bab 65

Romance Completed 61355

Selepas menerima panggilan tadi Zayne terus ke tempat yang dijanjikan .

Johan yang buat pilihan untuk perjumpaan mereka itu

Dia sendiri pun tidak pasti mengapa Johan ingin berjumpa dengan nya.

Dia tak kisah siapa Johan sebelum ini menjadi suami Sarah dan pernah mebghancurkan hatinya,dia kena bersikap positif tak nak serabutkan kepala yang tengah sarat dengan masalah.

"sorry jalan jem sikit" apabila dia sampai di situ Johan sudah pun ada.

"its's ok...saya pun baru duduk" ujar Johan ramah

Johan tidak kurang juga memiliki tubuh badan yang sasa dan berketerampilan menarik makanya tidak mustahil Sarah pernah jatuh cinta padanya.

Tetapi Zayne pun tak tahu sejauhmana Sarah mencintai lelaki itu.

Mungkin sebab rupa dan penampilan ataupun sebab kekayaan yang dimiliki oleh Johan.

Umur Johan lebih tua daripadanya dan sememangnya miliki wajah yang matang.

"kita pesan makan dulu,"
Zayne hanya menurut kerana dia pun memang kelaparan kerana dari pagi lagi perutnya itu tidak terisi dengan sebarang makanan.

"ada apa apa ker nak jumpa saya?",Zayne mulakan bicara sambil menyuapkan nasi ke mulut.

"tak ada sebabnya juga,cuma nak kenal Encik Zayne dengan lebih rapat,kita kan ahli perniagaan,perlukan kawan yang ramai" ujarnya sambil senyum.

"betul.." Zayne mengangguk setuju.

"dengar kata sekarang ni syarikat awak ada problem?" tambah Johan.

"biasalah mana ada business yang tak ada masalah"

"that's right"

"oh ya Encik Johan ni ada syarikat membekal bahan mentah binaan kan?"

"just call me Abang Jo..simple"

"abang jo..ok...abang jo"

"ya...dah lama dalam negeri dan luar negara,tapi tu lah kan yang di sana tu ada dua tapi salah satunya telah berjaya dilingkupkan oleh Sarah"
Terkejut juga bila Johan sebut begitu,entah nak gelak atau rasa simpati pada lelaki yang berada di depannya.

Zayne terus mendengar dan makanan yang di pesan tadi pun sudah selesai di makan oleh mereka.

"yang satu lagi tu sebab dia tak tahu keberadaan kut ..", sambung Johan dan ketawa kecil.
Hebat lelaki di depan dia ini masih mampu tergelak ,sedangkan aku masa lima tahun yang lalu seolah separuh nyawa aku hilang saat ditinggalkan Sarah dan juga perbuatannya.

Ternyata hidup tidak perlu fikirkan yang dulu belakang tetapi perlu maju ke depan.

"maaf nak tanya,so sekarang ni apa status abang jo dengan Sarah?" Zayne tahu dia harus juga ambil tahu dan jadi penyibuk sekali sekali macam perempuan.

Johan tersenyum.

"dia masih lagi isteri abang Jo,tapi tak lama lagi akan jadi janda" ucapnya tenang.

Zayne mengangguk tenang kerana itu yang sepatutnya.

"so how obout kak Dewi?"

"she's already my wife,kami baru nikah dua hari yang lalu"

'tahniah...tak sangka yang abang Jo bekas suami kak Dewi...sedih sangat keadaan dia masa abang Jo tinggalkan dia...hidup dalam buangan dan masa tu dia hamil", terang Zayne.

Ya dan dialah yang telah menyelamatkan Dewi dalam jerat bapa ayam pada masa itu.

Ditinggalkan suami hanya semata mata untuk perempuan lain.

"ya dia dah ceritakan segalanya pada Abang Jo,dia kata Zayne yang tolong dia nyaris dijual oleh bapa ayam..dan mungkin hari ini abang Jo tak akan dapat jumpa dengan dia dan anak abang Jo"

"tu lah kan hidup ini tak seindah yang kita harapkan dan saya juga tak terlepas daripada itu dan sekarang ni pun sebab perempuan yang sama kembali huru hara hidup saya"

"Datuk Razif dah ceritakan segalanya pada Abang Jo dan dia yang suruh abang Jo tolong Zayne .

Zayne mengerutkan kening sedikit hairan,rupanya ini sebahagian dari perancangan tok Ayah.

Zayne tersenyum sinis.

"Abang Jo akan tolong syarikat Zayne tanda terima kasih atas pertolongan menolong kak Dewi" ujarnya .

"pertolongan?"

"ya...pasal pembekalan bahan binaan itu,abang Jo yang akan bekalkan untuk Syarikat ZR holding"

Ternyata ada orang jahat ,maka orang baik akan menyusul.

Lama mereka berbual sampai tak sedar masa berlalu.

"oklah nanti ada apa apa hal akan saya call abang Jo dan nanti kirim salam dengan kak Dewi" Zayne dan Jo bersalaman dan berlalu pergi.

Terasa dibuang terus masalah dalam fikirannya kini,Allah Maha Mendengar rintihan orang teraniaya.

.....
........

Aku terjaga jam sudah menunjukkan pukul satu setengah petang bermakna sudah sejam lebih aku tertidur.

"ya Allah lamanya "

Aku perlahan bangun dari katil dan ternyata perkara pertama aku lakukan adalah melihat ke arah telefon.

Tak ada langsung panggilan daripada orang yang aku rindui

Dengan malas aku bangun dan berlalu ke bilik mandi membersihkan diri dan solat zohor.

Ketukan dari luar mengejutkan aku yang sedang melipat telekung sembahyang.

Pintu dikuak dan mama masuk ke dalam.

"dah solat?"

"baru jer..sorry ma tadi tertidur" ujarku.

"tak pa lah mama tahu mesti letih kan,jomlah turun makan dulu"

'"mama,abang tak call?"

"tak,tapi pagi tadi mama dah cakap yang kita dah bertolak,kut nanti petang dia sampailah tu"Mama memeluk bahuku dan mengajak aku turun ke bawah.

Selesai makan tengahari aku cuma duduk bersantai di ruang beranda depan .

Telefon di tangan aku tetap .

"dah call?" tegur mama dan melabuhkan punggungnya di sebelahku.

Aku menggelengkan kepala lemah.
"tak...Eryna dah try call tapi tak terangkat pun",

"bateri kut...biasalah tu kerja tak ingat dunia budak tu"

Lama kami berborak di situ sampai waktu asar aku minta diri untuk ke bilik dan aku tetap tidak berputus asa mencuba memanggil Zayne.

Hati sudah terasa lain saat ini,panggilan tidak berjawab dan mesej juga tidak reply.

Selepas solat asar aku baringkan diri di katil.

"assalamualaikum,Lisa", akhirnya aku mendail nombor Lisa dan aku tahu waktu ini pastinya Lisa sudah pun berada di rumah.

"waalaikumussalam ,puan,ya Allah rindunya"

"saya pun rindukan awak dah lama kan kita tak jumpa"

" puan apa khabar ,ada apa yang boleh saya bantu ker?"

"alhamdulillah dah sihat..tu la yang saya call ni..nak tanya pasal Zayne"

"tuan Zayne ,kenapa ya puan,dia tak balik lagi ker?"

"tu lah yang tanya awak ni..saya call tak dapat dapat mesej pun tak reply"

"tapi tadi masa lunch lagi dia keluar katanya nak jumpa kawan dan terus balik...tak tahu pulak dia tak sampai lagi" aku mula cemas bila Lisa katakan yang Zayne dah lama balik.

"ok lah Lisa ,sorry ganggu"

"eh tak apa lah puan..saya ok jer" talian terus dimatikan.

Aku terus mencuba dan ternyata tidak berjawab.
Aku pastinya terasa makin cemas dan risau.

Aku segera menemui mama yang sedang berada di biliknya.

"mama ,boleh Eryna masuk?",

"masuklah" aku menghampiri mama.

"mama,abang ke mana,kenapa call tak dapat..Eryna risaulah" mama menggenggam tanganku.

"dah call Lisa ?"
Aku mengangguk dan mengeluh lesu.

"dah,Lisa kata ,dia keluar tengahari tadi lagi,tapi kenapa masa sekarang tak balik lagi?"

"mana lah budak ni" rungut mama.

Airmataku mula bergenang di tubir mataku.

"ish...no...jangan nangis mungkin ada hal lain kut... dah nak maghrib ni kejap lagi balik lah tu"
Aku bangun dan berlalu ke bilik dan terus ke bilik mandi membersihkan diri dan sekaligus menenangkan diri yang penasaran ini.

Usai mandi dan solat aku terus turun ke bawah,melangkah perlahan dan terhenti bila terdengar suara riuh dari bawah dan entah mengapa dada ku mendegup kencang .

Aku menghembus nafas perlahan dan melangkah turun.
Moga ada yang baik baik sahaja.

Mata ku tertumpu pada sesusuk tubuh yang terbaring di atas sofa sedang kesakitan dan ada Mikael ,juga mama dan papa.

Perlahan aku melangkah menghampiri mereka.

Mama menoleh ke arahku dan bangun mendapatkan aku yang seolah terkejut dan sudah tidak mampu untuk berdiri tegak lagi.

"ab...abang!! aku menjerit memanggil nya,ya Zayne ada di situ dengan wajah merah dan ada luka berdarah di sudut bibir dan matanya serta ada balutan kain putih di kepala dan tangannya.

"sayang...",Zayne memanggilku dengan suara perlahan.
Mama memapahku sampai ke samping Zayne yang kesakitan.

Airmataku saat ini sudah laju gugur membasahi pipi.

"abang..kenapa ni?" soalku dengan suara terketar ketar menahan tangis dan ketakutan melihat keadaan suami sebegitu.

"tadi ada orang jumpa Zayne terlantar di parkir sebuah restoran dan kebetulan orang tu kenal dia dan saya,dia yang call beritahu"

"Zayne kena pukul..tapi tak payah risau saya dah bawa ke klinik tadi,saya nak call aunty Mar tadi tapi Zayne yang tak bagi", terang Mikael.

"abang....dari tadi lagi sayang tunggu abang call,bila sayang call pula tapi tak juga berjawab"

"telefon abang pecah...diorang pijak" dengan nada tergagap gagap menahan sakit.

Aku memandangnya dan terus menangis tidak tahan melihat suami yang dalam keadaan itu.

Marina dan Zikri juga hiba,melihat keadaan anaknya yang lebam begitu.

"siapa agaknya yang buat semua ini..dah buat laporan polis?" soal Zikri pada Mikael.

"dah uncle Zik,diorang akan buat siasatan tapi tak tahulah macam mana" jawab Mikael.

"kau ada musuh ker Zayne,risau lah mama macam ni...tu kesian tengok Eryna,patutlah dari tadi gelisah menangis berkali kali call tak angkat" ujar Marina .

"abang minta maaf sayang buat sayang risau" Zayne mengucup keningku dan menarik ku masuk ke pelukkannya.

"tak palah aunty ,auncle,saya balik dululah..nanti mama pula yang risau",Mikael berpamitan ingin pulang.

"Mike thanks,",

"small matter bro,rehat soal syarikat tu,nanti aku handle dulu,rehat bagi sembuh"

Mikael berlalu pergi.

"Eryna jom bawa Zayne ke dalam"

"ya mama" aku dan mama memapah Zayne sampai ke bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience