bab 70

Romance Completed 61355

Sarah dan Johan telah sah bercerai sudah hampir dua minggu yang lalu...

Flashback on..

Sarah bangun apabila matahari sudah menegak atas kepala.

Dengan keadaannya yang masih terasa pening dia menuju ke bilik mandi .

Selesai mandi di sudahpun bersiap untuk keluar dan menuruni anak tangga menuju ke dapur.

Mencari seseorang,selalunya Mariam mesti mengejutkannya dari tidur tetapi dia hairan kali ini tiada kedengaran suara bebelan dari Mariam.

Dia melangkah maju mencari kelibat mamanya.

" bik..mama mana?" dia bertanya pada bibik yang sedang menyiapkan makan tengahari.

" oh..puan Mariam dari awal tadi lagi keluar sama driver" jawab bibik .

Sarah mengerutkan kening hairan .

" ada dia cakap ke mana?" soalnya lagi.

", tak Cik Sarah,cuma dia cakap tidak pulang aja"

Tak selalu pun Mariam tidak pulang,tetapi pasti akan memberitahu dulu ke mana .
" emmm...ni mana makanan saya lapar"

Segera makanan dihidangkan ,selesai makan terus dia bergegas mengambil beg tangan dan berlalu keluar

Dia tidak tahu ke mana ingin dituju,kalau ke pejabat memang dah tak boleh kerana terang terang sekarang dia telah di gugurkan dari menjadi pemilik syarikat dan syarikat papanya lah satu satu yang dia ada kini.

Dia masuk ke dalam perut kereta dan terpandang satu sampul surat yang diberikan oleh Mariam malam tadi.

Perlahan dia membuka.

Ternyata bukan khabar gembira yang dia dapat tetapi surat cerai dari suaminya Johan.

Sedikitpun tiada kekesalan di hatinya malah dia mengukir senyum sumbing.

" akhirnya kau ceraikan aku Johan"
keretanya terus meluncur laju dia tahu ke mana tujuannya.

Dia akhirnya mendail nombor telefon seseorang.

"ok...kita jumpa di sana",panggilan di matikan dan Sarah menuju di tempat yang dijanjikan.

"hai" sapa Kamarul.

"hai,sorry lambat sikit"ujarnya melabuhkan duduk di kerusi.

"makan or drink something" pelawa Kamarul.

"just drink..aku dah makan tadi"

Kamarul memesan dua gelas jus oren.

"jadi apa,cerita?" tanya Kamarul sambil menyedut minuman tadi.

"aku nak kau tolong aku"

"boleh,tengok pada upahnya" Kamarul melirik senyum nakal.

Sarah tidak menyangka lelaki yang ditinggalkan oleh dia lapan tahun yang lalu boleh berkelakuan begini,Kamarul yang dulu agak pendiam tetapi berbeza kini.

"kau buat kerja dulu,baru ada upah" jawab Sarah.

"no...aku selalunya dapat upah dulu baru buat kerja,tak nak Kena tipu,lebih lebih lagi perempuan macam kau" ujar Kamarul dan menyebabkan Sarah merasa marah.

Tapi demi pertolongan Kamarul ,Sarah terpaksa bersetuju.

"tak kira dalam bentuk mana pun upahnya aku terima mengikut kesesuaian kerja" kali ini Kamarul mengenggam tangan Sarah dan menciumnya.

Sarah hanya merelakan kerana dia tahu ala maksud lelaki itu.

Sarah menarik senyum sumbing.

"lelaki sama jer...ok..aku akan berikan upahnya sesuai dengan benda yang aku suruh,tetapi apa yang berlaku aku tak nak kau libatkan aku"

Kamarul menatap Sarah,dia tahu kelicikan perempuan yang berada di depannya.

"aku akan ikut rentak permainan kau Sarah" gumamnya dalam hati.

"tak jadi hal,aku profesional",

Perjanjian sudah dibuat antara Sarah dan Kamarul.

Sarah bangun dan berlalu pergi meninggalkan Kamarul yang melirik senyum .

.....
..

" kita dah sampai puan" ujar pemandu yang membawa Mariam di sebuah daerah .

Sebuah kereta mewah hitam berhenti di perkarangan rumah yang agak besar dan mewah.

"kau turun dan tekan loceng",arah Mariam dan pemandunya segera turun menekan loceng rumah itu.

Beberapa kali loceng ditekan dan keluar seorang perempuan muda kiranya seperti pembantu rumah datang ke pagar.

"ni rumah Puan Raziah ker?" tanya pemandu itu.

"iya..ini rumah Puan Raziah,mau apa ya"

"katakan pada dia ada orang mau jumpa,kawan Tuan Rahman"

Pembantu rumah itu berlalu dan memaklumkan pada majikannya dan sejurus dengan itu pintu pagar dibuka luas ,kereta mereka terus masuk ke dalam.

Raziah segera keluar bila diberitahu bahawa ada kawan suaminya ingin berjumpa.

Mariam keluar dari kereta dengan wajah yang ketat.

'"kak Mariam?",soalnya terkejut melihat madunya datang ke rumah.

"kau kenal aku rupanya..." Mariah menghampiri Raziah yang sedang berdiri kaku.

'"jadi inilah tempat outstation suami aku,tiap tiap minggu " dia tersenyum sinis.

"kak....masuk dulu kak",

"tak perlu nak tunjuk baik lah pompuan..aku bukan kakak kau,aku tak hadap lah pompuan murahan macam kau,perampas suami orang"

"saya bukan perampas kak,saya cuma berkongsi kasih dengan abang"

Mariam ketawa keras ,bila timbul isu perampas mesti kata nak tumpang kasih sayang,tetapi kenapa tak ambil jer lelaki yang masih bujang kat luar sana,ramai lagi.

"kelakar kan,kongsi kasih...mana lelaki tu,yang kiranya baik hati sudi kongsi kasih ngan kau?"

"kak dia suami kita kak!! tengking Raziah agak marah bila madunya itu sebut lelaki itu.

'sopan ya,baik...tapi kalau orang yang baik aku rasa tak sesekali pun dia merampas hak orang" lirih Mariam dan terus serbu masuk ke dalam.

"Rahman!! Rahman!! jerit Mariam memanggil suaminya yang dia tahu lelaki itu ada di dalam.

Rahman yang sedang tidur terbangun apabila mendengar suara riuh memanggil namanya dan dia kenal suara itu.

"Mariam?" dia di sini?, ujarnya segera bangun mengenakan baju.

Dia menuruni anak tangga dan betul tekaanya Mariam datang ke sini.

"hahah...di sini rupanya destinasi outstation awak ya suamiku tersayang" mata Mariam memandang tepat pada anak mata Rahman

"Yam,abang boleh terangkan" ujar Rahman sedikit gugup.

"tak perlu suamiku yang terhormat,tak perlu,saya tak nak dengar...tapi cuma satu jer saya nak cakap... pilih salah satu antara saya dan perempuan perampas ni"

"Mariam,jaga mulut kamu!! jerit Rahman marah bila Mariam menyebut bini kedua itu perempuan perampas.

'so...awak nak saya panggil apa,madu..huhu....tak..tak...saya tak akan bermadu...saya bukan perempuan pemurah yang sanggup berkongsi dengan orang...kalau kereta pun saya tak beri sesiapa guna sesuka hati,ini kan pula suami.." ujarnya berani tanpa takut sedikitnya.

Dia tahu kekuatannya sebagai wanita selagi mampu pertahankan hak dia dia akan pertahankan tetapi andai nanti keputusannya harus berpisah dia tidak kisah kerana selama ini pun suaminya itu hidup atas ehsan dia.

"kak kita boleh bincang elok elok" sungguh perempuan perampas di depan dia sekarang ni suka bermulut manis

Mariam menoleh dan tersenyum sinis dan tergelak,kelakar sepasang merpati dua sejoli di depannya ini.

"aku datang bukan nak bincang tetapi nak tuntut hak aku..."

"hak apa yang kau nak Mariam?!" tengking Rahman.

"awak jangan lupa wahai suamiku,semua kekayaan yang anda rasa dan raih sekarang ni..bukan datang sendiri melainkan ehsan dari Datuk Razif" Mariam tersenyum dan memandang ke atah Raziah yang sudah tertunduk menekur lantai.

Rahman terkesiap mendengar perkataan yang terluah dari mulut Mariam itu kerana selama ini Mariam adalah isteri yang penurut dan tak pernah membantah .

Betullah kata orang perempuan bila selalu disakiti jiwanya akan jadi kental dan kuat dengan sendirinya.

"kalau awak tak boleh tinggalkan dia,maka ceraikan saya dan seluruh harta akan jadi milik saya kembali " sambung Mariam lagi ,dan kali ini Rahman lagi terkejut.

Mana mungkin dia akan melepaskan Raziah kerana dia terlalu cintakan isteri mudanya itu.

Malah mereka sudah lama kenal dan bercinta sebelum dia mengenal Mariam lagi.

Mereka berpisah kerana pada masa itu Raziah dikahwinkan dengan orang lain dan mereka berjumpa kembali selepas sekian lama dan Raziah menjadi janda selepas kematian suami lima tahun yang lalu.

Ternyata jodoh mereka kuat dan kembali bersemi cinta mereka .
Dalam status yang berbeza.

Perkahwinan Rahman dan Mariam cukup bahagia tetapi Rahman ada agendanya sendiri iaitu nembolot harta orang tua Mariam.

" awak...nama Raziah kan...buat pengetahuan awak my sweet honey...Rahman ni dia zero....dan sekarang ni dia nak jadi hero...." perli Mariam geram.

"Mariam,jaga mulut kau!! tengking Rahman rasa maruahnya diperlekehkan depan Raziah

"keputusan di tangan awak Rahman...saya tak kisah jadi janda di usia sekarang pun,sebab saya rasa sebuah perhubungan itu perlukan kejujuran dan awak tak jujur dengan saya,lama kita kahwin kan sampai anak kita pun dah besar panjang dan sekarang ni pun kalau awak nak tahu anak kita pun akan bergelar janda tak lama lagi" terang Mariam dan membuatkan Rahman sedikit terkejut.

"semua tu salah siapa? awak ,salah awak yang banyak mengajar dia menjadi tamak dan hilang pertimbangan" sambung Mariam lagi dan kali airmatanya mula bertakung di kelopak matanya.

"awak jangan salahkan saya seorang Mariam ,awak juga salah ,awak gagal menjadi ibu yang baik untuk dia" sekarang ni mereka membuka sesi salah menyalah antara satu sama lain.

"ya saya juga salah sebab jadi ibu yang gagal dan awak yang lebih gagal Rahman sebab menjadi bapa yang selalu menuntut lebih dari kemampuan anak awak,Sarah jadi mangsa kerakusan awak,kalau dulu awak tak jebakkan dia dengan perkahwinan dengan Johan dan sanggup runtuhkan perkahwinan orang tak mungkin Sarah jadi macam sekarang", tembelang Rahman dibuka depan isteri mudanya

Raziah memandang ke arah Rahman yang mengepal tangannya marah.

"saya tak kisah kalau awak nak ceraikan saya sekarang ni dan saya doakan kebahagiaan awak berdua,sungguh saya tak sanggup berkongsi kasih,cukuplah pembohongan yang awak dah buat,tiba masanya kita ikut haluan masing masing,tapi ingat perbuatan awak akan memakan diri sendiri" ujar Mariam dengan nada mendatar dan sedikit tenang.

Dia tahu mengalah bukan bererti kalah tetapi akan menjadikan dirinya kuat,selepas ini dia perlu meminta maaf atas semua kesalahan dan dosa yang dia lakukan pada keluarga Datuk Razif,dia tahu kerana ehsan Datuk Raziff lah hidup dia dilimpahi kemewahan dan dia juga tahu yang suaminya Rahman menikah dengannya adalah kerana harta.

Mariah melangkah keluar dan airmatanya disapu .

Rahman hanya terdiam kaku tanpa reaksi,entah menyesal atau apa yang dia rasa kini.

Kemusnahan menghampirinya kini.

"abang...abang nak biarkan dia macam tu ker?", tanya Raziah melihat Mariam melangkah pergi tanpa menoleh lagi.

"habis tu abang nak buat apa?nak kejar dia?"
soal Rahman bingung,dia tahu usahanya akan sia sia jika dia ceraikan Mariam kerana sebahagian harta adalah milik Mariam.

"pujuk dialah,tak kan nak biarkan macam tu,kesian saya tengok dia,saya perempuan bang,saya tahu perasaan perempuan"

Kononnya tahu dan faham tetapi kenapa suami orang juga yang ditempelnya.

Hahah..lawak kan..dasar pelakor..huhu sorry kasar sikit,author kalau bab perampas memang sakit hati

Mariam terus pergi meninggalkan rumah Raziah walaupun dengan deraian airmata tetapi dia puas andai ini takdir yang terpaksa dia terima di usianya,impian untuk hidup bahagia di usia tua rupanya omongan dan impian yang telah ternoktah buatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience