bab 62

Romance Completed 61355

David sampai di hospital setelah sekembalinya dari tempat percutiannya dengan Sarah.

Jelas kelihatan dari wajahnya kerisauan tentang papanya yang kini dirawat di pusat jantung negara.

Selepas mengetahui perbuatan anaknya David terhadap pembatalan kontrak kerjasama antara anaknya dengan Zayne membuatkan dia terkejut dan kecewa.

Tadi dia menerima panggilan dari pembantu peribadi papanya mengatakan yang Thong Beng dimasukkan ke hospital.

Segera dia meninggalkan Sarah di sana.

Sesampainya di hospital terus dia melangkah masuk mencari keberadaan papanya.

Kelihatan pembantu peribadi papanya iaitu Kevin sudah ada di tempat menunggu.

Dia menghampirinya.

' Kevin,what happen to my papa hah?" soalnya.

", dia pengsan dan terus dibawa ke sini,you tahu kan you punya papa ada masalah jantung" ujar Kevin menunjukkan riak wajah kesal.

Dia tahu tuannya begini kerana ulah anaknya sendiri .

'" apa masalahnya sampai jadi gini?"

" you masih soal aku pasal ini hah..you yang buat masalah Mr David...you tahulah sendiri" Kevin seolah marah melihat muka tanpa dosa anak majikannya itu.

Dia faham dan tahu situasi ini berlaku adalah atas perbuatan tidak bertanggung jawab lelaki yang ada di depannya ini.

Kalau tidak difikirkan yang dirinya ini hanya seorang pekerja rasanya sudah dari tadi lagi muka David dihancurkan.
Sungguh walaupun dia hanya seorang pembantu kepada Thong Beng tetapi lelaki tua itu terlalu baik padanya.

" you cakap apa ha? David memasang muka marah,namun Kevin segera menghindar mengambil jarak agar suasana tidak kecoh.

" nanti papa you sedar ,you hadap lah sendiri" Kevin mengeluh kecewa.

" kalau aku dapat orang tua seperti papamu ,aku tak akan sakiti hatinya" katanya lirih.

David memandang lagi ke arah Kevin menghadam kata kata Kevin baru sebentar tadi.

"papa",David masuk apabila diberitahu bahawa Mr Thong sudah berada dalam keadaan sedar

"macam mana boleh jadi gini papa?",soalnya tanpa curiga.

Mr Thong cuma memandang tanpa kata.

"apa yang you dah buat David,papa percaya sama lu..mana mau taruh ini muka,lu buat papa,kecewa", ujar Mr Thong dengan tercungap .

"lu kenapa main suka suka batalkan kontrak itu sama Mr Zayne" sambung Mr Thong.

"papa..wa minta maaf ,tak tahu jadi ini macam"

"lu tau tak,itu Datuk Raziff punya pengaruh yang macam mana besar,bila bila masa boleh lingkup kita punya bisnes, papa kcewa sama lu..pergi..kita sudah rugi ...pergi papa tak mahu lihat muka lu sini lagi" Mr Thong menghalau David.

"Mr David,lebih baik pergi dulu,biarkan Mr Thong tenang,kalau tak keadaannya makin parah" ujar Kevin,bimbang lihat keadaan majikan nya kini.

David terpaksa mengalah bila lihat keadaan orangtua nya lemah.

......
......

Selepas balik dari minum dengan Mikael.tadi Zayne terus balik ke rumah tidak mahu rasanya untuk terus ke pejabat,biar esok sahajalah kerana fikirannya terlalu berserabut.

Keretanya masuk ke perkarangan rumahnya bila jam sudah menunjukkan lima petang.

Pintu dibuka dan terus melangkah naik ke biliknya.

Terasa kesunyian mula menguasai dirinya ,bayangan Eryna mula terlintas.

Seketika dia merebahkan diri di atas tilamnya.

Tangannya menampung kepala,sunyi...

Dek kerana kepenatan dia terlena tanpa sedar.

Bunyi telefon mengejutkan Zayne dari lena tanpa sedar jam menunjukkan sudah tujuh malam ini bermakna dua jam dia tertidur.

Panggilan telefon yang memanggil tadi terhenti tanpa dijawab.

Dalam keadaan masih mamai dia melihat sudah tiga panggilan tak berjawab dari isteri nya Eryna.

", ya Allah lamanya aku tertidur"

" hello sayang"

" lamanya ,abang ada kat luar lagi ker?"

",abang tertidur...sorry"

" ni dah nak maghrib..mesti tak mandi lagikan"

" emmm...jap lagi abang mandi"

" ok lah sayang letak dulu,nanti malam jangan lupa call...bye" talian terus dimatikan dan Zayne mencapai tuala dan berlalu ke bilik mandi .

Usai mandi dan solat segera dia turun ke bawah mencari sedikit makanan untuk mengisi perut yang berkeroncong.

Mencari sesuatu di peti ais tetapi tiada apa yang boleh dimakan kerana sudah lama bibik dan isterinya tiada di rumah.

"aduh..kalau macam ni kena keluar juga lah", ujarnya sendiri dan bersiap untuk keluar mencari makan.

Pastinya dia akan menghubungi Mikael untuk menemaninya keluar makan.

"wei bro teman aku makan jap",

"alah bro sorry lah malam ni aku ada date ngan singa betina"

"hah...singa betina mana pulak ni?" soal Zayne pelik.

Mikael terbahak bahak tergelak .

"Lisa lah...dia kan garang...tu aku panggil dia singa betina"

'tak baik tau kau panggil dia macam tu,ok lah terpaksa la aku keluar sorang" terus Zayne mematikan panggilan dan mencapai kunci kereta.

Zayne hanya memilih restoran yang berdekatan dengan rumahnya yang hanya berjarak dua puluh minit dari rumahnya,tempat kebiasaan dia dan Eryna pernah datang.

Selepas membuat pesanan sempat dia menghantar pesanan pada isterinya itu.

"sayang..abang tengah makan ni..sayang dah makan?"

"dah tadi"

"sorang ker?"

"tak...dengan awek"

diam terus pesanannya tak berbalas.

Zayne tergelak kecil ni mesti marah dan cemburu.

"sorry abang gurau je lah...mana ada ...abang sorang jer kat sini,buah hati abang jauh"

"emmm...ok..bye"

"merajuk lah tu" Zayne tersenyum sendiri,niat nak mengusik tetapi jadi lain pula.

"hei..Zayne",satu suara mengejutkan Zayne yang sedang menyuap nasi goreng ke mulutnya.

"hai..kak Dewi.lama tak jumpa" ujarnya agak terkejut kenapa tiba tiba perempuan itu muncul di depannya.

"ya lah..last jumpa ngan kamu masa dengan wife kan.."

"boleh akak duduk?" soal Dewi duduk tanpa di pelawa.

"akak dah duduk dah pun kan"Dewi melebar senyum.

"wife mana,tak kan sorang kut"

"ada kat rumah,tak berapa sihat" malas dia nak cakap yang Eryna ada kat kampung.

Dewi hanya memanggut manggut.

"akak datang sorang ker?" giliran Zayne pula bertanya.

Dewi tersenyum membuat Zayne berasa tidak selesa,lain dengan Dewi yang dia kenal lima tahun yang lalu.

Baru dia perasan yang penampilan Dewi sekarang pun sudah berubah lebih cantik dan nampak lebih mahal pakaiannya.

"ada kawan...dia ke tandas jap"

"ooo..."

"sayang...kat sini rupanya" Zayne yang tadi tertunduk menikmati makanannya terdongak melihat gerangan suara lelaki di depannya.

"ni jumpa adik angkat sayang...kebetulan jumpa dia makan sini"

"ni..bukan ker Zayne Rafael...hi. saya Johan" tangan dihulur dan disambut oleh Zayne.

Sedikit terkejut dengan sapaan lelaki di depannya.
Sungguh dia tidak.dapat cam siapa gerangan lelaki yang memperkenalkan diri padanya itu.

"Johan...Johan mana ya?" soalnya untuk kepastian .

Johan dan Dewi tergelak melihat reaksi wajah Zayne yang kehairanan itu.

"betul you tak ingat..but i'm still remember you...alhamdulillah"

Zayne menggelengkan kepala.

"dia bekas husband akak...Johan Zaman"

Zayne sedikit terkejut,Johan Zaman dan ini bermakna suami Sarah.

"suami Sarah?" terpancul dari mulutnya,dia tidak berapa kenal pun selama ini dengan Johan selepas merampas kebahagiaan nya dulu.

Air muka Dewi berubah dengan tiba tiba.

"yup..Sarah husband...dan Dewi my ex wife " terang Johan.

" so ni lah suami yang pernah meninggalkan kak Dewi dulu demi perempuan lain?" soal Zayne.

Dewi mengangguk dan masih mendiamkan diri.
Johan juga terdiam dan memandang ke arah Dewi.

Lama mereka bersembang tentang macam macam perkara dari kehidupan lampau sehinggalah masa kini.

" ok lah sedar tak sedar dah larut malam...bye the way I pulang dulu lah nanti kita jumpa lagi dan ni..my card" Zayne membuka dompetnya dan keluarkan sekeping card bisnes nya kepada Johan.

" ok..Insyaallah nanti kita jumpa lagi" mereka berpamitan dan Zayne berlalu pergi.

Sampai di rumah Zayne terus merebahkan diri selepas mencuci muka dan membuka baju membiarkan badannya tanpa baju dan hanya mengenakan seluar pendek,selimut ditarik sampai dada.

Terasa sukar untuk dia lelapkan mata ,fikirannya mula teringatkan kata kata Johan Zaman tadi tentang hubungan dengan Sarah,betul kata Datuk Raziff yang mereka masih lagi ada hubungan suami isteri.

Sarah telah banyak menipunya ,sejak awal perkahwinan sampai Johan dibawa pulang oleh keluarga nya pulang ke Malaysia.

Ternyata kehidupan Sarah bersama Johan di London hanya sebatas perkahwinan sahaja,kehidupan Sarah melebihi segalanya,Sarah ternyata bukan sahaja beralih arah terhadap Zayne pergi kepada Johan,tetapi bila bersama Johan dia juga beralih memancing cinta dengan lelaki lain.

Deringan telefon mematikan lamunannya.
Tertera nama insan yang dirindui Eryna,sekali lagi dia terlupa menelefon isterinya itu.

"assalamualaikum..sayang",

"waalaikumussalam suamiku"
Zayne tersenyum bila mendengar panggilan baru dari Eryna padanya.

Pastinya isterinya itu marahkan dia lagi kali ini kerana terlupa untuk menunaikan janji untuk menelefon nya,akhirnya Eryna juga terlebih dahulu menghubunginya.

"sayang..sorry...lupa nak call..." ujarnya berhati hati dengan setiap ucapannya.

"iyalah tu...saja jer isterimu ini call,kut suamiku itu terlupa yang dia ada isteri kat kampung ni"
Aduh memang menusuk ke tangkai jantung kata kata isterinya membuatkan Zayne tergelak bagi menutup ketakutan mendengar kata kata Eryna.

"ok lah suamiku...selamat beristirehat ya..esok jumpa...bye" tanpa lanjut bicara Eryna terus mematikan panggilan.

Zayne cuba menghubungi dan ternyata telefon sudah pun dimatikan.

"aduh..macam mana ni...dah dua kali dah merajuk hari ini"

Dia meraup muka beberapa kali sebelum matanya dipejamkan.

Terasa terlalu penat dan keletihan hari ini,semoga esok.akan ada berita gembira menanti.

Zayne sudah pun berada dalam alam bawah sedarnya kini.

......
......

"tak tidur lagi" teguran dari mertuaku mengejutkan aku seketika .

"tak Ma,baru lepas call abang" ujarku .

"mama pun kenapa tak tidur lagi...papa dah tidur?" kebetulan bapa mertuaku sampai ke kampung sepulangnya dari Singapura.

"papa dah tidur..penatlah tu,esok kita balik rumah mama ya",

Aku melebarkan senyum dan mengangguk.

Mama menghampiri ku dan duduk di birai katil.

"Eryna ok?", soalnya sambil tak lepas memandang ku.

"ok...kenapa mama tanya?"

"anak mama ada lukakan hati lagi ker?"

"tak mama...kami dah ok...",

"mama...maaf ya sebab tak dapat jadi menantu yang baik buat mama",

"ish..apa yang Eryna cakap ni...sudah cukup baik dan bersyukur mama sebab Eryna yang jadi menantu mama,bersyukur sangat", ujarnya dan mengenggam erat tanganku.

"dah lah tidur,jangan difikirkan benda yang lepas,insyaallah ada rezeki ,kamu berdua masih lagi muda...pasal anak tu serahkan pada Allah,yang penting usaha yang gigih" dia tergelak .

Tentunya aku tersenyum malu.

Bertuah aku mempunyai ibu mertua sebaik Marina yang terlalu menyanyangi ku.

"mama keluar dulu,nanti tidur" pesannya sebelum melangkah keluar dari bilik.

" kejap lagi nak kemas baju ni jap"

"tak payahlah...bibik kan ada,nanti penat"

Aku hanya mengangguk.

Mataku pun sudah cukup berat untuk aku bukan lagi,jam pun sudah menunjukkan sudah sebelas malam,suasana rumah pun sudah sunyi bererti penghuni sudah pun masuk dalam mimpi masing masing.

" esok jer lah kemas,", ujarku sendiri dan kembali merebahkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience