Aku mengerdipkan mata dan membuka perlahan terasa sesuatu yang berat menidihku.
Ternyata kepala Zayne berada tepat di dadaku.
"abang....berat lah", rengekku dan cuba mengangkat kepalanya tetapi dia tetap menyondol kepalanya itu ke atas dua gunung ku yang polos tanpa seurat benang.
"abang....sakitlah"
"sayang...sedap ni...", bukan diangkatnya kepala tetapi makan ditekan lagi.
"abang bangunlah mandi solat subuh...", ujarku geram melihat tingkahnya yang semakin manja gaya anak kecil yang inginkan sesuatu.
"awww!! terpaksa aku memukul lengannya bila dia mula merayap ke tempat lain.
"sakit sayang...tapi sedap" dia melebar senyum.
"abang...sayang nak terkencing ni" aku mencari helah agar dia bangkit dari dadaku
"tipu...."
"ok...kalau gitu sayang kencing sini boleh.dan nanti abang yang cuci" aku mengugutnya .
Dengan pantas kepalanya diangkat dan segera aku bangun mendapatkan tuala membalut tubuhku menuju ke bilik air.
Zayne memandangkan dengan wajah kecewa.
Aku menghembur tawa di dalam bilik mandi.
"pandai tipu abang ya!! laung Zayne dari luar dan dia turut tergelak.
"sayang bukak pintu ni...abang pun nak kencing juga", dia mengetuk pintu.
" "helah tak lakulah!! aku membalas
"sungguh sayang..cepatlah ..dah tak tahan ni" dia buat suara .
ceklek!! aku terus membuka tanpa memikirkan risiko betul atau tidak dan terus dia menyerbu masuk dan ternyata dia bukan sahaja membuang air kencing tetapi juga menebar benihnya .
"pandai tipu" ujarku mencebik.
"tapi sayang juga menikmatinya kan?" ujarnya terus melumat bibirku.
"dah...mandi...solat subuh" kami tergelak bersama.
Usai mandi kami solat berjemaah bersama sama dan turun bersarapan di dapur.
"bik masak apa ni?", tiba tiba rasa pening dan tidak selesa.
"nasi goreng sama telur mata kerbau puan" jawab bibik.
"kenapa puan?"
Aku memicit kepala yang terasa pening dengan tiba tiba.
"sayang kenapa ni...?", soal Zayne bila melihat aku dengan tiba tiba tidak selesa
"tak ada apalah ,rasa tak selesa sikit"
Kami mengambil tempat duduk dan aku mencedok nasi ke pinggan Zayne.
Zayne memandang ku .
"kenapa abang pandang sayang macam tu?" soalku hairan.
"saja,cantik...tak puas tengok sayang..semakin hari semakin cantik..buat abang tak jemu pandang"
"mengada....tak payah nak menggoda sangatlah...dah makan nanti terlewat" ujarku malu bila dipuji.
Aku menyuapkan nasi ke mulut tetapi tiba tiba terasa loya dan mual.
Bergegas aku ke sinki dan memuntahkan sisa makanan yang baru saja satu sudu aku masukkan dalam mulut.
"puan kenapa ya...nasinya tak sedap ya?" soal bibik bimbang takut masakannya tidak memuaskan tuannya.
'tak bik,tekak saya ni jer,perut kosong kut,semalam tak makan"
"sayang...ok ker?"
"ok..."
"kalau tak ok kita ke klinik kejap lagi"
"tak apa kejap lagi ok lah kut,mungkin semalam sebab sayang tak makan" dia baru teringat malam tadi dia tidak makan dan selera makannya berkurangan sejak akhir akhir ini.
"mari sini abang suap,nanti masuk angin" aku mengangguk dan bangun duduk di sebelahnya.
Zayne menyuapku dan sekali lagi aku meluru ke dapur dan memuntahkan sekali lagi makanan yang baru sebentar aku makan.
Zayne segera datang dan menggosok belakangku.
Habis aku muntahkan sehingga akhirnya hanya air yang keluar membuatkan perutku terasa kejung dan sakit.
"sayang..jom lah ke klinik,risau tengok sayang macam ni" ujar Zayne dan memapahku duduk di ruang luar.
"perut sayang sakit abang" aku mula menekan nekan perut yang mula rasa,mengeras .
Muka ku mula pucat.
Zayne memandang cemas.
"tak kan pasal malam tadi abang kuat sangat ker?" soalnya membuatkan aku mencubit perutnya dalam pada aku tengah sakit sempat lagi dia membuat lawak bodohnya.
'abang...sayang tengah sakit buat lawak lagi", aku meringis geram.
"ok..ok...jom abang bawa ke klinik..." terus aku dipapah menuju ke kereta.
"puan kenapa ?" soal bibik cemas melihat majikannya itu pucat dan kelihatan sakit.
"bik tunggu rumah ya,saya nak bawa puan ke klinik perutnya sakit" terus aku dibawa masuk ke dalam perut kereta .
Sesampai di klinik aku terus dibawa masuk untuk pemeriksaan.
"kenapa dengan wife saya doktor?" tanya Zayne cemas kerana daripada tadi doktor perempuan itu terdiam dan meneliti fail di depannya.
Dia mendonggak dan tersenyum.
Aku pun turut terdiam.memandangnya.
"tak ada apa yang serius pun,tadi awak muntah teruk ker?",soalnya.
"iya", jawab ku ringkas
Kami menjadi makin penasaran ingin mengetahui apa sebenarnya yang terjadi.
Tiba tiba doktor itu menghulurkan tangannya padaku,aku memandang Zayne hairan.
"congratulation...awak mengandung" aku pastinya terkejut dan gembira dan tanpa sedar airmataku mengalir di pipi.
"abang..", terus aku memeluk Zayne.
"ya sayang...terima kasih sebab sekali lagi berikan bahagia buat abang" dia terus mencium tanganku tanpa menghiraukan doktor yang masih ada di situ.
"usia kandungan dalam tiga minggu jadi dalam fasa ini kena hati hati" pesan doktor itu.
Kami mengangguk faham,kali kedua aku mengandung dan kali ini aku mesti sungguh berhati hati agar kandungan aku akan selamat dan tak akan berulang lagi peristiwa yang lalu.
Zayne tidak habis mencium tanganku dan mengucapkan syukur kerana sekali lagi aku hamil selepas hampir tiga bulan aku keguguran.
"lepas ni abang nak sayang jaga diri baik baik,tak nak stress ", ujarnya sambil memandu kereta.
"dah lupa ker sapa yang buat sayang stress?" soalku dan membuatkan Zayne menoleh ke arahku.
Aku mengangkat kedua kening .
"ya...abang...tapi kali ni minta semua baik baik "
"abang...kak Dewi berniaga lagi ker?" tiba tiba terasa tekak nak makan cendol ,mungkin mengidam.
Zayne menoleh hairan takut si isteri nak tanya hal pelik.
"kak Dewi...entahlah...try kita tengok..sayang teringin nak makan cendol yang di jual ker?"
"tiba tiba teringin"
Lega hati Zayne rupanya Eryna teringin nak makan cendol.Dia tersenyum.
"ok try kita lalu situ"
Zayne meneruskan pemanduannya dan dengan penuh kehampaan gerai milik kak Dewi sudah pun tutup.
"alah...habis tu,macam mana ni.." Eryna merungut kesal dan menggosok perutnya.
Zayne cerdas memikir agar Eryna tidak kempunan,bukan saja ibu tetapi sebab anak dalam rahim anaknya itu.
"kita try kat lain lah..baru teringat kak Dewi dah berkahwin balik dengan bekas suaminya mungkin sebab itu dia dah tak berniaga" aku mendengar hairan kerana aku tak tahu semua itu.
Maka terjawablah sudah cerita perihal soalan yang aku tanya tempoh hari.
"ooo....macam mana abang tahu?"
"suami dia tu dah jadi pembekal kepada syarikat kita sekarang ni,Johan Zaman"
"Johan Zaman...", nama itu aku ulang seolah pernah mendengar nama itu.
"tu..kita try makan kat situ" ujar Zayne dan memberhentikan keretanya di depan sebuah gerai.
Terlupa sudah soalan yang ingin aku ajukan pada Zayne selepas melihat gerai itu teringat pula cendol dan aku mula menelan liur.
Dapat lagi aku rasakan nikmat mengidam.
"jom..anak daddy nak makan cendol ya...nasib ada kat sini" Zayne mengusap perutku yang masih datar itu.
Selepas makan kami terus ke rumah orang tua Zayne untuk memaklumkan berita gembira itu.
"alhamdulillah...tak sia siakan anak mama berusaha siang dan malam", ujar Puan Marina seperti biasa bila berbicara tak pernah nak berlapik.
Mukaku merona malu.
"hahah..tengok lah siapa...anak mama kan kuat" sambil memeluk bahuku.
"gatal" aku mencubit perutnya.
"sakitlah sayang" ujarnya menggosok bekas cubitan ku.
'korang anak beranak ni kalau bercakap tak pernah ada malunya kan",Tuan Zikri hanya mampu pasrah memiliki isteri dan anak yang sama otak hijau bila bercakap.
"lepas ni kau tu jangan bagi Eryna emosi lagi,jangan duk menggila tak tentu pasal,kalau susah tinggal jer kat sini", cadang Puan Marina .
"terima kasih lah mama atas cadangan itu,kalau duduk ngan mama tak boleh nak bersweet sweet sangat,kalau rumah Zayne kami bebas..kat bilik,kat dapur,ruang tamu kami on jer" sekali lagi aku mencubit pinggang nya geram dengan mulut yang tak berlapik itu.
"Zayne..Zayne...nasib lah menantu mama ni..."ujar Tuan Zikri tak tahu nak fikir otaknya sama dengan puan Marina isterinya .
Selepas makan malam di sana kami pulang ke rumah dan tadi sempat kami vc dengan Mak di kampung memberikan khabar gembira ini.
Macam macam mak pesan seperti juga mama ibu mertuaku .
Zayne pasrah mendengar pesanan dari kedua mereka.
Satu hal yang segar dalam ingatan adalah pesanan yang sama,
"kau jangan lasak lasak sangat terkam Eryna tu,buat pelan pelan" kata kata diselangi tawa keduanya.
Dia tersenyum sendiri antara mertuanya dan mamanya sama berjalan otak.
" kenapa abang gelak?" aku bertanya bila lihat nya dari tadi tergelak.
"tadi mak dan mama pesan sama"
'pesan apa?"
"dia kata jangan buat sayang abang ni lasak lasak,buat pelan pelan " jawabnya.
Aku tercengang kurang faham.
Dia lagi tergelak mungkin melihat sikap aku yang tak dapat tangkap apa yang dimaksudkan mereka.
Dia mendekatkan mulutnya berbisik pada ku.
"abang!! jeritku dan mencubit keras perutnya.
"sakit!! dia menjerit.
"bukan abang yang cakap,tapi mama dan Mak,aduh...sakit sayang"
"padan muka" aku cemburut.
"betullah...mama dan mak pesan macam tu,tapi kalau buat lagi ganas baru best" aku membalingkan bantal ke arahnya membuatkan dia lagi tergelak.
Malah aku turut tergelak sama.
"sama jer", dia terus memelukku.
"tapi abang janji kali ini,abang akan jaga sayang dengan baby baik baik" dia mengucup kepalaku.
Aku mengangguk .
"tapi kalau malam ni satu round lagi boleh" bisiknya di telingaku membuatkan bulu roma ku mancanak naik.
"ish...gatal...hari hari mau"
"mana boleh tidur saja sayang,ada pembuka kena ada penutupnya" tangannya dah mula menjalar mencari sasaran yang tepat.
",abang...janji..buat pelan pelan", aku membisikkan pula di telinga nya membuatkan kami kembali ketawa.
Lampu dimatikan dan ......
Share this novel