bab 25

Romance Completed 61355

"hai cik Shera,tak keluar makan ker?"soal Lisa bila melalui meja Shahira yang seolah tekun melukis sesuatu.

"Jom lah keluar makan" ajak Alia pula.

"tak pa kak kejap lagi saya pergi,sikit lagi ni nak siap kan",ujar Shahira memberi alasan.

"ok lah kitaorang pergi dulu" Alia dan Lisa,berlalu pergi.

Segera Shahiera menuju ke bilik Zayne,untung bilik tidak berkunci.

Waktu makan tengahari memang pejabat akan menjadi kosong.

Senang dia melakukan kerja yang disuruh oleh Sarah untuk mendapatkan maklumat tentang projek Putrajaya itu.

"mana nak cari ni", satu persatu fail di cari.

Namun hasilnya mengecewakan.

Dia cuba membuka komputer tetapi takut tidak sempat.

Lama dia mencari tetapi gagal,niatnya terpaksa dibatalkan dulu bila terdengar suara orang mula masuk balik ke pejabat

Segera dia keluar agar tidak disedari oleh rakan kerja yang lain.

.....
..

"ok sayang balik dulu,abang ada sikit lagi kerja kat office" kereta diberhentikan di perkarangan rumahnya.
Segera dia keluar membuka pintu.

"hmmm....balik nanti jangan lupa beli cendol..nak dua..kalau ada durian bubuh durian..." pesanku dan melebarkan senyum.

"pulak...tadi kata tak mahu,ni siap order dua lagi"

"beli jer lah...kalau tak ada,abang cari sampai dapat kalau tak malam ni tiada layanan special"

" hmm...ok madam...menurut perintah" Zayne memberi tabik.

"ok..bye"

"bye ,hati hati..ingat cendol tu" aku ketawa senang hati tengok muka dia yang mula gelabah.

Baru dia tahu macam mana nak layan perempuan mengidam.

Aku terus masuk ke rumah.

"Puan..awal balik?" bila saja kaki melangkah bibik menegurku.

"rasa tak sedap badan bik"

"maaf Puan tengahari ni saya nggak masak kok,sebab selalunya Puan dan Tuan nggak pulang makan bareng "

"nggak usah repot ya bik,saya sama Tuan tadi udah makan,sekarang ni buatkan saja saya orrange jus,haus"

"iyya Puan,permisi ya"

Sampaikan aku pun pandai bercakap dalam bahasa indonesia.

Ni sebab kes suka sangat tengok sinetron.

Aku terus duduk di sofa menunggu air yang bibik buat.

"Puan..ini jus nya,kalu rasa ngidam apa apa khabarkan aja sama saya,insyaallah saya buat in"

"bik...saya teringin makan bakso,apa bibik bisa buat?"soal ku.

"ooh...itu gampang aja Puan,tapi besok bisa nggak,sebab bahannya nggak ada,perlu ke pasar duluan"

"ok lah...esok pun tak apa..boleh makan sama Tuan..esok cuti"

"oh ya nanti malam mau makan apa ya?"soal bibik lagi.

"malam ni..emm...nanti saya tanya Tuan dulu lah"

"ok Puan,permisi dulu ya"
Aku mengangguk dan bibik berlalu pergi menghabiskan kerjanya

Aku segera habiskan air tadi dan bangun menuju ke bilik.

Tudung dibuka dan merebahkan badan sekejap di tilam sebelum mandi dan solat.

Terus aku terlena.

.....
......

Zayne kembali ke pejabat nya selepas menghantar Eryna ke rumah

"Tuan Zayne,tadi berdua,mana Puan Eryna"soal Lisa bila Zayne melangkah sampai ke pintu biliknya.

"balik..." ujarnya pendek.

Lisa hanya mengangguk.

"oh ya,nanti tolong panggilkan budak baru tu ya,sapa namanya?"

"budak baru yang mana Tuan?"

"yang langgar Puan tempoh hari tu"

"oooo...Shera...ok..ok.."

"suruh dia bawa pelan rumah dekat Damansara yang saya suruh tu dan satu lagi awak tolong call Sepupu saya juga nanti datang jumpa saya esok sebab hari ni tak sempat"

"esok cuti Tuan"Ujar Lisa sambil tertawa kecil.

"oh ya lupa,tak palah...kata kat dia nanti saya inform balik"

"macam mana boleh lupa,patutlah Eryna ajak balik",bisik nya sendiri.

Terlalu banyak kerja sampai cuti pun terlupa.

"ok Tuan menurut perintah"

Ketukan dari luar.

"masuk"

"duduk"Zayne masih lagi sibuk menunduk meneliti fail di depannya.

"awak bawa pelan tu"tanpa mendonggak.

"ya Tuan,ini dia" satu kertas lukisan dihulurkan kepadanya.

"ok...saya akan tengok..letak atas meja..awak boleh keluar dan ingat kalau ada yang tak puas hati saya nak awak perbetulkan balik" ujarnya tegas.

"ya Tuan saya faham"

Sempat Shera memandang satu fail yang rasanya Sarah mahukan.

"ada,apa apa lagi ker?"soal Zayne bila lihat Shera masih lagi tidak pergi.

"tak ..tak ada Tuan..saya keluar dulu" segera dia melangkah keluar tergesa gesa.

Dia mengurut dada lega.

"patutlah cik Sarah cakap Tuan Zayne ni tegas...matanya pun boleh buat aku mati terkangkang kat situ,tapi nasib baik handsome" bebelnya sendiri.

"hai Shera,baru keluar bilik Tuan Zayne dah jadi gila ker?"tegur Lisa bila lihat Shera macam terkejut.

"hihi...Lisa...saya pergi dulu"

Lisa merasa sedikit curiga bila lihat telatah pekerja baru itu.

"macam ada yang tak kena jer" gumamnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience