalu penat tika ini.
Mata aku pejamkan perlahan ,menahan segala rasa di hati.

Dia sedikit tertunduk dan mencium lembut tanganku,saat ini seolah rasa aku mati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience