Zayne Rafael bangun setelah jam yang dikuncinya berbunyi.
Terus dia bangun mencapai tuala dan langsung ke bilik mandi.
Selesai mandi dia mengenakan baju dan seperti biasa semburan minyak di badannya pastinya bauan maskulin yang membuatkan gadis tergila gila kan nya.
Duduk satu hasta pun boleh sampai ke hidung.
Dia menatap dan membelek wajahnya di cermin,wajah yang membuat ramai hati yang cair.
Dia tersenyum sendiri,kelebihan dia miliki ketampanan keturunan belah mama dan papanya.
Cina,Melayu dan Arab
Maka terciptalah mukanya begitu indah dipandang persis model pujaan ramai.
Senyum dilebarkan .
"Eryna..."wajah Eryna kini selalu berlegar legar di matanya .
Cinta telah lama padam di hatinya,tapi kini kembali dicuit oleh gadis itu.
Kenakalan dan kedegilan Eryna membuat dia kembali tersenyum.
Namun hatinya belum sepenuhnya terbuka untuk mencintai atau dicintai.
Teringat semalam bermain kejar kejar .
Kini terpulang pada gadis itu untuk mencari hati dan perasaan yang telah hilang kerana terluka,luka yang amat dalam sehingga hatinya seolah mati.
tok!tok!ketukan di luar mengejutkan dia dari lamunan.
pintu di kuak dari dalam...
"bibik...ada apa?"tanya dia.
"Mama dan papa tuan muda suruh turun sarapan"
"baik kejap lagi saya turun"
Dia menuruni lift kerana biliknya adalah yang teratas sekali.
Langkahannya di atur tetapi terhenti seketika bila terdengar suara riuh di dapur dengan hilai tawa orang yang di kenali.
"...bukan ker tu suara pompuan tu"langkahnya diteruskan sampai ke ruang dapur.
Suara orang ketawa tadi berhenti bila Zayne Rafael melangkah masuk.
"hah...Zayne..duduklah kenapa terkejut macam nampak hantu jer?"sapa Tuan Zikri bila tengok anaknya macam terkejut.
Dia memandang mamanya.
"tadi mama yang call Eryna suruh sarapan sini...Zayne tak kisah kan?"tanya Puan Marina.
Aku yang tadi tergelak bila lihat mukanya yang mula cuak.
"sorry tuan saya yang lebih awal daripada tuan"ujarku.
"kau kenakan aku ya"bisiknya bila ambil tempat duduk di sebelahku.
Meremang bulu romaku seketika bila bauan maskulin nya menusuk ke hidungku.
"mana ada...tuan sembur minyak wangi ker tuang terus?"tanya ku dan aku tergelak bila tengok riak wajahnya berubah .
Dia mengetap gigi menahan marah.
Aku tergelak kecil.
"Eryna ,Zayne bisik apa tu...makanlah.."tegur Puan Marina bila perasan yang kami sedang berbisik.
Tapi sebenarnya kami sedang bertegang urat.
Perang akan meletus sebentar lagi.
Aku masih tergelak bila tengok muka ketatnya.
"terima kasih mama ,papa sebab jemput Eryna sarapan kat sini..."selepas menyalami mereka terus aku ke kereta Zayne.
Zayne Rafael sudah sedia terpacak di depan keretanya dengan muka tidak puas hati.
"cepatlah...terhegeh hegeh...macam..
"nenek kebayan?"balas ku.
"tahu pun..."dia menjeling ke arahku dan terus masuk ke dalam perut kereta.
"siapa suruh kau datang rumah aku?"dia bertanya bila aku mula,melabuhkan punggungku.
"laaa...tadi kan mama dah bagitahu...dia yang jemput...jadi saya datanglah..nak datang rumah tunang sendiri pun tak boleh ker?"tanya ku balik.
Adillah kan aritu kau datang rumah aku,sekarang aku pula yang datang,
"kau ni memang tak reti nak pakai tali pinggang ker macam mana?"sekali lagi dia merapatkan badannya menarik tali yang tak nak bagi kerjasama padaku.
"memang tak pandai...awak kan ada..."balas ku.
kata kataku membuatkan dia terhenti tepat pada mukaku...jarak antara kami hanya seinci dan aku dapat mendengar nafas masing masing,mata kami mula bertaut,dan selalunya aku yang kalah dengan renungannya.
Badan kekarnya aku tolak laju agar dia tidak terus merenungku.
Dia seperti biasa tergelak bila lihat keadaan gelabah aku.
"tuan ni selalu dera perasaan saya...sakit hati tau"aku menggenggam tangan menahan marah.
"padan muka,kau kata sukakan cabaran kan...baru sikit dah gelabah...nanti banyak lagi cara aku goda kau..."ujarnya acuh.
Aku hanya mampu tertelan liur dengan kata katanya tadi.
Aku terdiam sampai lah ke pejabat,dia memandang aku sambil tersenyum seolah menyindir aku.
"kejap lagi masuk bilik ,kita sambung adegan 18sx tadi"aku terkebil kebil menghadam kata katanya.
Pekerja yang lain ternganga bila mendengar kata katanya.
Segera aku duduk di meja meraup menutup muka menahan malu bila semua mata tertumpu padaku
"wei..Eryna kau ada apa apa ker dengan Tuan Zayne?"tanya Katty yang terkenal dengan mulut tempayan.
"sibuklah...m..mana ada...dia saja nak kenakan aku"tepisku,hubungan aku dengan Zayne Rafael sebenar nya masih lagi rahsia.
Rahsia hubungan kami biarlah Zayne atau keluarganya sendiri yang umumkan,aku tidak berhak.
"ya ker..aku tengok mesra semacam jer...untunglah kau dapat orang kaya...baru kerja dah dapat perhatian"Katty mula menaikkan amarah aku yang sedia naik dek kerana perangai Zayne tadi.
"kenapa ?ada,yang sakit hati ker kalau kami memang ada hubungan,salah ker?"aku mula memulangkan paku buah keras padanya.
"kau tu kampung...kalau dia nak pun mesti saja nak main mainkan kau....dulu masa,dia bercinta dengan cik Sarah bukan main berkepit macam belangkas last last ditinggalkan...sadis aku tengok"
"cik Eryna Tuan Zayne suruh masuk"kami tersentak bila Alia datang.
"baiklah"aku terus bangun meninggal kan penyibuk Katty .
"kau ada bagitahu apa apa ker Katty pada cik Eryna tu tentang Tuan Zayne dengan Sarah?"
tanya Surialisa.
"aku cakap sikit jer..."
"kalau Tuan Zayne tahu mati kau ..."Katty terus berlalu pergi bila dengar ugutan Alia.
Alia dan Surialisa berpandangan sesama sendiri.
Pintu dikuak dari luar,Eryna perlahan melangkah masuk ke bilik Zayne yang sedang duduk bersilang kaki,matanya tepat memandang ku,seolah memandang musuh.
Aku tertunduk agar tidak terus memandang ke arah matanya.
Dia bangun menghampiri ku,mengelilingi ,memusing musing seolah pusing Kaabah la pulak aku tengok.
"Tuan...peninglah macan ni..dari tadi lagi berpusing keliling saya"aku mula bersuara agar dia berhenti.
Badanku mula dirapatkan ke dinding,tangannya mula berada tepat di kepalaku
Jantungku mula berombak kencang,nafasku turun naik,sesak nafas seketika bila aroma minyak wanginya mula masuk ke rongga hidungnya.
"tuan...tuan..nak buat apa ni..."tanya ku cuba menolak dadanya menjauhi aku.
Rambutku yang jatuh di muka diselaknya .
"kau ni sebenarnya cantik...tapi..not my taste..."dia ketawa dan menjauhkan badannya.
Lega aku dapat bernafas.
"jom siap ikut aku jumpa client...lepas tu ikut aku cari hati aku yang hilang"ternganga mulutku bila dengar ayat maut darinya.
"tutup mulut tu nanti masuk angin...ambil fail atas meja tu...cepat..."sergahnya bila aku masih kaku di dinding.
Segera aku mencapai fail dan membuntuti nya yang sudah berada di luar pintu.
Satu sifat yang aku suka tentang Zayne Rafael dia tidak mencampur aduk kan hal peribadinya dengan kerja bila depan client.Aku dilayan elok seolah tiada perbalahan antara kami.
Dia pandai mengatur starategi perangnya.
Aku tersenyum sendiri bila lihat sifat profesional nya.
"tersenyum sendiri ingat siapa?"bisiknya.
Aku hanya menggeleng kan kepala.
"jom kita lunch dulu nanti kita pergi ronda ronda"
tanganku di pegang nya.
"ni nak goda aku lah tu"sebenarnya aku suka ada juga romantik dia.
Selesai makan seperti biasa aku yang jadi mangsa ditinggalkan di belakangnya.
Tadi bukan main pegang tangan aku bila nak makan,bila kenyang lupa aku.
"cepatlah jalan...yang kau tercegat macam guard kat situ pasal apa?"
Perlahan aku hampirinya dengan muka mencuka.
"kau muncung lama lama..nanti depan orang ramai ni aku pegang cium..kau nak?"dia mula mengugutku.
"cium lah kalau berani ..."aku pula membalas.
"betul..."pinggangku dipegangnya dan dia mula merapatkan badannya .
"s..saya gurau jer tadi..."badannya ku tolak kasar bila ada mata mula memandang kami.
"tahu takut....lagi sekali kau muncung panjang macam tadi....aku tak cakap banyak..."ditariknya tanganku dan digenggam nya serapat dengannya.
"jom...nanti kalau aku tinggal kau merajuk...aku bukan tak tahu perasaan perempuan..manja terlebih"
Hati aku mula berbunga mendengar kata katanya.
Senyuman aku ukirkan selebarnya,tangan yang digenggamnya tadi ku biar kan.
"tuan nak cari hati tuan kat mana kali ni..."tanya ku bila kami mula terdiam daripada tadi.
"kau ikut jer...tak payah soal banyak"
Sampai di satu kedai yang tertulis Habib Jewel aku ditarik masuk olehnya.
Para pekerja menyapa kami dengan ramah.
"pilihlah mana yang berkenan biar tok Ayah bayar"sapaan dari belakang mengejutkan aku.
Tapi Zayne Rafael seolah tahu tentang kehadiran Datuk Raziff di situ.
"tok ayah..."aku terus menghulurkan tangan menyalaminya.
"tok ayah yang suruh Zayne bawa Eryna datang sini,pilih lah nak gelang ker...rantai...cincin...tok ayah belanja"ujar Datuk Raziff.
"untuk Eryna ker?"tanya ku terkejut.
"tak untuk girlfriend tok Ayah"celah Zayne.
"Zayne....tak habis habis nak kenakan Eryna..."marah Datuk Raziff.
"my sweetie.... pilih lah..."aku mengerut kening bila perkataan sweetie tu di tekannya.
Bila aku memandang mukanya keningnya diangkat seolah memerliku.
"hmmm....my hubby...boleh tolong pilih?saya mana pandai nak pilih"kan aku kenakan dia balik baru terbelalak biji mata dia.
Datuk Raziff yang tadi berbual dengan salah seorang pekerja di situ tergelak bila lihat gelagat kami.
"pandai berlakon ya"bisiknya.
"tuan yang ajar saya...."balas ku.
Lama juga Zayne membuat pilihan,ternyata dia lebih teliti dan pandai dalam membuat pilihan.
Satu set rantai,gelang dan cincin dibelikan olehnya dan satu set lagi dibayar oleh Datuk Raziff.
"kenapa banyak sangat?"tanya ku bila kami sudah berada di dalam kereta.
Datuk Raziff sudah mohon diri tadi selepas membuat pembayaran.
"kau tak suka..bagi jer kat orang lain.."katanya datar.
"saya tak kata pun tak suka...cuma saya tanya...sebab tak pernah pun saya dapat hadiah mahal macam gini"ujarku sebak.
Kereta di berhentikan di tepi.
Aku hairan,tak kan sebab tadi dia nak marah kut.
Pintu kereta dibuka dan dia turun membiarkan aku sendiri di dalam.
Perlahan aku pun melangkah keluar dan menghampiri nya.
"tuan ,saya ada buat salah ker?"tanya ku untuk kepastian.
Satu keluhan aku dengar dilepaskan.
"tuan...tuan ok ke ni..kalau saya sakitkan hati tuan saya minta maaf..."ujarku lagi.
"kau diam seminit boleh...aku serabutlah.."ujarnya kasar membuat aku tersentak dan terdiam.
Aku sedikit menjarakkan diri jauh darinya.
Lama juga kami diam tanpa kata..mata kami hanya merenung jauh ke arah sungai yang mengalir.
Sesekali pandanganku lemparkan ke arahnya yang masih lagi kaku terdiam.Aku mula buntu dan hairan kenapa dia jadi begitu.
"dah jom balik..."katanya sepatah.
Aku hanya menuruti tanpa bersuara.
Sepanjang perjalanan dia menghantarku pulang sepatah perkataan pun tidak terluah dari mulutnya atau mulutku.
Aku dapat meneka dari raut wajahnya tersimpan sejuta kedukaan yang terpaksa dia tahan dan simpan.
Aku yakin suatu hari nanti pasti aku jua akan tahu apa yang berlaku di sebalik wajah ketatnya itu.
Ini adalah dugaan dan cabaran yang terpaksa aku tempuhi kini.
Share this novel