bab 66

Romance Completed 61355

Di bilik...

Hiks...hiks...hiks...aku terus menangis di dadanya.
"sayang...sayang...dah la jangan nangis..abang ok kan", kepala Eryna dikucup lembut .
Aroma dari rambut isterinya disedut dalam,memberi satu kesegaran untuk hidungnya.

"abang...sayang takut...siapa yang buat abang macam ni?"aku terus menghamburkan tangis di dadanya.

"entahlah tak dapat nak teka,selama ni abang tak pernah terjadi macam ni",

"mesti sakit kan" kedua pipinya aku pegang melihat kesan lebam yang cukup banyak.

"tadi sakit ,bila tengok sayang hilang terus" jawab Zayne dan tergelak kecil.

"dalam macam ni pun nak gurau lagi,abang ingat lawak ker",aku memukul tangannya.

"aduh..sayang sakitlah" dia menyeringai kesakitan apabila secara tak sengaja aku terpukul tangannya yang berbalut itu.

"tu kan,tadi kata tak.sakit,sorry...",

"sikit jer"

"sayang buka baju abang ya,tukar dan sayang lap badan tu"

Zayne hanya mengangguk dan segera pakaiannya aku buka.

Sebesen air dan tuala aku basahkan dan mengelap seluruh badannya ,dan sekali lagi aku mengalirkan.airmata melihat lagi banyak kesan lebam di badannya.

"sayang,dah lah..."terus Zayne manarik aku masuk dalam pelukannya.

"abang,siapa yang buat semua ni...sayang tak sanggup tengok abang terluka macam ni" terus aku menyembamkan muka ke dada yang tanpa berbaju itu.

'"abang ada syak sesiapa tak?"

Zayne hanya menggelengkan kepala,aku tahu walaupun dia tahu dia tak akan beritahu aku siapa di sebalik semua ini.

Daguku di donggak dan kami saling menatap.

Airmataku diseka lembut.

"dah jangan nangis,nanti banjir katil ni" aku cemberut dan sepantas dengan itu bibirnya selamat mendarat di bibirku.

Aku terkejut tetapi tetap membalas kucupan itu,kami sama kerinduan .

Lama lami begitu sehingga hampir kehilangan oksigen baru bibirku dilepaskan.

"selalu macam ni..." ujarku malu.

"rindu..."

"tadi sakit.."

"mana ada sakit kalau sayang ada dengan abang" ujarnya dan merapatkan kepalaku pada dadanya sekali lagi.

kruk..kruk..

"abang lapar?"

"tadi last makan sebelum abang kena pukul "

Aku mendonggak dan memandangnya.

"sayang buat bubur kat abang ya,perut tu berbunyi"

"hahahah...ok...lapar " dia mengukir senyum.Segera aku melangkah keluar turun terus ke dapur untuk.siapkan bubur untuknya.

"puan mau apa?",soal bibik.

"oh ya bik ,saya nak buat bubur untuk tuan Zayne,ayam ada tak"

"biar saya yang buat aja Puan"

"tak pa,bibik cuma tolong saya potong ayam dan sayur ja"

'"iya puan"

Lebih kurang setengah jam di dapur akhirnya bubur nasi siap di masak.

Semangkuk bubur diletakkan di dalam dulang bersama dengan segelas air.

"laaa...tertidur" ternyata bila aku masuk ke bilik Zayne telah tertidur dalam keadaan duduk sebagaimana aku tinggalkan tadi.

Dulang yang berisi bubur dan air tadi aku letakkan di atas meja dan mengejutkannya.

"abang bangun,makan dulu",perlahan bahunya aku gerakkan.

"sayang...sorry tertidur tadi,sayang lama sangat"

"emmmm...kena masak dulu kan...sorry..jom sayang suapkan dan nanti makan ubat" mangkuk yang berisi bubur tadi aku pegang dan menyuapnya.

Tanpa sedar semangkuk bubur sudah habis dimakan.

"lepas ni abang makan ubat dan tidur ok" beberapa jenis ubat aku berikan.

"abang minta maaf ya,sebab susahkan sayang",
pipiku diusap lembut.
"apa ni,sayang kan isteri abang,memang patut pun sayang yang jaga abang,dah tidur rehat,sayang nak solat isyak jap" aku baringkan dan selimutkannya .

cup
Kedua pipinya pula aku kucup membalaslah kononnya.

"nakal" ujarnya sambil senyum dan tanganku pula dikucup.

"abang tidur ya",aku bangun tapi ditarik kembali sehingga jatuh ke atas badannya.

Aku yang ketakutan bila terjatuh tepat di atas tangannya yang sedang berbalut itu.

"abang...tangan kan sakit"

"sikit jer,peluk abang kejap"

"abang..dalam sakit macam ni pun nak main peluk peluk...tidur"aku menepuk bahunya.

"teman abang tidur dulu "

'tak nak..sayang solat dulu,lepas tu kita sambung"

'emmm...ok lah...", pelukannya dilepaskan.

Segera aku berlalu ke bilik air,makin lama makin seram aku dibuatnya.

Usai solat aku melihat Zayne sudah pun selamat tertidur maka selamat lah aku dari godaanya.

Perlahan aku naik ke katil agar dia tidak terjaga dari tidurnya.

Namun fikiranku meleset apabila tanganku ditarik.
"laaa..bukan tadi dah tidur?",soalku gugup.

"hahah...nak lari..abang saja buat pejam mata,tadi janji nak sambung" aku merapatkan badan dan meletakkan kepala di dadanya dan memeluk erat .

"tak sakit ker?",aku mendonggak melihatnya yang sedang tersenyum.
"tak,yang sakitnya tangan dan kepala ni,dah tidur nanti tak pasal adik bangun" ujarnya sambil mencium kepala ku.

"adik..adik apanya ?",soal ku hairan dan dia terus ketawa dan matanya serta mulutnya tunjuk ke bawah.

"abang!! aku menjerit kecil dan mencubit lengannya,aku faham apa yang dimaksudkannya.

Akhirnya kami tidur berpelukan dan nasib baik tidak kedengaran ketukan dari luar kalau tak kesian kami kena pisahkan dengan Mama.

........
.......

Sarah membuka pintu biliknya perlahan dan melihat ke kiri dan ke kanan agar tidak dilihat oleh Mariam.

Selepas puas seharian dia terperuk di bilik Sarah mengambil keputusan untuk keluar.

Perlahan lahan dan dengan langkah berhati hati dia menuruni anak tangga agar tidak kedengaran oleh sesiapa.

"ehem..nak ke mana?" fikirannya meleset apabila terdengar suara deheman mamanya dari arah belakang yang sedang memeluk dada.

"mama,terkejut Sarah" dia mengurut dada.

"ke mana,jam sudah sebelas malam,ni waktu tidur,bukan waktu merayap "

"Sarah nak keluar jap,jumpa kawan,boring"
jawabnya acuh dan terus melangkah dan Mariam turut membuntutinya sampai ke bawah.

"siang kau berkurung dalam bilik,malam kau baru rasa nak keluar,kau nak jadi apa hah?" Mariam cukup kecewa dan terkilan dengan sikap Sarah yang tidak pernah ingin mendengar nasihatnya sebagai seorang ibu.

"Sarah dah besar lah mama,kenapa nak menyibuk sangat?" tengking nya pada Mariam .

"kau tu memang dah besar tapi masalahnya kau tu masih status bini orang,mana maruah kau hah?!! Mariam merasa semakin berapi kemarahannya bila melihat Sarah sudah pun menyarungkan kasut tingginya.

"malas lah nak layan mama,Sarah dah lambat ni"

Dia berlalu meninggalkan mamanya yang masih berdiri di pintu.

"Sarah,sekejap!! laung Mariam.
Sarah berhenti sebelum membuka pintu keretanya.

Dengan cepat Mariam beralih ke arah meja ruang tamu dan mengambil sesuatu semacam sekeping surat lalu dihulurkan pada Sarah.
Sarah masih berdiri di situ.
Mengerutkan kening hairan.

Sarah mengambil dan menatap sepucuk surat yang diberikan oleh Mariam.

Tanpa berbicara sepatah ucapan terus Mariam menutup pintu kerana sudah tidak sanggup lagi melihat muka anaknya yang semakin hari semakin membuat kepalanya berserabut.

"mama..." Sarah mendengus kasar bila melihat pintu sudah pun tertutup rapat,dia hanya ingin menyoal siapa yang menghantar surat itu dan dari siapa.

flashback on..

Selepas dia berlalu dari bilik Sarah kedengaran loceng pintu rumahnya berbunyi dan Mariam bergegas turun berlalu membuka pintu.

"assalamualaikum.." salam diberi ketika dia membuka pintu.

"waalaikumussalam" jawabnya dan matanya melihat ke arah tuan empunya suara yang memberikan salam.

Sudah agak lama dia tidak berjumpa dan melihat figura di depannya itu.

"apa khabar Mama?" salam dihulur dan dia menyambut kaku.

"alhamdulillah sihat,Jo..?" soalnya teragak agak.

Johan suami Sarah datang ke rumahnya setelah sekian lama menyepi pastinya dia tergamam dan terkejut.

"maaf,mama tadi tak berapa cam", ujarnya sambil mempelawa Johan duduk.
Banyak perubahan yang dapat dia lihat dari wajah dan penampilannya kini.
Mungkin sudah lama dia tidak melihat lelaki itu.
Johan hanya tergelak.kecil.

"duduklah nanti mama panggilkan Sarah" ujarnya dan bangun tetapi dihalang oleh Johan.
"tak apa mama,saya datang cuma nak beri ini" sepucuk.surat dihulurkan pada Mariam mertuanya itu.

"apa ni?" sedikit curiga bila melihat surat yang sudah berada di tangannya.

"surat cerai buat Sarah,saya akan segera ceraikan dia" ujar Johan tenang dan kembali bangun.

"hah,cerai...apa benar Johan tak nak jumpa Sarah dulu?"

"tak mama,saya akan jumpa dia di mahkamah Syariah Isnin ni,"
Bagi Johan cukuplah sampai di sini,tak perlu lah melihat muka isterinya itu takut hatinya berubah lagi.

Kerana Sarah ni boleh orang jatuh cinta berkali kali,cukuplah untuk kali ini,dia berundur dari dunia kepuraan yang di tipu oleh Sarah.

"harap dia datang berikan kerjasama" ujar Johan sambil berlalu ke arah pintu.

Mariam cuma menatap nanar tanpa mampu mengungkap sepatah kata pun pada menantunya dan tak lama lagi akan jadi mantan menantunya.

Haruskah dia rasa senang atau kecewa,tetapi itulah yang seharusnya jadi akhir pada hubungan Sarah dan Johan.

Jauh di sudut hati seorang ibu ingin melihat kebahagian yang berterusan untuk anaknya tetapi dia terpaksa akur kerana Sarah sendiri tidak menunjukkan minat untuk teruskan pernikahan ini.

Biar terlepas dosa yang terpaksa ditanggung oleh seorang yang bergelar suami terhadap isteri seteruk Sarah.

Sekarang ni pun dia sendiri berdepan dengan masalah suaminya yang dalam diam menduakan dia,lelaki semua sama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience