Semua urusan perkahwinanku dibuat di rumah Zayne.
Ini semua kemahuan tok Ayah Zayne.
Selepas semua balik aku masih lagi duduk berbual dengan mak dan mama di luar.
Zayne Rafael sudah tidak aku nampak kelibatnya selepas majlis bersanding tadi.
Sesekali mataku mencari kelibatnya namun tidak kelihatan.
"Eryna...pergilah naik atas mesti dah penat daripada tadi"ujar mama bila lihat mataku meliar mencari sesuatu.
"mana budak ni tinggalkan bini sendirian di sini"bebel mama bila tengok aku mula tidak keruan.
"tak apa mama biar Eryna cari"aku terus berlalu mencari kelibat suami ku yang entah ke mana.
Terasa seolah bermimpi bila kini aku menjadi isteri kepada Zayne Rafael.
Sedang asyik aku mencari dia pula yang sedang memerhatikan aku dari jauh.
'ehem...cari siapa?"terhinjut bahu aku bila di sapa dari belakang.
"err....cari suami saya,daripada tadi entah hilang ke mana"jawab ku .
Aku menggigit kuku menahan malu.
Ibarat timba mencari perigi pula aku rasa.
"pandailah...dah jom mama cakap kau cari aku"
"ke mana?"tanya ku balik.
"ke bilik lah..."Aku mula cuak,peluh kecil mula memenuhi dahiku.
Tanganku ditarik,tiada paksaan Aku hanya membuntuti langkahnya menuju ke bilik.
Pintu bilik dikuak.
"masuklah...bukan aku suruh jadi guard kat situ" sekali lagi tanganku ditarik ke dalam.
Aku masih lagi terdiam kaku tanpa suara.
Biliknya yang sejuk kerana penghawa dingin membuat badanku seolah mengigil.
Pertama kali aku duduk sebilik dengan lelaki yang bergelar suami.
Lelaki yang membuat aku menyahut cabaran untuk kembalikan hatinya yang hilang.
Zayne berlalu ke almari dan mengambil sehelai tuala dan diberikan padaku.
"pergilah mandi dulu...aku nak ke bawah..."ujarnya padaku dan berlalu meninggalkan aku sendirian.
Kelihatan bagasi pakaian ku sudah berada di biliknya.
Entah bila ianya sampai di bilik ini sebelum tuannya.
Aku segera berlalu ke bilik mandi dan membersihkan diri sebelum tuan bilik ini masuk.
Usai mandi terus aku membuka bagasi yang berisi pakaian ku dan menyarungkan ke badan.
Semasa aku mengenakan baju seolah terdengar deheman seseorang.
Aku menoleh....ya ternyata Zayne Rafael sudah berada tepat dibelakangku.
"tuan...tuan buat apa kat bilik ni...bila tuan sampai?"bertubi tubi aku tanya.
"kau lupa ker yang ni bilik aku...aku yang duduk terpacak daripada tadi pun kau tak nampak"dia berlalu sambil ketawa.
"jadi dari tadi lagi tuan kat bilik ni...bukan ker tadi tuan kata turun bawah?"aku mula jadi tidak keruan.
"jadi dia dah nampak semua ker?"getus hatiku .
"aku nampak semua tadi..."aku mula tertelan liur bila mendengar kata katanya tadi.
"tak payah risaulah...aku tak tertarik lah kalau setakat nasi lemak lima puluh sen kau tu"sinisnya.
Dia terus mencapai tuala dan berlalu menuju ke bilik mandi dengan gelak ketawa.
Aku mengetap bibir marah.
"ooo...Tuan kata nasi lemak lima puluh sen...tak pa...nanti Tuan tengoklah...macam mana nasi lemak saya ni lemaskan Tuan"laungku dari luar
Aku mengetap gigi marah.
Sengaja memerliku.
Zayne yang berada di bilik air tergelak besar.
"aik...dah lari ker?"usai mandi Zayne keluar tetapi kelibat Eryna tidak kelihatan.
Selesai mengenakan pijama Zayne terus merebahkan badannya yang keletihan di atas tilam.
Setengah jam berlalu Eryna masih lagi tidak masuk ke biliknya.
"tak kan merajuk kut..."bisik Zayne.
Dia bingkas bangun dan segera menaiki lift untuk ke bawah.
"cari isteri ker?"sapaan Puan Marina mengejutkannya.
"Eryna mana ma?"
terpaksa dia bertanya pada Mamanya.
"tadi dia kata sakit perut...mama bawakan minyak ni untuk dia...eloklah Zayne dah ada bagilah kat dia ,mama dah ngantuk ni"sebotol minyak ubat dihulurkan padanya
Kelihatan Eryna berada di sofa di ruang tamu seorang diri.
Wajahnya jelas kelihatan pucat.
"tadi mama kata kau sakit perut...nah minyak ubat"Zayne menghulurkan padaku.
"terima kasih tuan"aku memicit micit perutku yang terlalu sakit.
"kau ok ker ni...sampai berpeluh peluh macam ni."dia menghampiri dan duduk di sebelahku.
"entahlah salah makan kut tadi..."jawab ku .
"jomlah naik...sapu ubat tu dulu"bahuku dipegang dan terus membawa aku menaiki lift.
Aku hanya mengikut .
Tak sangka pula dia boleh layan aku baik malam ni.
"kau baring dulu..."perlahan aku melabuhkan punggung.
Minyak ubat di tangan ku di ambilnya.
Badanku dibaringkan perlahan.
"bukak..."aku membulatkan mata terkejut.
"selak baju tu sikit ,buh minyak ni...kau jangan duk fikir macam macam"aku lagi yang terkena.
"tak apa saya buh sendiri..."minyak di tangannya aku ambil.
Mana mungkin aku membiarkan tangannya menyentuh perutku.
"emmm...suka hati kau lah...aku nak tidur..mengantuk.."dia mendengus kasar bangun dan berlalu baring disebelahku.
Badannya mengiring membelakangiku.
Terasa bersalah mula menguasai diriku.
Dia suamiku dan dia berhak sepenuhnya terhadapku.
Bukan dia yang tidak bersedia menerimaku tapi aku jua perlukan masa untuk mencari cintanya.
Bajuku aku selak perlahan dan menyapu minyak tadi.
Kelihatan Zayne sudah pun terlena diulit mimpi.
Tapi aku masih lagi melayan perasaan gundah gulana aku.
Mataku tidak dapat lelapkan kerana tidak biasa duduk sebilik dengan orang lain.
Entah jam berapa mataku mula terlelap.
Bunyi jam mengejut kan Zayne Rafael seperti biasa.
Dia berpusing badannya yang dari semalam tidak berganjak kerana terlalu letih.
Dia terkejut sebentar kerana melihat Eryna berada di sebelahnya sedang nyenyak tidur.
"terlupa yang aku dah kahwin"dia tergelak sendiri.
Wajah mulus Eryna ditenung lama.
Rambut yang menutup mata Eryna diselak sampai di telinga.
Dia tersenyum melihat keindahan yang berada di depannya.
Wajah gadis yang kini sudah bergelar isterinya,namun cuma pada zahir tapi tidak pada batinnya.
Pipi Eryna diusap tanpa sedar,Eryna sedikit tergerak bila terasa pipinya disentuh.
Zayne bingkas bangun takut nanti Eryna sedar yang dia mencuri pandang.
Baru saja kakinya melangkah turun kelihatan Eryna sudah pun bergerak gerak.
"tuan dah bangun?"aku terpisat pisat menggosok mataku.
"emmm...aku nak mandi"sifat egonya kembali.
Aku masih lagi terbaring,terasa berat kepala kerana semalaman perutku sakit,semalam entah jam berapa aku terlena sendiri.
Rupanya bulan mengambang..aku period.
Aku perlahan bangun mengemas kembali tilam yang renyuk.
Seketika Zayne Rafael keluar dengan hanya bertuala.
Aku terkaku dan terkebil kebil mata bila lihat tubuhnya yang masih basah itu tak berbaju.
Rambutnya yang basah digosok gosok sehingga air mengena mukaku.
"Tuan apa ni.."marahku.
Dia tergelak bila lihat muka marahku.
"pergilah mandi busuk...."tuala yang dipakainya dibalingkan pada ku.
Aku menjerit dan menutup mata dengan kedua tanganku.
"kenapa tutup mata rugi tau"bisiknya .
"bukak lah...aku pakai seluar lah..."perlahan mataku dibuka.
Aku menarik nafas lega.
"pergi mandi ...kau tak solat ker?"
"cuti...."jawabku ringkas.
"patutlah sakit perut semalam..."ujarnya perlahan tapi dapat aku dengari.
"tuan tahu ker?"tanya ku balik.
"semua tentang perempuan aku tahu...."jawabnya sambil menyarungkan baju dan membentangkan sejadah.
Aku hanya,mencebik.
Aku terus berlalu ke bilik mandi tanpa menoleh ke belakang lagi
Apa nak malu lumrah perempuan....
........
........
"Zayne...jom sarapan...mana Eryna?"tanya Puan Nora bila menantunya melangkah masuk ke dapur.
"ada kat atas ,tadi mandi..."jawab Zayne dan duduk di depan mertuanya.
"kejap lagi turunlah tu...makan lah mak masak nasi lemak hari ni..."ujar Puan Nora sambil semangkuk nasi diletakkan di atas meja.
"kenapa susah susah ni Kak...kan kita ada bibik...diorang boleh masakkan"tegur Puan Marina.
"saya dah biasa bangun pagi masak,tak boleh duduk diam"
"mak tak payah lah buat kerja bila duk sini...rehat jer...nanti balik sana kena buat kerja lagi"ujar Zayne pada,mertuanya.
"Zayne pergilah panggil Eryna makan sekali...semalaman sakit perut dah lega ker dia?"tanya Puan Marina.
"lega dah kut nampak ok tu?"ujar Zayne,sekeping timun di pinggannya di gigit.
"Eryna sakit perut ker semalam?"Puan Nora pula bertanya.
"ya mak...sampai berpeluh peluh"ujar Zayne.
"emmm..ni mesti period lah tu...selalunya macam tu lah dia"Puan Nora cukup tahu tentang anaknya bila datang bulan pasti perutnya sakit.
"kenapa mama pandang Zayne macam tu?"tanya Zayne bila tersedar Puan Marina tersenyum ke arahnya.
"tak adalah...pergilah panggil Eryna tu makan sekali"suruh Puan Marina .
Zayne terus bangun tanpa banyak cakap kerana tahu maksud senyuman mamanya tadi.
.....
Setelah keluar dari bilik mandi Zayne sudah pun tiada di bilik,lega rasanya...bebas seketika.
Masa yang ada sebelum Zayne masuk adalah keluarkan semua pakaian ku dan letakkan dalam almari.
"tapi almari mana ya...kalau aku main bubuh jer mesti dia marah pula"aku mengeluh merenung almari yang ada.
Banyak tapi semua ada isi.
"ya Allah ,kau buat apa ni...bersepah satu katil"dia dah datang dah.
"saya nak simpan baju ni dalam almari...tapi semua dah penuh..."jawab ku dan memandang wajahnya.
"hmmm...mestilah penuh sebab ni bilik aku,bukan bilik kau..."baju aku yang bersepah penuh di atas tilam tadi diselaknya dan duduk dibirai katil.
"tuan...macam mana ni...habis tu saya nak letak mana baju ni?"tanya ku lagi.
Dia bangun ke arah salah satu almari nya dan seperti mengosongkan sesuatu.
"kau datang sini...kau tengok betul betul...ada kosong ker tak...ker nak kena aku cungkil mata coklat kau ni baru kau nampak ada ruang ker tak "
Aku hanya tercegat memandang tepat pada almari yang dia tunjuk.
"ada...tapi tadi nampak macam penuh jer"
"pandai pandai kaulah nak kemas macam mana,tapi janji baju aku bila nak pakai ada..."pesannya dan berlalu kembali ke atas katil.
Aku tersenyum sendiri ,tak sangka dia tak lah begitu garang sangat ada juga kelembutannya.
Aku terus mengemas dan menyusun satu persatu pakaian ku dan Zayne terbaring bermain dengan telefonnya.
"tuan dah makan ker?"tanya ku bila lihat dia tidak berganjak dari merenung telefonnya.
"belum, tunggu kau....aku datang tadi nak ajak kau turun makan tapi tak pasal pasal aku pulak yang tunggu kau kemas baju"
"laaa...kenapa tak cakap dari tadi...jom lah saya dah siap kemas"
Aku terus membuntutinya .
"lamanya..kitaorang dah siap makan baru turun...."ujar Puan Marina bila kami keluar dari pintu lift.
"menantu mama ni...sibuk duk mengemas..."Zayne terus menuju ke dapur.
"pergilah makan tu...Zayne dah pergi dapur tu"ujar mak dan berlalu menuju ke ruang tamu.
Aku terus berlalu menuju ke dapur dan duduk di depan Zayne.
"bestnya nasi lemak...lama tak makan"
"nasi lemak ni memang sedap....kau punya nasi lemak aku tak rasa lagi"aku mengerut dahi bila dengar ayat Zayne seolah ada maksud.
Zayne mengangkat kening apabila aku memandangnya.
Dia tergelak padaku.
"kenapa Tuan nak rasa ker nasi lemak saya?"tanya ku serius.
Dia lagi tergelak,aku mula cuak dan kehairanan bila ketawanya makin menjadi.
"Tuan ni peliklah....dah lah makan..."aku mula mencebik tapi dia masih lagi tergelak nakal.
Selesai makan aku terus berlalu pergi ke ruang tamu dan membiarkan Zayne bersama Erman yang tadi baru melangkah masuk ke dapur.
Malas aku melayan kerenah gila Tuan Zayne Rafael.
Kedengaran gelak tawa mak dan mama di ruang tamu,Tok Ayah pun dan papa pun turut berada di situ.
"dah makan?"tanya Tok Ayah bila aku melabuhkan punggung di sofa.
"dah Tok Ayah"
"Zayne mana?Puan Marina pula bertanya.
"masih kat dapur...dengan Erman".
"ni Eryna mak ingat esok nak balik kampunglah,dah banyak hari rasanya duduk sini...entah macam manalah keadaan rumah"ujar ibu.
"laa...dah nak balik ker...tinggallah sari dua lagi...tak puas lagi nak berborak"pinta Puan Marina.
"lain kali saya datang lagi...Erman pun kena masuk kerja dah tu...sementara tunggu result SPM kerja kat bengkel paksu dia"ujar mak.
"Zayne...lepas ni tak ada rancangan honeymoon mana mana ker?"tanya Tok Ayah bila lihat Zayne keluar dari dapur.
"honeymoon"aku sedikit tertelan liur.
Aku hanya memandang wajahnya bila mengambil tempat duduk di sebelahku.
Aku sedikit berganjak tapi tanganku di pegang nya.
"Tuan demam ker?"bisikku.
Keningnya diangkat dan tersenyum sinis padaku.
Dia memperketatkan genggaman apabila semua mata tertumpu pada kami.
"honeymoon apanya. ...orang di sebelah ni tengah bulan mengambang"katanya antara dengar dengan tidak.
Mama dan mak tergelak bila dengar kata kata Zayne.
Papa dan Tok Ayah cuma tersenyum kerana tidak faham apa yang dimaksudkan Zayne tadi.
Aku mula menarik muka malu,tangan yang di pegang tadi aku cuba tarik tapi tetap digenggamnya dan terpaksa aku biarkan.
"perancangan tu tak ada lagi Tok Ayah...lagipun minggu depan Zayne ada banyak kontrak nak kena uruskan,sibuk...."demi tidak mengecewakan orang tua Zayne terpaksa mencari alasan untuk mengelak.
Aku hanya mengangguk dan tersenyum.
Kepura puraan dalam kebenaran.
"iyalah....sekarang ni Eryna dah jadi tanggung jawab Zayne,bahagiakan isteri tu penting,kerja pun penting dan nanti tanggungjawab lagi besar bila dah ada anak"sambung Tok Ayah.
Kami berpandangan sesama sendiri bila sebut soal anak dan tanggungjawab.
"awal lagi kut Tok Ayah kalau nak cakap soal anak....Eryna tak sedia lagilah....'ujarku.
"Eryna mak pun teringin tau nak timang cucu,dah lama tak ada bunyi suara budak kecil kalau ada kan meriah tak gitu Puan Marina?"ternyata lawak orang tua lebih pedas dari terkena cili di mata.
Muka aku mula menjadi merah,senyuman terpaksa aku lebarkan.
Tapi si jejaka tampan di sebelahku boleh pula bersahaja bermain dengan jari jemariku,semakin aku tarik semakin dia genggam seolah melepaskan kemarahan padaku.
"betul tu,lagi cepat lagi bagus..."lawak lawak...aku yang empunya badan ni dah rasa bahangnya.
"Tuan lepaskan tangan saya boleh...?"bisik ku.
Dia menggeleng.
"ouch,sakitlah!!dia menyeringai kesakitan bila aku mencengkam jarinya dengan kuku.
"Zayne..kenapa tu?"tanya mak terkejut bila tengok muka menantunya menahan sakit.
"tak ada apalah mak..."tangannya di tarik.
"padan muka"kataku dan bangun.
"nak kemana tu?"
"tandas, nak ikut?"dia menggeleng dan membuat senyum paksanya.
"Zayne...Zayne tak habis habis menyakat Eryna"mereka yang ada di situ semua ketawa bila lihat gelagat bodoh kami.
Aku pergi meninggalkan Zayne yang seolah tidak berpuashati .
"pengantin baru biasalah,susah nak berenggang macam kita muda muda dululah kan sayang?"tanya Tuan Zikri pada Puan Marina.
"ish abang ni buat malu jer"dicubitnya lengan Tuan Zikri ,semua ketawa.
"jaga kau Eryna...tengok lepas ni"getus hati Zayne marah bila lihat tangannya sedikit mengeluarkan darah.
"Zayne esok hantar Erman dan mak balik kampung,tak elok biarkan mereka balik sendiri"suruh Tok Ayah.
"ish tak apa lah Datuk...kami boleh jer naik bas...dekat jer pun...bukan sampai semalaman"jawab Puan Nora.
"biarkan Zayne hantar Nora...lagi pun si Zayne ni bukan selalu ke kampung....biar dia tidur sana semalaman,rasa suasana kampung,tak gitu Zayne Rafael?"tanya Puan Marina saja nak menyakat anaknya.
Dia tahu Zayne tidak sukakan kampung,dia sendiri pun berasal dari kampung ,dulu masa kecil setiap kali ajak balik kampung pasti Zayne menangis nangis tak nak balik sebab katanya panas lah,kotor kali ni mesti dia tidak dapat mengelak.
Zayne agak terkejut dengan cadangan mamanya.
"boleh jer...lagi pun esok Zayne cuti lagi...ok...ok..boleh...nanti tanya mem besar"dia bangun berlalu mencari si isteri yang tidak kembali ke ruang tamu.
"tak kan tidur dalam toilet kut"bisiknya sendiri.
"Tuan ada bela saka ker?bercakap sendiri?"sapa Eryna dari belakang mengejutkan Zayne yang dari tadi melilau carinya.
plakkk!seketul atas dahi Eryna
"aduh Tuan apa ni sakitlah"aku menggosok dahiku yang sakit.
"balas dendam,tengok ni.."ditunjuknya jarinya yang luka tadi.
Aku tersenyum dan tergelak.
"kau kata aku bela saka tadi....iyalah tu...nanti kau akan kenal macamana saka aku nanti"
"Tuan saya gurau jer pun...tapi betul ker Tuan bela saka?"bulu roma ku mula meremang.
"tau takut..."dia ketawa terbahak bahak bila tengok mukaku mula cuak.
"dah lah malaslah nak cakap dengan Tuan buang masa jer...tadi kenapa cari saya..?"aku mula bertanya malas nak layan perangai gila dia.
"esok kita pergi hantar mak balik kampung"ujarnya sambil berlalu memasuki lift.
Aku yang masih lagi terpacak agak terkejut tapi tersenyum.
"yeay esok balik kampung"ujarku.
Aku membiarkan dia sendiri ke bilik dan aku terus kembali ke ruang tamu berbual dengan mereka yang masih lagi rancak dengan cerita masing masing.
Sekembalinya aku ke bilik Zayne dah terlena tidur
Aku mengurut dada lega,kalau tak mesti tak habis perbalahan kami.
Sempat aku melihat tangannya yang sedikit merah.
Timbul kasihan di hatiku.
Segera aku mendapatkan peti kecemasan mengambil ubat dan sapu di tangannya.
Nasib dia tidak sedarkan diri.
Setelah itu aku juga turut terlena di sebelahnya.
.......
.......
Semalaman di kampungku membuat Zayne Rafael gelisah.
Aku tahu orang kaya macam dia mana suka duduk kampung,dengan suasana, panas tanpa penghawa dingin.
"Tuan panas ker?"tanya ku bila lihat dia mula membuka bajunya.
Peluh kecil mula keluar.
"sejuk...kau tak nampak ker aku kesejukan ni?"
Dia bangun membuka tingkap.
"nanti nyamuk pula masuk,gigit badan Tuan yang sado tu!laungku.
"biarlah..."dia mendongak ke atas melihat bintang dan bulan .
Aku bangun menghampirinya dan duduk di sebelahnya.
"Tuan suka ker tengok bulan dan bintang?"soalku....
"cantik...aku bila hati tak tenang waktu malam mesti tengok bintang dan bulan,kadang kadang boleh nampak macam bentuk"kali ini suaranya lebih lembut.
"Tuan tak ngantuk lagi ker?"aku mula menguap.
"nanti dulu"tanganku ditarik.
"temankan aku...."bahuku dipeluknya.
Aku tergamam seketika.
"dah lewat lah..esok nak bertolak awal kan?"aku mengelak.
"pergilah tidur..."tadi bukan main ajak aku temankan dia,ni halau aku pulak.
Aku berlalu menuju ke katil.
Dia menutup tingkap dan duduk di sebelahku.
"maaflah ,sini kampung...rumah saya ni panas sikit tapi bila tengah malam sikit lagi sejuk beku..."ujarku menarik selimut.
"panas pun selimut juga?"tanyanya.
"saya tak kira sejuk ker panas memang dengan selimut berpisah tiada"
"emmm"dia turut merebahkan badannya.
Aku terus terlena,aku tidak tahu masa bila dia tertidur.
Zayne menoleh ke sampingnya,merenung wajah perempuan yang bergelar isterinya kini.
Wajah mulus itu diusap seketika,
"Eryna..Eryna..."
Satu pemandangan yang indah di depannya.
Tipulah kalau lelaki normal seperti nya tidak terpikat dengan perempuan secantik Eryna malah lebih cantik jika dibandingkan dengan Sarah.
Punyai persona yang tersendiri,keras namun ada kelembutan.
.......
Aku terjaga bila bunyi ayam jantan berkokok.
Terasa badan ku berat.
Tangan kekar Zayne melingkari badanku.
"sejuklah tu..."gumamku.
"Tuan bangun dah siang..tak solat subuh ker?"tanya ku
Dia agak terkejut bila sedar tangannya masih di pinggangku.
Segera dia menarik tangannya aku tergelak kecil.
"dah jam berapa?"tanyanya.
"6.45.."aku melihat jam telefonku.
Dia segera berlalu mencapai tuala dan keluar untuk mandi.
Kebetulan bilik mandi di bilik ku ada masalah air jadi terpaksa guna bilik mandi yang berada di bahagian dapur.
Aku tersenyum bila lihat muka malunya.
aku terus ke luar untuk ke dapur.
Sediakan apa yang ada untuk sarapan.
"tak payah masaklah hari ni..ajak Zayne pergi kedai beli makan...boleh juga dia lihat kampung kita ni"ujar mak
"boleh juga..."aku kembali ke bilik untuk mengambil tuala untuk mandi.
"Tuan...tidur kat dalam tandas ker?"pintu bilik mandi aku ketuk.
Tiba tiba terpancul muka kacak suamiku yang tak berbaju itu
Aku pula yang terkejut bila lihat dia begitu.
"kenapa tadi tak mandi sekali?"tanya mak tiba tiba muncul .
"mak...orang cuti lah..."muka kami mula merah padam.
Mak tergelak melihat kami tersipu malu.
Zayne terus berlalu pergi.
Aku turut tergelak.
"pandailah mak..."aku terus masuk dan mandi.
"Tuan lepas ni temankan saya beli sarapan..."ajak ku selepas kembali ke ruang tamu.
"nak ikut..."Erman muncul dari biliknya.
"jom lah cepat kami tunggu kat bawah"ujarku
Kami bertiga terus pergi membeli sarapan di kedai Mak Kiah yang berada tidak jauh dari rumah.
"assalamualaikum Mak Kiah.."sapa ku.
"waalaikumussalam...Eryna...bila balik...dengar kata dah kahwin...tak jemput pun kita"
"kahwin kat KL ,Mak Kiah..semua keluarga suami yang uruskan"
"tu ker suami Eryna....handsome nya...kereta pun besar"ujar Mak kiah tunjuk ke arah Zayne yang sedang rancak berbual dengan Erman.
"biasalah Mak Kiah...orang bandar..."ujarku lagi.
"Mak Kiah bungkus nasi berlauk 4,bagi kuih serimuka ni,cucur badak sikit"
"Iyalah...tunggu kejap"
Selesai membungkus makanan dan membayar kami terus berlalu balik .
Sampai di rumah Mak sudah pun menyiapkan air sedia di letakkan di atas meja.
"jom lah Tuan makan..makanan kampung...sedap tau"ajak ku.
"makan lah Zayne....kami tak masak hari ni sebab barang basah tak ada..."ujar mak.
Aku membuka sebungkus nasi dan menghulurkan padanya
"saya tak kisah Mak...makanan kampung lagi sedap sebenarnya dari yang kat bandar"ujarnya sambil merenungku.
"makanlah...rasa sedap ker tak"
terus dia menyuapkan ke mulut.
"abang dah nak balik ker hari ni?"tanya Erman yang dari tadi sudah menghabiskan sebungkus nasinya.
"ya...kejap lagi hajatnya"jawab Zayne
"kalau tak balik lagi bolehlah orang bawa abang pergi ronda kampung...pergi memancing ker"
"lain kali lah abang datang lagi..."jawab Zayne.
"kau ni Erman tak habis habis memancingkan..."aku membalas.
"keseronokkan dan kepuasan lah kak...akak apa tahu...orang perempuan kan bang?"
"betul...lain kali ok..."sambil menjeling ke arahku.
"Tuan tak takut panas ker?"bisik ku.
"aku panas kau kibaskan..."
"tak kuasa saya"aku berlalu membasuh tangan.
Selepas sarapan kami terus memohon diri untuk kembali ke KL.
"hati hati bawa kereta tu Zayne,nanti sampai call Mak"pesan ibu sebelum bertolak.
Selepas bersalaman kami teruskan perjalanan sampai je kediaman Zayne.
"macam mana Tuan ,suka ker duduk kampung?"
Soalku bila masuk ke dalam perut kereta.
"boleh lah.."jawabnya sepatah.
"bolehlah..macam tak suka jer...tapi tadi macam berjanji jer dengan Erman nak datang lagi" ujarku.
"emm..janji ..adatlah bercakap,tapi dah isteri orang kampung...terpaksalah"
Aku mencebik.
"ni macam kes rela dalam paksa jer"
Share this novel