Aku bangun seawal pagi untuk siapkan sarapan untuk Zayne,sudah seminggu berlalu aku tinggalkan bibik di kampung.
Zayne tak habis membebel marahkan aku kerana terusan membuatkan bibik di sana.
"sayang...rehatlah kejap" pinggangku dirangkul dari belakang.
" kejaplah nak goreng sayur ni,abang duduk sana dulu"
"nanti petang nanti abang hantar driver pergi jemput bibik dan Mak datang sini,dah lama kut bibik kat sana,sayang pulak yang buat kerja"
" betul? abang nak jemput mak sekali?" soalku teruja.
"ya sayang..." hidungku dicuitnya.
"sayang.esok malam kita ada majlis ulangtahun syarikat,"
"iya..bestnya...sayang boleh ikut?"
Tiga jenis lauk sudah terhidang di meja.
", jom makan"
Aku sendukkan nasi ke pinggan.
"mestilah... CEO mesti bawa bidadari nya yang cantik ni"
"tapi..kita keluar beli baju dululah kan,baju yang ada tu semua dah tak muat,tengoklah perut sayang dah maju ke depan" aku muncungkan mulut.
" abang suka nampak seksi,buat abang geram nak terkam jer"
"ish abang ni ke situ pulak,dah lah makan..sedap tak?"
" sedap...semua yang sayang masak sedap" sambil mengangkat keningnya.
" abang tak jawab lagi.."
"apa? oo...beli baju..ok kejap lagi kita ke butik..."
"butik kak shima..dah lama tak ke sana..last abang belikan sayang baju sebelum kita nikah kan...masa tu ada orang tu suka sangat buli orang"
" emmm..sayang pun apa kurangnya..suka sakat abang masa tu"
Kami ketawa bersama mengimbau kembali kenangan yang pernah tercipta.
Selesai makan kami terus bersiap menuju ke butik kak Shima.
"wah dah lama tak jumpa korang..ni dah berapa bulan ya puan Eryna" soal Shima ramah menyambut kedatangan kami.
"dah masuk lima bulan kak..alhamdulillah..emm..kak Shima jugak lah yang duk menunggu...dua tahun dah"ada sedikit kesayuan di hati.
"insyaallah kak ada lah rezeki nantikan..mungkin Allah nak kak Shima dan husband untuk berhoneymoon lagi.." ujarku tenangkan hati lara Shima.
" betul tu,nasib abang Hamdan tu tak kisah..dia yang banyak tenangkan akak"
"eh..jom lah tadi Tuan Zayne kata Puan Eryna nak cari baju untuk majlis akhir tahun syarikatnya kan..jom kita pilih yang sesuai untuk ibu mengandung"
Aku terus membuntuti langkah Shima masuk ke ruangan pakaian yang terdapat ruangan untuk ibu hamil.
Zayne yang tadi datang menghantarku terus minta keluar sebentar katanya ada hal untuk selesaikan.
Sudah biasa aku dibiarkan bila sampai di sini.
Beberapa pasang baju telah diputuskan sesuai denganku dan dipadankan dengan pakaian Zayne.
Dari baju sampai ke aksesori yang lain.
"hmm..mesti cantik kalau puan pakai..berseri seri" ujar salah seorang pekerja kak Shima.
Aku hanya tersenyum.
"mestilah cantik kan ni my wife"
Zayne sudah terpacak di belakang kami.
Pekerja itu terus menunduk dan tergelak kecil dan berlaku pergi bila Zayne mula memelukku dari belakang.
"abang..ni kan tempat orang" muka ku mula merona merah.
"isteri abang..biarlah..dah siap pilih baju.?" soalnya.
"dah..jom" kami terus ke kaunter membayar.
Selepas pusing sampai kepenatan kaki ku ini barulah si suami ajak balik.
Dia kalau shopping mengalahkan perempuan.
Aku yang ajak dia tapi dia yang terlebih excited daripada aku,teringat enam bulan yang lalu saat membuli aku,sampai lenguh kaki mengejarnya ke sana ke mari.
"kenapa ni?" soalnya bila tengok muka monyok ku selepas masuk dalam kereta.
" Sayang...sayang ok ker ni?" sekilas daguku di cuitnya sambil memulas stering kereta.
"hah.."aku hanya mengangguk.
Entah apa yang aku rasa saat ini sebenarnya .
Tiba tiba datang perasaan tidak enak dibenak fikiranku.
Tadi sebelum keluar aku happy gila,tapi kenapa perasaan aku jadi lain.
"sayang...sayang" tiba tiba kereta Zayne berhenti di tepi.
"kenapa abang berhenti?" soalku hairan.
" wahai bidadari ku yang aku cintai,kenapa ni,ada apa apa masalah ker? dari tadi abang tanya tak jawab,sayang ok ker?"
Airmataku tiba tiba bertakung di tubir mata,perut ku usap.
"abang" tanpa menjawab pertanyaan nya aku memeluknya.
Aku tahu mesti saat ini orang yang lalu lalang akan perhati kami berpelukan.
"hei..why...tell me why my sweetie" pelukan dilepaskan perlahan.
Aku menunduk membiarkan airmata terus mengalir.
Daguku didonggakan.
"abang...sayang rasa tak sedap hati,rasa sayu sangat,tak tahu macam mana sayang nak ungkapkan"
Zayne mengerut kening hairan.
"apa ni..abang tak faham ...cuba terangkan apa yang sayang rasa,sampai nangis macam ni"
Airmataku diseka nya.
Aku hanya menggelengkan kepala,tak tahu apa yang harus aku katakan.
Aku dapat mendengar keluhan kecilnya seolah hampa.
" ok lah kalau sayang berat untuk cakap,kita balik dulu,rehat..mungkin sayang penat...rasanya mak pun dah sampai dari kampung tu..." aku hanya mengangguk.
Sempat dia mencium pipiku.
Kami hanya diam sepanjang sampai di rumah.
Ternyata mak dan bibik sudah ada di dalam saat kami melangkah masuk.
"dah lama sampai ?",Zayne menghulurkan tangan dan aku juga.
"kenapa ni?" soal Mak bila melihat aku murung.
Mak memandang ke arah Zayne,Zayne hanya mengangkat bahu tandanya tidak tahu
'Mak,Eryna naik dulu..penat"sekwoas bersalaman aku mohon untuk ke bilik.
"iyalah" aku terus berlalu pergi dan Zayne membuntuti sampai ke bilik.
"Sayang..",segera Zayne manarik tanganku ke pelukannya.
Sedikit rasa ketenangan bila dapat pelukan hangat dari sang suami.
Perlahan pelukan dilepaskan.
Bibirnya mula menempel di bibirku,kami hanyut seketika.
"dah ok?" soalnya sambil mengelus lembut bibirku yang basah.
Aku tersenyum malu,pasti tika ini muka ku sudah membahang.
Dadanya aku pukul dan kembali dalam pelukan,terasa sedikit pergerakan di dalam.
Kami ketawa bila terasa ada ransangan dari si anak.
"baby daddy ni tahu jer kan .." sambil mencium perutku.
"dah jom mandi,nanti turun bawah,tak nak emosi macam ni lagi tau,kalau ada apa apa kongsi,jangan pendam,tak elok"
"kesian Mak tadi,dah la datang dari kampung sayang pulak tak layan"
"emmm...sorry..sayang cuma rasa semacam jer"
"dah jom " tanganku diraih dan tuala diambil menuju ke bilik mandi.
Usai mandi kami turun ke bawah berborak seketika dengan Mak sambil menikmati minuman .
Sejam berlalu kami akhirnya mohon untuk ke bilik untuk tidur kerana aku sendiri pun terasa keletihannya.
"kenapa dengan anak Mak tu?" sempat Puan Nora bertanya pada Zayne kerana nampak air muka anaknya tidak ceria.
"entahlah Mak daripada tadi lagi moodnya tak elok..letih kut"
"emmm....orang mengandung biasalah...harap bersabarlah ya...pergilah naik atas tengok dia...urut kaki dia ..mungkin penat tu" pesan Puan Nora.
Zayne mengangguk dan berlalu pergi.
Share this novel