Selepas meeting tadi Zayne dan aku terus pulang ke rumah.
Aku seperti biasa terus masuk ke bilik dan merebahkan diri sebentar di atas tilam.
"ah...bestnya dapat baring"
Zayne juga tadi terus ke biliknya,selepas aksi 18sx pagi tadi ternyata kami terpisah jua.
Dia di biliknya,aku di bilik aku.
"biarlah dia di sana,yang penting satu rumah"getus ku.
Saat aku sedang mengelamun terdengar pintu dikuak.
"boleh masuk?"terjengul mukanya di balik pintu.
"emmm...masuklah...kan kepala tu dah terjojol macam tu"ujarku.
Dia segera masuk dan duduk dibirai katil.
"ada apa abang masuk...Saya nak mandi jap...penat.."kataku terus mencapai tuala untuk mandi.
"mandi sekali boleh"mata redupnya mula nak menggoda ku.
"tak nak lah...saya nak mandi sorang sorang...abang pergilah mandi bilik sana....ni kan bilik saya"ujarku berlalu pergi tetapi segera dia bangun mendapatkan aku.
"berdosa tau bila suami minta sesuatu tak patuh"dia pandai ugut aku pulak dah.
"pandailah nak mengayat orang...lepaslah..saya nak mandi..."aku cuba leraikan tetapi tak berjaya.
Senyumannya semakin menjadi seolah ketagih sesuatu.
Seram aku melihatnya.
"ok lah...jom..."terus aku menarik tangannya masuk dan mandi bersama.
Aku mengalah jua bila menatap redup dengan matanya.
Mana mungkin aku nak menolak ajakan suamiku.
Biarpun sedikit kekok dan malu aku terpaksa akur jua.
Nanti kang kalau aku menolak takut pula Zayne Rafael menjadi lelaki yang mula aku kenal,seorang yang tinggi egonya.
Tapi beberapa hari ini dia seolah berubah menjadi seorang yang boleh bertolak ansur,yang mula memberikan perhatian padaku,aku sendiri pun tidak pasti kenapa dan mengapa dia berubah lebih positif.
Selepas kejadian aku terlanggar tempoh hari aku diberikan layanan yang cukup istimewa.
"abang boleh saya tanya tak..tapi janji jangan marah"malam itu aku sekali lagi masuk dalam pelukannya.
Kepala aku rapatkan di dada yang bertelanjang itu.
Dia membenarkan aku tidur sebilik dengannya.
"tanyalah...janji tak marah"
Rambutku dibelai lembut.
"kenapa tiba tiba abang boleh jadi baik ya...?"berhati hati aku menyuarakan soalan maut itu .
"kenapa sayang tak suka?"seolah bergetar jantungku bila dia mula panggil aku sayang.
Menguji keimananku.
"mestilah suka...tapi abang kan tak cintakan sa...sayang"jawab ku,terbelit lidah nak sebut perkataan sayang,tapi aku akan cuba biasa kan nya.
Pelukan dilepaskan,dia bangun menuju ke koridor luar.
Berdiri merenung ke atas.
"soalan salah ker?"getus hatiku.
Aku segera bangun mencapai tuala membalut badan dan menghampirinya.
"mari sini"dia meraih tanganku dan bahuku dipegang merapatkan pada badannya.
Aku hanya membiarkannya.
"cuba sayang lihat bulan dan bintang di atas nun"jarinya menunjukkan ke arah bintang bintang dan bulan di langit.
Aku turut mendongak ke atas.
"bulan dan bintang sama sama melengkapi,seperti kita...walaupun abang seolah tiada cinta untuk sayang tapi abang perlukan sayang untuk melengkapkan cinta di hati abang,ibarat bintang dan bulan masing masing ada tugasnya sendiri,sama menyinari bumi"
"hadir sayang dalam hidup abang jua seolah bintang dan bulan yang menyinari bumi...cuma abang harap sayang akan terus cuba mengembalikan cinta di hati abang...cuba melengkapi hidup abang yang telah hilang rasa dan cinta di hati"
Aku terus mendengar luahannya tanpa berkata.
"sayang akan terus sabar dan cuba mencari cinta abang yang hilang,yang telah hancur remuk,abang nak sayang tetap mencari cinta untuk abang,kembalikan hati abang yang telah lama hilang...tidak adil sekiranya abang terus menghukum sayang di atas kesalahan orang lain...abang seolah tersedar dari mimpi ngeri bila lihat kesungguhan sayang yang cuba mengambil hati abang..."kedua bahuku di dipegang nya.
Setitis airmata gugur di kelopak mataku tanpa sedar bila mendengar luahan hatinya malam ini.
"abang tidak mahu hidup dalam kepura puraan...abang kalau boleh cinta yang hadir nanti adalah yang setulus dan suci...segala apa yang berlaku pagi tadi dan yang berlaku malam ini dan seterusnya adalah mungkin adalah satu tanggungjawab kita sebagai suami isteri,nafkah zahir dan batin yang perlu dan wajib kita tunaikan walaupun tanpa rasa cinta...tapi sayang kena yakin bahawa cinta abang akan lahir untuk sayang...perasaan sayang itu sudah ada di hati abang cuma abang takut..."
"abang takut apa yang berlaku empat tahun yang lalu berulang kembali?abang takut sayang akan hancurkan perasaan abang sebagaimana dia mengkhianati cinta abang?"aku mula memberanikan diri untuk menyoalnya.
Tangisan aku lepaskan kerana aku sedikit terasa dengan kata katanya.
Hanya sebuah tanggung jawab seorang suami....
"abang minta maaf andai kata kata abang mengguris hati dan perasaan sayang...tapi seperti abang kata sayang kena mencari cinta untuk abang dan kembalikan hati abang yang telah hilang"dia memelukku .
Tangisan aku rembeskan di dadanya.
Aku menangis sepuas hatiku,biar hatiku tenang.
Biar aku hadam segala kata katanya,walau hati aku seolah di tusuk sembilu yang amat berbisa
"tapi kenapa selama ini abang selalu membuli sayang,selalu herdik tanpa perasaan?"tanya ku dalam tangisan.
Dia sedikit ketawa.
"kerana abang tidak mahu terlalu cepat untuk jatuh cinta lagi,kesakitan yang abang rasa kerana seorang perempuan membuat jiwa abang mati,kaku..tapi sebagai seorang lelaki abang juga tidak terlepas dari godaan bila lihat sayang yang secantik bidadari ni asyik lalu jer depan mata...."sempat dia bergurau.
Aku menumbuk numbuk dadanya dan tergelak kecil.
"tapi apa kaitan pula,abang selalu garang dengan sayang.."aku seolah marah dan merajuk.
"pernah dengar tak yang sayang ni PA abang yang ke berapa?"
"pernah,masa mula masuk kerja dulu"jawab ku.
"kan...bukan sayang sorang abang layan macam tu...sebabnya abang tidak mahu jiwa abang terusik dengan lakonan dan manja perempuan.....abang akan layan mereka macam mana abang layan sayang dulu....mereka cuma bertahan beberapa minggu sahaja tapi sayang lain...semangat sayang kuat...sifat sayang yang suka membalas,keras dan manja membuatkan abang tidak senang duduk" sebuah pengakuan yang ikhlas dari Zayne Rafael.
"abang kejam....abang terlalu obses,menghukum perempuan dan menganggap perempuan semuanya sama"aku mula menempelaknya.
Dia terdiam seketika tanpa membalas,seolah marah.
Mukaku masih lagi berada di dadanya kerana aku tidak berani untuk melihat lagi kemarahannya malam ini.
"hati abang mati saat itu sayang...kan abang dah kata...abang takut terjatuh cinta lagi....ataupun perempuan yang akan jatuh cinta dengan abang...jadi abang nak elak dari semua itu....."
"abang kan handsome...semua yang melihat kali pertama pun pasti jatuh cinta..."
"perasan....masuk bakul angkat sendiri"aku mencelah.
'"habis tu sayang tak jatuh cinta dengan abang?sampai sanggup kahwin dengan abang...sanggup jadi isteri abang....cuba cakap kenapa andai bukan sebuah perjanjian dengan Tok Ayah....kenapa sayang sanggup lakukan semua ini walaupun selalu diherdik oleh abang dan abang juga tahu yang sayang selalu menangis setiap kali abang marahkan sayang"dia seolah ingin mengorak rahsia yang terbesar dariku ,ada udang di sebalik batu.
Kali ini aku harus berhati hati menjawab soalannya.
Aku tertelan liur.
Mukaku diangkat dan memegang kedua pipiku.
"pandang abang sayang"ujarnya lembut aku dapat lihat matanya yang berkaca.
"jawab dengan jujur kenapa dan apa sebabnya"
Aku mula gementar untuk menjawab soalannya.
Aku harus menjawab dengan jujur dan tidak akan membuat hatinya semakin jauh.
Nafas kecil aku hela kan.
"betul, bukan hanya sebuah perjanjian,tetapi kerana sayang cinta kan abang....walaupun abang selalu seolah menghina dan membuli sayang ,memang pada mulanya sayang hanya menyahut cabaran demi sebuah perjanjian kerana,pertolongan Tok Ayah pada keluarga sayang tetapi sebab rasa cinta sayang yang mendalam terhadap abang"tangan yang dari tadi memegang pipiku ku tepis perlahan dan berlalu ke dalam duduk di birai katil.
Siapa yang tak jatuh cinta lelaki setampan dia hanya orang buta yang tak memandang semua itu.
Aku perempuan normal yang selalu mendambakan lelaki setampan itu.
Ibarat bulan jatuh ke riba.
Saat ini air mata masih lagi mengalir tanpa henti.
Aku terhenti seketika dan menarik nafas.
Dia datang menghampiri ku,berdiri di depanku.
Aku tunduk memandang ke lantai.
"sayang tahu sayang tidak layak mendapat cinta daripada abang,tidak selayaknya....tapi sayang tidak mampu mengubah takdir ,pernah juga sayang rasa berputus asa untuk melepaskan dan lupakan janji ini...tapi kerana cinta yang mendalam sayang sanggup hadapi apa saja kemungkinan yang berlaku,sayang tahu hati abang telah tiada rasa tapi sayang juga yakin yang suatu tika dan masa cinta dan rasa akan hadir untuk sayang jauh di sudut hati abang untuk sayang..."tangisan ku semakin kuat sehingga memecah kesunyian malam.
Zayne Rafael memegang kedua bahuku yang terhinjut hinjut mengangkat bangun berdiri,segera memeluk tubuhku.
Sekali lagi airmataku dirembeskan di dadanya sampai kebasahan.
"sekurang kurangnya sekarang berkat kesabaran sayang abang boleh terima sayang sebagai isteri di sisi abang walaupun tanpa hadirnya cinta,sekurang kurangnya abang hargai sayang,....sayang tetap bersyukur dan tidak minta lebih....kalau cinta yang akan lahir nanti di hati abang itu adalah sebuah anugerah yang tidak ternilai yang pernah sayang dapat"sambung ku lagi.
Zayne terkedu dan terharu mendengar kata kata Eryna.
Dia tahu jauh di sudut hatinya perasaan sayang itu sudah lahir di hatinya kini saat isterinya begitu sabar menahan apa sahaja kemarahan dan herdikannya sebelum ini.
Dia juga tidak mahu menghukum Eryna terlalu lama hanya kerana perbuatan orang lain.
"kita sama sama berdoa....agar cinta abang akan hadir untuk sayang"pelukan di eratkan .
"dan sayang tahu tak satu rahsia kenapa abang ingin terus rapat dengan abang?"tanyanya seolah mendugaku.
Aku hanya menggelengkan kepala.
"kerana sayang seorang penggoda dalam senyap...lelaki mana yang boleh tahan nafsu melihat sayang....dan tadi adalah nikmat dunia yang abang rasa dengan sayang....nasi lemak dan apam...sungguh nikmat"ujarnya dan tergelak.
Kau memang gila Zayne Rafael berjaya membuat aku malu.
"jahat... malulah ...."aku cubit dadanya sehingga dia menyeringai kesakitan.
Pelukan di perketatkan dan dia terus ketawa.
Ketawa kegembiraan,wajah suram dan ketatnya kembali ceria bila membuatkan aku malu.
"sayang janji akan cari hati abang yang hilang...dan sampai masa abang akan terima sayang di sudut hati abang nanti"tanganku letakkan di dadanya.
Pelukannya dieratkan lagi...sekilas aku mendongak menatap tepat merenung matanya.
Mata kami mula bertentangan ,lama kami berpandangan tanpa kata kata...
Perlahan lahan airmataku disekanya
Perlahan dia merapatkan bibirnya memagut bibirku.
"kalau malam ni nak makan nasi lemak dan apam sekali lagi boleh?"
mukaku sekali lagi merona merah tahan malu...
"bukan saja malam ni...malah selamanya....selagi aku sah sebagai isterimu,jiwa dan ragaku adalah milikmu Zayne Rafael"getus hati kecilku.
Aku hanya mengangguk tanda setuju...malu tapi mahu,andai kau menjalankan tanggungjawab kau sebagai seorang suami aku jua begitu bezanya aku lakukan setulus cinta yang lahir dari hatiku.
Lalaki oh lelaki...nafsu tidak dapat dipisahkan...
Aku tidak tahu adakah saat ini cintanya hadir atau pun tidak,namun aku pasrah kerana aku adalah isteri yang sah dan halal,demi tanggungjawab seorang isteri segala jiwa dan ragaku adalah milik mutlak suamiku yang bernama Zayne Rafael.
Malam ini sekali lagi aku dan dia bersatu melayari bahtera asmara.
Pengubat hati yang lara.....
Semoga esok menjadi lebih bersinar seperti mentari menyinari bumi....
Kami seolah hanyut dalam dunia kami sendiri,akhirnya tersadai kepuasan walau tanpa ucapan cinta darinya.
Aku akur demi rasa cinta yang tersemat indah di hatiku,demi cinta yang aku rasa
Demi kerana sebuah perjanjian yang akhirnya membuahkan rasa cinta di hatiku.
Aku sahut cabarannya untuk terus mencari hatinya dan akan lahir cinta di hatinya untuk ku...
Akhirnya aku terlena dalam pelukannya.
Share this novel