bab 53

Romance Completed 61355

Sambil menunggu kehadiran client nya tadi sempat dia menghubungi Eryna.

Terubat sedikit kerinduannya pada si buah hati pengarang jantung.

Dia tersenyum sendiri bila dengar suara manja Eryna ,namun tangisan itu yang membuat hatinya sayu.

Rasa tidak sabar ingin berkunjung ke kampung melepaskan kerinduan yang mencegkam jiwanya.

Sedang asyik dia melayan emosi kerinduannya terasa belakang nya disentuh dan dia menoleh.

"hai my ex boyfriend" tersengih Sarah menyapanya ,tanpa basa basi dia menarik kerusi dan duduk berhadapan Zayne.

Zayne menarik muka dan menggenggam tangan ,mengetap gigi menahan marah.

Zayne menoleh kiri kanan memanjangkan leher menjenguk mungkin ini satu lagi perangkap dari Sarah.

"you cari siapa,I sorang lah" ujar Sarah lirih cuak bila melihat Zayne mencari sesuatu.

Kemarahan tempoh hari pada Sarah masih lagi belum selesai kini boleh pula menayang muka tanpa rasa bersalah.

Sungguh menyebalkan.

"asal kau kat sini pompuan?" tanya Zayne mengetap bibir menekan suara agar tidak kedengaran sekeliling.

"woo...kasar tu ...",Sarah tergelak sinis.

"kau blah dari sini boleh? aku datang sini kerja,yang kau ada sini kenapa,macam langau ke mana saja kau ada hah?" Zayne masih menyinga,tetapi riak wajah Sarah tetap tenang tergelak kecil.

'"kau dah berani marahkan aku sekarang ni ya.."

"Sarah...please tak cukup lagi ker kau perangkap aku dengan orang suruhan kau sampai bini aku keguguran hah?" mau saja rasanya dia melayangkan penumbuknya pada muka cantik Sarah tika ini.

"oh..ya ...sadis aku dengar...takziah...tapi...tu bukan salah aku..kau yang tergoda..",Sarah tersenyum sinis membuat hati Zayne bertambah panas.

"baik kau blah Sarah sebelum client aku sampai"
Zayne semakin menyinga memandang muka perempuan yang tak rasa bersalah itu,tersengih sengih seolah memerlinya.

"come down lah darling...I kebetulan lalu sini jer..nampak. you .." Sarah masih tidak mengalah.

Zayne memandang ke arah lain,mahu saja dia melayangkan tangan ke muka Sarah saat ini.

"ok..alang alang kau kat sini Sarah aku nak tanya kau,kenapa kau buat semua ni...kau upah pompuan tu masuk dalam company aku dan kau suruh dia goda aku Malam tu?",soal Zayne keras.

Sarah memutarkan bola mata dan mencebik,lagaknya sungguh tenang seolah tiada yang berlaku menambahkan lagi kemarahan Zayne.

Kakinya disilangkan tanpa malunya dengan memakai skirt pendek paras paha yang menampakkan semuanya Jika terangkat sedikit lagi.

"jawab Sarah,jawab!! kali ini Zayne menaikkan suara seaktaf mula kedengaran lantang membuatkan beberapa orang berpaling ke arah mereka.

Zayne menarik nafas menenangkan diri,melihat airmuka Sarah yang masih tenang menambahkan lagi rasa sakitnya hati.

"saja...I nak main main...nak tengok you macam mana,tak sangka pula yang you ni mudah tergoda" ucapnya dengan tawa mengejek.

"kau tahu tak dengan perbuatan kau ni menyebabkan bini aku keguguran dan dengan kegilaan kau ni aku dah rasa tiada lagi kemaafan untuk kau Sarah...aku rasa nak aje tumbuk muka tembok kau ni..."

"kau berani buatlah" Cabar Sarah.

"kau jangan cabar aku Sarah...kau buat hati aku hancur dan sekarang ni kau buat aku lagi sakit hati kat kau Sarah...nasib baiklah aku tak jadi kahwin dengan pompuan jalang macam kau ni"
kali ini Zayne tidak lagi menahan kemarahannya.

Biar dia beranikan diri untuk meluahkan segalanya

Drrrrtt..drrtttt...kedengaran telefon berbunyi di dalam saku seluar nya.

Dia bangun beralih sedikit menjauhkan diri dari Sarah yang masih tidak berganjak.

Selepas seketika dia kembali ke tempat Sarah.

"kau bangun,ikut aku jap" arahnya .

"ke mana? ke bilik? " dengan muka selambanya Sarah bersuara galak.

"kau jangan buat aku naik gila boleh tak?" bila tengok muka Zayne semakin marah terasa juga ketakutan dalam hatinya.
Niatnya ke mari hanya menghangatkan hati Zayne tetapi rupanya memakan dirinya sendiri.

"kau nak aku tarik kau paksa atau nak aku heret kau biar orang nampak?", kali ini Zayne tidak main main,kemarahannya sudah sampai kemuncak.

Sarah terpaksa akur dan bangun mengikut langkah Zayne dengan laju.

Tadi client yang nak jumpa Zayne terpaksa membatalkan perjumpaan kerana ada kecemasan yang tak boleh dielakkan.

"masuk!!" arah Zayne kasar .

"masuk aku kata" Zayne menolak bahu Sarah agar membongkok masuk ke perut kereta dan terus menutup pintu dengan kuat.
Sarah sedikit tersentak,jantungnya mula mengepam laju,takut memandang muka Zayne yang merah padam menahan marah.

"you nak bawa I kat mana?" tanya Sarah gugup.

"ke neraka!!" jawab Zayne kasar dan meneruskan perjalanannya.

Zayne menambahkan kelajuan keretanya membuatkan Sarah kecut perut.

"Zayne kau dah gila ker...kenapa bawa laju ni,aku nak balik lah bodoh" Sarah menumbuk bahu Zayne berkali kali.

Srrrtttt....Zayne menghentikan kereta mendadak marah kerana tindakan Sarah yang memukulnya berkali kali dan badan Sarah jatuh sampai ke depan.

"kau gila ke hah?!!" jerit Sarah.

"memang aku gila,gila sebab kau Sarah,dah lama aku sabar tahan marah sebab kau tu pompuan,kalau lelaki dah lama aku bagi penumbuk ni,tapi aku bukan speseis lelaki yang suka gunakan kekerasan pada perempuan"
Zayne menggenggam buku limanya merapatkan ke muka Sarah,Sarah sedikit menjauhkan mukanya mengelak,mukanya kelihatan pucat.

Sarah akui selama dia berkawan dengan Zayne tak pernah dia naikkan tangan padanya malah sentiasa sabar melayan kerenahnya selama ini.

Tapi berlainan benar Zayne di depannya kini ,muka marahnya mula kelihatan yang tidak pernah dia lihat sebelum ini,malah semasa dia meninggalkan Zayne dan memutuskan tali pertunagannnya suatu masa dahulu pun tidak semarah ini,cuma menyatakan kekecewaan sahaja.

Ternyata cintanya pada Eryna melebihi segalanya.

Sarah terdiam.kaku dan menggosok dahinya yang kemerahan akibat terkena dashbox tadi.

"aku bagi amaran pada kau Sarah,sekali lagi kau kacau hidup keluarga aku,nahas kau..dan satu lagi pompuan yang kau upah tu masih lagi bawah tahanan Tok Ayah...dan kau harus tahu siapa Datuk Raziff,jadi lepas ni aku tak nak kau kacau hidup pompuan tu,kau lepaskan dia dan keluarga nya..." kali ini Zayne bersuara datar.

"asal pulak? kau nak jadikan dia second wife?" Sarah ajukan soalan bodoh pada Zayne.

Zayne menatap wajah Sarah geram.
Tangannya menumbuk stereng menahan marah.

"kau ingat sini Sarah,kau jangan cabar kesabaran aku"rambut Sarah ditarik sampai ke belakang dan terdongak ke atas dan tangannya mencekik leher Sarah.

Terasa sesak nafas seketika dan terbatuk batuk.

"lepas lah bodoh,kau nak bunuh aku ker!! tangan Sarah mencengkam lengan Zayne hingga berdarah akibat dicengkam dengan kukunya yang dah macam kuku pontianak harum sundal malam.

"Kan aku dah kata jangan cuba bangunkan singa di hutan,!! Zayne melepaskan pegangan pada rambut Sarah dan dilepaskan hingga kepala Sarah terbentur terkena tingkap.

"kau gila Zayne..kau gila!!! jerit Sarah.Airmata Sarah mengalir laju di pipinya.
Entah airmata palsu atau benar.
Ah Zayne tak kisah,kali ini dia tak akan terpedaya dengan lakunan Sarah,perempuan pisau cukur dan juga perosak rumahtangga orang itu.

Zayne membuka pintu dan keluar membuka pintu yang beradanya Sarah.

"kau keluar!! jerit Zayne.

"keluar!!

Sarah bangun dan keluar dengan terketar ketar seluruh badannya akibat cengkaman dan kemarahan Zayne.

"Zayne...Zayne...kau nak buat apa ni hah...tak kan kau nak tinggalkan aku kat sini...Zayne" Sarah memegang tangan Zayne merayu.

"kau balik sendiri!! Zayne tergelak melihat muka Sarah yang ketakutan itu.

Tiada niat untuk dia berkelakuan demikian tetapi hatinya sakit dan lebih sakit lagi bila perbuatan Sarah itu telah meragut nyawa anaknya yang masih lagi belum lahir.

"Zayne..please...aku merayu Zayne...tak kan kau sanggup tinggalkan aku kat sini...Zayne.." tak ada satu lafaz kemaafan pun yang keluar dari mulut Sarah.

Zayne cuma menunggu cukup cuma perkataan maaf dari mulut perempuan itu tetapi tetap hampa.
Betapa kejam dan egonya Sarah.

Zayne berlalu masuk ke perut kereta,meninggal kan Sarah yang merayunya.

Dia masih lagi di situ tetapi pintu keretanya dikunci.Sarah cuba membuka merayu kepadanya.

Zayne ketawa melihat keadaan Sarah.
Tetapi dia bukan lelaki kejam untuk mengambil kesempatan saat wanita dalam kelemahan.

"masuk!! Sergah Zayne.

Sarah memandang ragu.

"kau nak masuk atau nak aku tinggalkan dia sini?"

Segera Sarah masuk dengan takut.

Zayne terus memandu tanpa bersuara ataupun memandang ke arah Sarah yang masih lagi menangis.

"turun...ingat pesan aku,lain kali kau jangan cuba nak kacau hidup aku dan Eryna...atau lebih lagi aku buat daripada tadi" pesan Zayne pada Sarah semasa dia turunkan Sarah kembali ke tempat tadi.

"Zayne kau kejam,kau jahat!! bentak Sarah.

"kau tak nampak lagi jahat aku di sisi mana Sarah..ni baru sikit...nanti kalau kau cuba buat macam macam kejahatan sebenar aku aku keluar."

"turun! aku muak tengok muka kau!! sekali lagi Zayne menjerkah Sarah dan membuatkan bahu Sarah terhinjut.

Sarah keluar dari perut kereta dan menghempas kuat .

Zayne ketawa terbahak bahak dan berlalu pergi meninggalkan Sarah yang tadi menghentak kakinya marah.

"baru kau tahu" bisiknya dalam hati.

Zayne berlalu pergi dengan tenang hati walau tadi dia tidak berniat menyakiti Sarah cuma niat menakutkan perempuan itu sahaja.

Tapi dia tahu yang Sarah tak akan berhenti setakat itu pasti ada lagi agenda yang tersembunyi di hati perempuan bernama Sarah.

Terus dia menyusur ke tapak projek sebelum berlalu berjumpa dengan Mikael .
......
.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience