bab 35

Romance Completed 61355

Sebulan selepas pulang hospital aku dan Zayne macam biasa ke tempat kerja,cuma tugasku sekarang banyak berada di pejabat berbanding di luar.

Zayne sekarang ini sibuk menguruskan projek besar itu bersama Mikael,tugas di pejabat di serahkan pada aku dan staff yang lain.

Redha jer lah...dia tidak mahu aku terlalu letih dan alami banyak tekanan kerana kandungan aku yang semakin membesar.

Pergerakan pun semakin terbatas.
Kerana kedegilan aku tidak mahu terus merasa bosan duduk di rumah aku rela keletihan melakukan tugas pejabat sebelum sauh di labuhkan.

"sayang...kalau tak larat ambil cuti ok" itulah pesanan yang dia selalu berikan.

"kalau sayang cuti pun abang bukannya ada masa dengan sayang...sibuk jer memanjang",aku muncungkan mulut.

"ya abang tahu....abang sibuk sangat sampai tak ada masa dengan sayang sekarang ni...tapi abang selalu risaukan sayang tau" sambil tangannya menggosok perutku.

"esok cuti kan..apa kata kita keluar...dah lama kan kita tak keluar makan" ujarku kembali teruja.

Aku lihat Zayne terdiam dan tertunduk.

Aku faham dengan maksud itu.

"tak palah..kalau abang tak nak..Sayang pergi sorang pun tak apa,lupa esok abang ada nak jumpa client" aku terus menarik selimut dan menutup semua tubuhku,dari kaki sampai kepala.

"sayang...abang minta maaf ok...tapi abang janji lepas jer jumpa client tu,terus kita keluar", sesi pujuk memujuk pun berlaku.

Aku masih lagi terdiam,tak ada mood nak melayan.
Aku tahu kesibukan kerjanya membataskan segalanya.
Aku kena akur dengan semua ini.

"sayang...bukalah..." dia menarik selimut tetapi aku menarik lagi.

"tak nak cakap dengan abang...sayang nak tidur...esok hantar sayang ke rumah Mak", bentakku.

"hah....sayang...tak kan lah sampai nak balik kampung...aduh parah macam ni" Zayne terkedu,ragam ibu mengandung ni lebih dari ragam anak kecil rupanya.

"kalau abang tak nak hantar sayang balik dengan teksi,muktamad...sayang nak duduk lama kat sana"

"sayang...." dia merapatkan badannya padaku,menyelak perlahan selimut dan masuk dalam selimut.

"abang...!! aku terjerit terkejut bila terasa belakangku dipeluk.

Dia tahu kelemahan aku yang terbesar adalah pelukan maut dan ciumannya.

"tepilah...sayang nak tidur",

"berdosa tau membelakangi suami,I miss you my sweetie" kali ini bibirnya mula meneroka leherku.

Nak lemahkan aku lah tu.

"abang...sayang tengah merajuk ni..."

"merajuk lah sangat..." badan aku dipusingkan sampai terlentang dan selimut ditarik ke bawah.

"abang...sejuk"

"biar abang panaskan ,boleh?" dia mula buat renungan menggodanya.

"tak cair lah.." aku palingkan muka ke sisi,tetapi dalam hati hanya Allah tahu bahawa aku juga inginkan dan rinduinya.

Malu tapi mahu..hahah...

Mana rajuk mu Nureryna....nak merajuk lah konon,kena sentuh sikit lembik.

Zayne memang pandai dalam memujuk dan aku selalu kalah,lemahkan aku,bukan lemah tetapi kerana aku terlalu mencintainya.
Jiwa dan ragaku miliknya,mana mungkin aku menolak mainan takdir ini.

Kami tersenyum lebar selepas semuanya selesai.

"abang ni kan,pandai eh ,selalu jer buat sayang macam ni", kain selimut kembali aku tarik ke atas menutupi badanku yang tanpa seurat benang.

'sayang tu yang buat abang tergoda,dengan perut buncit macam ni pun sexy tau" sambil menggosok perutku.

" daddy minta maaf ok....kacau mommy"

Aku hanya tergelak dan menampar kecil tangannya bila tangannya mula nakal menjalar ke arah lain.

Dia turut ketawa dan bangun mengambil tuala.
Macam biasa tangannya dihulurkan padaku.

"abang mandilah dulu,sayang nak rehat kejap,betulkan urat"

" ok..abang mandi dulu " terus dia berlalu ke bilik mandi.

Lebih kurang lima belas minit Zayne keluar dari bilik mandi dan di dapati Eryna sudahpun tertidur pulas.

Dia tersenyum sendiri.

"kesiannya..mesti penat" perlahan dia mengusap rambut Eryna .

"I love you sayang", satu kucupan hangat diberikan.

Selesai mengenakan seluar pendeknya dia sendiri merebahkan badan disebelah Eryna dan mengambil kepala isteri diletakkan di atas dadanya,kerana dia tahu yang Eryna lebih selesa begitu.

"abang" terus Eryna memeluk badannya.Dia tersenyum tahu kemahuan isteri.

Akhirnya dia sendiri tertidur dalam pelukan hangat masing masing.

........
.......

Macam biasa seawal subuh aku terjaga bila jam di telefon berbunyi.

Tapi ternyata Zayne terlebih dahulu berada di dalam bilik mandi kerana Aku terdengar curahan air di dalam.

"awalnya" aku menggosok perlahan mataku yang masih berbalam itu.

"dah bangun?" soalnya bila melihat aku duduk dibirai katil dengan tuala.

"awalnya abang" sambil mengeringkan rambutnya.

" terjaga sebelum jam bunyi,abang nak keluar jogging kejap,dah lama tak warming up..."

Aku hanya mengangguk dan berlalu ke bilik mandi.

"sayang ,cepat sikit kita jemaah sama sama", laungnya dari luar dan aku membalas ok.

Usai mandi ,kami solat dan Zayne terus keluar berjogging.

"bik masak apa ya hari ini?" soalku pada bibik yang sedang memotong bawang.

"soalnya,Puan pingin makan apa?"

"apa apa jer,janji sedap"

"emm...ok...tadi Tuan request mau makan western untuk sarapan...boleh?"

"boleh aja bik...janji masuk perut tidak keluar balik" tapi sejak akhir ini alhamdulillah perutku sudah mampu menerima makanan yang aku makan,walaupun sedikit,alahan sudah berkurangan.

"ok..Puan pergilah istirehat duluan ,nanti siap saya panggilkan"

"baik bik,saya tunggu Tuan pulang,saya naik atas dulu ya"
Terus aku berlalu naik ke bilik,terasa mengantuk kembali,apa lagi,ibarat mengantuk disorongkan bantal lah,rebahkan badan terus hilang dalam dunia mimpi.

"bik Puan mana?"soal Zayne yang baru pulang dari berjogging.

"atas...dia bilang tadi mau istirehat bentar,tunggu Tuan baru mau makan katanya" ujar bibik.

"ok..saya naik,kejap lagi siapkan makan ya" terus dia berlalu ke atas dan di dapati Eryna tertidur kembali.

Tanpa mengejutkan isterinya dia berlalu ke bilik mandi.

Usai mandi terus dia mengenakan kemeja t-shirt dan seluar jeans dan kenakan sedikit haruman maskulinnya ke badan.

"abang..", terdengar suara si isteri memanggil ,dia tahu mesti harumannya itu yang membuatkan Eryna terjaga.

" dah bangun..jom makan,abang dah lewat ni nak jumpa orang,siap cepat ,cepatlah abang balik" sambil tangannya dihulurkan padaku.

"kejap..sayang nak ke toilet", perlahan aku bangun menuju ke bilik mandi.

"dah..jom...abang..wanginya..client abang tu laki ker pompuan?" soal ku dengan nada cemburu.

"laa...bila masa pula abang ada client pompuan,lagi pun kan abang selalu jer wangi macam ni..kalau tak sayang abang ni tak lah melekat macam ni",, hidungku di picit nya.

"ya ker...tu...Puan Suzy dan Puan Sariah tu..bukan pompuan...bukan main gedik lagi sayang tengok bila jumpa abang haritu,siap kenyit mata lagi",aku muncungkan mulut,mula ada rasa tak senang hati aku.

"sayang...datanglah sejuta pompuan pun lalu lalang,sexy,cantik..tapi tak sama dengan yang seketul abang ni tau,abang tak pandanglah diorang tu.." kedua bahu ku dipegang dan dia menatap lama wajahku yang cemburut.

"lelaki boleh percaya ker? tambah handsome,kaya pulak tu,petik jari sepuluh yang datang"

"sayang ni..nak ker abang macam tu..ni pasal apa cemburu ni..selalu ok jer abang keluar..ok..kalau sayang tak nak abang keluar abang cancel jer"

"tak payahlah...saja,jer...dah jom lah..sayang lapar ni"segera aku memaut lengannya turun ke bawah.

Zayne hanya menggelengkan kepala,tak pernah pula isterinya itu bersikap macam gini,tapi lain pula hari ini.

"sayang dapat mimpi ngeri ker tadi?"soalnya di meja,makan.

"ya...mimpi abang ada scandal dengan ex abang",padat keterangan aku.

Zayne tertelan liur bila terdengar ucapan Eryna tadi.

"sayang...kenapa cakap macam tu?"

"dah abang tanya,sayang jawab...betul lah tekaan abang tu..." jawab ku acuh sambil menyuapkan spageti ke mulut.

Zayne berhenti makan dan bangun menghampiri ku.

"sayang..jangan fikir macam tu ok...tak elok untuk emosi sayang dan baby ...I love you sayang...damn much...sayang tiada gantinya...dia masa,lalu abang dan tak mungkin abang akan kembali pada dia"sekilas dia mengucupku.

Aku hanya mengangguk.

Selesai makan aku menghantarnya ke kereta.

"duduk elok elok ya..kalau segalanya ok...insyaallah nanti kita keluar,sayang tunggu abang call" dia mengucup bibirku,kami sudah biasa dengan keadaan itu,biar pun dia depan bibik atau di mana sahaja ruang rumah kami.

"drive carefull abang...bye" aku melambai kan tangan sampai keretanya hilang di pandangan.

Hati ku tetap tidak tenang dengan perkara tadi.

Sungguh aku bermimpi,tetapi aku tidak tahu apa alamatnya,harap mimpi dan apa yang aku rasa ini adalah satu perasaan sahaja.

"Ya Allah kau lindungilah suamiku,jagalah hatinya dan perasaan nya agar tidak berbolak balik"

" bik...saya nak naik atas rehat ya" selepas memberitahu pada bibik terus aku naik ke atas membaringkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience